Gracias!

Showing posts with label Sihat Cantik Ceria. Show all posts
Showing posts with label Sihat Cantik Ceria. Show all posts

Jul 5, 2012

Masak Lomak Daging Salai Aguaymanto! ;)

Assalammualaikum...

Hola todos!

Ada ke yang tertarik dengan tajuk kat atas nun! hehee ;)) Inilah yang dipanggil penangan 'Masterchef'... Walaupun duk jauh di perantauan tapi masih mengikuti perkembangan terkini tanahair tau! hahaha ;D

Gimik je tu! hehee :))

Sebelum ni kan saya pernah terbaca beberapa orang blogger bercerita tentang sejenis buah hutan yang dipanggil buah letup-letup ... Dulu, masa saya bersekolah rendah  tempat saya belajar mengaji Al-Quran, saya selalu nampak pokok buah ni yang tumbuh meliar dekat semak-semak di tepi surau  tempat saya mengaji tu... Tapi tak tahu pulak yang buah ni sebenarnya boleh makan! :)))


Rupa-rupanya buah tersebut adalah sejenis beri yang banyak khasiatnya... Ia dikenali sebagai gooseberry atau in Peru they called it 'Aguaymanto'! Rasanye masam-masam manis seperti buah oren... baunya juga sangat wangi... Kaya dengan vitamin C... Dipercayai juga boleh merawat cancer, leukemia, malaria, asthma, hepatitis, dermatitis and rheumatism! :))))) Source: Wikipedia

Ada yang kata buah tersebut banyak di import ke Malaya dari Amerika Selatan dan dihidangkan di hotel-hotel terkemuka tanahair! Wah!!! :)))

Dulu masa saya bekerja (sekarangkan cuti panjang), selalu dok kat hotel-hotel  kalau outstation  so, saya memang ada perasan buah ni tapi just diletakkan  sebagai dekorasi atau food dressing... Tak sangka pulak boleh makan... Yelah takkan nak makan hiasan kot! Nanti orang kata kita 'jakun' lak...hakhakhak! ;)))

Image: Google

Gambar di atas ni contoh buah letup-letup yang saya maksudkan tu ;))

Di bawah ni gooseberry yang saya beli di Vivanda tempoh hari :))


Aguaymanto! Warnanya kuning & baunya harum bila dah matang :))


Boleh terus dimakan begitu sahaja... Memang sedap tapi bagi kita yang tak pernah jumpa buah tersebut terasa juga kejanggalannya tu...hikhikhik



Isinya yang serupa tomato ceri, menggunakan ke'bijaksana'an dan ke'pakar'an yang ada saya suka-suki mencampurkan buah tersebut dalam Masak Lomak  Daging Salai yang saya buat tadi... ngeeeeee....


Uiiiiissshhh... Memang sodap lah! Ahaks... Puji diri sendiri ;p  hehehe :))


 Bila mamam ada bunyi 'pops' dalam mulut & melting.... Sedapnyeee ;))

Nanti kalau ada dekat rumah kawan-kawan buah ni bolehlah cuba masukkan dalam masakan anda ye! Taruk dalam sambal belacan pun rasanye best jugak ni! hehehe... Insya'ALLAH... Pasti tak mengecewakan... :))

Apalagi checklah di semak berdekatan rumah atau di semak-semak kat kampung anda manatau ada buah ni... bolehlah dikormesialkan...hahaha :))

Semoga bermanfaat :))

Chau...

P.S. Tak sempat lagi nak drop and say hi dengan kengkawan lagi... Update curi-curi... Sedang merancang percutian ... Insya'ALLAH, mohon doakan yang baik-baik ye :))


Jun 11, 2012

Syukur, Still Alive!

Assalammualaikum...

Hola!

Que tal? 

Muy bien, Alhamdullillah :))

Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Pada ketika ini, nadi milikNYA ini masih berdenyut dan tak putus-putus menyatakan kesyukuran kepadaNYA...

Lama tak update, hampir lima hari... Keinginan untuk mengupdate tu ada tapi idea yang mencurah-curah tetiba hanyut bila jejari mula menari di keyboard... hikhikhik ;p

Seperti biasa bila lama tak ke udara, entry yang panjang berjela sememangnya menyesakkan nafas si pembaca... Maafkan saya, tidak bermaksud memaksa... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ;)))

Jueves (Khamis), 8 de Junio  2012... berlaku lagi gempabumi ntah kali ke berapa... Makin dah biasa, kadangkala tertunggu-tunggu pula...hehee... Realize its not a joke but what more can we do, the truth to be living in 'Pacific Ring of Fire's country!

Alhamdullillah, ALLAH masih melindungi! :))

Cerita hari Sabtu, hari untuk berehat-rehat...


Early morning, not as usual hubby went to work... Prepare simple & orang malas healthy breakfast for   us... Hubby mamam Coco Krunch (dia buat sendiri sila jangan tiru ;p) and mine makan oat with yogurt! Nyum...nyum...

Hubby tak suka oat... Puas dah paksa makan tapi dia tak mahu nak buat macamana kan :)))


Macam saya, suka campur-campurkan macam-macam dalam oat... Any frutas can be soooo good ;)))

Frutas = Fruits


Oat + Yogurt + Kiwi

Heat the milk & oat in the oven for at least 30 segundos (seconds) or until fluffy, put on some yogurt & any slice of fruit you like... Banana, apple, strawberry or everything :))


"Me gusta yogurt!" Iman...hehee


Auuum... Budak comot belum mandi! hehehe...

The story begin, Iman nak cerita... Babah pergi work ummi ada project dengan Iman :))


Ni bunga ros auntie Gloria belikan, dah nak layu... So, ummi kemas-kemas & cabut-cabut mana-mana petalos (kelopak bunga) yang dah agak layu...


Macam ni ;));))

Ummi cakap nak buat mandi... Nak berendam like princess, auw! ;)) hehehe...


Tada~

Ummi nak buka jakuzi ni nak relax katanya... Lama tak guna dah jakuzi ni :)))


Like this! Iman tak faham kenapa ummi buat macam tu so Iman jerit-jerit cakap ada semut takmo masuk dalam tu... Sebelum ni takde pun bunga-bunga ni bagai! huk3 :))

Ummi cakap kalau Iman taknak, Iman pergi tengok TV ummi nak mandi ;p


Tapi, Iman dah siap-siap dah nak join jugak! huhuhuu... Nak duduk pun geli! Apa daaa...


Main-main buih je... Sebab tak suka bunga-bunga ni... Ummi pesan, takmo kencing tau! Uik...

Tengah enjoy tu, ummi on jakuzi...Terpanjat boboi! Eh, silap... Terpanjat Iman! hehehe... :D

Bunyi kuat air ombak-ombak... Macam best tapi lepas tu ada keluar asap! Penuh... Bau hangit! Ummi cepat-cepat off jakuzi, grab Iman keluar bath tub & lari keluar bano!

Bano = Toilet

Huwaaaaa... nasib baik takde apa-apa! Ummi tarik nafas hembus & said don't panic! Lap-lap Iman & terus call babah... Lepas tu, ummi turun panggil Uncle Manuel mintak tolong tengokkan bilik air yang berasap tu....huhuhuu...


Sejuk tau! gagagaga...


Nasib baik kami tak kejung dalam tu kena renjatan! Syukur-syukur...


Iman sejuk, sampai duk cangkung macam nilah... Ummi ni leh main-main snap gambor lak...hehehe...

Babah balik, babah cakap, "Itulah, main-main lagi!" Mana ada main-main... Suka-suka je.... ;p

Lepas tu babah pun takut nak mandi dalam bano tu, padahal takde apa-apa pun... Petang tu technico datang, katanya as long tak on kan jakuzi tu boleh je mandi macam biasa... Dah rosak rupanye... Kena panggil pakar betulkan...huk3... 

Lepas tu Ummi masak simple-simple je... Sebab terkujat! Ummi buat cheese baked pasta!  

Yummy!


Ummi ni sejak dok Peru suka sangat mamam Italian cuisine ni... Adeh!


Layankan aje... Babah suka, Iman pun suka jugak! :)))


Dok lepak-lepak mamam depan TV pun best jugak... Ada pulak cite "Shrek"...hehee :))

This is what we call 'sempoi' lunch! :))


Macam ni, ala-ala nippon... Ummi cakap makan macam ni elok sebab takleh mamam banyak... Kalau tak perut terhimpit! hahaha! Ummi tipu sebab babah mamam banyak sangat!  :D

Oklah, Iman nak mandi tapi dalam bano Iman je... Dah serik nak mandi dalam bano ummi & babah tu...huhuuu...

Nite you all! 

Ops, it's morning here :)))

Adios!

Apr 2, 2012

Hola Linda!

Assalammualaikum...

Hola Linda!

Linda means cute, pretty, beautiful @ nice.

So, siapa nama Rosa Linda means Cute Pink, Beautiful Rose.. hehehe ;);)*w* Tetiba teringat lirik lagu "Rosalinda ay amor..." maksudnya Oh, my love Rosalinda :)))

Untunglah siapa yang bernama Linda, hari-hari orang panggil dia beautiful, pretty ;) Teringat my bff, Azlinda... Biasa memang panggil dia 'Linda'... Linda, rindu lak kat ko...hik3x ;)

Frangipani - for all beautiful ladies who's reading now! Especially  Kak Cik Seroja :) 
Topic harini, chewah macam pengacara lak... hehehe ;):) Topic ni untuk 18 tahun ke atas sahaja tau... Hanya yang berfikiran terbuka sahaja boleh teruskan pembacaan... 18sx sikit... Tapi bukan lucah key *w* :)) Just to share experience... hikhikhik :)

Masa mula-mula kami sampai ke sini dulu, saya sangat teruja nak melihat wanita Latin ni... Sebab mereka ni kan terkenal dengan wanita-wanita yang cantik, jelita, ratu cantik pun ramai dari sini kan... Tengok jelah artis-artis seperti Jeniffer Lopez (Oh, all time favorite!), Salma Hayek, Shakira, Antanio Banderas, Enrique Eglesias... Cantik, hensem and hot! hehehe ;p

Image: Google
Perfecto! 
Dengan kulit dorang yang cantik & macam kulit orang Melayu - tanned gitu...

Cantik, lawa bagi saya adalah subjektif... Kadang-kala bagi kita dah cantik dah tapi bagi orang lain, biasa-biasa je... 
Olive Park
Terus-terang, masa baru sampai dulu, apa yang saya lihat mereka ni cantik dan sangat mementingkan penjagaan diri walaupun usia dah semakin meningkat... Lagi-lagi bagi golongan yang kaya senang cakap yang berduit, mereka memang jaga kecantikan, from head to toe... So, kalau lihat walaupun umur dah banyak, dah berpangkat nenek pun still pakai make up, pedicure and manicure ni toksah ceritalah... 

Olive Park
Yang penting mereka sangat menjaga 'asset' mereka...*w* :):)))

Olive Park
Walau dah bergelar nenek mereka still pakai bikini (two piece ngko!), muka memang berkedut tapi body.. Pergh... Wa cakap lu... Mantap! kekekek :D

Tapi sayangnya, mereka ni ramai yang berperut 'muncit'... hehehe... Maybe sebab lepas bersalin tak pakai bengkung kot... Myself & Mr Hubby selalu jugak sok sek sok sek bergossip bila tengok mereka-mereka ni... Yelah, depan mata kan... Tak boleh nak pandang tempat lain dah... hahaha! ;)

Naked pics is everywhere and openly sold here!
Gambar-gambar 'vogel' memang mudah untuk didapati di sini... Memang berkarat otak... Dalam newspaper mainstream pun boleh tengok free... Adeh! Lepas baca paper kena scan virus, banyak-banyak beristighfar... Nasib baik semua in Spanish, tak beli pun...keh3x...;p

Cerita tentang 'asset' mereka yang superb tu, haritu saya ada beli blusher (pemerah pipi), saya mintaklah dari promoter tu any 'gratis' (free) gift... Dia bagi saya ni ~


Cis, terasa tau! Tahulah saya punya 'asset' comel, you knowlah kan normal Asian size... hak3x... Mr Hubby sengeh jek... hehehe... Hampeh betul! ;p

Kalau nak tengok Peruvian women boleh tengok di sini... Bagi saya walaupun mereka ni cantik tetapi wanita Melayu adalah yang tercantik di dunia!  (,")v



Hey, ladies you are beautiful! :)) Love ya!

Chao!


Mar 5, 2012

Reward Yourself!

Assalammualaikum...

Hola!

Just to share with you guys! Dulu masa saya bekerja saya suka memanjakan diri saya membeli barang-barang idaman, membuat apa yang saya suka as a reward selepas penat bekerja... It is not something somebody else can give me or do for me, it is a very special own reward I am giving to myself... Reward tu tak semestinya benda mahal, a bar of chocolate pun dah memadai :):) 

Among others, reward yang terbaik buat diri saya adalah pergi ke Spa, bahasa Melayunya Pusat Kecantikan... Sekurang-kurangnya 2 bulan sekali saya mesti pergi untuk body massage atau facial... Life masa di Malaysia dulu sangat 'hectic'... Jadi saya kena curi-curi masa untuk diri sendiri... 

Masa dulu, saya selalu pergi ke satu pusat kecantikan yang terletak di Seremban 2 berhadapan dengan Jaya Jusco, namanye Pheobes Aesthetics... Personally, environment & layanan yang diberikan memang 5 stars... Rasa rindu pulak nak pergi lagi, lagipun ada beberapa pakej lagi yang saya tak sempat nak habiskan... harap-harap masih valid lagi sehingga saya balik nanti...

Lepas baik dari demam haritu, badan rasa sengal-sengal, lagipun dah lama tak 'service' body ni... Saya memang sangat suka diurut, addicted! Mr Hubby pandai mengurut dan cari point-point yang sakit tapi dia selalu malas nak layan saya, menyampah! :p hehehe... So, maybe sebab dia kesiankan saya, dia benarkan saya pergi ke Spa yang terletak tak jauh dari rumah kami... Country Club Hotel Spa a.k.a Yaku Spa yang terletak di San Isidro...


Sebelum pergi tu saya rasa ragu-ragu juga adakah urutannya nanti setanding dengan yang pernah saya buat sebelum ini di Malaysia? Tapi saya cuba jugaklah... Saya pergi dengan Cik Sharmini & Kak Siti, mereka yang recommendkan tempat ni... Saya ambil pakej Deep Tissue Massage Treatment... Urutan untuk satu badan... Head to toe...

Memang best! Honestly, saya dah pernah pergi banyak tempat for massage and etc, for me this is the best place yang pernah saya pergi... Walaupun environmentnya tak sebest Pheobes Aesthetics tapi urutannya memang tip top, rasa nak meleleh air liur...hehehe... Pandai juga dorang ni mengurut... ;)

That is how I reward myself, but Mr Hubby lain pula... Dia lebih suka menghabiskan masa dengan bermain games, bermain bola, hang out with friends and you know, things what every man always do... Di sini, segala-galanya berbeza, main bola pun seminggu sekali, nak keluar dengan kawan-kawan pun nanti lain pulak tempat dorang bawak... Harapkan main games dengan Iman itu pun selalu bergaduh...hehehe... Secretly, I know how bored he is... Kesian, dahlah penat bekerja, stress yang kita tak tahu... 

I always remind him to give some time for himself, don't be too workaholic!  Get something for yourself ! Reward yourself! If not, you will end up like dead meat! I just want him to be happy... 

So, finally selepas pujuk-pujuk dia... Sememangnya dia memberi ganjaran pada dirinya sendiri...hahaha! USD 300 jam tangan jenama  Quartz Timex! 

Bukan harga dan jenama yang saya ingin banggakan tapi reward yang sangat berbaloi buat dirinya yang selalu memikirkan orang lain berbanding dirinya sendiri :) 

As long it's make you happy, sayang! :) 


Rasanya dah hampir 6 tahun dia tak pernah tukar jam, selain jam yang saya belikan sebagai hantaran dulu... 


Jam tangan G-Shock ni dulu dibeli masa kami belum berkahwin lagi... Jam ni bukan sahaja tahan lama tapi tahan lasak jugak... Walaupun sekarang ni warnanya sedikit pudar... Jam Casio tu saya belikan sebagai hantaran perkahwinan kami dulu, dah dua kali bertukar bateri tapi tetap ada sentimental value :) ... Itulah namanya alah membeli menang memakai! :) Sekarang ni abang dah ade 3 jam, bie ada satu je... Bila? hehehe... Nak jugak*

Mi amigos, did you reward yourself? 

Beri ganjaran pada diri sendiri semampunya, saya percaya kamu akan rasa lebih puas dan hidup lebih bermakna... 

Reward yourself and become happier person! :)







Feb 26, 2012

Inca Kola, Por Favor!

Assalammualaikum...

Hola cariño!

Alhamdullillah, I'm back! Thank you Allah! Iman pun dah semakin sihat walaupun masih ada sisa-sisa selsema, syukur padaMu Ya Allah... Beberapa hari ni juga kami tak pergi kemana-mana hanya berehat, berehat dan berehat sahaja di rumah... Sekarang ni Mr Hubby pulak  kurang sihat maybe sebab terlalu letih melayan kami dan harap-harap dia tidak dijangkiti virus yang sama... Semoga kesakitan yang Allah beri ini menjadi kafarah... Amin...

Saya juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Faris Nur Daniel... Allah Maha Penyayang, syurga buatnya pasti menanti... Saya tak tahu sekiranya saya di tempat mereka adakah saya mampu menerima segala takdir dariNya...

Buat teman-teman bloggers yang sangat saya kasihi; Kakcik Seroja, eeiyss, Nafiraa, Rumah Kuning, Gen2Merah, BrightEye, ShimaSalleh, Sang Ratoo, Mixed Family In Da House-Dini, Norhidana, Fiza, Hanis Azla, Nazayiena, arelan, AmirFX, Nida, ...cp, eye nee, Kak Radziah AR, msredcheesecake, Cikgu Ma, Apple Pearl, Ummi Iman, Lynn, Aisyah Jahirah, chemid, mama norlara, Kak Queenie, Kak azieazah, Puan Kutu, Ibu Hani, MeriamBebakar, anisalya & Fyzz: Muchas Gracias for doa :):) Kisses & Hugs xoxo...

Susumanis & mamavogue, thank you for the doa, tips & petua... Memang sangat power! :):) Mamavogue, kulit kayu manis atau cinnamon memang banyak di sini, mereka (Peruana) guna dalam masakan tapi paling digemari sebagai pewangi atau perasa tambahan dalam minuman... In spanish they called cinnamon = canela cara sebutan 'ka-ne-la'... 

Bila badan tak sihat selera makan pun mesti mati... Tekak rasa tak sedap, rasa payau je... Lagi-lagi bila dah telan pelbagai jenis 'dadah' yang doktor bagi... memang rasa tak best sangat! Tapi badan perlukan tenaga, my body screaming "I want sugar! Sugar! To sooth my tongue!"

So, Mr Hubby pun pergilah beli untuk isterinya nan seorang ni...hehehe...

Inca Cola
Elok je demam teragak nak minum minuman bersoda ni... Inca Kola!

Inca Kola also known as 'Golden Kola' maybe because of the yellowish-gold in colour... Refers to the Quecha Inca Kola are words for King & Queen...  Minuman ni menjadi kebanggaan rakyat Peru, macam menjadi national icon mereka lah... Remember Inca Civilization? Machu Picchu semua tu berkaitan dengan Tamadun Inca ni...  

Menurut apa yang saya tahu minuman ni hanya terdapat di parts of South America, North America and Europe... Tempat-tempat lain di dunia tak berapa nak famous sangat tapi boleh dijumpai di Latin American Specialty Shops worldwide... Rasanya di Malaysia pun tak pernah jumpa... 
Kalau ada jumpa, mesti cuba tau! Sedap! :):) The flavor has unusual sweet fruity flavor yang macam rasa bubblegum gitu :)

Esta bien, mi amigos!

Hasta luego, chao~

------<----<----,@

Feb 23, 2012

Vamos! Meet the doctor!

Assalammualaikum...

Hola Mi Amor!

Sekarang baru boleh buka 'my book' ni dengan tenang... Kalau tak curi-curi je tengok kalau-kalau ada new comments :):) Muchas gracias! xoxo

Actually, dah dua hari saya demam... Mengigil-gigil macam kena demam kura-kura...Pagi tadi Iman pulak yang demam... Berjangkit dari saya... Sebelum ni dia memang dah ada throat infection tapi tak demam... Just running nose... Dah lama tak kena demam macam ni... 

Time demam macam nilah terasa sangat rindu nak balik Malaysia, mana taknya kalau rasa tekak tu tak lalu nak makan boleh juga beli tomyam atau bubur McD... Tak perlu susah payah nak masak... Badan dah tentu lemah tak bermaya... Nak tak nak kena jugaklah gagahkan diri ke dapur masak apa yang mampu... Masak & makan bubur jelah... 


Malam tadi Iman tidur tak berapa nak nyenyak...  Mungkin dia dah start rasa tak sedap badan... Saya pun tidur-tidur ayam je malam tadi... Sebab sakit kepala yang very deep & strong... 


Sejak pagi tadi demam Iman tak kebah-kebah... On & off... Kejap panas, kejap sejuk...  Merengek-rengek je... Alahai, luluh hati saya... 

Saya yang dewasa ni pun rasa tak tertanggung dek kerana demam inikan pula Iman yang baru 2 tahun setengah...


Tengahari tadi kami pergi ke hospital Clinica el Golf. Gambar kurang memuaskan sebab guna kamera biasa... Tangan pulak dok mengigil-gigil bila ambik gambar...


Tengah tunggu doktor sementara menenangkan Iman yang dah start cranky sebab takut nak jumpa doktor... Iman memang fobia berjumpa doktor maybe because of the past experience... 


Bukan kena cucuk pun, just doktor nak ambik suhu badan je... Tapi menangis meraung macam kena  cubit...heheheee...Puas jugaklah pujuk dan menenteramkan dia... Masa nak datang clinic tu pun terpaksa 'white-lie' cakap nak pergi beli bowling set untuk dia... Since, past 2 weeks dia asyik mintak bowling set... Puas juga kami cari tapi tak jumpa...

Iman: Umi, babah... Boleh tak?
Kami: Nak apa sayang?
Iman: Nak bowling set... Boleh tak?
Kami: Iman should behave & be good boy then you will get it, ok?
Iman: Ookkay! (Tiru gaya Mei Mei dalam kartun Boboi Boy)

Konon-konon nak tegas, tak semua benda dia boleh dapat dengan mudah  :)


Doktor cakap Iman still ada throat infection... Sejenis virus macam tulah... 
Lepas dah selesai doktor check semua, babah pujuk Iman main game...Now, turn Umi pulak jumpa dengan doktor...

Walaupun rasa macam dah ok sikit but my head still throbbing... Memang masih ada sisa-sisa demam... Luckily, doktor pandai berbahasa Inggeris... Oh, I'm happy for that! hehehe... First time jumpa doktor yang pandai berbahasa Inggeris... Rupa-rupanya sama macam Iman, throat infection!

Doktor nak drip air + ubat, maybe dia tengok saya dah macam dehydrated sangat kot... Tapi saya refuse... huhuhuu... Bukan takut tipu* nanti Mr Hubby masuk ofis lambat pulak... Mintak ubat makan je... Doktor tu pun sengeh-sengeh jek...kihkihkih... 

Lepas dah check ape semua bagai, time to say goodbye & thank you... Budaya mereka ni, suka cium-cium pipi ala-ala arab gitu... Tak kisahlah lelaki ke perempuan... Oh, no! Hopefully doctor ni taklah kan...hahaha! Doktor lelaki! Nasib baik he just hulur his hand... So, shakehand je lah...kehkehkeh! Rasanya dia pun faham... Satu sikap mereka ni very friendly & loving


Mr Hubby sedang mengambil ubat di kaunter farmasia...


Kesian Iman termenung je... Panas betul badan dia...

Today I have learned new few words...

Fever = Fiebre

Infection = Infección

Prescription for Iman
Prescription for Umi
Akhirnya, sebab tak sampai hati babah usaha juga mencari bowling set untuk dia... Punyalah excited!
Kesian pun ada!


Dalam-dalam tak sihat tu still lagi nak main...


Tapi sekejap jelah sebab badan tak berapa nak sihat lagi... 

Terima kasih sebab sudi baca sehingga noktah yang terakhir... Terima kasih juga kepada Mama2Q yang bertanya tentang banjir besar yang melanda Peru... Itu yang hebatnya dunia tanpa sempadan ni... Maklumat mudah & pantas tersebar... Kadang-kadang kami yang tak tahu menahu kejadian sekeliling pun terus jadi tahu...hehehe... malu*

Banjir besar melanda Arequipa... Terletak di selatan Peru... Di Lima, taburan hujan tahunan boleh dikatakan tidak wujud... Kalau ada pun sangat-sangat minimal... Orang-orang kat sini gayat kalau jumpa hujan lebat...hehehe... Muchas gracias! :):) xoxo

Kita selalu berfikir macam ni, kalau sesuatu kejadian berlaku di sesuatu negara, pada pemikiran kita yang terjejas juga satu negara... Padahal hanya di satu part itu sahaja yang terjejas... Begitulah juga pandangan orang asing pada negara kita, kalau ada sesuatu buruk yang berlaku pada negara kita, mereka tidak fikir lain, apa yang berlaku mewakili negara kita keseluruhannya.... Eh, korang faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni...hehehe...Takpe lah buat-buat faham je ok:))

Sampai di sini dulu... Adios!

P.S. Gen2Merah Muchas gracias por todo! - Thank you for everything! Nanti ajar anak murid ye :)

Feb 20, 2012

Pleasantly Plump - Gordita!

Assalammualaikum...

Hola!

Perasan tak kat sebelah tu ada calculator BMI... Haritu Kak Radziah AR ada tegur...hehehe... 


 Actually, BMI ni khas untuk diri saya yang sangat obses kononnya untuk menurunkan berat badan walaupun ramai yang kata saya dah kurus sedang-sedang gitu... Bagi saya, hanya saya & Mr Hubby je yang tahu saya gemuk ke tidak...ahaks! (Rahsia besar kami XD...huhuhuuu)

Gordita means chubby in Spanish... How they describe fat in a nice way, so that's acceptable & normal and less hurting people... :))

Tinggi & berat badan menentukan sama ada kita memiliki berat badan yang ideal atau tidak... Macam saya, saya ni kategori wanita (erk...) tinggi so, berat pun tinggi gaklah...hahaha!

Semenjak menjadi  fulltime housewife ni, memang selalu kena remind diri sendiri...

Dulu masa zaman remaja junior (sekarang remaja senior...hehehe) saya pernah mengalami masalah berat badan... Dan saya tahu apa perasaan bila kita menjadi budak 'comel'... 

Bila cerita tentang sifat kita yang satu ni, kita boleh jadi sangat sensitif, mudah rasa down... Seolah-olah kecantikan bermula dari body yang cantik bak supermodel...


My mil cakap muka saya nampak bulat & badan nampak berisi bila bercakap melalui Skype! hehehee... 

Walaupun pada hakikatnya selama hampir 5 bulan kami di sini, berat badan saya turun hampir 4 kg... Mr Hubby cakap, penimbang rosak... Sabar jelah! Padahal berat dia sama je...hehehe...Jealous lah tu ;):))

Semua pun tahu, di sini sukar mencari makanan halal, walaupun ada KFC, McD, Pizza Hut, Domino's dan segala bagai... Ayam & daging not slaughtered properly so, bila tak darurat - haram dimakan... Bau & tengok jelah... Setakat harini pernah beli aiskrim McD je... Tu antara salah satu sebab berat turun kot...

Jadi, pada sesiapa yang nak turunkan berat badan, jom tinggal di negara yang bukan Islam, susah cari makanan halal confirm boleh kurus...hehehe... Sila jangan percaya :)))

Masa mengandungkan Iman dulu, berat saya naik sehingga 20kg... Hampir menyamai berat badan Mr Hubby... Masa tu risau sangat tak boleh nak kembali pada berat asal...

Pregnant 7 bulan, Iman lahir 1/8/2009
 Tak banyak gambar masa preggy, sebab tak suka...hehehe... By the way, gambar masa attended my bff wedding... Ada juga boleh buat kenangan, thank you Tariq & Noya :)) xoxo

Pengantin tu Shahrul & Akmal... Sekarang Noya & Akmal dah mendahului saya, Noya expecting her second child, while Kema (Akmal) baru lepas pantang anak ke-2 juga :):)  Tahniah!

Semoga korang bahagia ever after!


Masa awal-awal datang ke sini dulu, saya beli tracksuit ni dekat Polvos Azules... Sebagai pembakar semangat untuk berjogging & bersenam... This year I'm going to be 3 series, badan yang Allah bagi ni nak pakai lama... So, kenalah jaga kesihatan... Nak ajak K.Siti & Cik Sharmini pergi berjogging, at least fast-walking...

Seronok dah ada kawan baru yang boleh share interest together ;)) Doakan berat badan ideal saya ini berkekalan ye... Sebab saya takut menjadi 'comel' lagi... huhuhu...

Adios mi amor!

Chao~

P.S. Nak turun few kg lagi, sebab ada banyak lemak-lemak yang tersembunyi perlu diperangi...hehehe