Gracias!

Mar 23, 2012

It's just like my diary...

Assalammualaikum...

Hola!

Dear readers,

 Sebenarnya saya mula berblogging since 2008 lagi.. Tapi masa tu konon-konon nak jual barang secara online.. Tak serious pun... Malas nak update sebab dulu saya bekerja, setiap hari berulang-alik Seremban-KL, memang tak sempat nak godek-godek & explore dunia blog... Just jadi silent reader sahaja... nak menulis pun rasa takde idea sebab dulu saya rasa my life sangatlah membosankan... hehehe ;p

Sekarang masa lapang saya lebih banyak dan setiap hari saya belajar benda baru... Yes, my curiosity increasing more & more each day & everyday! Rasa macam sangatlah rugi kalau kita tak menikmati keindahan hidup ini untuk dikongsikan...

Sekarang saya rasa dunia blog dan diri saya tak dapat nak dipisahkan...hehehe... Macam ketagih sangat... Sebab saya boleh menulis, meluah dan menyatakan tentang apa sahaja...  Dan sekarang saya belajar untuk menghargai diri sendiri... Menikmati hidup yang Allah bagi ni to the fullest! Insya'Allah~

Sebab itu bila saya dah mula menulis, saya tak boleh nak stop... Macam-macam nak cerita, kalau boleh semuanya saya nak dumbkan dalam satu entry... Saya tak peduli adakah orang yang nak membacanya... Saya taknak tinggal satu pun... Tamak sungguh sayakan...hehehe ;p


Kalau dulu diary pink nilah tempat saya nak luahkan apa-apa, tapi sekarang semenjak 'gila berblogging' ni, hanya perkara yang saya rasa terlalu peribadi sahaja saya contengkan dekat situ... ;)) *w*

Kadang-kala timbul pulak rasa kesian pada blogger yang terpaksa membaca bebelan saya yang ntah apa-apa ni... Dahlah panjang cecah lantai, asyik cerita pasal Peeeruuuuu je...hikhikhik.... Sampai nak komen pun dok ulang apa yang saya dah catitkan...hahaha ;p... Yang ni memang tak boleh nak salahkan sesiapalahkan... Mesti dia tak sabar nak drop komen tapi 'terpaksa' baca coretan saya yang berjela-jela tu...hehehe... ;) *w*

Namun, dalam ramai-ramai tu masih ada juga yang kata suka serta ralit membaca apa yang saya coretkan... Terima kasih banyak-banyak... Dear Mrs Eady, Eye nee, Queen Teratai, Pok Amai Amai (Fara) & lain-lain yang saya tak mentioned; Muchas gracias chicas! 

Chicas = Girls

Eye nee, saya takde apa-apa petua pun, maybe sebab saya takde kawan nak bercerita so, saya tulis apa yang saya nampak & rasa sahaja...

Bila kita excited nak menulis, orang pun akan ikut excited jugak... Saya rasalah...hehehe ;) What you say, how you write, the words you chose, all shows who you really are... Kalau boleh kita cerita yang indah-indah sahaja... No gross words, no cursing and no hatred... Insya'Allah, orang akan suka...

Walaubagaimana pun tak semua orang suka kan kita kan... Kena terimalah hakikat tu... Saya rasa yang berkata saya 'gila glamour' tu bukan sebab dia cemburu atau dengki dengan saya tapi mungkin sebab dia menyampah kot... hahaha! ;) Takpe tak suka tak perlulah baca & singgah sinikan... I'm not writing to impress others, just to share my thoughts and my experiences... That's all... Siapa sudi kita kawan, siapa tak sudi tak mahulah lawan-lawan... Peace no war! (,")v

Esta bien, chao!


Loves, xoxo...

------<----<---;@


P.S. Siapa ada FB, like-likelah FB saya tu ye... Maybe we can share something someday... Who's know? Muchas gracias! :)  

Mar 21, 2012

20.3.2012- Routine Mingguan

Assalammualaikum...

Hola!

Sebenarnya harini saya rasa mengantuk sangat... Mana taknya, saya stay up sampai pukul 4 pagi semata-mata nak katamkan sampel novel hasil nukilan rakan sekolah saya dulu... Masa sekolah dulu kami memang tak rapat... Seingat saya, bertegur sapa pun tak pernah... hehehe... Terukkan? Yelah orang tu kata saya garang... hahaha! ;):)

Saya kalau dah mula membaca cerita yang best lagi-lagi based on true story sanggup ketepikan semua benda untuk menghadap benda tu sahaja sepanjang hari...hehehe... Mr Hubby tahu sangat perangai saya yang satu ni :)

Nantilah saya share tentang sampel novel tu sebab kena mintak izin tuannya dulu... Betul tak? 

Kadang-kala saya rasa sangat bertuah kerana hidup saya sentiasa dikelilingi oleh orang yang hebat-hebat... Alhamdullillah, itu juga dikira rezeki dari Allah kan... Rakan-rakan blogger saya juga ramai yang hebat-hebat belaka... Kadang-kala terasa kerdil sangat diri ini... :)

Semalam, lepas Iman bangun dari tidur tengahari saya bawa dia pergi Embassy, sebab dah letih asyik terperuk je dekat rumah kan...hehehe... Tak ada apa nak buat, so bawa Iman jalan-jalan dekat Olive Park  sebelum pergi ke office Mr Hubby... Iman memang excited kalau cakap nak pergi office babah dia... Maybe dia pun rasa bosan sama macam saya...hahaha! ;p



Since kami sampai ke sini Mr Hubby asyik sibuk manjang so, memang takde masa nak pergi jalan-jalan apatah lagi bercuti... Sekadar berjalan sekitar Lima sahaja... Mungkin lepas ni, insya'Allah... Ada beberapa tempat yang dah sedia ada dalam wishlist kami nak pergi... Insya'Allah, Insya'Allah...

Jalan-jalan sekitar office Mr Hubby pun boleh dapat belajar benda baru jugak ;)

Cuba teka pokok ape ni?


Ok, dekat sikit....


Dekat lagi...


Siapa tahu?? ;):)


Boleh agak tak??

 First time bagi saya melihat pokok buah ni in real life... Alhamdullillah, cukup bermakna bagi saya :D...


Buah bawah ni pulak...


Rasanya semua pun boleh agak buah apa kan... :)


Selesai menunggu kerja Mr Hubby selesai, kami pun jalan-jalan ke San Isidro sebelum balik ke rumah... Singgah minum-minum dulu, di sini saya macam ketagih dengan Chocolate Drinks! hehehe... Biasanya kami akan ke Starbuck je untuk menikmati Chocolate Caliente (Hot Choc) atau Chocolate Frio (Cold Choc)... Yang lain memang kami tak minum :)

Iman pulak suka sangat dengan chocolate cake, dah pandai mintak  pulak tu sekarang ni...hehehe :D

Tapi kali ni kami singgah di sini...


Murah sikit berbanding dengan Starbuck...

Malam-malam kalau takde aktiviti, kami menjadi pengunjung setia Starbuck... Sampai jaga tu pun dah naik kenal dah...hehehe :)

Chocolate Caliente

Chocolate Frio Con Crema

 Chocolate cake... Yummeh! Favorite Iman ni! :) Bilalah umi nak pandai buat kek ye...keh keh keh ;p


Tengok tangannye tu tak menyabor! :)


Ada orang kata saya gila glamour... Saya tak kisah pun... Saya sangat bahagia :D


 Iman dengan botol air kosong wajib bawak... Kuat minum air kosong budak tecik ni! :)


Time ni kedai takde orang bolehlah ambik gambar... Taklah nampak jakun sangatkan...hehehe ;)

Dah jom balik...


 Sebelum tu singgah Vivanda kejap beli barang dapur sikit...


Iman dah kenal dah tempat ni, sebab boleh naik trolley rupa car tu... Sukalah dia kan ;)


Dah... dah... jom balik... Babah dah penat tu... ;)

Chao!

Nanti saya blogwalking ye... Nak tidur puas-puas dululah...

P.S. Yang gambar buah tu buah pic atau peach, yang warna hijau tu buah limau mandarin kot ;p

Mar 19, 2012

Aku Bertudung Sebab Cuaca Panas?

Assalammualaikum...

Hola Hermanas y Hermanos!

Mesti ada yang tertarik dengan tajuk kat atas tukan?? ;) Terasa lucu tak? Ok, cerita ni sebenarnya selalu terjadi pada saya di bumi asing ni... 

Di Malaysia kalau ada orang yang bercakap macam ni mesti rasa nak belasah je kan...hehehe... Well, itulah bezanya bila tinggal di negara yang 75% of the total population beragama Katolik, manakala menurut statistik orang Islam hanyalah seramai lebih kurang 5,000 orang sahaja dari keseluruhan populasi, Source: Wikipedia... Seriously, saya rasa macam nak gelak guling-guling bila ada yang melontarkan pertanyaan macam tu... *g*

Hujung bulan ni, insya'Allah genap setengah tahun kami berada di Lima, Peru ni... Sekejap je masa berlalu... Bagaikan mimpi pulak :)...

 Sepanjang kami di sini, seperti yang saya selalu kata, saya biasanya menjadi perhatian kerana saya bertudung... Perasaan saya, kadangkala saya rasa seronok sebab orang mudah mengenali saya, yang tak seronoknya bila ada yang memandang seolah-olah saya ni 'weird' sangat... Mudah juga orang nak mengambil kesempatan sebab tahu yang kita ni bukan local! :(

Tapi, yang best bila ada yang panggil saya 'bonita'... Hahaha! Sila jangan muntah key *w* ;)... 

Jauh dah melalut, balik pada cerita... Sudah beberapa kali saya ditanya kenapa saya memakai tudung? Adakah kerana cuaca yang panas (sebab sekarang ni summer)? Biasanya yang bertanya tu adalah pekedai sebab masa tu kami kena ramah sikit untuk bargain... *w* ;)

So, kami yang tahu 2-3 kerat Spanish & cakap pun main belasah sambil mengunakan bahasa isyarat, terpaksalah explain bagitahu yang kami ini adalah 'Musulman'... 

"Musulman!!" =:-o 

Musulman = Muslim/Islam 
  
Biasanya itulah respon mereka! *g*... So surprised! Dalam bahasa melayu mudahnya 'jakun tak sudah-sudah' hahaha :D

Macam jugak sesetengah rakyat Malaysia yang 'jakun' bertanya dimana letaknya Peru, macam tu jugaklah depa ni... Jakun tak pernah jumpa orang Islam... ;p

Secara general mereka di sini hidup berkiblatkan Amerika Syarikat atau US... Cara hidup mereka mirip atau senang cakap cuba untuk menjadi seperti US... Jadi, bagi mereka yang jarang tengok National Geography, Discovery Channel serta yang seangkatan dengannya memang minda mereka ni level paras lautlah... *g*

Biasanya yang tahu tentang kewujudan negara kita Malaysia adalah golongan yang berpendidikan tinggi, senang cakap selalunya yang berkulit putih... Kebanyakan kulit putih di Peru ni adalah berasal dari keturunan penjajah dulu-dulu iaitu keturunan Sepanyol atau Spaniard... Dan, yang penting ada dikalangan mereka ini pandai berbahasa Inggeris walaupun tidak seberapa fasih ;)

Yang tahu tentang Malaysia serta pembangunan yang ada memang respect habislah dengan negara kita... Pujian tu memang melambung-lambung tinggi sehingga rasanya lebih tinggi dari KL Tower ...hehehe ;)

Apatah lagi yang pernah sampai ke negara kita... Tak perlu tengok KLCC atau KL Tower, touch down di KLIA je pun dah drop jaw! :D

Tak bangga ke kita jadi anak Malaysia? Tak bangga dengan pembangunan & kemajuan yang telah direalisasikan? Saya tak faham dengan orang-orang yang menidakkan kemajuan serta pembangunan ini! >:(

Tak sedih ke kalau ada yang bertanya, modenkah negara kita? Kalau tanya saya, saya bukan sahaja sedih tetapi geram! Kerana kita tahu hakikatnya... Negara kita sedang menuju kemodenan... Negara kita sedang menuju pembangunan...

Islam tidak melarang kita menuju pembangunan & kemajuan dalam hidup kerana kemiskinan dan kemunduran boleh mendorong kita menjadi KUFUR... Usah singkatkan pemikiran kita...

Saya tidak  memaksa sesiapa pun untuk bersetuju dengan saya... Kerana ini apa yang saya rasa, saya menilai apa yang saya nampak dan alami... Kerana saya sedar saya bukan siapa-siapa... It's just my humble pondering  (,")V

Ok, memang dah lari topik.. hehehe... Alang-alang dah lari topik jom tengok hidangan roti jala yang saya buat last week ;).... Penat tau menjala kalau tak simpan hasilnya sebagai kenangan ;p


Roti jala tanpa telur & kari sardin... Yummeh!

Boleh check resepinya di My Resipi.com kerana saya telah post resepinya di sana :)

Resepi rotinya saya adjust letak fresh milk... Tapi saya gunakan tepung gandum Hecho en Peru... Dulu pernah buat dan diceritakan di sini tapi rasanya kurang umph! sebab saya menggunakan tepung 'sin preparar' sahaja... Tapi kali ni saya adjust try campur dengan tepung 'preparada'... Kedua-dua tepung ni adalah tepung gandum... Sila jangan tanya saya kenapa, sebab saya pun tak tahu apa bezanya...hehehe ;p


Yang saya tahu 'sin preparar' maksudnya not prepared, while 'preparada' means prepared... Jangan tanya saya juga samada halal atau tidak sebab saya dah letihlah nak menjawab (,")V...hehehe... ;)

Oklah nak baca novel yang kawan saya bagi ni...


Hasil nukilan rakan sekolah menengah saya dulu, tak sangka dia adalah bekas novelist... Nama penanya 'Penjahat Kota' sekarang aktif menghasilkan lirik-lirik lagu 'underground'... eh... betul ke? Lebih kuranglah kan..hehehe...  Antara novel yang dihasilkan adalah 'Liku-liku Ranjau Berduri' dan  'Aku Budak Setan' tahun 2000...

Thank you very much 'Penjahat Kota' sebab sudi bagi sample novel ni pada saya, FOC lak tu...hehehe... Tunggu nanti saya sharekan ceritanya ye :)

Adios, adios, adioooos! :D

Thank you for reading, xoxo :)









Mar 18, 2012

Puisi ke? : Ada Manusia...

Assalammualaikum....

Buenas!

Dalam dunia ni ada manusia,
Yang suka mencari dan mengintai saudaranya,
Melihat apa yang lebih apatah lagi kurangnya,
Sengaja mengorek-ngorek cela mereka...

Dalam dunia ini ada manusia,
Gemar melihat kejatuhan siapa-siapa,
Kerana dia ingin dipuja,
Walau diri entah apa-apa...

Dalam dunia ini ada manusia,
Suka membanding-bandingkan kehebatannya,
Menonjol-nonjolkan kelebihan yang ada,
Walaupun sebenarnya apa pun tiada...

Dalam dunia ini ada manusia,
Rasa dengki, cemburunya sangat ketara,
Sanggup berbuat apa sahaja,
Demi mencari redha manusia...

Dalam dunia ini ada manusia,
Kenapa tidak menerima sahaja,
Kurang lebih hanya sementara,
Tidak kekal selama-lamanya...

Ya Allah, peliharalah kami dari sifat dan manusia-manusia ini...
Amin Ya Rab ~

--------<----<---;@

P.S. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui... 
P.S.S. Cemburu, iri hati hanya memakan diri... Terima diri seadanya, syukur atas apa yang ada....
P.S.S.S. Bersihkan hati, jiwa tenang... Maafkan semua orang :)

Buenas Noche Peru! Sleep Tight, Sweet Dream... xoxo!




Mar 15, 2012

What is xoxo?

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Entry ringan-ringan! :D 

Just to share 'Text Message & Chat Room Expression'... Sebab ada yang bertanya tentang maksud 'xoxo' yang selalu saya guna tu... ;)

Lepas ni bolehlah kita gunakan tapi sebelum tu kenalah tahu maknanya...hehehe... 

Have fun! :)

xoxo - Kisses & Hugs

*s*, *S*, <s> - Smile

*g*, <g> – Grin


huggggggsssss – Hugs

*w*, <w> – Wink

*g*- Giggles

*k*, *K* – Kiss

;-)~~~~~~~~ – Giving someone the raspberries

(((((person))))) – Giving them a virtual hug.

\~/ – Glass with a drink. (usually booze)

^5 – High five

?^ – What’s Up?

\_/? – A cup of tea

[_]> – Cup of coffee

@@@ – Cookies

@;–/–---  – a rose

:-) - Smile

;-) – Winking smile

“/” – 2 eyes and a nose

\o/ – Cheering, wohoo

o/ – Greeting

\m/ – Hand sign for rock

<:-| – Curious

:~) – Cute

:-( – Sad

8-) – Wears glasses

:-} – Embarrassed

:-/ – Perplexed, confused

:,-( or ;`-(  - To cry

:-< – Pouting

>:-( – Angry

0:-) – Angel

:-| – Bored or no opinion

:-> – Grin/mischievous

| -) – Dreaming

:-O – Shouting, or shocked

:-o – Talking, or surprised

>:-|| – Mad / angry

:-D – Big grin or laugh

=:-O – Scared

:-x – Keeping mouth shut

:o) – Smiles/clown (w/nose)

:-))))))) – Lots of smiles

;-P – Sticking tongue out

:P – Sticking tongue out

# 8 – ) – Nerd, or or person with glasses and crew cut.

&-( – Crying

!:-) – I have an idea

;-{ ) – Person with a mustache

;-)~ – Sexy tongue – or drunk

;~) – Being cute

c["] – Coffee mug

[_]> – Another cup or mug

:-> – Grin/mischievous

<:-| – Curious

|-| – Sound asleep


Seronok tak?! Nanti kite guna sama-sama ek! LOL... :-D

LOL - Laugh Out Loud 

Hasta Luego! So Long! Bye ( Sambil lambai-lambai tangan ala-ala model gitu...ahaks!)

P.S. Kalau salah tegur-tegur, kalau ada tambahan dialu-alukan... (,")V - Peace No War
P.S.S. Muchas gracias to all yang 'Like', siapa lagi yang sudi boleh click-click sebelah kanan belah atas tu ye... xoxo... Love ya! :)

-------<-----;@


WW: Udon en Peru? Nyum... Nyum... Nyum...



Pssst.... Terima kasih pada yang sudi Like Fan Page 'Living In Peru', semoga kita mendapat manfaat bersama... Siapa yang belum, kalau sudi boleh click button di sebelah atas sebelah kanan tu ye... Keep in touch amigo! xoxo ... Ops!


Mar 13, 2012

Living In Peru Fan Page!

Assalammualaikum...

Hola Peeps & Amigos!

Muchas gracias for reading my blog again! ;) xoxo... Thank you Puan Writer Hanis Azla, Dini, Fyzz, Shima , Noor Fatin & to all for the petua! Alhamdullillah, gusi dah makin surut bengkak & sakit pun dah kurang... Bila makan benda yang panas, keras & pedas memang menjadi-jadi sakitnya... So, saya minum ais & kulum-kulum ais banyak-banyak...hehehe... Rasanya memang itu yang menjadi solution...;):)

Actually, saya nak promote Fan Page...hikhikhik *blushing*... Pada sesiapa yang sudi bolehlah click-click situ ye, di belah atas sidebar belah kanan anda... Untuk sesiapa yang mempunyai akaun FB, kalau takde nak buat macammanakan...hikhikhik...

Fan Page 'Living In Peru' ni saya buat bertujuan untuk berkongsi cerita, pengalaman & macam-macamlah secara spontan... Sebab kadang-kala tak sempat nak cerita dalam blog...hehehe :D

Saya hanya akan berkongsi benda atau perkara yang saya rasakan menarik sahaja... Sebab saya pun tak suka nak semakkan Wall FB kengkawan...hehehe ;)

Mungkin melalui cara ini kita boleh merapatkan lagi silaturahim sesama kita insya'Allah... Perkongsian ilmu yang mungkin di luar jangkaan kita... ;):)

Kalau sudi, ringan-ringankanlah jari jemari anda ye! Loves you all so much! xoxo :-*

Jazakumullahu khairan~



P.S. Dunia sekarang dunia persepsi... Kita memberi pelbagai pesepsi pada perkara yang hanya nampak pada mata kasar serta melontarkan pelbagai andaian... Apa yang terjadi mempunyai hikmah yang BAIK buat si anak kerana menjaga ibunya sekian lama... 

Ya Allah, semoga ada syarikat yang akan mengambil Amir bekerja seterusnya membenarkan dia menjaga ibunya sehingga akhir hayat... Insya'Allah, amin... Menjaga IBU atau bapa yang sudah tua adalah ladang ibadah... Membuka pintu-pintu rahmat Allah... Lihatlah sekeliling kita, mereka yang menjaga ibu bapa yang telah tua, rezeki mencurah-curah... Ingatan buat diri saya dan juga buat suami tercinta, pandangan mata kadangkala mengelirukan, jadi pandanglah dengan mata hati :)

Semoga beliau mendapat jodoh yang baik juga yang boleh memahami keadaan beliau... Kesian kena buang kerja hanya kerana persepsi masyarakat :'(



Mar 12, 2012

El Significado Del Color De Las Rosas

Assalammualaikum...

Hola cariño!

Harini gusi sakit & bengkak so,  kepala pun sakit jugak....huhuhuuu... Gusi saya ni sangat sensitif tak boleh kena benda keras sikit mulalah bengkak T___T... Nak update pun rasa ting tong (Pinjam ayat Puan Kutu ;D ) Nak kurangkan rasa tak best tu kenalah story benda-benda yang indah-indah je...hehehe... *Indah pada diri sendiri...

Harini kita belajar Spanish ye, one of the way saya belajar bahasa 'espanyol' ni...

El Significado Del Color De Las Rosas = The meaning of color of roses

Saya translate dalam bahasa Melayu je lah...

Enjoy reading!


El color de las rosas que regalas dice mucho. A continuación te contamos qué significa cada uno de ellos para que obsequies la más ad-hoc de acuerdo a la persona y la ocasión. *Tips: Cara sebutan double L = Y, C = K...Huruf yang ada tanda ' dibaca dengan cara menekan sedikit... ish, susah lak nak explain... Pepandailah ye  ;)

Warna pada bunga ros yang diberikan membawa makna yang tersendiri.  Kami memberitahu anda setiap makna daripadanya untuk persemadian paling ad-hoc mengikut majlis & pada seseorang. (Pelik pulak rasa ayat ni...hehehe... Lebih kuranglah kalau 'direct translation' lagilah teruk! hikhikhik...)


Rosas Rojas ( Cara sebutan ro-sas ro-has)

Son el símbolo del amor, se regalan entre enamorados pero también se pueden dar como obsequio fraternal, a un amigo por ejemplo como muestra de cariño.

Ros Merah

Simbol cinta antara dua kekasih. Tetapi boleh juga menjadi lambang persaudaraan, tanda kasih sayang seorang kawan. *Tips: Spanish juga seperti bahasa Inggeris, ada plural & juga singular... Contohnya; Rosa for singular, Rosas for plural. Lain-lain contoh, Amigo for singular, Amigos for Plural... Faham tak? :) hikhikhik... 


Rosas Naranjas

Simboliza gozo, alegría y la satisfacción para un éxito ya conseguido. A nivel sentimental expresa un amor ya consolidado y pleno.

Ros Jingga (Ros Oren)

Ia melambangkan kegembiraan, kebahagiaan dan kepuasan untuk kejayaan yang telah dicapai. Tahap sentimental yang menyentuh perasaan dalam mengungkap kasih sayang dan disatukan sepenuhnya. (Ayat ni pun pelik juga...hentam sajalah labu!). *Tips: Banyak juga 'vocab' bahasa Sepanyol agak sama dengan bahasa Inggeris & Bahasa Melayu tau! Contohnya,  Símbolo  = Simbol/Lambang = Symbol ;)


Rosas Amarillas


 Para los más supersticiosos, este color trae consigo una advertencia. Si la persona quelas regala no es muy cercana, puede tener una segunda intención tras su sonrisa. Sin embargo, para la gente escéptica, las rosas amarillas significan satisfacción y alegría y son una buena forma de festejar entre amigos un cumpleaños o un día significativo.


Ros Kuning


Bagi kepercayaan tahyul warna ini membawa amaran. Jika orang yang memberinya bukan orang yang rapat, mungkin mempunyai motif yang tersembunyi di sebalik senyuman. Walaubagaimanapun, bagi orang-orang yang 'skeptikal', bunga ros kuning melambangkan kegembiraan, kepuasan dan cara yang terbaik untuk meraikan harijadi rakan atau hari yang penting.  Tips* Selamat Hari Jadi = Feliz Cumpleaños :)



Rosas Lilas


Representa seducción, deseo, es un color noble. Las rosas lilas son muy femeninas, las cuales son perfectas como regalo para una mujer.


Ros Ungu Lembut


Warna yang mewakili godaan, nafsu/keinginan, warna yang mulia.  Bunga ros ungu lembut adalah sangat feminin, hadiah yang sempurna bagi wanita. *Tips: Para suami sila ambil perhatian! hahaha ;)


Rosas Blancas

Símbolo de pureza y de inocencia. Normalmente, es el color elegido por las novias para sus ramos, porque significa que durará toda la vida. Las rosas blancas también están unidas al amor. Una pareja que se regala este tipo de rosas quiere demostrarle que esperan un futuro sólido con ella. Significan amor puro, feliz y para siempre. Además, si una persona cercana está enferma, este es el color de flor que deberá regalar para de mostrarle que se está pendiente de ella.

Ros Putih

Simbol kesucian dan kemurnian. Lazimnya, warna yang dipilih pengantin perempuan untuk kelas mereka, kerana ia membawa makna kekal seumur hidup. Bunga ros putih juga bermaksud kasih yang terikat. Pasangan yang diberikan bunga ros jenis ini menunjukkan mereka mengharapkan masa depan yang kukuh bersama. Bermaksud cinta yang suci, bahagia & selama-lamanya. Jika orang yang terdekat sakit, warna bunga ini  menunjukkan ianya masih belum berakhir. *Tips: Blanca = Putih = White 


Rosas Rosas

Regalar una Rosa rosa es la forma, mediante flores, de agradecer un favor importante. También significa el aprecio que se tienen por alguien. El rosa lleva consigo el significado de ausencia de maldad, es decir, no hay ninguna doble intención en la persona que se las ofrezca. Por eso, la persona que regala este ramo de flores es de fiar.

Ros Merah Jambu

Memberi ros merah jambu, dan lain bunga-bungaan bermaksud berterima kasih atas sesuatu yang penting. Ia juga bermaksud, untuk menghargai seseorang. Merah jambu membawa maksud tidak berniat jahat, iaitu tiada    maksud yang berlainan (double meaning) bagi seseorang yang dihadiahi. Maka, orang yang memberikan jambakan bunga ini adalah berniat baik. *Tips: Rosas color = Pink color


Rosas Negras


Significa separación y tristeza, muerte y nocturnidad.

Ros Hitam

Menunjukkan perpisahan dan kesedihan, kematian dan kelam malam. *Tips: Negra = Hitam = Black

Esta bien, chao!

Adios... adios...adios...

P.S. Ada petua nak hilangkan bengkak gusi tak? Taaatiiiit... :'(

P.S.S. Saya tahu ramai yang suka FM, saya ada memasang niat untuk memberi FM kepada semua yang sudi baca & tinggalkan komen diblog ini... Tapi kena tunggu saya balik for good, atau at least balik bercuti... Insya'Allah, insya'Allah... Tak mampu nak kirim dari sini kerana costnya sangat mahal T___T...  Harap boleh tunggu & bersabar ye kengkawan :)

Source: Yahoo Mujer

Mar 9, 2012

Mamá, Madre & Mummy!

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Salam Jumaat... Sekarang Malaysia semua sedang nyenyak dibuai mimpi indah, waktu ni saya baru je lepas lunch sambil berehat-rehat menonton Disney Junior with Iman... Taknak tidurkan dia banyak-banyak waktu siang sebab nanti malam dia tidur lewat...

Tersentuh hati saya bila membaca Harian Metro hari ini, tak sanggup saya nak paparkan cerita tersebut... Boleh baca sini... Kenapa seorang anak boleh bertindak sedemikian rupa? 

Saya seorang ibu, saya juga seorang anak... Kita tak tahu nasib kita nanti... Tika dan saat ini, saya rasa sangat rindu dengan mak saya... Rasa nak peluk, sujud & cium kakinya... Saya bukan anak yang sempurna tapi saya tak sanggup melihat seorang ibu diperlakukan begitu...

Marilah kita doakan yang baik-baik buat si anak... Semoga Allah bukakan hatinya untuk menjemput dan memberi kasih-sayang kepada ibunya kembali... Ya Allah, engkau kasihanilah dia... Jika tidak, alangkah ruginya dia walau apa jua alasan yang diberikan...

Ibu bapa umpama wali Allah, doa mereka setanding doa nabi pada umatnya... Kadang-kala kita lupa, apa yang kita perolehi hari ini bukan sahaja atas usaha diri sendiri, tapi dari doa mereka... Walau bagaimana buruk pun ibubapa kita, mereka yang melahir dan membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh... Mereka memberi perlindungan pada kita sehingga seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap ditubuh kita... 

Ingatlah, doa seorang ibu sangat hebat! Boleh jadi penawar juga racun yang berbisa... Saya ingin berkongsi dari pengalaman saya sendiri, kejadian yang berlaku dalam keluarga terdekat... Seorang ibu yang suka menyumpah-nyumpah anak... Pada suatu hari tidak tahu dimana silapnya, si ibu mengeluarkan kata-kata, "Pergi mampus!" pada anak, petang tersebut benar-benar anaknya pergi meninggalkan dunia ini kerana dilanggar lori... Kata-kata dari mulut seorang ibu amat dashyat kesannya... Ingatan buat diri saya sendiri juga...

Pernah suatu hari, sedang saya memasak Iman merengek-rengek nak makan buah epal... Saya kata nanti dulu umi sedang masak, tapi Iman sort of memberontak... Saya yang waktu itu agak marah berkata , "Tak baik Iman buat Umi macam tu, nanti Allah marah, bila Allah marah nanti badan Iman sakit," Selepas itu, sewaktu Iman ingin mengigit buah epal secara tak sengaja die tergigit lidahnya sendiri sehingga berdarah... Ya Allah, saya tak bermaksud ingin tubuhnya benar-benar sakit... Mungkin kebetulan sewaktu saya berkata-kata, pintu langit terbuka, kata-kata saya menjadi doa... Sekejap sahaja termakbul... Bisanya lidah seorang ibu! 

Hati-hatilah sahabat, kata-kata kita kadang-kala menjadi doa dan dimakbulkan Allah... Kerana itu kita disuruh cakap yang baik-baik sahaja...


Buku ini saya beli masa di Malaysia, seorang lelaki tua datang ketuk pintu rumah... Disebabkan kasihan saya membeli walaupun harganya mahal jika dibandingkan jika dibeli di kedai buku... Sangat bagus dibaca bagi melembutkan hati kita... 


Mak dan mak mertua sewaktu menghantar kami ke airport sebelum berangkat ke Peru... Miss both of them a lots! Semoga Allah panjangkan usia mereka & dikurniakan kesihatan yang baik... Ameen! Ada orang cakap rupa mak saya & mertua sama :)


Gambar semasa hari raya tahun lepas... Dari kiri abang saya no. 4 dan kakak saya no. 2...Tak tahu bile boleh beraya bersama lagi... :(  Buat abang-abang dan kakak saya, sayangi emak, kasihanilah dia & berikanlah apa yang mampu kerana dia tak mungkin hidup untuk seratus tahun lagi... Selagi dia masih ada, doanya sangat makbul! Doa seorang ibu! Tak perlu jumpa imam, ustaz, tok bomoh, tok pawang dan sebagainya... *Memang tak pergi punkan...hikhikhik... ;)

Mi familia- Sebahagian adik-beradik, ipar duai & anak-anak buah tersayang!

Gambar sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran emak yang ke-70 tahun lepas di Bagan Lalang... Tahun ni, bulan ni umur emak 71 tahun, Insya'Allah... Semoga mak sihat & ceria selalu :) Esok pulak, 10/3/2012 hari jadi Dedeq (Arif Shafiq) yang ke 5 kan...hikhikhik...Ucu lupalah umur Dedeq... Dedeq yang baju merah berseluar jeans tu... Dedeq lahir tak cukup bulan, semoga Dedeq jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin & makan banyak-banyak sikit! Ucu tak dapat nak bagi hadiah tapi nanti boleh mintak kat ayah ye...hehehe!
Loves xoxo! 

Esta bien, chao~

P.S. Raya tahun ni memang tak balik, kemungkinan tahun depan pun tak dapat balik time raya... Harap-harap adalah perubahan pada pekeliling tahun depan... Sekali balik lebih kurang RM9,000 seorang... Tak berbaloi... Sabarlah wahai hati :(



Mar 8, 2012

Recipe & Alpaca Rugs!

Assalammualaikum...

Hola peeps & amigos!

Nak share recipe for Nasi Minyak, Fucuk Goreng Berkentang dan Daging Masak Hitam tu... Saya masak ikut apa yang ada, so resepinya pun ikut tekak & main campak-campak je... :):) Sidratul Muntaha, Puan Kutu & lain-lain: Happy cooking! ;):)


Nasi Minyak ( Hidangan untuk 2 orang)

Bahan-bahan:-

3  cawan beras Basmathi (Direndam dalam air lebih kurang 1 jam)
2 biji buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang*
1/2 cawan minyak sapi (saya guna QBB-halal ;) )
 1 cawan fresh milk (Boleh guna susu cair)
Daun pandan ( Saya tak letak sebab baru nak tumbuh...hehehe)
Bawang putih & bawang kecil yang dikisar (Lebih kurang 2 sudu besar)*
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
2 inci halia (Dihiris)*
Gajus, kismis & bawang goreng (Sebagai hiasan kalau suka)
* Kalau masa kat kampung dulu kalau kenduri ada yang letak pedal & hati ayam goreng yang dihiris nipis-nipis sebagai hiasan... Sedap! :)

Cara Memasak:

Panaskan minyak sapi QBB, kemudian tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau... Masukkan fresh milk tadi... Tos beras yang direndam kemudian masukkan bersama-sama bahan-bahan yang ditumis & kacau hingga rata... Masukkan juga daun pandan serta garam secukupnya... Masak nasi seperti biasa dengan air yang secukupnya... Bila dah hampir masak masukkan gajus serta kismis, jangan lupa titiskan pewarna kuning... Kacau rata, taburkan bawang goreng sebagai hiasan... Siap! :)

Fucuk Goreng Berkentang

Bahan-bahan:

Sebiji kentang (Dipotong panjang-panjang)
Sekeping tahu
Fucuk & suhun secukupnya
1 sudu udang kering ditumbuk
1 sudu besar bawang putih & kecil yang dikisar
1/2 biji carrot (Dipotong bulat)
Garam & serbuk perasa secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:

Goreng kentang sehingga empuk kemudian asingkan, begitu juga tauhu digoreng garing kemudian asingkan... Tumis bawang yang dikisar bersama-sama udang kering yang ditumbuk sehingga naik bau... Kemudian masukkan carrot yang dipotong bulat tadi, masak sehingga empuk...  Masukkan kentang dan tauhu yang digoreng tadi, masukkan sedikit air jika terlalu kering, diikuti dengan fucuk & suhun tadi... Akhir sekali, garam & serbuk perasa secukupnya... Siap untuk dihidangkan bersama nasi minyak... Actually, lauk ni untuk my Iman yang suka makan kentang & tak pedas :)


Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:

Daging batang pinang
1 biji bawang besar-dihiris nipis (Saya guna bawang Holand yang berwarna kuning tu)
3 sudu bawang putih & bawang merah  yang dikisar*
2 batang serai (Dikisar)*
2 inici halia (Dikisar)*
2 sudu cili kering yang dikisar*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
2 sudu kecil jintan manis ( Digoreng tanpa minyak kemudian dikisar)*
Kicap secukupnya ( Saya guna kicap kipas udang)
Minyak secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak:

Rebus daging dengan kicap sehingga empuk & lembut... Air rebusan jangan dibuang... Tumis semua bahan-bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan bawang yang dihiris, selepas itu masukkan air rebusan tadi, tambah kicap mengikut selera... Masukkan daging masak sehingga kering, letak garam & gula secukupnya... 

Mudah & senangkan :) Selamat mencuba!

Eima Caa, IbuHani : Story mory about Alpaca Rugs... haritu Marya ada pergi tengok dekat Larco Mar, saja survey-survey... Yang besar macam katil queen size (lebih kurang) harganya, 3800++ soles lebih kurang USD 1500 ++ ( RM4500++)... Belum tanya harga di Inca Market & Indio Market maybe boleh dapat lebih murah... Tapi, Marya plan nak beli bila kami dah boleh speak 'good' in Spanish & bawak orang tempatan for bargain ;) Insya'Allah 3 tahun lagi before balik for good... Sempatlah kalau  nak kumpul-kumpul tu kan...hik hik hik ;):)

Image: Google
Image: Google
Lebih kurang besar macam nilah sizenya tu... So soft & warmth, geram tau! Kalau tengok & rasa yang real lagi best :) Oh, Alpaca ni closely related dengan Llama... Llama ni banyak di kawasan padang rumput di tanah tinggi Andes di Central of Peru... Llama fur lebih lembut, ringan, strong, fine & warm dari sheep's wool... 

Image: Google
Image: Google

 Kalau pijak boleh tenggelamlah kaki tu...hehehee :):) Ada macam-macam bentuk, size & design...


FYI, Alpaca ni sejenis haiwan yang lembut, penyayang dan adorable, unless extremely provoked... No Alpaca is ever KILLED for its pelt... Kalau pupus pun sebab perubahan persekitaran Andes!  Pelts from these animals are harvested and used as to make rug & home accessories. Cara nak ambil bulunya sama lebih kurang macam nak ambil sheep's wool jugak... Boleh baca sini kalau tak caya... hehehe~

Marya just nak share, sebab Alpaca ni very rare kan... Why not, kalau ada satu... Berangan* ;):)

Esta bien, chao!

P.S. SPBA cancel kan... Tapi dapat kenaikan juga, ambil calculator siap-siap kira budget...hahaha! Alhamdullillah! Alhamdullillah! Tahniah pada semua penjawat awam :) Saya skim lain, dengarnya dapat bonus tapi proportinate... Alhamdullillah, better than nothing... Kena fikir juga kemampuan kerajaan, kalau adil semua pun happykan *wink*wink* ;):)
P.S.S. Hubby sayang, domestic allowance bie naik tak? Nak kumpul duit beli Alpaca Rugs ;p hehehe :)