Assalammualaikum...
Hola carino!
Sejak akhir-akhir ni buat entry auto publish je... Nak BW pun tak sempat lagi... Sebulan ni rumah pulak asyik dikunjungi orang, betulkan master bedroom yang dah berbulan-bulan tak siap-siap lagi... Time nak raya banyak pulak halnya... Harap-harap semuanya siaplah sebelum raya nanti... Moga ALLAH permudahkan segalanya...
Beberapa harini Iman pulak kurang sihat, selsema, batuk... Dah berjangkit dah dengan saya ni... Babah je masih steady... Cuaca pulak makin sejuk...gagaga... Siap pergi beli 'heater' baru lagi... Dugaan sepuluh hari terakhir Ramadhan ni... Jadi kena kuat sikitlah... insya'ALLAH :)
Dah lama tertunggak entry ni, tapi nak jugalah cerita pengalaman di interview TV3 haritu... Manatau nanti berguna pada yang perlu & sebagai catatan untuk anak cucu baca nanti...insya'ALLAH :))
Bermula bila satu hari saya menerima email dari seseorang ;) :)
Mula-mula tu macam tak percaya sebab manalah tahu kot-kot 'SPAM" ke kan... Buat malu je...ahaks! :) :)
Banyak kali juga berfikir, betul ke ni? Lepas bincang lebih kurang dengan hubby so, saya pun membalas email tersebut & menyatakan persetujuan... Pada asalnya saya ingat mereka akan tayangkan blog sahaja, tak sangka pulak nak buat 'Live Phone Call'... Erkkk... agak gelabah & malu-malu di situ* uwek* ;p
After a few conversations via email & phone, finally the date is set & time has been arranged! Chewah! ;) Untuk makluman tiada skrip disediakan, segala-segalanya adalah super spontan! =='
Saya just prepare beberapa soalan 'syok sendiri' and practice! hahaha :D Macam orang tak betul pun ade jugak... Padahal dengar suara je kan... hiks...
Masa interview tu saya perlu berhati-hati bila nak menjawab semua soalan sebab kalau salah bagi jawapan mahu saya kena 'babab' dengan 'Ollanta Humala' hehee... Sedikit sebanyak menyentuh mengenai negara mereka jadi mestilah kena hati-hati & baik-baik ;))
Alhamdullillah, segalanya berjalan lancar seperti yang boleh dilihat di youtube yang di upload oleh Ummi Iman... Oh, saya tak boleh nak tonton dari sini! Streaming pun tak boleh tak tahu sebab apa, melalui tonton.com.my juga tak boleh sebab ade stated katanya hanya untuk tontonan dalam negara sahaja...huhuu :(
Jadi sangat menghargai jasa K.Rose (Ummi Iman)... Terima kasih yang tak terhingga... Juga pada semua rakan-rakan blogger yang tak henti-henti memberi sokongan... Moga ALLAH balas kalian dengan yang lebih baik... Ameen :)
Jadi sangat menghargai jasa K.Rose (Ummi Iman)... Terima kasih yang tak terhingga... Juga pada semua rakan-rakan blogger yang tak henti-henti memberi sokongan... Moga ALLAH balas kalian dengan yang lebih baik... Ameen :)
Ramai yang bertanya macamana pulak boleh TV3 bumped into my blog! Alamak, nampak sangat blog saya ni tak fames kan...hahaha! :D Jawapannya; saya sendiri pada asalnya tidak tahu! Mungkin kerana rezeki, ditambah lagi dengan status 'Perantau di Bumi Peru' adalah bonus bagi saya... ;))
Saya berfikiran begini, everytime you write a blog and publish it, it's available for the whole world to see (unless you set your account as a private)... Jadi, tiada issue saya kenal dengan mana-mana orang TV3 atau apa-apa yang berkaitan dengannya... Am I an attention seeker? Ermmmm... poco...poco...poquito... If not takkan ade blog ye tak? hak hak hak ;p
Saya hanya blogger biasa-biasa sahaja... Berkongsi cerita untuk tatapan sendiri, anak cucu & siapa sahaja yang sudi membaca... Bila berblogging saya rasa gembira & tak sunyi seolah-olah saya bercakap serta bercerita dengan seseorang... Boleh dikatakan semua entry saya 'syok sendiri'... Tulis pulak panjang-panjang...hehehe... ;))
Yang paling penting saya dapat kenal ramai rakan-rakan maya yang baik-baik belaka... Mungkin ada yang tak baca tulisan saya tapi sekurang-kurangnya mereka say hi & drop something in my comment box... Itu sahaja sudah membuatkan saya tersenyum...:))
Saya juga tak tahu sampai bila saya akan menulis, tiba masanya nanti saya akan berhenti... Yes, surely someday, when I've got nothing to story about... When I have other commitments... Nobody knows... Until then, to all my beloved readers obvious & not obvious... Muchas gracias por todo!
Hasta la vista! Chau :)
P.S. Lepas interview terus berbual panjang dgn MIL melepas rindu... Beliau menunggu depan TV & buka sound kuat-kuat semata-mata nak dengar khabar anak, menantu & cucunya dan taknak terlepas menonton...sobs :')
P.S.S. Mak pulak terlepas rancangan tu sebab abang yang dok tunggu depan TV tak perasan nama 'glamer' adiknye ni...hahaha! :D Kesian mak... Takpelah manatau nanti kalau ade peluang lagi... Boleh mak dengar... mode#berangan# ;p :) :)