Gracias!

Showing posts with label Jom Masak. Show all posts
Showing posts with label Jom Masak. Show all posts

Jul 5, 2012

Masak Lomak Daging Salai Aguaymanto! ;)

Assalammualaikum...

Hola todos!

Ada ke yang tertarik dengan tajuk kat atas nun! hehee ;)) Inilah yang dipanggil penangan 'Masterchef'... Walaupun duk jauh di perantauan tapi masih mengikuti perkembangan terkini tanahair tau! hahaha ;D

Gimik je tu! hehee :))

Sebelum ni kan saya pernah terbaca beberapa orang blogger bercerita tentang sejenis buah hutan yang dipanggil buah letup-letup ... Dulu, masa saya bersekolah rendah  tempat saya belajar mengaji Al-Quran, saya selalu nampak pokok buah ni yang tumbuh meliar dekat semak-semak di tepi surau  tempat saya mengaji tu... Tapi tak tahu pulak yang buah ni sebenarnya boleh makan! :)))


Rupa-rupanya buah tersebut adalah sejenis beri yang banyak khasiatnya... Ia dikenali sebagai gooseberry atau in Peru they called it 'Aguaymanto'! Rasanye masam-masam manis seperti buah oren... baunya juga sangat wangi... Kaya dengan vitamin C... Dipercayai juga boleh merawat cancer, leukemia, malaria, asthma, hepatitis, dermatitis and rheumatism! :))))) Source: Wikipedia

Ada yang kata buah tersebut banyak di import ke Malaya dari Amerika Selatan dan dihidangkan di hotel-hotel terkemuka tanahair! Wah!!! :)))

Dulu masa saya bekerja (sekarangkan cuti panjang), selalu dok kat hotel-hotel  kalau outstation  so, saya memang ada perasan buah ni tapi just diletakkan  sebagai dekorasi atau food dressing... Tak sangka pulak boleh makan... Yelah takkan nak makan hiasan kot! Nanti orang kata kita 'jakun' lak...hakhakhak! ;)))

Image: Google

Gambar di atas ni contoh buah letup-letup yang saya maksudkan tu ;))

Di bawah ni gooseberry yang saya beli di Vivanda tempoh hari :))


Aguaymanto! Warnanya kuning & baunya harum bila dah matang :))


Boleh terus dimakan begitu sahaja... Memang sedap tapi bagi kita yang tak pernah jumpa buah tersebut terasa juga kejanggalannya tu...hikhikhik



Isinya yang serupa tomato ceri, menggunakan ke'bijaksana'an dan ke'pakar'an yang ada saya suka-suki mencampurkan buah tersebut dalam Masak Lomak  Daging Salai yang saya buat tadi... ngeeeeee....


Uiiiiissshhh... Memang sodap lah! Ahaks... Puji diri sendiri ;p  hehehe :))


 Bila mamam ada bunyi 'pops' dalam mulut & melting.... Sedapnyeee ;))

Nanti kalau ada dekat rumah kawan-kawan buah ni bolehlah cuba masukkan dalam masakan anda ye! Taruk dalam sambal belacan pun rasanye best jugak ni! hehehe... Insya'ALLAH... Pasti tak mengecewakan... :))

Apalagi checklah di semak berdekatan rumah atau di semak-semak kat kampung anda manatau ada buah ni... bolehlah dikormesialkan...hahaha :))

Semoga bermanfaat :))

Chau...

P.S. Tak sempat lagi nak drop and say hi dengan kengkawan lagi... Update curi-curi... Sedang merancang percutian ... Insya'ALLAH, mohon doakan yang baik-baik ye :))


Jun 14, 2012

Recipe! Recipe! Cheese Baked Pasta!

Assalammualaikum...

Hola Chicas y Chicos! 

Chicas = Girls
Chicos = Boys

Short entry, as per requested by the three beautiful ladies! Intan Berlian, Kak Ieda & Cadlynn! Tres hermosas damas! Vamos! :))

Cheese Baked Pasta!

Simple & easy! Sap sap soi! hehee ;)))


Bahan-bahan; Any kind of pasta you like, in my case I use farfalle (butterflies) & Cavatappi... Boleh juga guna Spaghetti, Penne, Fussilli and etc. :))


Bawang besar secukupnya, bawang putih, capsicum, sayur campur, fresh button mushroom (dalam tin pun boleh juga), celery, telur (saya guna sebiji sahaja)... Salt, black pepper, white pepper & mixed herbs (oregano, basil, pasley- macam buat spaghetti bolognese).


Selepas basuh, chop & dice capsicum, garlics and onion accordingly...  Begitu juga mushroom, just potong slice by slice... Sambil itu, rebus pasta tadi sehingga masak & tos kan... Kemudian asingkan... Sediakan bekas yang sesuai, saya guna pyrex senang boleh terus hidangkan selepas dibakar ;))


Cavatappi yang telah direbus, ditos dan diletakkan dalam bekas for first layer :)

c

Masak dan tumiskan all the vegies termasuk isi ayam, udang atau daging yang telah dikisar with olive oil or vegie oil... Cara memasak sama seperti membuat spaghetti bolognese... Simple! :))


Sambil tu boleh buat cream sauce for top layer... Bahan yang diperlukan, tepung gandum, lada hitam, lada sulah, susu dan garam secukupnya... Jangan lupa stok ayam (boleh guna serbuk atau sos)... Masak atas api yang perlahan sehingga pekat & pastikan tidak berketul! :))


Tuang sos spaghetti yang dimasak tadi di atas pasta - second layer! :))


Put the farfalles for the third layer & tuangkan lebihan spaghetti sos tadi atasnya...


Next, curahkan cream sos tadi, last shred up some Mozarella Cheese, Cheddar Cheese, Ricotta or anything &  sprinkle of Parmesan over the pasta and sauce... Now, its ready to be baked!

Baked uncovered for at 350 degrees for 15-20 minutes! :))



Yummeh!


Terasa nak buat lagi lah pulak...hehehe... :D:D

Buena suerte & Feliz Cocinar! :))

Good Luck & Happy Cooking!

Adios!

P.S. Busy bees, technico datang betulkan jakuzi! Yeay! Psssssst... nanti blogwalking slow-slow... gracias! Buzzzzzzzzzzzzzzz *w*

Jun 11, 2012

Syukur, Still Alive!

Assalammualaikum...

Hola!

Que tal? 

Muy bien, Alhamdullillah :))

Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Pada ketika ini, nadi milikNYA ini masih berdenyut dan tak putus-putus menyatakan kesyukuran kepadaNYA...

Lama tak update, hampir lima hari... Keinginan untuk mengupdate tu ada tapi idea yang mencurah-curah tetiba hanyut bila jejari mula menari di keyboard... hikhikhik ;p

Seperti biasa bila lama tak ke udara, entry yang panjang berjela sememangnya menyesakkan nafas si pembaca... Maafkan saya, tidak bermaksud memaksa... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ;)))

Jueves (Khamis), 8 de Junio  2012... berlaku lagi gempabumi ntah kali ke berapa... Makin dah biasa, kadangkala tertunggu-tunggu pula...hehee... Realize its not a joke but what more can we do, the truth to be living in 'Pacific Ring of Fire's country!

Alhamdullillah, ALLAH masih melindungi! :))

Cerita hari Sabtu, hari untuk berehat-rehat...


Early morning, not as usual hubby went to work... Prepare simple & orang malas healthy breakfast for   us... Hubby mamam Coco Krunch (dia buat sendiri sila jangan tiru ;p) and mine makan oat with yogurt! Nyum...nyum...

Hubby tak suka oat... Puas dah paksa makan tapi dia tak mahu nak buat macamana kan :)))


Macam saya, suka campur-campurkan macam-macam dalam oat... Any frutas can be soooo good ;)))

Frutas = Fruits


Oat + Yogurt + Kiwi

Heat the milk & oat in the oven for at least 30 segundos (seconds) or until fluffy, put on some yogurt & any slice of fruit you like... Banana, apple, strawberry or everything :))


"Me gusta yogurt!" Iman...hehee


Auuum... Budak comot belum mandi! hehehe...

The story begin, Iman nak cerita... Babah pergi work ummi ada project dengan Iman :))


Ni bunga ros auntie Gloria belikan, dah nak layu... So, ummi kemas-kemas & cabut-cabut mana-mana petalos (kelopak bunga) yang dah agak layu...


Macam ni ;));))

Ummi cakap nak buat mandi... Nak berendam like princess, auw! ;)) hehehe...


Tada~

Ummi nak buka jakuzi ni nak relax katanya... Lama tak guna dah jakuzi ni :)))


Like this! Iman tak faham kenapa ummi buat macam tu so Iman jerit-jerit cakap ada semut takmo masuk dalam tu... Sebelum ni takde pun bunga-bunga ni bagai! huk3 :))

Ummi cakap kalau Iman taknak, Iman pergi tengok TV ummi nak mandi ;p


Tapi, Iman dah siap-siap dah nak join jugak! huhuhuu... Nak duduk pun geli! Apa daaa...


Main-main buih je... Sebab tak suka bunga-bunga ni... Ummi pesan, takmo kencing tau! Uik...

Tengah enjoy tu, ummi on jakuzi...Terpanjat boboi! Eh, silap... Terpanjat Iman! hehehe... :D

Bunyi kuat air ombak-ombak... Macam best tapi lepas tu ada keluar asap! Penuh... Bau hangit! Ummi cepat-cepat off jakuzi, grab Iman keluar bath tub & lari keluar bano!

Bano = Toilet

Huwaaaaa... nasib baik takde apa-apa! Ummi tarik nafas hembus & said don't panic! Lap-lap Iman & terus call babah... Lepas tu, ummi turun panggil Uncle Manuel mintak tolong tengokkan bilik air yang berasap tu....huhuhuu...


Sejuk tau! gagagaga...


Nasib baik kami tak kejung dalam tu kena renjatan! Syukur-syukur...


Iman sejuk, sampai duk cangkung macam nilah... Ummi ni leh main-main snap gambor lak...hehehe...

Babah balik, babah cakap, "Itulah, main-main lagi!" Mana ada main-main... Suka-suka je.... ;p

Lepas tu babah pun takut nak mandi dalam bano tu, padahal takde apa-apa pun... Petang tu technico datang, katanya as long tak on kan jakuzi tu boleh je mandi macam biasa... Dah rosak rupanye... Kena panggil pakar betulkan...huk3... 

Lepas tu Ummi masak simple-simple je... Sebab terkujat! Ummi buat cheese baked pasta!  

Yummy!


Ummi ni sejak dok Peru suka sangat mamam Italian cuisine ni... Adeh!


Layankan aje... Babah suka, Iman pun suka jugak! :)))


Dok lepak-lepak mamam depan TV pun best jugak... Ada pulak cite "Shrek"...hehee :))

This is what we call 'sempoi' lunch! :))


Macam ni, ala-ala nippon... Ummi cakap makan macam ni elok sebab takleh mamam banyak... Kalau tak perut terhimpit! hahaha! Ummi tipu sebab babah mamam banyak sangat!  :D

Oklah, Iman nak mandi tapi dalam bano Iman je... Dah serik nak mandi dalam bano ummi & babah tu...huhuuu...

Nite you all! 

Ops, it's morning here :)))

Adios!

Jun 4, 2012

Vida...

Assalammualaikum...

Hola carino!

Tak sedar hampir empat hari dah saya tak update! Alhamdullillah, harini saya & hubby berpuasa, baru berpeluang nak puasa sunat di bulan Rejab ni, insya'ALLAH :))

Banyak nak story, sampai tak tahu nak dulukan yang mana satu...hik3... Akhirnya memang tak tahu nak story apa... hahaha :):)

Sejak akhir-akhir ni, kami suami isteri asyik bercerita tentang kisah-kisah yang lalu... Teringat & perasaan rindu adalah normal rasanya bagi perantau kan... :))) Rindu itu akan menjadi sangat manis bila dikenangkan dikemudian hari, betul tak? ;):))

Semalam, saya bertemu kembali dengan sahabat lama zaman belajar dulu, seronok bila dapat bertanya khabar  & tahu perkembangan rakan-rakan lama ni kan ...:)))

Muka masing-masing pun dah banyak berubah, not as cute as old days but more matured and elegant! :):)) Cara pemikiran pun tentulah tidak sama lagi... Now, everyone has their own life's perspective & different view on how to live a life :))

We've changed as time passed by... Kalau dulu semuanya innocent sahaja... Tak fikir apa pun... Tapi kini, hidup semakin mencabar dan terpulang pada diri kita bagaimana nak menghadapinya :))

Whatever happen life must go on... don't ever regret and never look back... Stop living in the past! Stop blaming others! Kita bertanggungjawab dengan kehidupan yang kita pilih pada hari ini... Rancang kehidupan kita untuk hari esok... Doa setiap hari semoga usia & rezeki kita diberkati... 

Kadang-kala sedih bila tengok rakan-rakan yang seolah-olah hilang tujuan dalam hidup... Nasihat buat diri sendiri juga, sebab kadang-kala jiwa kita sangat rapuh... Destinasi hidup kita hanya satu walau siapa pun kita di dunia ini, kemuncak hidup kita adalah 'Liang Lahat'... Jom, kita persiapkan diri kita ke arah itu! :)))


Gambar yang tiada kaitan pun dengan entry... My little jardin @ garden yang tak seberapa nak menjadi... Pokok kunyit yang makin menguning sebab bercampur-campur dengan pokok yang lain... Ada pokok pandan dan serai juga... Nampaknya kena asing-asingkan pokok-pokok ni bagi subur sikit, "Babah, seems like we have to buy new pot!" ngeh..ngeh... :))


Mana Ummi kat situlah juga dia :)) 

Trimkan pokok-pokok tu supaya tak semak sangat mata memandang :))


Iman dengan 'spenda pampers',dia yang panggil hehehe ;))


:)))


Gambar makanan adalah wajib di blog saya... Nasi impit & kuah kacang... Teringin sangat nak makan, lagi-lagi lepas teringat Datin Halimah sebut kuah kacang campur daging, terasa macam makan sate daging :))

Hobi baru: Masak, snap gambar & tepek kat blog! hehee 

Ada yang dah buat patty burger yang saya share tu?? Nanti bagitahulah ye hasilnya :))

Thank you for reading!

Chau mi amor! 




May 31, 2012

Patty for Homemade Burger!

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Alhamdullillah, minggu ni baru dapat stok daging... Lama betul rasanya tak makan daging ni... Kena tunggu stok dari masjid dulu ;))

Daging lembu bukan kamben (kambing)... Nantilah, teringin gak nak makan kambing tapi kena sembelih seekor pastu tong tong... Siapa pulak nak makan seekor kambingkan...hik3... ;))

Harini terlebih rajin nak update tentang homemade hamburger patty! Last entry bagi bulan Mei ni...  Sekarang masa saya tulis ni masih lagi 31 Mei 2012, perasan muda sehari dari you all...keh3 :))

Semalam genap 8 bulan kami di bumi Peru ni, syukur Alhamdullillah masih lagi bernafas di bumi ALLAH yang indah ini serta masih lagi diberi peluang memperbaiki diri... Insya'ALLAH :))

Sebenarnya, ada yang mintak resepi ni dulu masa di entry: Our Good Good Friday! Hampir dua bulan, baru nak bagi harini??? Ya ampun... kang ada pulak yang kata saya kedekut :( 

Bukan kedekut cuma saya ni agak pemalas sikit nak buat resepi-resepi ni, sebabnya saya bukanlah hebat sangat memasak... Lagipun tujuan asal 'diary' saya ni adalah sebagai catatan atau journal peribadi untuk diingati kemudian hari bukan blog resepi makanan sahaja..hikhikhik... Biasanya saya akan share linkkan di mana saya ambik resepinya... Maafkan saya atas kekurangan ini ye! :)))  

Kecuali resepi special Patty ni saya tergerak hati nak share sebab saya rasa lebih mudah & yang penting sihat untuk hidangan sekeluarga... chewah! :))

Here we go!

Mula-mula, sediakan daging yang telah dibuang segala lemak-lemak dan ketuk dengan pelembut daging! Cincang-cincang mana yang perlu :)


Bahan-bahan lain yang diperlukan...


Apa sahaja jenis biskut, saya guna biskut Hup Seng ni... Bawak sekotak dari Malaysia ni...hikhikhik... :)) Lain-lain bahan; daun celery, tomato, garam, boleh juga letak daun parsley, carrot, oregano pun boleh letak kalau nak, tepung jagung, lada hitam, bawang besar dan anything ikut suka lah :)))


Daging yang telah dicincang tadi...


Campurkan semua bahan-bahan tadi dan kisar!  


Last, bentukan bulat-bulat atau apa sahaja bentuk yang diingini... Kito yang buek dio! heheheee :))


Kemudian simpan dalam freezer sekurang-kurangnya satu jam! :))


Lepas tu bolehlah goreng seperti biasa :))


Hasilnya... Moist & juicy! nyum...nyum...


Sementara tu, prepare garnishing for your burger! Saya suka taruk vegie banyak-banyak! :)) hehehe


Cucumber pickle still in stock so, memang sedap makan dengan burger kan :))


The pickle still fresh, somewhat sweet & crisp! :))


End product! :))

Alhamdullillah, moga-moga hidangan yang sihat untuk keluarga :))

Tak cantik pun takpe, sebab kecantikkan luaran hanyalah makanan emosi, if masak dengan kasih-sayang, keikhlasan serta selawat dan doa... All blended together, insya'ALLAH lengkap bukan sahaja untuk makanan emosi tetapi fizikal & spiritual...

Take care mi amor...

Chau!