Gracias!

Jan 28, 2012

Allah Bersumpah Atas Buah Tin & Zaitun

Assalammualaikum...

Hola!

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ

By the fig and the olive
Demi buah Tin & Zaitun

Surah At-Tin dimana Allah bersumpah atas nama buah Tin & Zaitun...

Buah Zaitun = Olive (English) = Oliva (Spanish) = Aceituna (Spanish)

Buah Tin/Ara = Fig/Ficus (English) = Higo (Spanish)

Buah Tin & Zaitun antara buah yang disebut di dalam Al-Quran selain buah Kurma, Anggur, Pisang dan Delima... Aku sebenarnya sangat teringin nak makan buah Tin, buah Zaitun boleh dikatakan biasa makan... Pernah makan buah Tin yang kering yang selalu jemaah haji bawa balik daripada Mekah tapi tak pernah rasa yang fresh...
Syukur pada Allah, kerana Dia selalu memberi apa yang aku hajati...


Sepanjang kami di sini, sudah beberapa kali aku ternampak buah ini... Gerak hati aku kuat mengatakan bahawa buah ini adalah buah Tin... Tapi tak pernah nak beli sebab rasa ragu-ragu, sebab sebelum ni aku tak pernah tahu bagaimana rupanya yang segar...

Entah bagaimana, hari Khamis lepas kami pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumah... Ternampak buah ni, cuba bertanya dengan pekerja kedai tu nama buah tersebut...

"Disculpe, senorita! Como se llama, de Fruta?" Sambil tangan menunjuk buah tu... Dah pandai dah susun ayat sebab selalu  tengok TV sambil tengok subtitle selain berborak dengan Gloria...kekekek...

"Esta es Higos,"

Dia bagi aku rasa dan tanpa fikir panjang terus aku beli... 6 biji = S./4.40

Balik rumah, terus google Higos, Higos, Higos = Ficus/Fig  (Maklumatkan dihujung jari...hehehe)... Alhamdullillah, gerak hati aku tepat... Buah ini adalah buah Tin... Syukur, syukur...akhirnya aku berjaya juga merasa buah ni walaupun di bumi Peru!

Daripada muda (sekarang dah tua ke..kekekek) remaja, aku memang ada masalah untuk membuang air besar (BO) secara konsisten... Bila makan buah ni, Alhamdullillah perut aku merasa sangat lega :))) Nikmat tu :)))


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda:

"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."

Walaupun rasanya tak sesedap yang kering tapi aku bersyukur sangat-sangat... Hampir semua buah yang disebut dalam Al-Quran  sudah pernah aku rasa... Ya Allah, nikmatMu tak terhingga ~ :)

Pada semua yang sudi tinggalkan komen, muchas gracias mi amigos! Rasa macam kesian pulak korang kena baca cerita yang panjang lebar kat sini....hehehee...

Ada beberapa soalan yang dah pernah saya jawab sebelum ni, maybe ada yang tak sempat nak tahu... nanti saya terjah blog kengkawan, kita story-mory ek :)) Insya'Allah... Salam ukhuwah fillah ~

Chao!

P.S: Ejaan sebenar Chao bukan Ciao atau Chow in Spanish tapi CHAO means bye :)


32 comments:

Izan Ishak said...

akhirnya dpt juga makan buah tin segar. nun jauh kat peru pulak tu ye...

kak izan biasa makan buah tin kering je. itupun dah rasa sedap sgt....

Tea said...

SubhanAllah... Byk lg yg tak pernah ada peluang rasa,, Buah tin ni tak pernah rasa pun... Buah zaitun selalu dgr.. Rasa pun tak pernah ... Tahu dan selalu baca Surah tu.. Wattini wazzaitun... Moga ada rezeki ni nai.. Ya Senorita.. (mcm tengok tv cete sepanyol jer)

radziah AR said...

akak pun br tgk rupa buah segar buah tin ni. rasa camna my? dulu teringin nak mkn kurma segar, skrg dah boleh dpt d pasaraya. buah tin segar xpenah nmpk lak kt m'sia.

Acik Erna said...

assalam marya..alhamdulillah dapat mrya merasa buah tin segar..
kalau yang kering acik pernah merasa kalau ada yang bagi selepas balik dari mekah.
acik pun sama..dari muda ke tua ni..sembelit tak pernah hilang..dah macam2 dibuat..

azieazah said...

Kak Azie pun tak ingat bila kali akhir merasa buah Tin ni. Masa kecik dulu kot. Yang kering juga la.

Agaknya di Msia, buah Tin yang segar ini sangat mahal dan kurang popuar sebab itu tidak dibawa masuk.

*Kak Azie memang terlepas banyak entri. Cuma nak tanya, jika sekarang ni kul 8 pagi 29hb di Msia, di sana sama gak ker?

Puan Kutu said...

rupa buah tin yg org bawak balik mekah tu pun sy tak berapa nak kenal..baru gak kenal rupa buah tin segar..byk betul belajar benda baru kt blog nie.hehe..

Apple Pearl said...

wah! una entrada muy interesante!
(google,nak jg blajar..^^)
apple xpnahla mkan buah Tin or zaitunn nii...hehe..bestla akak pnah makn..:)

blog-tips-kurus said...

sini dapat buah tin kering je tapi sedap. kalau fresh rase mcm mane ek??

*French=tchao! kalau tak silap le.. hihi!

LadyBird said...

salam akak.. Alhamdulillah akak dpt merasanya.. :D..

lady belum dpt..

Fazleyatul Aini said...

KALAU TENGOK RANCANGAN MEMASAK MACAM NIGELLA LAWSON KE, JAMIE OLIVER KE, DORANG SELALU GUNA FIG TU, BUAT DESSERT. MACAM SEDAP JE. TAPI SAYA PERNAH MAKAN YANG KERING PUNYA JE.SEDAP JUGAK

Salmi said...

Akak biasa makan yang kering je. Memang sedap.. harap2 dapat juga rasa yang segar..

Ariff Budiman said...

Salam
Alhamdulillah. Dapat juga rasa buah Tin yg segar. Saya yg baca pun teruja. Bila nak dapat yg segar. Selalu yg kering la

Anonymous said...

suka jugak makan buah tin..suka bau die..

.:fyzz:. said...

marya..sya pun dok makan yg kering ja..yg org bwk lik dari Mekah..tp yg fresh lom lagi.waaa untungnya..camner la rasanya..sedap tak..cee marya citer skit..

.:fyzz:. said...

marya..sya dh jawb tag tuh..plz visit my blog k..tq

AmirFX said...

Owhhh.. Chao yang sbetulnya.. haha.. Aaa.. Baru first time gak tgk buah fig yang msh mentah..

Guru said...

nampak macam sedap. manis tak?

umiyumi said...

haritu dah try mkn yg kaler hijau. tak brp sedap sangat. rupanya ada mcm2 jenis jugak buah tin ni

yana-feehily said...

bestnya akak dapat makan buah tin yg fresh.. :)

Rumah Kuning said...

rasanya manis ke?

NzA said...

salam..
1 minggu brcuti n akak menyepi..rindu pulak kt blog marya nie....

buah tin mmg sedap.

suri solehah said...

1st time tgk buah tin segar tu,marya,,selalu duk tgk n makan yg kering bila org blk mekah je..

mama aini said...

ehem mama selalu makan buah ni bila family yg balik dr mekah bagi..ehem pertama kali nampak buah tin yg sebenar..selalu makan yg kering je..

Mixed-family in da house.... said...

MashaAllah...nikmat Allah yg mana satukah yg hendak didustakan? ....
Buah tin mmg bagus utk usus...good for you dh jumpa solution ...eheeee

che mid said...

Alhamdulillah, rezeki di bumi orang.. nikmatilah..

Unknown said...

wah... eeiyss xpernah merasa lagik buah tin... subhanallah~

Bitt (double IS) said...

owh macam tu ka rupa bila dari buah yg segar...selama ni makan yg kuning dan dah dikeringkan sahaja :)

Eye_nee said...

Bagaimana rasanya sis..teruja pulak akk melihatnya....almaklumlah buah yg disebut2 Rasulullah dlm Al-Quran....kamu dah pun menikmatinya..ALhamdulillah...

IntaNBerliaN said...

BUAH TIN MMG SAngat sedap.. sy suka!!.. tp tak pernah pulak mkn yg basah.. biasa yg kering tu je la :-)

mummyrinazone beauty said...

aku selalu beli buah tin kering jer.sedapx rasa yang segar punyer??

ZarinAziz said...

Alhamdulillah..dapat juga menikmati buat tin di bumi peru ye..

Saya dari bulan ke bulan..bukan hari ke hari ye..hehehe..nak beli buah tin (tp yg kering je) x kesampaian..InsyaAllah akan beli juga bln ni:)

Anonymous said...

As Salam Semua,

InsyaAllah, buah tin freah dah ade di Malaysia. Tak lama semu org dpt menikmatinya

Shukri
EES HERBS
019-5407859