Assalammualaikum...
Hola Peeps & Amigos!
Aaaahhhhh... Rasa sangat-sangat lega dapat meluruskan badan atas tilam... Mr Hubby takde dah keluar ada jemputan dinner, entah dari Embassy Egypt katanya...hikhikhik... ;)) Tak dapat nak pergi sebab official/berprotokol takde orang nak tolong tengokkan Iman, lagi pun Iman bukannya nak dengan orang yang dia tak kenal! Tak kisah pun sebenarnya.... Lagipun penat lepas balik dari Barrio Chino tadi... :):))
Sekarang ni sebulan sekali je turun ke sana, selain beli sayur & ikan tadi pergi memborong baju untuk musim sejuk ni.... gagagagaga.... Memang dah terasa sangat kesejukkannya... Paling sejuk setakat ni 18 Celsius (Macamlah sejuk sangat..hehehe... Kulit nipis! Tak tahan!) ;)))... Walaupun cuaca di sini tidaklah sampai dibawah paras beku (bersalji), tapi bagi orang asia macam kita ni dah sojuk bonar dah rasanye... Paling minimum 8 darjah celsius!
Semalam masa balik dari kelas Spanish hujan turun renyai-renyai... Very very fine & thin! Tak basah pun baju... Rasa macam tak puas pulak! Rindu sangat-sangat! Rindu nak bau rumput, lumpur & jalan tar yang basah lepas hujan! Bauan yang.... Uuuurghhh... Unexplained :'(
Sekejap je dah masuk bulan Rejab... Salah satu dari empat bulan-bulan Haram! Lepas ni bulan Sya'aban, bauan dan haruman Ramadhan semakin terasa... Rindu lagi :(
Harapan biarlah tahun ini mendapat keberkatan yang lebih dari tahun-tahun lepas... Insya'ALLAH...
Pagi tadi kami bersarapan Roti John... Kegemaran hubby bila tiba Ramadhan... Masa kat Malaysia dulu, Roti John adalah hidangan wajib untuk hubby!
Teragak pulak nak makan... Jadi saya buatlah... Nanti Ramadhan, taklah ralat sangat! ;)
Roti John!
Kebetulan kuah ayam masak asam pedas kari masih ada buat cicah roti banquette! Kat sini banquette lebih lembut walaupun dah sejuk... Dulu, selalu beli kat Tesco, koreh (keras)! ;);))
Simple breakfast to start our day :)))
Sejak 2-3 menjak ni asyik dok terpikir-fikir nak buat kuih-muih traditional... Lama dah simpan skill... ecececeeeh!!! Konon ;p
Dulu masa masa sekolah menengah sampai lepas SPM selalu tolong angah berniaga kuih di bulan Ramadhan... yang paling terror buat kuih dalam adik-beradik adalah kak ngah, saya jadi observer je tak pernah try buat, tolong jual jek..hehehe... Sekarang ni baru terasa rugi... :(
Antara kuih yang saya suka!
Buah Melaka!
Nasib baik tepung pulut ado! :)) Lama dah tak rasa kuih ni... Nasib baik ada bawak gula kabung sikit aritu Jadilah buat rasa-rasa :))
Nantilah try buat kuih-muih yang lain... Harap-harap menjadilah! :)))
Nak jawab beberapa komen yang 'terberkenan' dengan gambar ala-ala lukisan K-Pop (Korea) tu... Milo ais Milo, Eye Nee, Pok Amai-amai & Tak Pe Je: Lukisan tu yang saya tengok bukan dari cat air ke apa... Bukan jugak cross stitch :)) Walaupun saya kurang berbakat dalam menjahit tapi saya pernah buat cross stitch dulu! Jangan tak caya! hehehehe... Saya pun tak tahu nak explain macamana tapi kalau tengok dari rupanya macam jahitan ala-ala jelujur gitu... benang-benangnya kelihatan melintang bila dilihat dekat-dekat! :)))
Antara gambar yang saya sempat snap!
Agak gelap sikit... Ya ampun...hikhikhik ;)
Gambar yang terakhir ni bukan dari benang but its from shell... Kulit-kulit siput... Cantik! Harga yang saya tanya kalau tak silap satu gambar tu dalam S/.300 hingga S/.500...
Last but not least... Sebagai pengisian jiwa, Firman Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,
(yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan
bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu
ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam
bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah
kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan
ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa"
Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat
Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah
jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan
(Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan
haji melakukan ibadat puasa.
Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada
hari Asyura’ (10 hb Muharam).
Rejab tidak
mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai
bulan-bulan Haram. Marilah kita rebut kelebihan bulan-bulan Haram ni dengan berpuasa serta bertaubat kepadaNYA...
P.S. Dalam
mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan
dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga terdapat beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya. Dunia hari ini tanpa sempadan, hati-hati wahai sahabatku dalam menyampaikan sesuatu kerana kadang-kala tanpa kita sedari ditakuti kita mendustakan Rasullullah SAW (Nauzubillahminzalik..) :'(