Gracias!

Showing posts with label Masakan Perantau. Show all posts
Showing posts with label Masakan Perantau. Show all posts

Jul 5, 2012

Masak Lomak Daging Salai Aguaymanto! ;)

Assalammualaikum...

Hola todos!

Ada ke yang tertarik dengan tajuk kat atas nun! hehee ;)) Inilah yang dipanggil penangan 'Masterchef'... Walaupun duk jauh di perantauan tapi masih mengikuti perkembangan terkini tanahair tau! hahaha ;D

Gimik je tu! hehee :))

Sebelum ni kan saya pernah terbaca beberapa orang blogger bercerita tentang sejenis buah hutan yang dipanggil buah letup-letup ... Dulu, masa saya bersekolah rendah  tempat saya belajar mengaji Al-Quran, saya selalu nampak pokok buah ni yang tumbuh meliar dekat semak-semak di tepi surau  tempat saya mengaji tu... Tapi tak tahu pulak yang buah ni sebenarnya boleh makan! :)))


Rupa-rupanya buah tersebut adalah sejenis beri yang banyak khasiatnya... Ia dikenali sebagai gooseberry atau in Peru they called it 'Aguaymanto'! Rasanye masam-masam manis seperti buah oren... baunya juga sangat wangi... Kaya dengan vitamin C... Dipercayai juga boleh merawat cancer, leukemia, malaria, asthma, hepatitis, dermatitis and rheumatism! :))))) Source: Wikipedia

Ada yang kata buah tersebut banyak di import ke Malaya dari Amerika Selatan dan dihidangkan di hotel-hotel terkemuka tanahair! Wah!!! :)))

Dulu masa saya bekerja (sekarangkan cuti panjang), selalu dok kat hotel-hotel  kalau outstation  so, saya memang ada perasan buah ni tapi just diletakkan  sebagai dekorasi atau food dressing... Tak sangka pulak boleh makan... Yelah takkan nak makan hiasan kot! Nanti orang kata kita 'jakun' lak...hakhakhak! ;)))

Image: Google

Gambar di atas ni contoh buah letup-letup yang saya maksudkan tu ;))

Di bawah ni gooseberry yang saya beli di Vivanda tempoh hari :))


Aguaymanto! Warnanya kuning & baunya harum bila dah matang :))


Boleh terus dimakan begitu sahaja... Memang sedap tapi bagi kita yang tak pernah jumpa buah tersebut terasa juga kejanggalannya tu...hikhikhik



Isinya yang serupa tomato ceri, menggunakan ke'bijaksana'an dan ke'pakar'an yang ada saya suka-suki mencampurkan buah tersebut dalam Masak Lomak  Daging Salai yang saya buat tadi... ngeeeeee....


Uiiiiissshhh... Memang sodap lah! Ahaks... Puji diri sendiri ;p  hehehe :))


 Bila mamam ada bunyi 'pops' dalam mulut & melting.... Sedapnyeee ;))

Nanti kalau ada dekat rumah kawan-kawan buah ni bolehlah cuba masukkan dalam masakan anda ye! Taruk dalam sambal belacan pun rasanye best jugak ni! hehehe... Insya'ALLAH... Pasti tak mengecewakan... :))

Apalagi checklah di semak berdekatan rumah atau di semak-semak kat kampung anda manatau ada buah ni... bolehlah dikormesialkan...hahaha :))

Semoga bermanfaat :))

Chau...

P.S. Tak sempat lagi nak drop and say hi dengan kengkawan lagi... Update curi-curi... Sedang merancang percutian ... Insya'ALLAH, mohon doakan yang baik-baik ye :))


Jun 27, 2012

That title make us smile! :)))

Assalammualaikum...

Hola todos!

Terima kasih bagi semua yang memberi respond tentang Definisi Kebahagiaan??? itu yer! Really appreciate & I've read all the comments over & over again for several times... :)))

Cuaca harini sejuk & mendung! Mendung tak bererti hujan! Tetiba nak nyanyi...hik3 ;)) And so true! Memang tak hujan! Masa menaip ni mata mengantuk ya amat! Kalau boleh nak tidur sambil peluk-peluk!

Peluk-peluk dengan dak buchuk ni ~


Bila ada orang asing dalam rumah, ummi biasanya pakai scarf so Iman pun nak jugak! So Ummi pakaikan dengan handkerchief babah! :))


Macam pirate tak??

Me llamo Capitan Jack Sparrow! kekekekek ;p :))

Panjang dah rambut dak tecik ni!

Nak tau un secreto (one secret)? Harini nak masuk 3 minggu Iman dah tak isap cupon! Cupon tu puting lah! huk3.. ;))


 Inilah cupon Iman tu... Dari Iman baby masa baru beberapa hari uwan sumbat cupon dalam mulut man... Sebab, Ummi kata Iman asyik nak nyennyen (nenen-susu) jek!

Lepas tu kalau lambat mulalah nak ngamuk! So, atas nasihat uwan, bagi je puting... Lepas tu memang Iman kuranglah nak terkuak...kuak... Ummi & babah pada asalnye memang takmau bagi puting tu... hiks ;))

Sejak dari tu, Iman memang takleh pisah dengan cupon ni... Candu Iman ni tau! Kalau takde cupon ni bukan Iman je takleh tidur, ummi, babah & semua orang takleh tidur tau!

Dari Iman kecik sampai sekarang ni kalau dikira-kira adelah dalam 20 buah cupon! Banyakkan? Tak termasuk yang hilang & tercicir jatuh kat banjaran Andes nun...hehehe... (Hilang dalam kapal terbang)!

Beberapa kali jugaklah ummi & babah nak pisahkan cupon dengan Iman tapi tak pernahnye berjaya! Iman akan cuba sedaya upaya agar babah & ummi putus asa nak pisahkan kami...hik3... Iman akan menongeng-nongeng, merengek-rengek atau paling tragis Iman akan menjerit dan menangis waktu malam supaya babah & ummi tak boleh tidur nyenyak...hak hak hak;)))

Tapi, tibalah satu haritu Iman tak ingat mana Iman letak cupon tu... Iman kadang-kala lupa mana Iman campakkan cupon kalau tengah leka main... Biasanya kalau Ummi nampak dia akan sorokkan & bagi bila time nak tido je tapi haritu Iman betul-betul tak ingat mana Iman letak!

Puas Iman cari... Puas Iman merengek nak cupon... Banyak kali Ummi tanya mana Iman letak tapi Iman tak ingat jugak...huk3... :(

Lepas tu, babah bertegas & marah paksa jugak Iman ingat & cari mana cupon tu... Babah marah Iman... Babah cakap kalau babah cari & babah jumpa babah nak buang cupon tu... Iman tak boleh isap lagi sebab Iman tak usaha cari & simpan elok-elok... Sedih sangat... :'(

Lepas tu tetiba babah terjumpa cupon tu... Tersorok bawah sofa! Tapi babah... babah... huhuhuu :'(

Babah putuskan dia!


Nilah cupon yang dah putus tu! Huwaaaaaaaaaaaa!!! Malam tu Iman tido sedu-sedu sebab nangis tapi cupon dah takdeeeeeeeee....

Ummi cakap Iman dah besar, tak payahlah isap cupon lagi... nanti gigi tak cantik! huk3..

Esok tu Ummi buat kek coklat untuk Iman... Chocolate keke y fresa! 
  

Nyum..nyum... 


Ummi cakap Ummi tak pandai deco-deco! Tapi Iman & babah suke je kek ni sebab ade strawberry & chocolate...hehehe :)))

Auntie Gloria cakap orang kat sini panggil postres! Postres = Dessert :))

Kalau orang tanya mane cupon Iman? Iman jawablah, cupon dah putus! Babah yang putuskan...hehehe :))

Kat bawah ni gambar-gambar Iman pergi peluqueria-hairdresser! Potong rambut lah... Ummi pernah kongsi dulu di entry: Iman, mutiara hati kami! Mi Carino!







Tada ~


Hensem tak? Hik3..





Hasta luego!

Pssssst... Sebenarnya puting Iman ada lagi, babah putuskan puting yang dah rosak macam kena gigit tikus depan Iman...hak hak hak ;))) *Ummi*


Chau... :))

P.S. Pagi tadi dapat good news, akan dapat 'title' baru tak lama lagi...Insya'ALLAH... Syukur padaMU Ya ALLAH... Moga segalanya berjalan mengikut perancangan yang terbaik dariMu Ya ALLAH :))
P.S.S Semoga bila besar nanti Iman baca coretan Ummi ni & kite gelak sama-sama! hehee :))

Jun 14, 2012

Recipe! Recipe! Cheese Baked Pasta!

Assalammualaikum...

Hola Chicas y Chicos! 

Chicas = Girls
Chicos = Boys

Short entry, as per requested by the three beautiful ladies! Intan Berlian, Kak Ieda & Cadlynn! Tres hermosas damas! Vamos! :))

Cheese Baked Pasta!

Simple & easy! Sap sap soi! hehee ;)))


Bahan-bahan; Any kind of pasta you like, in my case I use farfalle (butterflies) & Cavatappi... Boleh juga guna Spaghetti, Penne, Fussilli and etc. :))


Bawang besar secukupnya, bawang putih, capsicum, sayur campur, fresh button mushroom (dalam tin pun boleh juga), celery, telur (saya guna sebiji sahaja)... Salt, black pepper, white pepper & mixed herbs (oregano, basil, pasley- macam buat spaghetti bolognese).


Selepas basuh, chop & dice capsicum, garlics and onion accordingly...  Begitu juga mushroom, just potong slice by slice... Sambil itu, rebus pasta tadi sehingga masak & tos kan... Kemudian asingkan... Sediakan bekas yang sesuai, saya guna pyrex senang boleh terus hidangkan selepas dibakar ;))


Cavatappi yang telah direbus, ditos dan diletakkan dalam bekas for first layer :)

c

Masak dan tumiskan all the vegies termasuk isi ayam, udang atau daging yang telah dikisar with olive oil or vegie oil... Cara memasak sama seperti membuat spaghetti bolognese... Simple! :))


Sambil tu boleh buat cream sauce for top layer... Bahan yang diperlukan, tepung gandum, lada hitam, lada sulah, susu dan garam secukupnya... Jangan lupa stok ayam (boleh guna serbuk atau sos)... Masak atas api yang perlahan sehingga pekat & pastikan tidak berketul! :))


Tuang sos spaghetti yang dimasak tadi di atas pasta - second layer! :))


Put the farfalles for the third layer & tuangkan lebihan spaghetti sos tadi atasnya...


Next, curahkan cream sos tadi, last shred up some Mozarella Cheese, Cheddar Cheese, Ricotta or anything &  sprinkle of Parmesan over the pasta and sauce... Now, its ready to be baked!

Baked uncovered for at 350 degrees for 15-20 minutes! :))



Yummeh!


Terasa nak buat lagi lah pulak...hehehe... :D:D

Buena suerte & Feliz Cocinar! :))

Good Luck & Happy Cooking!

Adios!

P.S. Busy bees, technico datang betulkan jakuzi! Yeay! Psssssst... nanti blogwalking slow-slow... gracias! Buzzzzzzzzzzzzzzz *w*

Jun 11, 2012

Syukur, Still Alive!

Assalammualaikum...

Hola!

Que tal? 

Muy bien, Alhamdullillah :))

Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Pada ketika ini, nadi milikNYA ini masih berdenyut dan tak putus-putus menyatakan kesyukuran kepadaNYA...

Lama tak update, hampir lima hari... Keinginan untuk mengupdate tu ada tapi idea yang mencurah-curah tetiba hanyut bila jejari mula menari di keyboard... hikhikhik ;p

Seperti biasa bila lama tak ke udara, entry yang panjang berjela sememangnya menyesakkan nafas si pembaca... Maafkan saya, tidak bermaksud memaksa... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ;)))

Jueves (Khamis), 8 de Junio  2012... berlaku lagi gempabumi ntah kali ke berapa... Makin dah biasa, kadangkala tertunggu-tunggu pula...hehee... Realize its not a joke but what more can we do, the truth to be living in 'Pacific Ring of Fire's country!

Alhamdullillah, ALLAH masih melindungi! :))

Cerita hari Sabtu, hari untuk berehat-rehat...


Early morning, not as usual hubby went to work... Prepare simple & orang malas healthy breakfast for   us... Hubby mamam Coco Krunch (dia buat sendiri sila jangan tiru ;p) and mine makan oat with yogurt! Nyum...nyum...

Hubby tak suka oat... Puas dah paksa makan tapi dia tak mahu nak buat macamana kan :)))


Macam saya, suka campur-campurkan macam-macam dalam oat... Any frutas can be soooo good ;)))

Frutas = Fruits


Oat + Yogurt + Kiwi

Heat the milk & oat in the oven for at least 30 segundos (seconds) or until fluffy, put on some yogurt & any slice of fruit you like... Banana, apple, strawberry or everything :))


"Me gusta yogurt!" Iman...hehee


Auuum... Budak comot belum mandi! hehehe...

The story begin, Iman nak cerita... Babah pergi work ummi ada project dengan Iman :))


Ni bunga ros auntie Gloria belikan, dah nak layu... So, ummi kemas-kemas & cabut-cabut mana-mana petalos (kelopak bunga) yang dah agak layu...


Macam ni ;));))

Ummi cakap nak buat mandi... Nak berendam like princess, auw! ;)) hehehe...


Tada~

Ummi nak buka jakuzi ni nak relax katanya... Lama tak guna dah jakuzi ni :)))


Like this! Iman tak faham kenapa ummi buat macam tu so Iman jerit-jerit cakap ada semut takmo masuk dalam tu... Sebelum ni takde pun bunga-bunga ni bagai! huk3 :))

Ummi cakap kalau Iman taknak, Iman pergi tengok TV ummi nak mandi ;p


Tapi, Iman dah siap-siap dah nak join jugak! huhuhuu... Nak duduk pun geli! Apa daaa...


Main-main buih je... Sebab tak suka bunga-bunga ni... Ummi pesan, takmo kencing tau! Uik...

Tengah enjoy tu, ummi on jakuzi...Terpanjat boboi! Eh, silap... Terpanjat Iman! hehehe... :D

Bunyi kuat air ombak-ombak... Macam best tapi lepas tu ada keluar asap! Penuh... Bau hangit! Ummi cepat-cepat off jakuzi, grab Iman keluar bath tub & lari keluar bano!

Bano = Toilet

Huwaaaaa... nasib baik takde apa-apa! Ummi tarik nafas hembus & said don't panic! Lap-lap Iman & terus call babah... Lepas tu, ummi turun panggil Uncle Manuel mintak tolong tengokkan bilik air yang berasap tu....huhuhuu...


Sejuk tau! gagagaga...


Nasib baik kami tak kejung dalam tu kena renjatan! Syukur-syukur...


Iman sejuk, sampai duk cangkung macam nilah... Ummi ni leh main-main snap gambor lak...hehehe...

Babah balik, babah cakap, "Itulah, main-main lagi!" Mana ada main-main... Suka-suka je.... ;p

Lepas tu babah pun takut nak mandi dalam bano tu, padahal takde apa-apa pun... Petang tu technico datang, katanya as long tak on kan jakuzi tu boleh je mandi macam biasa... Dah rosak rupanye... Kena panggil pakar betulkan...huk3... 

Lepas tu Ummi masak simple-simple je... Sebab terkujat! Ummi buat cheese baked pasta!  

Yummy!


Ummi ni sejak dok Peru suka sangat mamam Italian cuisine ni... Adeh!


Layankan aje... Babah suka, Iman pun suka jugak! :)))


Dok lepak-lepak mamam depan TV pun best jugak... Ada pulak cite "Shrek"...hehee :))

This is what we call 'sempoi' lunch! :))


Macam ni, ala-ala nippon... Ummi cakap makan macam ni elok sebab takleh mamam banyak... Kalau tak perut terhimpit! hahaha! Ummi tipu sebab babah mamam banyak sangat!  :D

Oklah, Iman nak mandi tapi dalam bano Iman je... Dah serik nak mandi dalam bano ummi & babah tu...huhuuu...

Nite you all! 

Ops, it's morning here :)))

Adios!