Gracias!

Dec 24, 2011

Mee Rebus MY-Version...

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Selamat berhujung minggu semua... Wah, seronok betul bercuti panjang ye! Kalau dulu bile bercuti panjang ni kami biasanye balik rumah mak tak pun haruslah pergi berjimba-jimba... Orang yang bekerja waktu bercuti adalah masa yang sangat precious to be with family ;) 

Tak mau cite panjang... Hari ni terlebih rajin buat sarapan heavy sikit berbanding hari-hari biasa.... I masak Simple Mee Rebus... Resepi dari Che Mat Gebu... Siapa tak kenal diekan...hihik... Tapi resepi ni I dah ubah ikut keadaan kami di sini... Sebabnya tak semua bahan ade ;)


Mee Rebus MYVersion
 I bab food presentation memang failed... gambar ni pun tak berapa cantik angle nye...huhuuu..

Untuk Kuah:

1 mangkuk isi ayam dipotong nipis
5 ekor udang yang sederhana besar
1 inci halia dikisar
1 sudu cili kering yang dikisar
3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah dikisar
1 biji kentang yang bersaiz besar direbus, dikupas kulitnya dan dikisar
1/4 mangkuk kacang tanah, digoreng dan dikisar halus
1/4 mangkuk udang kering direndam & dikisar halus
1/2 biji tomato dipotong empat
2 camca besar serbuk kari daging
2 sudu taucu
1 batang serai (diketuk)
2 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa
Serbuk ayam knor secukup rasa
Air secukupnya

Cara Memasak:

Panaskan minyak di dalam periuk, tumis semua bahan yang dikisar kecuali kentang bersama-sama dengan serai yang tadi... Masukkan rempah kari & sos tomato... Masak sehingga naik bau dengan menggunakan api yang kecil... Kemudian masukkan isi ayam yang dipotong nipis tadi... Biarkan mendidih selepas itu masukkan kentang yang dikisar... Tambah air sekiranya kuah agak pekat... Lepas itu masukkan udang.. Tambah garam, gula & serbuk ayam knorr secukup rasa...Kuah mee rebus biasanya manis-manis sedikit... Masak sehingga 4-5 minit lagi dan sesuaikan rasa...


Cara menghidang:

I menggunakan spaghetti mee instead of mee sebab di sini tiada mee kuning ;) ...
Isi di dalam mangkuk yang sesuai, hidangkan bersama-sama taugeh, kuah tadi, telur rebus, tauhu goreng yang dihiris nipis cili merah/hijau, kemudian perahkan limau...

Mengikut resepi CMG die mengunakan daging...oleh sebab, stok daging dah habis I gunakan isi ayam & udang... I tambahkan sedikit cili kering yang dikisar bagi rasa pedas sedikit.. Kuahnya juga I tak letak galangal (lengkuas) sebab di sini tak pernah jumpa... Tapi rasanya tetap sama & sedap (credit pada diri sendiri walaupun tak cukup bahan...hahaha) 

Sudi-sudi cubalah ;)






5 comments:

Anonymous said...

teringat mee rebus kat penang. Sedap. Now staying in johor, cari mee rebus, rs manis sangat.

Salam kenal. pls make free to visit my blog.

Lady Rina said...

teringat mee rebus ramli kt perak...sodappp...

Unknown said...

Diary of one: Mmg sedap mee rebus penang... tq for ur visit & I follow u too ;)

Unknown said...

Lady Rina: Mee Rebus Perak tak pernah test lg la...mesti sedap kan ;)

mummyrinazone beauty said...

sedapnya kak..mmg menu fav aku gak mee rebus nie=)