Gracias!

Jan 23, 2012

Barrio Chino (China Town)

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Feliz Año Nuevo Chino!

Xin Nian Kuai Le!

Happy Chinese New Year!

Barrio Chino = China Town

Barrio Chino ni terletak di Calle Capón, en el Centro de Lima (in downtown Lima)...

Calle = Street (cara sebutan 'caye', double 'L' = 'Y')


Barrio Chino

Sekurang-kurangnya, kami akan pergi ke China Town 2 minggu sekali untuk beli sayur-sayuran 'Asia'... hehehe ;):)

I'm so impressed with this nation (Chinese), because everywhere they go, they can survive and sometimes they are conquering the economy! :)

Saya rasa tak keterlaluan kalau saya katakan satu hari nanti mereka ini akan menguasai ekonomi dunia... Tak mustahil... Satu sikap mereka yang boleh kita contohi, sikap rajin & berani...


Masa sekolah dulu, I've got a lot of Chinese friends... sejujurnya saya kata mereka ini taklah pandai sangat, tapi mereka ni sangat rajin... Kerja rumah jarang sekali tak siap... Nota mereka jarang sekali tak lengkap :)... Completo! Perfecto! Ini pendapat peribadi sahaja :)


Hari Sabtu lepas kami pergi ke Calle Capón, kebetulan nak Chinese New Year (CNY)... so crowded!

Muchas personas! = Many people!


Di sini sambutan CNY boleh tahan kemeriahannya... Ada pertunjukan lion dance & juga mercun ;)


'Lion man' yang tak seberapa profesional...hehehe


Adjust diri dulu baru pakai balik kepala lion...hahaha... Ops, tak baik gelakkan orang! ;p

Bila orang tengah ramai ni, mulalah berlaku tolak-menolak... masa macam ni memang ada yang cuba mengambil kesempatan...

Entah bagaimana beg kamera kami terbuka, kunci rumah kami hilang... Pelik macamana beg yang berzip rapat boleh terbuka dengan sendirinya?? Padahal beg tu berada rapat dengan Mr Hubby... Mereka ni memang sangat licik... Nasib baik kunci rumah sahaja yang hilang berbanding sebelum ni... Dimana kami pernah dirompak...

The biggest problem in Peru, without no doubt, thieves, for which the country has one of the worst reputation in South America...  Generally, they work in teams... They are very skillfull & tactical...

From my personal view, kebanyakan mereka ini hidup susah, pendudukan yang ramai serta peluang pekerjaan yang kurang mendorong mereka untuk mencuri (Yang utamanya mereka ini orang kafir & tiada agama)...



Mereka buat apa sahaja kerja walaupun dengan bayaran yang sangat murah... Tak hairanlah dengan kadar inflasi yang tinggi ramai yang menjadi pencuri, pencopet, perompak & sebagainya...

Galeria Comercial Barrio Chino


Di sinilah kami membeli sayuran 'asia'...

Verduras = Vegetables

Frutas = Fruits

Yang pakai tudung tulah 'Beautiful Marya'...hahaha...jangan pengsan ek ;p
Verduras
Verduras yang dibeli di Barrio Chino, bendi & kacang panjang tu baru pertama kali jumpa untuk sekian kalinye ;) ... Lain-lain sayur, kailan, peria, siew pak choy & leeks flower :)


Satu lagi sayur kangkung! Dah siap goreng dengan ikan masin... Ikan masin imported from Malaysia!

Ayam Masak Lemak Cili Jalapeño ;)
Saja nak buat korang terliur...heheheee... Cili api atau padi tak pernah lagi jumpa di sini, penggantinya Jalapeño Peppers... Sedaaap!

Peria goreng taucu...
Ayam Black Rose ;p

Sirap Laici
Sebahagian gambar makanan tu takde kena-mengena pun dengan entry...hahaha~

Hope you guys enjoy reading!  ;)

Amigos Para Siempre!

Friends Forever!

Chao!

P.S: All personal pictures... without watermark... :)

50 comments:

Acik Erna said...

assalam Marya..ada jugak tarian singa disna ye.
merdun ada tak..kalau disini siap dengan bunyi mercun lagi.

AmirFX said...

Salam... Hola Marya! Kalau kat sana cari sayur dari 'asia' kat sini susah nak cari sayur dari 'barat'.. haha...

Unknown said...

perompak ada dimana2...moga2 anak2 kita kelak bukan dikalangan mereka yang hina pada pandangan Allah...

Unknown said...

kesian kat ibu mereka~ (kalau yang bragama islamla esp...merompak dll) ::kata wardina::
na'uzubillah...

Asmara said...

mcm europe jugak byk pencopet. huhu.. tp nice dpt sayur2an ala msia. ;D
*China skrg merupakan negara pertama ekonomi paling stabil. padahal negara2 lain terutama europe byk inflasi. economy back to asia!

terpatrisinarabadi said...

Hi salam kenal...
seronok singgah blog ni, semua cerita terperinci dgn gmbr yg terang sekali.. =D

littledolphin said...

uish takutnya~

kat mana-mana pun mesti ada chinatown kan? :)

kurus said...

wah disana pun ada tarian naga ye dik
ada china town layie .. ;)
wahh sayur2 dia nampak segar ;)

MulutPayau said...

Assalamualaikum dik...

memang enjoy baca ntry kat sini...dapat tambah pngtahuan dan dapt jamu mata ngan makanan yg sedap2...fuhhhh mmng terliur tengok...

Ibuhani said...

La.....sib baik kunci jer yg hilang.....hati2 nxt time! Tp betul kan.....chinese people, they r everywhere in this world! Almost every city ada china town....

Kakcik Seroja said...

Di mana2 pun ada China Town kan?

mama aini said...

assalam marya..sekurang2 terubat rindu kat sayur2an malaysia kan !!!..he2x..ehem kat sini mama tak blh tido,diaorg main mercum sampai pukul 2 pagi..hu2x..

susumanis said...

salam beautiful marya..kita pun gelakkan lion dancer yg x pro tuh..hehe, ok sikit je sbb x baik gelakkan org..tapi cam tu pun de ke..hihi..ooo personas nih org ya..so keta persona tu keta org la yek..hehe..sedap aa semua masakan yg x de kena mengena gan entry tuh..yum yum semuanya :)

sekadar satu coretan said...

Ada tarian naga jugak yee..

mamawana said...

Tersilap baca tadi barrio Chino mwana terbaca Bagero Chino. Ampunnnn..

Mat Som Sadona said...

Memang seronok dan bertuah Marya dapat round the world...Alhamdulillah...

CaDLyNN said...

oo boleh jumpe sayur2 asie ye..okla tu..takdela kempunan sgt..hehe..

Eye_nee said...

sgt setuju dhn kamus sis..."mereka" itu tidak lah pandai sgt..namun mereka sgt rajin...kat Peru pun ada China Town..hebat...

Salmi said...

Salam Marya,
Enjoy baca entry kat sini.. macam gi peru pulak..
Betulkan..org cina ada di mana2 & ke mana mereka pergi pasti berjaya.. Tak hairanlah di mana2 bandar di dunia ni ada chinatown..
Sekurang2nya sayur asia tu dpt lepaskan rindu kat Malaysiakan..

Lynn said...

Wah..awak..bestnya..mesti enjoy kan.Terkejut ada tarian naga kat sana..paling terkejut tetiba ada gambar u terselit bawah payung biru.....peh beautiful Marya..pengsan..hahahaha(gurau je tau)

maszmadi said...

daripada cerita pasal china town, tetiba masuk cerita makanan.....
terliur laks..

norhidana said...

kt mana2 msti ada org cina kan kak... pastu kt mana2 pg msti diaorang meniaga...
tgk lauk2 akak tu mmmm sedapnyer... msti terubat rindu nk blik melesia kan

-ish nsb lah cume kunci umah je yg hilang..kalu duit pyh...

yana-feehily said...

hehe..kelakar la lion man tu, siap ukur tak tahan..

akak nnt klu kuar jln2, tk payah letak duit dlm beg..letak je dlm poket duit tu.. :)

makanan tu tak tahan..ddk peru tp masakan melayu..perghh mengalahkan org kt tanah melayu je..hihi

Anonymous said...

hola..como estas?..seronok akak ek dapat g jalan2 cny..budaya diorang memang beniaga nie..sedap plak tengok lauk2 tu..lapo nie..hehe..nak g peru lah..

Cikgu Ma said...

waaa...hebat dan terbaik la!!!

bukan WW
blogger award review

Jahirah said...

dok luar msia pun dpt masak makanan msia....best2...
pasni kena lebih berhati2 lagi la ye...pencopek ramai sgt gerun saya baca pun...

SangRatoo said...

Salam kenal Marya..hehe..sebelum ni baca² je..hari ni baru nak drop komen..syok baca..sebab boleh belajar bahasa baru..paling tak lupa Verduras dan Frutas..dan Muchas Personas juga..hehe cam syok je sebut banyak² kali..

Daddylicious said...

cuma org malaysia yang masih menafikan kesyukuran ditanah air sendiri...


itu yang sedihnya...bila kita keluar ke tempat org baru kita sedar ada lagi yang lebih susah dari kita...

.:fyzz:. said...

salam ..hi miyamor..
waaa sambutan CNY kt Peru pun leh tahan kan..
Tuh la..beautiful marya ttp maintain membeli sayur2an gitew..hehe

Unknown said...

SEkali masak ke semua sayur tu?.. wah, kenduri sayur nampak :)

Cikgu Ma said...

singgah lagi...akak kena tag!! hehe

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/game-tag-versi-2012-siap-la-sapa-yang.html

Apple Pearl said...

wow..Muchas personas!

Salam kak..hikhik..best arr akak kat sna..tengok sume gambar2 tu mmg bestt..akak pndai msak larr..mnelan air liur dah nii tengok msakan aka..hikik

msredcheesecake said...

Macamana lah tarian singa kat situ? Sama ke rutinnya, ke lain? Best dpt tengok negara org...

eva said...

huhuhu.. bahya jugak stay kat sana... kene berhati2..

betul ckp akak, chinese ppl mmg rajin n certain ppl dia org tak kedekut ilmu.. sbb mcm skrg sy keja bawah kwn cina.. very adore tgk cara dia bekerja..


oh tidakk.. pagi2 lom mkn lagi ni.. sedap masakan tu hehe

Tea said...

kena rompak? Ya Allah moga tidak berlaku lagi...

dapat masak makanan kita di negara orang memang sgt besttt rasanya.. tengok pun jdi sangat lapar..

emarieys said...

di mana-mana saja ada bangsa mereka kan...

Kamalia said...

Nasib baik kat sini jarang nak jumpa pencuri..kalau kami balik malaysia pun tak kunci rumah sebulan masih selamat lagi..orang2 kat sini sgt beradab..
Betula tu kata marya maybe sbeba diorang susahkan tu yg sanggup buat ape2 je tuk dapatkan duit..

~izan~ said...

alahai,kunci rumah hilang? hmm mustahil beg tu boleh terbukak sendiri kan =(

dpt sayur2an asia terubat rindu tak rindu kat kami di malaysia? ehehe...

Unknown said...

betul tuh..boleh kato setiap negara ado chinatown kan...

Unknown said...

kak marya:
dis tuto by s1 else tau...
1. http://atikaahmadiah.blogspot.com/2011/01/tutorial-mister-linky.html
atau
2. http://www.lyssasecret.com/2011/02/tutorial-link-exchange.html

sudipVSsenduk said...

lihat pd menu tu, spt Marya duduk di m'si, bukan di peru.. lengkap.

nice picture :)

Rina Rahamat said...

bangsa cina mana-mana pon ada kan..

IntaNBerliaN said...

seronok betoi baca entry ni.. semua ada.. dr jln2.. pastu kene curi pastu sayur segar patu makanan.... makanan tu yg best tu..hihii

Bulan Syurga Firdausi said...

ya Allah seronok nye :) mmm x de rezeki lg nk ke sne....

Rozie said...

Jalan-jalan cari sayur yer.. hehehe

che mid said...

Salam, suka baca blog ni. Terasa macamana marya cuba 'hidup' di negara orang dan terima seadanya. Teruskanya dik..semua tempat pun bumi Allah jua..be strong and enjoy!

Zehan Ilyana said...

whoaa..akak sounds really nice berada di sana..:)

Puan Kutu said...

tarian cina tu macam ala kadar je.hehe..

cantik lukisan yg dilukis dekat lantai jalan tu.klu kt sini dah kaya dah apa..:)

pic makanan tu semua yummy!

azieazah said...

Tak tukar kunci rumah?

Sudah lama Kak Azie perhati dan baca, kebanyakan orang kita yang menetap di luar negara, automatik semuanya jadi pandai masak. Mungkin kerana tidak banyak pilihan atau kerinduan itu sendiri, membuatkan mereka begitu gigih dan bersungguh untuk masak sendiri. Practise makes perfect kan?

suzie rahman said...

salam...sis..suzie tgk makanan ni lapo kot.hahah