Gracias!

Showing posts with label Tips n Tricks. Show all posts
Showing posts with label Tips n Tricks. Show all posts

Mar 23, 2012

It's just like my diary...

Assalammualaikum...

Hola!

Dear readers,

 Sebenarnya saya mula berblogging since 2008 lagi.. Tapi masa tu konon-konon nak jual barang secara online.. Tak serious pun... Malas nak update sebab dulu saya bekerja, setiap hari berulang-alik Seremban-KL, memang tak sempat nak godek-godek & explore dunia blog... Just jadi silent reader sahaja... nak menulis pun rasa takde idea sebab dulu saya rasa my life sangatlah membosankan... hehehe ;p

Sekarang masa lapang saya lebih banyak dan setiap hari saya belajar benda baru... Yes, my curiosity increasing more & more each day & everyday! Rasa macam sangatlah rugi kalau kita tak menikmati keindahan hidup ini untuk dikongsikan...

Sekarang saya rasa dunia blog dan diri saya tak dapat nak dipisahkan...hehehe... Macam ketagih sangat... Sebab saya boleh menulis, meluah dan menyatakan tentang apa sahaja...  Dan sekarang saya belajar untuk menghargai diri sendiri... Menikmati hidup yang Allah bagi ni to the fullest! Insya'Allah~

Sebab itu bila saya dah mula menulis, saya tak boleh nak stop... Macam-macam nak cerita, kalau boleh semuanya saya nak dumbkan dalam satu entry... Saya tak peduli adakah orang yang nak membacanya... Saya taknak tinggal satu pun... Tamak sungguh sayakan...hehehe ;p


Kalau dulu diary pink nilah tempat saya nak luahkan apa-apa, tapi sekarang semenjak 'gila berblogging' ni, hanya perkara yang saya rasa terlalu peribadi sahaja saya contengkan dekat situ... ;)) *w*

Kadang-kala timbul pulak rasa kesian pada blogger yang terpaksa membaca bebelan saya yang ntah apa-apa ni... Dahlah panjang cecah lantai, asyik cerita pasal Peeeruuuuu je...hikhikhik.... Sampai nak komen pun dok ulang apa yang saya dah catitkan...hahaha ;p... Yang ni memang tak boleh nak salahkan sesiapalahkan... Mesti dia tak sabar nak drop komen tapi 'terpaksa' baca coretan saya yang berjela-jela tu...hehehe... ;) *w*

Namun, dalam ramai-ramai tu masih ada juga yang kata suka serta ralit membaca apa yang saya coretkan... Terima kasih banyak-banyak... Dear Mrs EadyEye neeQueen TerataiPok Amai Amai (Fara) & lain-lain yang saya tak mentioned; Muchas gracias chicas! 

Chicas = Girls

Eye nee, saya takde apa-apa petua pun, maybe sebab saya takde kawan nak bercerita so, saya tulis apa yang saya nampak & rasa sahaja...

Bila kita excited nak menulis, orang pun akan ikut excited jugak... Saya rasalah...hehehe ;) What you say, how you write, the words you chose, all shows who you really are... Kalau boleh kita cerita yang indah-indah sahaja... No gross words, no cursing and no hatred... Insya'Allah, orang akan suka...

Walaubagaimana pun tak semua orang suka kan kita kan... Kena terimalah hakikat tu... Saya rasa yang berkata saya 'gila glamour' tu bukan sebab dia cemburu atau dengki dengan saya tapi mungkin sebab dia menyampah kot... hahaha! ;) Takpe tak suka tak perlulah baca & singgah sinikan... I'm not writing to impress others, just to share my thoughts and my experiences... That's all... Siapa sudi kita kawan, siapa tak sudi tak mahulah lawan-lawan... Peace no war! (,")v

Esta bien, chao!


Loves, xoxo...

------<----<---;@


P.S. Siapa ada FB, like-likelah FB saya tu ye... Maybe we can share something someday... Who's know? Muchas gracias! :)  

Mar 15, 2012

What is xoxo?

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Entry ringan-ringan! :D 

Just to share 'Text Message & Chat Room Expression'... Sebab ada yang bertanya tentang maksud 'xoxo' yang selalu saya guna tu... ;)

Lepas ni bolehlah kita gunakan tapi sebelum tu kenalah tahu maknanya...hehehe... 

Have fun! :)

xoxo - Kisses & Hugs

*s*, *S*, <s> - Smile

*g*, <g> – Grin


huggggggsssss – Hugs

*w*, <w> – Wink

*g*- Giggles

*k*, *K* – Kiss

;-)~~~~~~~~ – Giving someone the raspberries

(((((person))))) – Giving them a virtual hug.

\~/ – Glass with a drink. (usually booze)

^5 – High five

?^ – What’s Up?

\_/? – A cup of tea

[_]> – Cup of coffee

@@@ – Cookies

@;–/–---  – a rose

:-) - Smile

;-) – Winking smile

“/” – 2 eyes and a nose

\o/ – Cheering, wohoo

o/ – Greeting

\m/ – Hand sign for rock

<:-| – Curious

:~) – Cute

:-( – Sad

8-) – Wears glasses

:-} – Embarrassed

:-/ – Perplexed, confused

:,-( or ;`-(  - To cry

:-< – Pouting

>:-( – Angry

0:-) – Angel

:-| – Bored or no opinion

:-> – Grin/mischievous

| -) – Dreaming

:-O – Shouting, or shocked

:-o – Talking, or surprised

>:-|| – Mad / angry

:-D – Big grin or laugh

=:-O – Scared

:-x – Keeping mouth shut

:o) – Smiles/clown (w/nose)

:-))))))) – Lots of smiles

;-P – Sticking tongue out

:P – Sticking tongue out

# 8 – ) – Nerd, or or person with glasses and crew cut.

&-( – Crying

!:-) – I have an idea

;-{ ) – Person with a mustache

;-)~ – Sexy tongue – or drunk

;~) – Being cute

c["] – Coffee mug

[_]> – Another cup or mug

:-> – Grin/mischievous

<:-| – Curious

|-| – Sound asleep


Seronok tak?! Nanti kite guna sama-sama ek! LOL... :-D

LOL - Laugh Out Loud 

Hasta Luego! So Long! Bye ( Sambil lambai-lambai tangan ala-ala model gitu...ahaks!)

P.S. Kalau salah tegur-tegur, kalau ada tambahan dialu-alukan... (,")V - Peace No War
P.S.S. Muchas gracias to all yang 'Like', siapa lagi yang sudi boleh click-click sebelah kanan belah atas tu ye... xoxo... Love ya! :)

-------<-----;@


Mar 13, 2012

Living In Peru Fan Page!

Assalammualaikum...

Hola Peeps & Amigos!

Muchas gracias for reading my blog again! ;) xoxo... Thank you Puan Writer Hanis Azla, Dini, Fyzz, Shima , Noor Fatin & to all for the petua! Alhamdullillah, gusi dah makin surut bengkak & sakit pun dah kurang... Bila makan benda yang panas, keras & pedas memang menjadi-jadi sakitnya... So, saya minum ais & kulum-kulum ais banyak-banyak...hehehe... Rasanya memang itu yang menjadi solution...;):)

Actually, saya nak promote Fan Page...hikhikhik *blushing*... Pada sesiapa yang sudi bolehlah click-click situ ye, di belah atas sidebar belah kanan anda... Untuk sesiapa yang mempunyai akaun FB, kalau takde nak buat macammanakan...hikhikhik...

Fan Page 'Living In Peru' ni saya buat bertujuan untuk berkongsi cerita, pengalaman & macam-macamlah secara spontan... Sebab kadang-kala tak sempat nak cerita dalam blog...hehehe :D

Saya hanya akan berkongsi benda atau perkara yang saya rasakan menarik sahaja... Sebab saya pun tak suka nak semakkan Wall FB kengkawan...hehehe ;)

Mungkin melalui cara ini kita boleh merapatkan lagi silaturahim sesama kita insya'Allah... Perkongsian ilmu yang mungkin di luar jangkaan kita... ;):)

Kalau sudi, ringan-ringankanlah jari jemari anda ye! Loves you all so much! xoxo :-*

Jazakumullahu khairan~



P.S. Dunia sekarang dunia persepsi... Kita memberi pelbagai pesepsi pada perkara yang hanya nampak pada mata kasar serta melontarkan pelbagai andaian... Apa yang terjadi mempunyai hikmah yang BAIK buat si anak kerana menjaga ibunya sekian lama... 

Ya Allah, semoga ada syarikat yang akan mengambil Amir bekerja seterusnya membenarkan dia menjaga ibunya sehingga akhir hayat... Insya'Allah, amin... Menjaga IBU atau bapa yang sudah tua adalah ladang ibadah... Membuka pintu-pintu rahmat Allah... Lihatlah sekeliling kita, mereka yang menjaga ibu bapa yang telah tua, rezeki mencurah-curah... Ingatan buat diri saya dan juga buat suami tercinta, pandangan mata kadangkala mengelirukan, jadi pandanglah dengan mata hati :)

Semoga beliau mendapat jodoh yang baik juga yang boleh memahami keadaan beliau... Kesian kena buang kerja hanya kerana persepsi masyarakat :'(



Mar 12, 2012

El Significado Del Color De Las Rosas

Assalammualaikum...

Hola cariño!

Harini gusi sakit & bengkak so,  kepala pun sakit jugak....huhuhuuu... Gusi saya ni sangat sensitif tak boleh kena benda keras sikit mulalah bengkak T___T... Nak update pun rasa ting tong (Pinjam ayat Puan Kutu ;D ) Nak kurangkan rasa tak best tu kenalah story benda-benda yang indah-indah je...hehehe... *Indah pada diri sendiri...

Harini kita belajar Spanish ye, one of the way saya belajar bahasa 'espanyol' ni...

El Significado Del Color De Las Rosas = The meaning of color of roses

Saya translate dalam bahasa Melayu je lah...

Enjoy reading!


El color de las rosas que regalas dice mucho. A continuación te contamos qué significa cada uno de ellos para que obsequies la más ad-hoc de acuerdo a la persona y la ocasión. *Tips: Cara sebutan double L = Y, C = K...Huruf yang ada tanda ' dibaca dengan cara menekan sedikit... ish, susah lak nak explain... Pepandailah ye  ;)

Warna pada bunga ros yang diberikan membawa makna yang tersendiri.  Kami memberitahu anda setiap makna daripadanya untuk persemadian paling ad-hoc mengikut majlis & pada seseorang. (Pelik pulak rasa ayat ni...hehehe... Lebih kuranglah kalau 'direct translation' lagilah teruk! hikhikhik...)


Rosas Rojas ( Cara sebutan ro-sas ro-has)

Son el símbolo del amor, se regalan entre enamorados pero también se pueden dar como obsequio fraternal, a un amigo por ejemplo como muestra de cariño.

Ros Merah

Simbol cinta antara dua kekasih. Tetapi boleh juga menjadi lambang persaudaraan, tanda kasih sayang seorang kawan. *Tips: Spanish juga seperti bahasa Inggeris, ada plural & juga singular... Contohnya; Rosa for singular, Rosas for plural. Lain-lain contoh, Amigo for singular, Amigos for Plural... Faham tak? :) hikhikhik... 


Rosas Naranjas

Simboliza gozo, alegría y la satisfacción para un éxito ya conseguido. A nivel sentimental expresa un amor ya consolidado y pleno.

Ros Jingga (Ros Oren)

Ia melambangkan kegembiraan, kebahagiaan dan kepuasan untuk kejayaan yang telah dicapai. Tahap sentimental yang menyentuh perasaan dalam mengungkap kasih sayang dan disatukan sepenuhnya. (Ayat ni pun pelik juga...hentam sajalah labu!). *Tips: Banyak juga 'vocab' bahasa Sepanyol agak sama dengan bahasa Inggeris & Bahasa Melayu tau! Contohnya,  Símbolo  = Simbol/Lambang = Symbol ;)


Rosas Amarillas


 Para los más supersticiosos, este color trae consigo una advertencia. Si la persona quelas regala no es muy cercana, puede tener una segunda intención tras su sonrisa. Sin embargo, para la gente escéptica, las rosas amarillas significan satisfacción y alegría y son una buena forma de festejar entre amigos un cumpleaños o un día significativo.


Ros Kuning


Bagi kepercayaan tahyul warna ini membawa amaran. Jika orang yang memberinya bukan orang yang rapat, mungkin mempunyai motif yang tersembunyi di sebalik senyuman. Walaubagaimanapun, bagi orang-orang yang 'skeptikal', bunga ros kuning melambangkan kegembiraan, kepuasan dan cara yang terbaik untuk meraikan harijadi rakan atau hari yang penting.  Tips* Selamat Hari Jadi = Feliz Cumpleaños :)



Rosas Lilas


Representa seducción, deseo, es un color noble. Las rosas lilas son muy femeninas, las cuales son perfectas como regalo para una mujer.


Ros Ungu Lembut


Warna yang mewakili godaan, nafsu/keinginan, warna yang mulia.  Bunga ros ungu lembut adalah sangat feminin, hadiah yang sempurna bagi wanita. *Tips: Para suami sila ambil perhatian! hahaha ;)


Rosas Blancas

Símbolo de pureza y de inocencia. Normalmente, es el color elegido por las novias para sus ramos, porque significa que durará toda la vida. Las rosas blancas también están unidas al amor. Una pareja que se regala este tipo de rosas quiere demostrarle que esperan un futuro sólido con ella. Significan amor puro, feliz y para siempre. Además, si una persona cercana está enferma, este es el color de flor que deberá regalar para de mostrarle que se está pendiente de ella.

Ros Putih

Simbol kesucian dan kemurnian. Lazimnya, warna yang dipilih pengantin perempuan untuk kelas mereka, kerana ia membawa makna kekal seumur hidup. Bunga ros putih juga bermaksud kasih yang terikat. Pasangan yang diberikan bunga ros jenis ini menunjukkan mereka mengharapkan masa depan yang kukuh bersama. Bermaksud cinta yang suci, bahagia & selama-lamanya. Jika orang yang terdekat sakit, warna bunga ini  menunjukkan ianya masih belum berakhir. *Tips: Blanca = Putih = White 


Rosas Rosas

Regalar una Rosa rosa es la forma, mediante flores, de agradecer un favor importante. También significa el aprecio que se tienen por alguien. El rosa lleva consigo el significado de ausencia de maldad, es decir, no hay ninguna doble intención en la persona que se las ofrezca. Por eso, la persona que regala este ramo de flores es de fiar.

Ros Merah Jambu

Memberi ros merah jambu, dan lain bunga-bungaan bermaksud berterima kasih atas sesuatu yang penting. Ia juga bermaksud, untuk menghargai seseorang. Merah jambu membawa maksud tidak berniat jahat, iaitu tiada    maksud yang berlainan (double meaning) bagi seseorang yang dihadiahi. Maka, orang yang memberikan jambakan bunga ini adalah berniat baik. *Tips: Rosas color = Pink color


Rosas Negras


Significa separación y tristeza, muerte y nocturnidad.

Ros Hitam

Menunjukkan perpisahan dan kesedihan, kematian dan kelam malam. *Tips: Negra = Hitam = Black

Esta bien, chao!

Adios... adios...adios...

P.S. Ada petua nak hilangkan bengkak gusi tak? Taaatiiiit... :'(

P.S.S. Saya tahu ramai yang suka FM, saya ada memasang niat untuk memberi FM kepada semua yang sudi baca & tinggalkan komen diblog ini... Tapi kena tunggu saya balik for good, atau at least balik bercuti... Insya'Allah, insya'Allah... Tak mampu nak kirim dari sini kerana costnya sangat mahal T___T...  Harap boleh tunggu & bersabar ye kengkawan :)

Source: Yahoo Mujer

Feb 26, 2012

Inca Kola, Por Favor!

Assalammualaikum...

Hola cariño!

Alhamdullillah, I'm back! Thank you Allah! Iman pun dah semakin sihat walaupun masih ada sisa-sisa selsema, syukur padaMu Ya Allah... Beberapa hari ni juga kami tak pergi kemana-mana hanya berehat, berehat dan berehat sahaja di rumah... Sekarang ni Mr Hubby pulak  kurang sihat maybe sebab terlalu letih melayan kami dan harap-harap dia tidak dijangkiti virus yang sama... Semoga kesakitan yang Allah beri ini menjadi kafarah... Amin...

Saya juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Faris Nur Daniel... Allah Maha Penyayang, syurga buatnya pasti menanti... Saya tak tahu sekiranya saya di tempat mereka adakah saya mampu menerima segala takdir dariNya...

Buat teman-teman bloggers yang sangat saya kasihi; Kakcik Seroja, eeiyss, Nafiraa, Rumah Kuning, Gen2Merah, BrightEye, ShimaSalleh, Sang Ratoo, Mixed Family In Da House-Dini, Norhidana, Fiza, Hanis Azla, Nazayiena, arelan, AmirFX, Nida, ...cp, eye nee, Kak Radziah AR, msredcheesecake, Cikgu Ma, Apple Pearl, Ummi Iman, Lynn, Aisyah Jahirah, chemid, mama norlara, Kak Queenie, Kak azieazah, Puan Kutu, Ibu Hani, MeriamBebakar, anisalya & Fyzz: Muchas Gracias for doa :):) Kisses & Hugs xoxo...

Susumanis & mamavogue, thank you for the doa, tips & petua... Memang sangat power! :):) Mamavogue, kulit kayu manis atau cinnamon memang banyak di sini, mereka (Peruana) guna dalam masakan tapi paling digemari sebagai pewangi atau perasa tambahan dalam minuman... In spanish they called cinnamon = canela cara sebutan 'ka-ne-la'... 

Bila badan tak sihat selera makan pun mesti mati... Tekak rasa tak sedap, rasa payau je... Lagi-lagi bila dah telan pelbagai jenis 'dadah' yang doktor bagi... memang rasa tak best sangat! Tapi badan perlukan tenaga, my body screaming "I want sugar! Sugar! To sooth my tongue!"

So, Mr Hubby pun pergilah beli untuk isterinya nan seorang ni...hehehe...

Inca Cola
Elok je demam teragak nak minum minuman bersoda ni... Inca Kola!

Inca Kola also known as 'Golden Kola' maybe because of the yellowish-gold in colour... Refers to the Quecha Inca Kola are words for King & Queen...  Minuman ni menjadi kebanggaan rakyat Peru, macam menjadi national icon mereka lah... Remember Inca Civilization? Machu Picchu semua tu berkaitan dengan Tamadun Inca ni...  

Menurut apa yang saya tahu minuman ni hanya terdapat di parts of South America, North America and Europe... Tempat-tempat lain di dunia tak berapa nak famous sangat tapi boleh dijumpai di Latin American Specialty Shops worldwide... Rasanya di Malaysia pun tak pernah jumpa... 
Kalau ada jumpa, mesti cuba tau! Sedap! :):) The flavor has unusual sweet fruity flavor yang macam rasa bubblegum gitu :)

Esta bien, mi amigos!

Hasta luego, chao~

------<----<----,@

Feb 20, 2012

Pleasantly Plump - Gordita!

Assalammualaikum...

Hola!

Perasan tak kat sebelah tu ada calculator BMI... Haritu Kak Radziah AR ada tegur...hehehe... 


 Actually, BMI ni khas untuk diri saya yang sangat obses kononnya untuk menurunkan berat badan walaupun ramai yang kata saya dah kurus sedang-sedang gitu... Bagi saya, hanya saya & Mr Hubby je yang tahu saya gemuk ke tidak...ahaks! (Rahsia besar kami XD...huhuhuuu)

Gordita means chubby in Spanish... How they describe fat in a nice way, so that's acceptable & normal and less hurting people... :))

Tinggi & berat badan menentukan sama ada kita memiliki berat badan yang ideal atau tidak... Macam saya, saya ni kategori wanita (erk...) tinggi so, berat pun tinggi gaklah...hahaha!

Semenjak menjadi  fulltime housewife ni, memang selalu kena remind diri sendiri...

Dulu masa zaman remaja junior (sekarang remaja senior...hehehe) saya pernah mengalami masalah berat badan... Dan saya tahu apa perasaan bila kita menjadi budak 'comel'... 

Bila cerita tentang sifat kita yang satu ni, kita boleh jadi sangat sensitif, mudah rasa down... Seolah-olah kecantikan bermula dari body yang cantik bak supermodel...


My mil cakap muka saya nampak bulat & badan nampak berisi bila bercakap melalui Skype! hehehee... 

Walaupun pada hakikatnya selama hampir 5 bulan kami di sini, berat badan saya turun hampir 4 kg... Mr Hubby cakap, penimbang rosak... Sabar jelah! Padahal berat dia sama je...hehehe...Jealous lah tu ;):))

Semua pun tahu, di sini sukar mencari makanan halal, walaupun ada KFC, McD, Pizza Hut, Domino's dan segala bagai... Ayam & daging not slaughtered properly so, bila tak darurat - haram dimakan... Bau & tengok jelah... Setakat harini pernah beli aiskrim McD je... Tu antara salah satu sebab berat turun kot...

Jadi, pada sesiapa yang nak turunkan berat badan, jom tinggal di negara yang bukan Islam, susah cari makanan halal confirm boleh kurus...hehehe... Sila jangan percaya :)))

Masa mengandungkan Iman dulu, berat saya naik sehingga 20kg... Hampir menyamai berat badan Mr Hubby... Masa tu risau sangat tak boleh nak kembali pada berat asal...

Pregnant 7 bulan, Iman lahir 1/8/2009
 Tak banyak gambar masa preggy, sebab tak suka...hehehe... By the way, gambar masa attended my bff wedding... Ada juga boleh buat kenangan, thank you Tariq & Noya :)) xoxo

Pengantin tu Shahrul & Akmal... Sekarang Noya & Akmal dah mendahului saya, Noya expecting her second child, while Kema (Akmal) baru lepas pantang anak ke-2 juga :):)  Tahniah!

Semoga korang bahagia ever after!


Masa awal-awal datang ke sini dulu, saya beli tracksuit ni dekat Polvos Azules... Sebagai pembakar semangat untuk berjogging & bersenam... This year I'm going to be 3 series, badan yang Allah bagi ni nak pakai lama... So, kenalah jaga kesihatan... Nak ajak K.Siti & Cik Sharmini pergi berjogging, at least fast-walking...

Seronok dah ada kawan baru yang boleh share interest together ;)) Doakan berat badan ideal saya ini berkekalan ye... Sebab saya takut menjadi 'comel' lagi... huhuhu...

Adios mi amor!

Chao~

P.S. Nak turun few kg lagi, sebab ada banyak lemak-lemak yang tersembunyi perlu diperangi...hehehe





Feb 14, 2012

Sweet & Spicy!

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Como estas?

Kami di sini semua sihat, Alhamdullillah :)

Malam tadi berlaku lagi gempa bumi (11.42 pm), magnitude: 48. Pusatnya terletak 48 km dari Lima... Berderau jugak darah... Alhamdullillah, masih lagi diberi peluang bernafas di bumi yang indah ini...

Earthquake = Terremoto/sismo

Macam cerita dalam TV, kadang-kala ada 'flashback' semuakan... So, I don't want to miss it, because every pictures have their own story to be remembered as the time goes by ~

Disebalik tabir before Garden Party haritu kononnya :)

Laici 
1 tin laici di sini agak mahal harganya, so I've decided to cut it into a small pieces untuk diletakkan ke dalam agar-agar... I think it is not approriate to put sebiji-sebiji... 

Air Laici bersama-sama agar-agar yang dididihkan


We're bought all the stuffs here, colourful cups with the cucharita dibeli di Central Mercado, Calle Capon... Whereby, agar-agar & laici di beli di Super Nikkei (kedai barangan Jepun).

Cucharita = Sudu kecil


Agar-agar = Gelatina (Cara sebutan 'he-la-ti-na', G becomes H)

Tengok harganya, yang kecil ni 7.90 soles... rasa menyesal tak bawa dari Malaysia...


Agar-agar yang telah siap :)

Tunggu untuk disejukkan....

I did all this a night before party, taklah kelam kabut sangat... Sebab, mana lagi nak masak untuk lunch semua... Nak layan my manja Iman lagi... So, when the day come, I can cook calmly & passionately :)))

Lagipun I believe Mr Hubby pasti balik rumah untuk makan, sebab dia memang akan makan sikit je kalau pergi mana-mana functions... 3 years married, I know him well... Eventhough, kadang-kala kita dari Planet Zuhrah ni sangat susah nak paham mereka yang berasal dari Marikh ni kan...hehehe

Terlebih rajin, teringin nak makan pecal... Masakan jawa, tapi chefnya berdarah Banjar + Minang... My mak banjar, arwah abah orang Minang, eko! hahaha!

Maksud eko, engkau... Salah tolong betulkan ye...heee...

Bahan-bahannya


Eh, kenapa ada daging pulak ni? 

Daging ni masak kicap je... Senang :)

Sayur & tahu untuk dibuat pecal


Kelentung-kelentang di dapur, akhirnya siap jugak masak Pecal atau rojak sayur ni :)

Tada~

Pecal Banjar Minang

Asal ado!
Semua sayur tu kenalah celur, kecuali tomato.... Telur kena rebus, tahu digoreng... Issh... kalau ada tempe lagi sodap!

Kuah kacang
Kuah kacang ni lagi mantap kalau letak cekur... tapi kat sini mana nak cari... Tahu tak cekur tu apa? Silalah google ye ;):)


Inilah rupanya Pecal Banjar Minang berlatar belakangkan suasana Malaysia...hahaha~

Daging masak kicap
Main dish Daging Masak Kicap... Beli daging dari masjid... Kang ada pulak yang bertanya ;p:)

Food Testing!
Ingat Lisa Surihani & Yusry KRU je nak food testing, ha ni chef fofuler nak testing food masakan sendiri...hehehe...

Belasah 2-3 pinggan, memang senang nak buang hajat lepas tu tau! 

Tak senonohkan cerita pasal makanan tetiba keluar buang hajat pulak... 

Tapi itu pun salah satu nikmat dari Allah, kalau Dia tarik macamana...huhuhuuu... Mau miong kepala kan :)

Tulah kadang-kala kita ni kufur nikmat... Nauzubillah...

Haritu Dato' Ambassador ada bagi limau kasturi & cili api... Dengarnya dia dapat dari Malaysian businessman yang ada ladang di sini... Alhamdullillah, nikmat dari Allah yang tak terjangka lagi...

Bukan senang nak dapat kat sini...


Makan dengan laksa sedap ni... Alahai, masalah ikan lah pulak! Nanti nak trial & error ikan-ikan yang sesuai... Kecur air liur nak makan laksa!

Cili tu dah selamat buat masak lemak ayam... Fuh, berasap! Podeh!

Podeh (N9) = Pedas

Masak lemak cili api
Ikan masin goreng berbawang
Daun kesum
Nak tanam daun kesum ni kat tepi tingkap bilik, rendam dalam air bagi tumbuh akar sebelum boleh tanam... Cuaca di sini sangat baik untuk tumbuh-tumbuhan... Insya'Allah semoga dia boleh tumbuh dengan subur nanti~

Macamana rasa sweet & spicy tak entry ni?? hehehe...

Esta bien, mi amigos! 

Chao!

P.S. Tadi masa makan Gloria tanya "No celebrar Valentin?" Mr Hubby cakap, "No, we're musulman (Muslim)... Everyday we celebrar Valentine (Hari Kekasih) :)," cakap campur-campur omputih & Spanish... macam tulah tiap-tiap hari... Selalu jugak tersasul-sasul... Terbawak-bawak... Bahasa routine memang berubah... baik ke tak baik? ngeeee ~

Feb 3, 2012

Sin Gas y Con Gas...

Assalammualaikum...

Hola!

My hubby & I selalu tertanya-tanya, Iman ni sebenarnya ikut muka siapa? Rasa kelakar pulak sebab kalau pergi mana-mana atau jumpa siapa-siapa mesti orang akan cakap, ikut muka uminya, ada pulak yang cakap ikut muka babahnya...errrrrr...yang mana satu sebenarnya...? :)))

Bila Iman duduk dekat-dekat dengan babah, mesti umi cakap... "Iman ni sebijik macam babahlah!" (pada pandangan mata umilah...), tapi nanti bila Iman duduk dekat dengan umi, babah pulak cakap... "Huh, muka umi!" hahaha!

Tapi, dah memang anak kami, mestilah ikut both of us kan..kan..kan...hikhikhik... ;))

Masa zaman bercintan-cintun dulu, pernah ada orang cakap muka kami seiras tau! Ada yang cakap kami kembar! Ada yang kata kami macam adik-beradik pun ada... Alamak, tapi dah check dah memang takde susur galur seketurunan pun... Confirm! Nasib baik, nasib baik... kalau tak, melepas! hahaha~

Tahun 2000
Tahun 2001 rasanye...ngeee.. tak ingat lak...
Sama ke muka kami?? Ntahlah....hehehee

Sebenarnya bukan nak cerita pasal muka seiras pun tapi nak share pasal air mineral di sini... Mula-mula dulu rasa jakun ya amat!

Tak tahulah orang lain, tapi bagi saya sesuatu yang pelik bila air mineral pun ada yang bergas... hehehe...

Sin Gas = Without gas

Con Gas = With gas

Sin Gas

Con Gas

Masa mula-mula sampai dulu, dalam bilik hotel semua dia bagi air mineral con gas ni... Alahai, macamana nak buat susu Iman! Memang tak suka guna water tab dalam bilik hotel, macam tak confident kebersihannya walaupun dah dimasak...

Paksa Mr Hubby beli yang sin gas :)))

Tak suka nak minum yang con gas ni, sampailah colleague Mr Hubby, Kak Siti bagitahu yang con gas ni sedap buat air sirap bandung :)

Kalau kat Malaysia kita biasa guna aiskrim soda, kira con gas ni sebagai penggantinya lah...

Susu & sirap bahan utama tu :)

Lupa nak kocak bagi berbuih... Lagi sedap :)

Oklah, tak ade idea nak cerita :)

Ada colleague tanya, panggil dia Ika... Dia sekarang sama macam saya jugak ikut suami ke Dubai, dia tanya saya dah lama tak cerita tentang masakan...hehehe...

Bukannya apa, saya ni lauk simple-simple tu bolehlah, yang canggih-canggih tak pandai sangat...  Jangan boring lak... Insya'Allah next time key :)

Chao!


Jan 31, 2012

Iman, Mutiara Hati Kami... Mi Cariño!

Assalammualaikum...

Hola cariño!

Cariño = Sweety = Jantung Hati @ Kesayangan

Kepada semua rakan blogger yang mendoakan kami di sini, muchas gracias... terima kasih banyak-banyak saya ucapkan... Walaupun kita tak pernah bersua muka tapi terasa sangat kemesraan itu... Some people say, kalau 40 orang yang mendoakan, insya'Allah termakbul doa itu... Kalau tidak pun, manalah tahu dalam ramai-ramai ada seorang doanya sangat makbul pun kita tidak tahu :)))

Alhamdullillah, kami semua di sini selamat dan sihat... Masa kejadian, Iman tidur dengan nyenyaknya... memang dia tak sedar... Biasalah budak-budak, dia apapun tak paham lagi :)

Hari ini nak cerita tentang perkembangan Iman di sini... Supaya bila dia besar nanti dia boleh baca :) Insya'Allah... Seperti yang susumanis selalu sebut, apa yang kita tulis dalam blog kita ni biarlah sesuatu yang bermanfaat dan menjadi kenangan manis yang boleh dibaca oleh anak cucu cicit kita nanti :)

Iman anak yang manja, walaupun lelaki sebab dia seorang je anak Umi buat masa ini... Love you, my little baby :) ... Harini genap usia dia 2 tahun 5 bulan... Iman lahir 1.8.2009 cerita tentang kelahiran Iman di sini :)

Di sini, banyak perkara baru yang Iman belajar... Mulut pun dah semakin bising bercakap... Leter betul! Ikut siapalah ni?! :) hehehe... Iman dah boleh counting 1-10 in English, as well in Spanish :)

Pandai jugak mengajuk cakap orang... Hola, gracias, chao, buenos dias, buones tardes, buenos noche dah macam gula-gula kat mulut dia :)

Sekarang sedang 'Potty Train' dia... Alhamdullillah, seribu syukur padaMu ya Allah, Iman dah paham bila disuruh PU (kencing) dalam potty... Cuma, BO (air besar, yak) je belum lagi...

Mula-mula nak ajar dia memang memerlukan kesabaran, banyak kali juga dia terlepas... Dah selesai baru panggil Umi...alahai, anak! Every 15 minutes memang kena tanya dia nak PU ke tidak...

Potty Barney ni Iman yang pilih
Iman suka sangat tengok cerita cartoon Barney & Friends, Upin Ipin, Boboi Boy... Baru-baru ni suka tengok Ben10 pulak... In Spanish, Ben10 dipanggil Ben Diaz... Diaz = 10

Jam nak Ben10, towel nak Ben10... Sampai spenda pun nak Ben10 :)


Dah dia memang minat Ben10 so, bila beli 'ware-ware' Ben10 senang nak suruh dia pakai... Tak payah nak paksa-paksa... Sama jugak dengan Potty Barney tu, dia yang pilih so, dia pun suka nak PU kat situ...hikhikhik... Tips* Cara nak pujuk & ajar dia benda yang bukan kebiasaan :)

Sebelum potong rambut
Last week, kami bawak dia pergi potong rambut... Cepat sangat panjang rambutnya... Iman memang peng'geli' dan penakut sikit dengan mesin... Lagi-lagi yang berbunyi... :)

Jadi, kami bawak dia ke kedai gunting rambut khas untuk kanak-kanak... Di sini memang banyak kedai macam ni... Tak pernah lagi jumpa di Malaysia... Sebab kat Malaysia, bawak die pergi gunting dekat kedai mamak je... hikhikhik

Muka Iman yang geli~


Yang menariknya kedai ni ada TV dan seat berupa kereta untuk kanak-kanak duduk dengan selesa & sekaligus melekakan mereka :)


Saat bila Iman start cranky, it's babah job to keep him calm...hehee...dengan umi kang mengada-ngada :)


Final touch!

Sempat lagi main sementara tunggu babah bayar :)

Boleta = Bill


Semuanya S./38... Oklah kan, bukan selalu pun :))





After hair cut... encem tak??
Esta bien...

Nak mandi & solat maghrib...

Nanti kita borak-borak lagi ye :)

Chao!