Gracias!

Feb 28, 2012

Let's me tell you my story...

Assalammualaikum...

Hola hermanas y hermanos!

Alhamdullillah, harini rasa lebih segar & sihat... Iman pun makin sihat cuma tinggal selsema dan batuk-batuk manja je lagi... Mr Hubby pulak dapat MC 3 hari... Dijangkiti virus yang sama... Harap kami sembuh sepenuhnya sebab lepas ni nak ambil suntikan for musim sejuk pulak... Suntikan yellow fever pun tak ambil lagi ni... Takpelah slow-slow :):)

Masa demam tu saya memang tak larat nak masak & buat kerja semua bagai... So, takde pilihan hari Jumaat tu kebetulan Mr Hubby pun ke masjid untuk solat Jumaat... Ada satu restoran makanan Arab HALAL baru dibuka di Tacna... Sebenarnya dari minggu lepas lagi kami memang bercadang nak merasa makanan halal ni... Tapi masa tu bukan rezeki kami, restoran tu tutup pulak...


Brochure ni diedarkan di masjid... Restoran ni terletak tak jauh dari masjid...


Nama restoran ni Dan Dasha... Terletak di Magdalena del Mar...  Masa saya demam tak larat tu dapatlah juga merasa ayam panggang yang halal... Alhamdullillah, rezeki dari Allah kan :):)

Ini adalah kali pertama makan ayam yang dibeli di restoran, sebab di Lima ni memang tiada restoran halal... Orang Islam adalah penduduk minority...

Macam saya yang bertudung ni memang senang mereka nak recognise... Kalau pergi kemana-mana memang saya akan jadi perhatian... Jadi, saya sangat menjaga penampilan saya di sini... Mereka memang pelik tengok perempuan yang memakai tudung...

Kalau berjalan-jalan tu, kadang-kala ada yang menoleh 2-3 kali pandang saya... Mula-mula dulu rasa uncomfortable bila orang pandang kita macam tu tapi sekarang saya rasa mereka pandang saya sebab saya cantik kot...hahaha! ;)

Di sini, apabila sesama Islam berjumpa dan memberi salam, saya rasa sangat syahdu dan perasaan saya mudah tersentuh... Bagi saya roh persaudaraan sesama Islam tu sangat kuat! Perasaan yang tak pernah saya rasa walaupun hampir 30 tahun saya tinggal di Malaysia yang mana majoritinya umat Islam... Perasaan itu sangat sukar untuk saya terjemahkan :) Very touching ~

Orang Islam di sini dari pelbagai negara, dari Indonesia, Pakistan,  Afrika Selatan, Egypt, Palestin, Syria dan beberapa lagi negara lain serta Peruana sendiri... Some of them just like us - ex parte!

Masa saya dan Mr Hubby jalan-jalan di Tacna minggu lepas kami ditegur  sekumpulan  lelaki... Lepas bersalaman & berpelukan dengan Mr Hubby, kami berborak-borak sebentar... Masa tu Mr Hubby hanya memakai seluar jeans & t-shirt sahaja kalau dibandingkan dengan mereka yang berjubah & berkopiah, mungkin baru lepas menunaikan solat... Mereka bertanya kami berasal dari mana... Mereka menegur pun mungkin sebab mereka melihat saya memakai tudung...  Sebelum beredar, salah seorang dari mereka sempat berkata muslims from Malaysia are very religious :) Kami terperanjat, tersenyum dan mengaminkan sahaja :):)

Agaknya kenapa mereka berkata demikian?!

Baiklah, ini adalah pendapat saya... Melalui pengalaman & pemerhatian saya... Mungkin benar, atau mungkin hanya satu kebetulan... Orang Islam-Malaysia biasanya sangat menjaga hal-hal halal & haram... Kita tak mudah untuk makan di sesuatu tempat tanpa mengambil kira halal atau tidak... Sebaliknya, sesetengah negara contohnya Islam-Indonesia (tidak mewakili semua) ada yang makan ayam & daging tanpa mengira dimana sahaja kerana bagi mereka, pada ketika ini mereka adalah dikira MUSAFIR... hanya dengan membaca BISMILLAH serta YAKIN mereka sudah boleh makan...  Kedua, cara mendirikan solat... Biasanya rakyat Islam-Malaysia sangat menjaga tatatertib semasa mendirikan solat... Yang lelaki berpakaian kemas serta bersongkok... Wanita pula bertelekung dengan menutup aurat dengan sempurna... Tidak terkeluar atau nampak rambut... Pakaian solat bersih & kemas...

Pengalaman saya menunaikan solat sunat Aidil adha di masjid tahun lalu contohnya... Ada dikalangan muslimin (saya tidak mahu sebut dari negara mana) cara pemakaian telekung atau tudung tidak menutupi aurat dengan betul... Nampak rambut, ada yang sengaja keluarkan jambul dihadapan semasa solat. Kuku berwarna dengan pelbagai warna, bertudung hanya sewaktu solat... Memakai make-up semasa solat... Gincu, pemerah pipi, eyes shadow dan sebagainya sehingga saya terfikir bila masa mereka mengambil wuduk... Apa yang saya lihat benar-benar menginsafkan... Betapa tertib dan beradapnya kita orang Islam-Malaysia!

 Dari segi makanan pula... Kalau semasa di Malaysia kami sangat berhati-hati semasa ingin membeli makanan apatah lagi bila tinggal di negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian Katholic... Bila nak membeli makanan tu WAJIBlah kami telek betul-betul ingredients dan sebagainya... Contoh kalau nak beli air kenalah tengok mengandungi ALCOHOL atau tidak... Kalau makanan yang lain kenalah check kalau-kalau dia tulis CERDO, chicharrón, JAMÓN  dan sebagainya; memang kami TAK akan beli... In fact, kalau bahan makanan yang ada ingredients ayam (pollo) & daging (carne) pun kami tak beli...

Islam itu mudah & indah, jadi janganlah disulit-sulitkan... Dulu pernah dengar ustaz cakap kalau kita dalam keadaan benar-benar DARURAT, yang haram pun boleh dimakan... Namun tidak boleh sampai kenyang cukuplah sekadar untuk meneruskan hidup... Buat masa ini kami masih ada pilihan, jadi selagi boleh kami sentiasa berhati-hati dalam bab halal dan haram ini... Lain-lain perkara saya dan Mr Hubby masih lagi belajar dan membuat rujukan di sana-sini ;):)

Kita selalu membuat andaian & rumusan tentang sesuatu negara atau negeri yang kita tidak pernah pergi atau sampai... Lagi-lagi kalau negara tersebut kurang terkenal seperti Peru ni contonhya... Tetapi pernah tak terfikir apa pula pandangan orang tentang negara atau negeri kita?

Jangan sangka negara kita sudah cukup terkenal ye kengkawan... Secara jujurnya, hampir 5 bulan kami di sini, tidak semua tahu di mana negara kita... Mereka cuma tahu negara-negara berhampiran negara kita sahaja... Sebagai contoh; Indonesia, Thailand & Singapura!

Ada yang bertanya adakah negara kita sudah maju... Memang rasa kelakar, rasa nak marah pun ada juga kerana negara kita sebenarnya jauh lebih maju dari negara mereka! 10 tahun kehadapan saya kira! Tapi itulah pandangan mereka pada negara kita yang kita cintai - Malaysia...

Apa nak buat :) Barangan buatan kita pun banyak yang tiada di sini kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran kita... Mari sama-sama kita fikirkan di mana silapnya...

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke titik noktah yang terakhir... Mungkin ini entry yang membosankan sekadar meluahkan apa yang tersirat dihati :):)... Sekadar berkongsi pengalaman... Have a nice day, mi amigos!

Chao ~




Feb 26, 2012

Inca Kola, Por Favor!

Assalammualaikum...

Hola cariño!

Alhamdullillah, I'm back! Thank you Allah! Iman pun dah semakin sihat walaupun masih ada sisa-sisa selsema, syukur padaMu Ya Allah... Beberapa hari ni juga kami tak pergi kemana-mana hanya berehat, berehat dan berehat sahaja di rumah... Sekarang ni Mr Hubby pulak  kurang sihat maybe sebab terlalu letih melayan kami dan harap-harap dia tidak dijangkiti virus yang sama... Semoga kesakitan yang Allah beri ini menjadi kafarah... Amin...

Saya juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Faris Nur Daniel... Allah Maha Penyayang, syurga buatnya pasti menanti... Saya tak tahu sekiranya saya di tempat mereka adakah saya mampu menerima segala takdir dariNya...

Buat teman-teman bloggers yang sangat saya kasihi; Kakcik Seroja, eeiyss, Nafiraa, Rumah Kuning, Gen2Merah, BrightEye, ShimaSalleh, Sang Ratoo, Mixed Family In Da House-Dini, Norhidana, Fiza, Hanis Azla, Nazayiena, arelan, AmirFX, Nida, ...cp, eye nee, Kak Radziah AR, msredcheesecake, Cikgu Ma, Apple Pearl, Ummi Iman, Lynn, Aisyah Jahirah, chemid, mama norlara, Kak Queenie, Kak azieazah, Puan Kutu, Ibu Hani, MeriamBebakar, anisalya & Fyzz: Muchas Gracias for doa :):) Kisses & Hugs xoxo...

Susumanis & mamavogue, thank you for the doa, tips & petua... Memang sangat power! :):) Mamavogue, kulit kayu manis atau cinnamon memang banyak di sini, mereka (Peruana) guna dalam masakan tapi paling digemari sebagai pewangi atau perasa tambahan dalam minuman... In spanish they called cinnamon = canela cara sebutan 'ka-ne-la'... 

Bila badan tak sihat selera makan pun mesti mati... Tekak rasa tak sedap, rasa payau je... Lagi-lagi bila dah telan pelbagai jenis 'dadah' yang doktor bagi... memang rasa tak best sangat! Tapi badan perlukan tenaga, my body screaming "I want sugar! Sugar! To sooth my tongue!"

So, Mr Hubby pun pergilah beli untuk isterinya nan seorang ni...hehehe...

Inca Cola
Elok je demam teragak nak minum minuman bersoda ni... Inca Kola!

Inca Kola also known as 'Golden Kola' maybe because of the yellowish-gold in colour... Refers to the Quecha Inca Kola are words for King & Queen...  Minuman ni menjadi kebanggaan rakyat Peru, macam menjadi national icon mereka lah... Remember Inca Civilization? Machu Picchu semua tu berkaitan dengan Tamadun Inca ni...  

Menurut apa yang saya tahu minuman ni hanya terdapat di parts of South America, North America and Europe... Tempat-tempat lain di dunia tak berapa nak famous sangat tapi boleh dijumpai di Latin American Specialty Shops worldwide... Rasanya di Malaysia pun tak pernah jumpa... 
Kalau ada jumpa, mesti cuba tau! Sedap! :):) The flavor has unusual sweet fruity flavor yang macam rasa bubblegum gitu :)

Esta bien, mi amigos!

Hasta luego, chao~

------<----<----,@

Feb 23, 2012

Vamos! Meet the doctor!

Assalammualaikum...

Hola Mi Amor!

Sekarang baru boleh buka 'my book' ni dengan tenang... Kalau tak curi-curi je tengok kalau-kalau ada new comments :):) Muchas gracias! xoxo

Actually, dah dua hari saya demam... Mengigil-gigil macam kena demam kura-kura...Pagi tadi Iman pulak yang demam... Berjangkit dari saya... Sebelum ni dia memang dah ada throat infection tapi tak demam... Just running nose... Dah lama tak kena demam macam ni... 

Time demam macam nilah terasa sangat rindu nak balik Malaysia, mana taknya kalau rasa tekak tu tak lalu nak makan boleh juga beli tomyam atau bubur McD... Tak perlu susah payah nak masak... Badan dah tentu lemah tak bermaya... Nak tak nak kena jugaklah gagahkan diri ke dapur masak apa yang mampu... Masak & makan bubur jelah... 


Malam tadi Iman tidur tak berapa nak nyenyak...  Mungkin dia dah start rasa tak sedap badan... Saya pun tidur-tidur ayam je malam tadi... Sebab sakit kepala yang very deep & strong... 


Sejak pagi tadi demam Iman tak kebah-kebah... On & off... Kejap panas, kejap sejuk...  Merengek-rengek je... Alahai, luluh hati saya... 

Saya yang dewasa ni pun rasa tak tertanggung dek kerana demam inikan pula Iman yang baru 2 tahun setengah...


Tengahari tadi kami pergi ke hospital Clinica el Golf. Gambar kurang memuaskan sebab guna kamera biasa... Tangan pulak dok mengigil-gigil bila ambik gambar...


Tengah tunggu doktor sementara menenangkan Iman yang dah start cranky sebab takut nak jumpa doktor... Iman memang fobia berjumpa doktor maybe because of the past experience... 


Bukan kena cucuk pun, just doktor nak ambik suhu badan je... Tapi menangis meraung macam kena  cubit...heheheee...Puas jugaklah pujuk dan menenteramkan dia... Masa nak datang clinic tu pun terpaksa 'white-lie' cakap nak pergi beli bowling set untuk dia... Since, past 2 weeks dia asyik mintak bowling set... Puas juga kami cari tapi tak jumpa...

Iman: Umi, babah... Boleh tak?
Kami: Nak apa sayang?
Iman: Nak bowling set... Boleh tak?
Kami: Iman should behave & be good boy then you will get it, ok?
Iman: Ookkay! (Tiru gaya Mei Mei dalam kartun Boboi Boy)

Konon-konon nak tegas, tak semua benda dia boleh dapat dengan mudah  :)


Doktor cakap Iman still ada throat infection... Sejenis virus macam tulah... 
Lepas dah selesai doktor check semua, babah pujuk Iman main game...Now, turn Umi pulak jumpa dengan doktor...

Walaupun rasa macam dah ok sikit but my head still throbbing... Memang masih ada sisa-sisa demam... Luckily, doktor pandai berbahasa Inggeris... Oh, I'm happy for that! hehehe... First time jumpa doktor yang pandai berbahasa Inggeris... Rupa-rupanya sama macam Iman, throat infection!

Doktor nak drip air + ubat, maybe dia tengok saya dah macam dehydrated sangat kot... Tapi saya refuse... huhuhuu... Bukan takut tipu* nanti Mr Hubby masuk ofis lambat pulak... Mintak ubat makan je... Doktor tu pun sengeh-sengeh jek...kihkihkih... 

Lepas dah check ape semua bagai, time to say goodbye & thank you... Budaya mereka ni, suka cium-cium pipi ala-ala arab gitu... Tak kisahlah lelaki ke perempuan... Oh, no! Hopefully doctor ni taklah kan...hahaha! Doktor lelaki! Nasib baik he just hulur his hand... So, shakehand je lah...kehkehkeh! Rasanya dia pun faham... Satu sikap mereka ni very friendly & loving


Mr Hubby sedang mengambil ubat di kaunter farmasia...


Kesian Iman termenung je... Panas betul badan dia...

Today I have learned new few words...

Fever = Fiebre

Infection = Infección

Prescription for Iman
Prescription for Umi
Akhirnya, sebab tak sampai hati babah usaha juga mencari bowling set untuk dia... Punyalah excited!
Kesian pun ada!


Dalam-dalam tak sihat tu still lagi nak main...


Tapi sekejap jelah sebab badan tak berapa nak sihat lagi... 

Terima kasih sebab sudi baca sehingga noktah yang terakhir... Terima kasih juga kepada Mama2Q yang bertanya tentang banjir besar yang melanda Peru... Itu yang hebatnya dunia tanpa sempadan ni... Maklumat mudah & pantas tersebar... Kadang-kadang kami yang tak tahu menahu kejadian sekeliling pun terus jadi tahu...hehehe... malu*

Banjir besar melanda Arequipa... Terletak di selatan Peru... Di Lima, taburan hujan tahunan boleh dikatakan tidak wujud... Kalau ada pun sangat-sangat minimal... Orang-orang kat sini gayat kalau jumpa hujan lebat...hehehe... Muchas gracias! :):) xoxo

Kita selalu berfikir macam ni, kalau sesuatu kejadian berlaku di sesuatu negara, pada pemikiran kita yang terjejas juga satu negara... Padahal hanya di satu part itu sahaja yang terjejas... Begitulah juga pandangan orang asing pada negara kita, kalau ada sesuatu buruk yang berlaku pada negara kita, mereka tidak fikir lain, apa yang berlaku mewakili negara kita keseluruhannya.... Eh, korang faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni...hehehe...Takpe lah buat-buat faham je ok:))

Sampai di sini dulu... Adios!

P.S. Gen2Merah Muchas gracias por todo! - Thank you for everything! Nanti ajar anak murid ye :)

Feb 20, 2012

Pleasantly Plump - Gordita!

Assalammualaikum...

Hola!

Perasan tak kat sebelah tu ada calculator BMI... Haritu Kak Radziah AR ada tegur...hehehe... 


 Actually, BMI ni khas untuk diri saya yang sangat obses kononnya untuk menurunkan berat badan walaupun ramai yang kata saya dah kurus sedang-sedang gitu... Bagi saya, hanya saya & Mr Hubby je yang tahu saya gemuk ke tidak...ahaks! (Rahsia besar kami XD...huhuhuuu)

Gordita means chubby in Spanish... How they describe fat in a nice way, so that's acceptable & normal and less hurting people... :))

Tinggi & berat badan menentukan sama ada kita memiliki berat badan yang ideal atau tidak... Macam saya, saya ni kategori wanita (erk...) tinggi so, berat pun tinggi gaklah...hahaha!

Semenjak menjadi  fulltime housewife ni, memang selalu kena remind diri sendiri...

Dulu masa zaman remaja junior (sekarang remaja senior...hehehe) saya pernah mengalami masalah berat badan... Dan saya tahu apa perasaan bila kita menjadi budak 'comel'... 

Bila cerita tentang sifat kita yang satu ni, kita boleh jadi sangat sensitif, mudah rasa down... Seolah-olah kecantikan bermula dari body yang cantik bak supermodel...


My mil cakap muka saya nampak bulat & badan nampak berisi bila bercakap melalui Skype! hehehee... 

Walaupun pada hakikatnya selama hampir 5 bulan kami di sini, berat badan saya turun hampir 4 kg... Mr Hubby cakap, penimbang rosak... Sabar jelah! Padahal berat dia sama je...hehehe...Jealous lah tu ;):))

Semua pun tahu, di sini sukar mencari makanan halal, walaupun ada KFC, McD, Pizza Hut, Domino's dan segala bagai... Ayam & daging not slaughtered properly so, bila tak darurat - haram dimakan... Bau & tengok jelah... Setakat harini pernah beli aiskrim McD je... Tu antara salah satu sebab berat turun kot...

Jadi, pada sesiapa yang nak turunkan berat badan, jom tinggal di negara yang bukan Islam, susah cari makanan halal confirm boleh kurus...hehehe... Sila jangan percaya :)))

Masa mengandungkan Iman dulu, berat saya naik sehingga 20kg... Hampir menyamai berat badan Mr Hubby... Masa tu risau sangat tak boleh nak kembali pada berat asal...

Pregnant 7 bulan, Iman lahir 1/8/2009
 Tak banyak gambar masa preggy, sebab tak suka...hehehe... By the way, gambar masa attended my bff wedding... Ada juga boleh buat kenangan, thank you Tariq & Noya :)) xoxo

Pengantin tu Shahrul & Akmal... Sekarang Noya & Akmal dah mendahului saya, Noya expecting her second child, while Kema (Akmal) baru lepas pantang anak ke-2 juga :):)  Tahniah!

Semoga korang bahagia ever after!


Masa awal-awal datang ke sini dulu, saya beli tracksuit ni dekat Polvos Azules... Sebagai pembakar semangat untuk berjogging & bersenam... This year I'm going to be 3 series, badan yang Allah bagi ni nak pakai lama... So, kenalah jaga kesihatan... Nak ajak K.Siti & Cik Sharmini pergi berjogging, at least fast-walking...

Seronok dah ada kawan baru yang boleh share interest together ;)) Doakan berat badan ideal saya ini berkekalan ye... Sebab saya takut menjadi 'comel' lagi... huhuhu...

Adios mi amor!

Chao~

P.S. Nak turun few kg lagi, sebab ada banyak lemak-lemak yang tersembunyi perlu diperangi...hehehe





Feb 19, 2012

Al Quran - The Complete System of Life!

Assalammualaikum...

Hola hermanas y hermanos !

Hermanas = Sisters
Hermanos = Brothers

Just to to share the complete guidance of life... You ask, but Al-Quran wa Sunnah already has answered for you...


~ May Allah grant you goodness ~

----<----<---'@

P.S.  Muchas gracias Yana-Feehily! Akak & family sihat & selamat di sini...Alhamdullillah... Kebakaran yang berlaku di downtown Lima, kira-kira 15 minit dari tempat tinggal kami...

Feb 17, 2012

:.Bitter Sweet Coffee.:

Assalammualaikum...

Hola!

Buenos Dias Amigos!
"A cup of coffee shared with a friend is happiness tasted and time well spent"

Kopi = Café

Saya bukanlah peminat kopi tegar... Nak minum pun kena pilih-pilih dan sikit-sikit... Pernah dulu masa nak exam saya minum Nescafe, heartbeat jadi sangat laju, nervous semacam... mengigil-gigil dan berpeluh-peluh... Semenjak tu memang hati-hati kalau nak minum kopi... Eh, Nescafe dengan kopi sama ke? hikhikhik...

People usually drink coffee and ingest caffeine for one principle reason- to wake up! 


Tapi, kalau minum kopi biasa tu pun kalau minum berlebihan saya boleh jadi 'high' gitu... Terawang-awang macam tak jejak kaki kat bumi... Maybe saya tak boleh consume high caffeine kot ;);)
Fact: Caffeine’s effect on people differs with each individual.


Mr Hubby pun sama jugak bukan peminat coffee... Seingat saya sepanjang berkenalan dengan die memang tak pernah tengok die minum kopi... 


Last two weeks, ada tetamu dari Columbia, dia Malaysian... Bekerja di Columbia & berkahwin dengan Columbian... Dia bagi kami cenderahati dari sana ~

Coffee & Key Chain
Columbian Coffee ni memang terkenal... Among the best in the world... 

Key Chain
Saya suka tengok key-chain ni tapi kalau diberi FM lagi seronok... One of my hobbies, kumpul FM dari seluruh negeri, kalau boleh nak cari seluruh dunia juga... hehehee... Tahu, ramai juga blogger yang suka kumpul FM kan? :)))


Macam nilah rupanya kopi Columbia tu... Memang harum!

Aroma = Aroma

Oleh sebab kami tak ada coffee mixer, saya rebus je dalam periuk...hehehee...


Saya buat mild je... Sedap!  Dan yang paling best, saya tak 'high' pun... hehehe...
Maybe saya buat tak pekat ;)

Freeze Magnet
My FM's collection...
Banyak yang dah pecah masa pindah haritu...


Selain tu, hobby saya dari dulu adalah membaca... Any kind of books... Paling suka novel chic lit... Walaupun, ada orang kata it's not good reading chic lit because it won't make your English better... Saya tak kisah pun... As long people  understand what I'm trying to say... kira oklahkan... Lagipun mereka ni tak expect pun kita pandai sangat bahasa mereka... I understand you & you understand me... Good enough! :))

Tapi jangan pulak taknak belajar to improve your English dah lah ye...hehehe... Bagus tau dapat belajar banyak bahasa ni, kalau kerja government boleh layak dapat elaun bahasa ketiga tau...;):))


Sebahagian buku-buku favorite yang saya bawak dari Malaysia... Saya banyak juga beli buku-buku cerita tapi ramai yang meminjam lepas tu tak reti nak pulangkan... Nak mintak balik segan... Sebab tu malas dah nak bagi orang pinjam... Bukan kedekut, tapi saya jenis suka membaca berulang-ulang... Sayang, lagipun bukan murah nak beli... T_T


Koleksi buku yang dibeli di sini... Kecuali novel 'Things I Want My Daughter to Know' tu... Take ages nak habiskan membacanya... Kalau best 1-2 hari dah boleh habis... Yang lain-lain tu pun sama... Saya jenis tak suka cerita yang too heavy, suka yang santai-santai je... Lepas tu berangan, jadi heroin...feeling-feeling gorgeous...hahaha~

Oklah dah melalut pulak...

Sekarang kat sini dah pukul 9.25 mlm... Iman banyak cengkadak harini... Nak extra attention, umi malas nak layan sangat... Badan tak berapa nak best maybe sebab nak sampai rest pray time kot...

Chao cariño!

------<---<---,@


Feb 16, 2012

Good Mood :)

Assalammualaikum...

Hola carino!

I'm so happy today! Things happen for a reason... Alhamdullillah, balik dari office semalam Mr Hubby terus tanya, what is going on... Yelah, tentang entry semalam tu... Actually, I pun ada merajuk jugak dengan dia semalam... Merajuk-merajuk manja gitu ;):)


So, maybe untuk memujuk ;)) malam tadi kami keluar pergi Starbuck, to have some drinks... Rasa seronok bila borak-borak over a cup of chocolate caliente (hot chocolate), lepas tu berjalan-jalan di Olive Park (Parque el Olivar), holding hand like our old days but, kali ni bertiga :)) Rasa tenang sambil melayan kerenah si busyuk-Iman...

Pemandangan indah malam diterangi lampu yang samar-samar selalunya dicemari dengan adegan manusia yang kemaruk dek cinta... Adoi, macam takde tempat lain! Kadang-kala sampai berguling-guling atas rumput macam filem Hindustan... Nak tergelak pun ade!

Love & sex very 'open' here... Mengalahkan American... My friend yang pernah tinggal di DC (Washington)  for almost 5 years pun terkejut dengan 'view' di sini...  Apatah lagi kami ni...hikhikhik

Pagi tadi bangun lepas dah siap-siapkan apa yang patut, terus buka lappy... Check inbox blog, FB etc, terkejut tengok traffic mendadak naik... Rupa-rupanya kerana Senor Ben yang famous amos ni! Muchas gracias Ben :)


Dios mio! He choose my blog as 'Blog Pilihan'... Sangat terharu, actually I expect less than that ~


Some people might think my blog is special, unique etc. , maybe just because I'm living in Peru (thank to Allah)... The true is everyone in this world are special, no matter where they are! :)) 


Blogspere is the best place making friends, sharing experience & never than less, to have fun!


And I'm still learning, tengoklah blog pun takde header... Tak tahu nak design macamana & nak letak gambar apa... I have to re brush  my writing skill, mula-mula dulu kaku gile ayat... Accountant bila menulis tahu jelah (accountant kecik je)... Skema... hikhikhik...


Teringat dulu masa Mr Hubby mula-mula dapat tahu posting ke sini... We've share the news with few friends & families... Mereka menunjukkan reaksi yang berbeza-beza... Antara kata-kata yang   dilemparkan:

"Your husband ada problem ke sampai kena hantar ke Peru?" - Tak pasti kenapa dia tanya soalan macam ni... Maybe dia tak faham klausa 'yang menurut perintah'...

"What? Peru? Ada apa kat sana tu?" - Katak bawah tempurung kot...huhuhu

"Tak boleh ke minta tempat lain, punyalah banyak negara dalam dunia ni, ke Peru?" - Mr know at all, kononnya...hehehe

"Kau nak pergi negara yang ramai orang kulit hitam tu kenapa?" - Ada masalah dengan Geografi & peta dunia mungkin...

"Jaga laki kau, perempuan cantik-cantik kat sana." - Tak pasti gurauan atau cynical...

"Hati-hati kat sana tu, tahu jelah orang kafir (Kristian) ni bagi kita makan ntah apa-apa nanti... bla bla bla..." - Ustazah pilihan

"Dekat sana mana ada orang perempuan pakai tudung, macamana dengan kau nanti?" -Pelik tak?

Now, slowly I understand why Allah chose us to be living here... :)))

Muchas gracias... Hasta luego!

Loves xoxo

----<---<-----@

P.S. Mood dah ke laut, sebab mata ngantuk lepas makan... Iman dah selamat taking his nap :)
P.S.S. Insya'Allah, akan dibalas kunjungan rakan-rakan baru...





Feb 15, 2012

Super sensitive!

Assalammualaikum....

Hola!

Kita adalah manusia bukan maksum kecuali Nabi & Rasul yang diangkat martabatnya di sisi Allah... Saya melakukan kesilapan begitu juga anda... 

Catatan untuk diri saya sendiri, kadang-kala kita melihat dunia dari sudut mata kita sendiri... Dan merasakan kita sentiasa betul... Saya juga begitu, kadang-kala hanya kerana kata-kata kita menjadi cepat sangat terasa dan emosional... 

Macam saya, saya sangat sensitif & mudah terasa, tapi insya'Allah mudah memaafkan... Bila saya marah kadang-kala saya akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan... Tapi kalau saya terlalu sangat-sangat marah, badan saya akan menggeletar seterusnya memaksa saya  berdiam-diri & terus menangis... Saya seorang yang keras kepala & keras hati juga... Saya juga boleh bertindak diluar batas minda kalau tak kena dengan caranya... 

Asam garam blogsphere ini, ada yang memuji ada yang mengkritik, ada yang suka ada yang tak suka... Kita tidak boleh memaksa orang untuk suka pada kita...

Yang memuji, secara jujurnya saya rasa malu dan saya anggap sebagai halwa telinga, juga sebagai 'DOA'... terima kasih, darling :)...Yang mengkritik, kadang-kala rasa nak delete je... Tapi sangat bagus sebagai teguran... Terima kasih juga, mi amor :)

Siapalah saya... Hanyalah manusia biasa... Apa yang saya lakukan hari ini adalah untuk terus belajar mencari redha Allah, bukan redha manusia... 

Kepada yang berkenaan, saya juga memohon maaf... I rest my case!

Case dismiss ~


P.S. Hati-hati bila menaip...*wink*wink*

------<---<----@


Feb 14, 2012

Sweet & Spicy!

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Como estas?

Kami di sini semua sihat, Alhamdullillah :)

Malam tadi berlaku lagi gempa bumi (11.42 pm), magnitude: 48. Pusatnya terletak 48 km dari Lima... Berderau jugak darah... Alhamdullillah, masih lagi diberi peluang bernafas di bumi yang indah ini...

Earthquake = Terremoto/sismo

Macam cerita dalam TV, kadang-kala ada 'flashback' semuakan... So, I don't want to miss it, because every pictures have their own story to be remembered as the time goes by ~

Disebalik tabir before Garden Party haritu kononnya :)

Laici 
1 tin laici di sini agak mahal harganya, so I've decided to cut it into a small pieces untuk diletakkan ke dalam agar-agar... I think it is not approriate to put sebiji-sebiji... 

Air Laici bersama-sama agar-agar yang dididihkan


We're bought all the stuffs here, colourful cups with the cucharita dibeli di Central Mercado, Calle Capon... Whereby, agar-agar & laici di beli di Super Nikkei (kedai barangan Jepun).

Cucharita = Sudu kecil


Agar-agar = Gelatina (Cara sebutan 'he-la-ti-na', G becomes H)

Tengok harganya, yang kecil ni 7.90 soles... rasa menyesal tak bawa dari Malaysia...


Agar-agar yang telah siap :)

Tunggu untuk disejukkan....

I did all this a night before party, taklah kelam kabut sangat... Sebab, mana lagi nak masak untuk lunch semua... Nak layan my manja Iman lagi... So, when the day come, I can cook calmly & passionately :)))

Lagipun I believe Mr Hubby pasti balik rumah untuk makan, sebab dia memang akan makan sikit je kalau pergi mana-mana functions... 3 years married, I know him well... Eventhough, kadang-kala kita dari Planet Zuhrah ni sangat susah nak paham mereka yang berasal dari Marikh ni kan...hehehe

Terlebih rajin, teringin nak makan pecal... Masakan jawa, tapi chefnya berdarah Banjar + Minang... My mak banjar, arwah abah orang Minang, eko! hahaha!

Maksud eko, engkau... Salah tolong betulkan ye...heee...

Bahan-bahannya


Eh, kenapa ada daging pulak ni? 

Daging ni masak kicap je... Senang :)

Sayur & tahu untuk dibuat pecal


Kelentung-kelentang di dapur, akhirnya siap jugak masak Pecal atau rojak sayur ni :)

Tada~

Pecal Banjar Minang

Asal ado!
Semua sayur tu kenalah celur, kecuali tomato.... Telur kena rebus, tahu digoreng... Issh... kalau ada tempe lagi sodap!

Kuah kacang
Kuah kacang ni lagi mantap kalau letak cekur... tapi kat sini mana nak cari... Tahu tak cekur tu apa? Silalah google ye ;):)


Inilah rupanya Pecal Banjar Minang berlatar belakangkan suasana Malaysia...hahaha~

Daging masak kicap
Main dish Daging Masak Kicap... Beli daging dari masjid... Kang ada pulak yang bertanya ;p:)

Food Testing!
Ingat Lisa Surihani & Yusry KRU je nak food testing, ha ni chef fofuler nak testing food masakan sendiri...hehehe...

Belasah 2-3 pinggan, memang senang nak buang hajat lepas tu tau! 

Tak senonohkan cerita pasal makanan tetiba keluar buang hajat pulak... 

Tapi itu pun salah satu nikmat dari Allah, kalau Dia tarik macamana...huhuhuuu... Mau miong kepala kan :)

Tulah kadang-kala kita ni kufur nikmat... Nauzubillah...

Haritu Dato' Ambassador ada bagi limau kasturi & cili api... Dengarnya dia dapat dari Malaysian businessman yang ada ladang di sini... Alhamdullillah, nikmat dari Allah yang tak terjangka lagi...

Bukan senang nak dapat kat sini...


Makan dengan laksa sedap ni... Alahai, masalah ikan lah pulak! Nanti nak trial & error ikan-ikan yang sesuai... Kecur air liur nak makan laksa!

Cili tu dah selamat buat masak lemak ayam... Fuh, berasap! Podeh!

Podeh (N9) = Pedas

Masak lemak cili api
Ikan masin goreng berbawang
Daun kesum
Nak tanam daun kesum ni kat tepi tingkap bilik, rendam dalam air bagi tumbuh akar sebelum boleh tanam... Cuaca di sini sangat baik untuk tumbuh-tumbuhan... Insya'Allah semoga dia boleh tumbuh dengan subur nanti~

Macamana rasa sweet & spicy tak entry ni?? hehehe...

Esta bien, mi amigos! 

Chao!

P.S. Tadi masa makan Gloria tanya "No celebrar Valentin?" Mr Hubby cakap, "No, we're musulman (Muslim)... Everyday we celebrar Valentine (Hari Kekasih) :)," cakap campur-campur omputih & Spanish... macam tulah tiap-tiap hari... Selalu jugak tersasul-sasul... Terbawak-bawak... Bahasa routine memang berubah... baik ke tak baik? ngeeee ~

Feb 12, 2012

Garden Party (Embassy's Hi-Tea)

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Alhamdullillah, this morning dapat bercakap & melihat muka mak... Lega rasa hati, bukan nak cakap sangat pun, dapat lihat muka & tengok dia sihat dah seribu syukur :) Mak pun bukan jenis yang bercakap banyak, kalau orang tak rangsang dia untuk bercakap dia akan diam sahaja... 

I'm very close to  mak compare dengan adik-beradik yang lain... Yelah, dah anak bongsukan... Masa bersama tu lebih lama kalau dibandingkan dengan yang lain... I think now it's the time to others take their turn jaga & give more attention to emak... Not because selama ni dorang tak pernah ambik tahu, tapi yelah I'm married & for sure I have to be with my hubby... And my hubby pun sayang dengan mak, as he has mentioned before... Orang lelaki ni susah nak cakap dia sayang, but my hubby selalu confess that he loves my mak :)))) 

Oklah back to the topic, last Wednesday Embassy ada buat  Hi Tea hosted by Dato' Ambassador... This simple party dibuat di perkarangan embassy sahaja... Most of the guest are Malaysian... Seronok jugak sekali-sekala dapat berkumpul macam ni... Masak pun simple-simple je... Jom kita tengok apa yang ada ~


Antara menu yang disediakan... 


I made the gelatina lychee... Uish, mahal betul agar-agar di sini tau... Satu paket yang kecil tu S./7.90... Menyesal pulak tak bawak haritu...hehehe

Gelatina = Jelly = Agar-agar

Goreng pisang & some sweets...

Banana Fried = Platano Fritas


Hadiah for lucky draw...


Sedikit kata-kata pemanis dari Dato' Ambassador :)

Tak faham kenapa Mr Hubby pegang perut... Lapar kot...hikhikhik....


Antara tetamu yang hadir...



Local Recruited Staff...


Some Malaysian that came... Majlis ni informal...


Menu istimewa, mee goreng aka spaghetti goreng... Sedap & terbaik! Chefnya adalah kak Siti, I just tolong potong-potong je... Bab memasak serah pada yang pakar! hehehe...Terlupa nak snap teh tarik special


Semua nampaknya suka dengan menu yang disediakan ;)


Some of the guests adalah Peruana yang dijemput khas untuk meramaikan majlis :)


Yang paling seronok time macam ni siapa lagi kalau bukan budak tecik ni...

Imanlah...hehehe...

Dapatlah dia bermain & bersosial...


Even there is communication barrier but Iman can easily mixed around... 

Budak-budak kan... There is no boundaries in their world....


Iman cakap Melayu, mereka cakap Spanish... Apa ada hal...hehehe... Boleh je main :)


 Cute kan... Malays mixed with Peruana :)


Happy betul anak umi ni...




Iman sedang mengendeng anak Peruana ni...hehehe...


Alamak, umi rasa terpaksa rejectlah sebab ganas bonar... Memanjat macam el nino...hikhikhik... Cari awek Malaysia jelah ye nak :)

El nino = Boy


Seterusnya, lucky draw winners :)








Party berakhir dengan jayanya.... Alhamdullillah... Balik dah malam, Iman tidur tak sedar-sedar sampai pagi keesokkan harinya sebab keletihan tahap maksima... Lepas tu terus kena throat infection, maybe berjangkit dengan one of the kids yang memang tak berapa sihat that day... Biasalah budak-budak badan tak berapa nak kuat antibodinya... Syukur, sekarang dah ok lepas makan prescription yang doktor bagi... 

Kalau sebut nak ke ofis babah, he will be no. 1 to follow... Ingat hari-hari ade party... hehehe...

Esta bien, sampai sini dulu... dah malam Iman pun dah selamat tertidur...hehehe.... Buenos noche!

Hasta lavista :)