Gracias!

Showing posts with label Mr Hubby. Show all posts
Showing posts with label Mr Hubby. Show all posts

Aug 8, 2012

My Sweet August! ;)

Assalammualaikum...

Hola todos!

August always bring smile to my face, happiness in my heart and  joy in my life... Thank ALLAH for all I have...     

Today is our 4th Anniversary! 08.08.2008 to 08.08.2012 ;))

"Te Amo!

Happy Anniversary! Feliz Anniversario!

Gracias a Dios que hemos sobrepasado todo obstaculo y todo se lo debemos a El por tiempo compartido... Te quiero mucho! xoxoxoxo..."

Gedik nak mengenang kembali Ogos yang telah lama berlalu...hiks ;))


Selesai diijabkabulkan di Masjid Sikamat Seremban, Negeri Sembilan... Suka dengan gambar ni... Rasa macam, "Eh, cantiknye aku!" Bedak bertepek-tepek kat muka tutup segala cela memang lah nampak mulus je...ye tak? hak...hak..hak... ;p


Malam berinai... Baju songket memang cantik kan... Tapi sekarang ramai yang taknak pakai dah... ermmm... :))


9.8.2008
Rumah saya tema purple... Sebenarnya saya nak color pink tapi hubby tak mau... Itu yang jadi color purplish pink or soft purple! Hish..  bila tengok gambar ni rasa gatal nak sanding lagi pulak...hehehee ;p :)


Reception di rumah pengantin lelaki pada 10.8.2008... 

Ni color hijau lumut atau hijau pucuk pisang? Ntahlah ==' 


Pernah tunjuk gambar-gambar persandingan kami ni dengan local Peruvian... Terkejut mereka dengan kemeriahan majlis perkahwinan orang Melayu dengan pelbagai persalinan... Tentulah mereka kagumkan :) 

Dulu, masa Iman baru pandai bercakap bila nampak je semua gambar ni terus dia bersuara, "Ummi" Sambil tunjuk-tunjuk gambar saya, "Babah" Sambil tunjuk gambar hubby... Lepas dah lama termenung, "Pak pak pong, panten..panten!" hak...hak..hak... :D

Unexpectedly, dia cakap pulak "Iman...? Iman...?" Tanya mana Iman, sambil tunjuk-tunjuk diri sendiri...hahaha...huk alah... belum proses lagi time ni nak oooii....hehehee ;p

After 11 months, 3 weeks and 3 days... Iman turn up into our life! Our precious moment ever! Alhamdullillah...

~1.8.2009~


Baby yang juara menangis dalam wad! hehehe... Montel...montel...bam bam... Masa mula-mula boleh pulak terfikir... "Eh, anak aku ke ni" Cepetnye mata...hehehe ;)

~2/8/2010~

Percutian ke Langkawi sehari selepas hari lahir Iman yang pertama dan untuk celebrate anniversary kami yang ke 2 :))


Lepas berkahwin kami tak sempat nak honeymoon sebab macam-macam hal... Seminggu selepas kami kahwin saya kena duduk exam untuk confirm, hubby pulak dipanggil untuk interview kenaikan pangkat... Rezeki selepas kahwin! :)) 

Kira macam honeymoon tapi lebih bermakna sebab angkut kedua-dua bonda yang tersayang :))


Angkut nenek & uwan naik boat-Island Hoping! Jangan tak caya! hehehe ;))


Iman first experience naik flight! Tambang murah Air Asia lah katakan :))

Dalam bulan Ogos, 2011 juga hubby dapat surat diarahkan untuk bertugas di Lima, Peru...

1/8/2012 (Waktu Peru) manakala 2/8/2012 (Waktu Malaysia), saya berpeluang on air secara 'live' di MHI, TV3... Kebetulan jatuh pada Hari Jadi Iman yang ke 3 tahun... Syukur Ya ALLAH kerana rezeki yang tak putus-putus dari MU...

 Credit: Doc 

Moga Ogos-ogos yang mendatang akan lebih manis & bermakna buat kami... insya'ALLAH... Ameen...

"Kita melihat pelangi di atas kepala orang lain, tetapi tidak di atas kepala sendiri... Hidup ini tidak selalunya mendatar, adakalanya mendaki, kadang-kala jatuh... Letakkan dunia ditangan, bukan dihati... Sebagai alat, bukan matlamat... Belajar erti syukur serta sabar... Hasilnya nanti sangat-sangat manis"

Oh, mi dulce Agosto...

Gracias por leer... Chau :))

Apr 9, 2012

Our Good Good Friday!

Assalammualaikum...

Hola Hermanas y Hermanos!!!


Alhamdullillah, harini kami berpuasa... Kecuali si dak tecik Iman... Mr Hubby dengan baik hati menemani isterinya berpuasa... Baru nak qada' puasa...hiks... My other half puasa sunat Isnin... Insya'Allah :):))

One things yang best bila tinggal di negara orang ni, kita dapat mendidik nafsu... Mendidik nafsu terutama sekali nafsu makan... Kalau dulu cakap je nak makan apa... Segala-galanya mudah diperolehi, kadang-kala sampai terbazir-bazir (saya ler tu *w*)... 

Dulu, boleh dikatakan sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti nak makan fastfood... Tapi sekarang, pandang jelah... hehehe :))... Alhamdullillah, kami masih lagi bertahan... Moga kekal... Amin...

Lama tak update, blogwalking pun tunggang-langgang... huhuu... Kisah hari Jumaat lepas, mereka ni sibuk sambut 'Good Friday', tapi bagi kita yang Islam ni every Friday is a Good Friday... Penghulu segala hari :):) Not even Good but The Best Day of All Days! Betul tak??

Mr Hubby ajak pergi mezquita (masjid) untuk solat Jumaat... Saya memang tak pernah pergi solat Jumaat seumur hidup... Dan ini adalah kali pertama... Rasa seronok sebab boleh jumpa saudara seagama yang lain...:):)

Masjid ini terletak di Magdelana Del Mar




Suasana selepas selesai solat Jumaat... Masjid ni kecil sahaja, rupanya pun seperti rumah :)




Saudara seagama :)


Saya hanya tersenyum dan peluk-peluk sahaja dengan muslimah yang hadir, sebab seperti biasa masalah bahasa... Boleh cakap sikit-sikit je... Sangat kurang yang pandai berbahasa Inggeris ;)



Ada jual burger halal... Mr Hubby sempat beli 3 biji untuk dibawak balik...




Cuba teka buah apa ni??


Berebut-rebut dorang ni memetik dan mengambil buahnya... Terus ngap kat situ jugak... Dengan kulit-kulit sekali... Jakunnya saya tengok...hehee :):)


Pohonnya rendang sahaja ;)


Antara buah yang disebut di dalam Al-Quran... Allah bersumpah ke atasnya :)

Pernah saya ceritakan di sini dulu... :):)


Ada 2-3 pohon ditanam di sekitar masjid...


Yang ni pulak??? Rupanya seperti petai...
Adakah petai Peru??? hehee ;p

  
Saya ada bertanya dengan Senora ni, tapi tak ingat pulak apa namanya... Pelupa sungguh... sigh*



Alhamdullillah... Dapat juga makan burger yang halal... Oh, ya! Haritu saya ada try buat daging burger... 

Homemade Daging Burger
 Oleh sebab pengisar yang ada di rumah ni kurang tajam, dagingnya kurang hancur... Tapi, syukur menjadi jugak walaupun tak seberapa cantik ;)

Simpan sekurang-kurangnya 1 jam dalam freezer
 Tada~

Homemade Burger
Daging je homemade, roti beli je kat supermarket...hiks ;)

Time untuk mengoda my other half untuk beli pengisar daging...hehehe... Untuk dia jugak kan... ;p *Harap dia baca* w * :)))


Balik tu rezeki kami, salah seorang yang jaga masjid bagi kami buah tin ni... Buah ni namanya Tin atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Fig or Ficus.. In Spanish 'Higo'... :)))

Sejuk rasanya sebab disimpan dalam peti ais masjid...


Subhanallah, rasanya lagi sedap! Sangat sedap bila dimakan sejuk... Sukar nak gambarkan... My other half said, he's gonna miss this fruit when we back to Malaysia... Saya ingat yang hijau ni yang muda... hehehe... Sebab selalu tengok yang warna gelap, ungu kehitam-hitaman... Lebih sedap dari yang pernah saya rasa dulu di sini...

Petang tu kami sambung berjalan ke Circuito Magico Del Agua (Magical Water Circuit)... Untuk siapa yang sudi nak lihat gambar boleh tengok di FB saya by clicking on the right side of this page ya! Nanti saya update storynya!  Ok, chao!

P.S. Nanti saya blogwalking slow-slow key.. Jangan majuk lak ;)




Mar 26, 2012

Funny Sunday!

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Nak masuk tiga hari rupanya tak update... Sabtu Ahad Mr Hubby cuti, so terpaksalah bercuti blogging jugak... hehehe... ;) Entry kali ni memang panjang sebab tiga hari tak updatekan...hahaha! :) Siapa rajin dan sudi bolehlah baca ye... Tiada paksaan tau...hikhikhik ;):) *w*

Cerita semalam, hujung minggu kami ke Parque de Kennedy (Kennedy Park)... Jalan-jalan cuci-cuci mata... Mr Hubby dah gajikan ;) hehehehe... Semenjak jadi fulltime housewife ni saya memang bergantung dengan hubby jelah... Mana ada pendapatan lain, ada kawan saya suruh saya buat bisnes atau cari kerja part time di sini... Kalaulah boleh dah lama saya buat, sebab saya jenis tak reti dok melepak kat rumah walaupun kerja-kerja rumah berlambak nak kena buat...hehehe :);)

Back to story, kami pergi Kennedy Park time dah tengahari, bila hari minggu semuanya jadi liat nak bangun tidur... Golek-golek macam dugong dulu dah tengahari baru nak bangun, siap-siap terus keluar cari makanan... Lapor tak hengat... :)


Kami makan dekat lorong ni... Di sini banyak comida Peruana (Peruvian food)... First time kami ke sini, saja nak tukar selera... 

Nite View
Sebelum makanan sampai, aksi bergambar adalah wajib...hehehe... Sebab lepas makan lipstik semua hilang & pudarkan... hahaha! ;D


Nak bagi Iman jangan meragam, bagi die main game... Angry Bird ke... Bowling ke... Ants yang picit-picit tu, memang kesukaan dia... :)


Siapa kata saya 'bonita'.. Say it again? heheee... Nampak tak lubang hidung yang semakin mengembang tu... hikhikhik ;p Dah masuk 30-an ni semakin tak sekata warna kulit muka... Yang ni tak obvious sangat sebab dah tepek bedak banyak-banyak...huhuhuu... Ada petua tak for discolor skin tone? :(


 Di sini pun ada astro gak... hehehe ;p


Bekas tisu pun jadi bahan sebab cantik & menarik...hahaha! :)


 Budak tecik ni memang kuat minum air kosong, PU pun kuat gak! Satu hari 8-10 botol... Tapi makan sikit je... Kalau tiba time dia teragak nak makan tengah malam pun boleh mintak kek... adoyai! :)


Makanan dah sampai, ni Mr Hubby punya... Arroz con mariscos (seafood rice)... Dia suruh amik gambar biar nampak bendera Malaysia kat baju dia... hehehe... alahai, patrotik sungguh! ;)

French Fries buat Iman...ecece ;)
Sopa de mariscos ( Seafood soup)
Chicharrón de calamar (Fried squid)

Saya pilih suplah konon, tak berapa selera sangat nak makan... Dengan nasi putih... Tapi, malangnya sup tu tak kena dengan tekak saya... Mr Hubby pun takmo apatah lagi Iman... Pelik supnya, ada ubi kayu, sotong, udang, dan lain-lain seafood termasuk ketam... yang tak tahan tu, ketam batu...huhuhuuuu... mana boleh makan... Haiwan dua alam kan... Boleh dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ni tentang ketam batu... Letak pulak seekor macam tu lagilah saya tak reti nak makan.... T____T


Akhirnya, makan nasi dengan sotong goreng tepung jelah... Fries Iman pun jadi mangsa gak... Alhamdullillah kenyang...


Macamana order macam tu jugak rupanya... Nampak macam sedap tapi rasa, bak kata Mr Hubby rasa colgate (ubat gigi)...hehehe ;)

Ripley Shopping Centre
Lepas tu kami pergi jalan-jalan sekitar Kennedy Park. Saya memang nak cari sling bag... Berpusing jugaklah nak cari yang berkenan dihati... Cerewet betul...hehehe ;)... Oh, di sini memang shopping paradise bagi orang perempuan tau! Handbag, kasut & baju memang berlambak... Macam-macam design ada... Jenama Bata agak terkenal di sini... Tapi akhirnya kami pergi ke Ripley sahaja... 

Ada cerita yang terjadi semasa saya sibuk nak pilih sling bag tu di sana. Masa saya dok sibuk memilih handbag yang ada, ada seorang perempuan dok perati saya. Saya tak perasan pun... Mr Hubby yang bagitau, dia kata perempuan tu pandang saya dengan pandangan yang 'daring' , macam muka tak puas hati je.. Siap bercakap-cakap dengan promoter dekat situ sementara mata tak lepas-lepas memandang saya... Mr Hubby naik berang sebab seolah-olah macamlah kami ni pencuri... Terus tanpa mempedulikan orang disekeliling, hubby keluarkan wallet sambil mengira-ngira duit 'Dolar' yang ada dalam wallet time tu (baru gajikan)...hehehe :)

Siap kira kuat-kuat lagi, "Uno, dos, tres, cuatro, cinco... bla, bla, bla..." hehehe... Saya buat tak reti je, sebab tahu sangat perangai my hubby kalau dah marah... Mungkin menyedari tindakbalas kami, wanita tu datang menghampiri saya... Menegur saya... Biasalah mereka ni tak reti berbahasa Inggeris, hanya tahu sepatah dua perkataan sahaja, sambil menunjuk isyarat pada muka  & tudung dia berkata, "I like your bla, bla, ...."  Cakap bahasa dia... Ok, masa tu saya hanya tersenyum sahaja tapi dalam hati rasa nak gelak terburai perut tapi kutahan sahaja Jebat ;p... Muka perempuan tu memang cuak & serba salah gila... Saya cakap,"Thank you, I'm a musulman (muslim). And this is hijab. We are from Malasia. (Malaysia). Do you know where is Malaysia?" Dia hanya geleng kepala, tak pasti sama ada dia tak tahu atau tak faham apa yang saya cakap. Hehehe... ;)

Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan... hahaha! :D  Lepas dah membeli apa yang patut, kami berjalan keluar sambil mulut tak henti-henti bercerita dan tertawa... Mengenangkan kejadian tu, saya rasa mereka hanya tahu tentang orang Islam yang pandai mengebom orang sahaja... Maybe mereka takut saya bom mereka...hahaha ;p 

Atau pun mereka ingat kalau Islam pakai purdah hitam dan berselubung sahaja... Kerana itu saya berpendapat, kita perlu kelihatan cantik walau kemana sahaja kita pergi, kerana bila kita keluar lagi-lagi berada di negara orang kita bukan sahaja membawa imej negara tapi juga imej Islam itu sendiri... Pendapat peribadi saya :)

Saya cakap dengan hubby, maybe mereka tertarik dengan cara pemakaian tudung saya... Mungkin saya boleh jadi trend-setter di sini... Mana tahu menggantikan Hana Tajima...kih kih kih uwek! ;p

Lepas tu bawak Iman jalan-jalan di park berdekatan.... Ada playground... Punyalah ramai orang... Mereka memang suka melepak di taman-taman... Di Lima sahaja ada 70++ taman atau park...







Seperti biasa, mereka di sini sangat sukakan hiburan, banyak street entertainer boleh kita lihat...


Persembahan Capoiera... Sejenis seni mempertahankan diri yang bergabung dengan muzik, sukan dan physical expression yang berasal dari Brazil... Tapi persembahan ini agak menghampakan kerana kurang 'kick'... Biasa-biasa je ;) 

Biar gambar yang bercerita :)






Muka orang penat berjalan... Tengah test kamera baru... hehehe... Sempat sambar kamera sebijik... Terima kasih pada hubby yang bermurah hati membelikan kamera 'slim' untuk isterinya yang 'gila glamour' ni...hehehe ;p No heart feeling yaw *w* ;)


Tengok apa yang saya dapat! Nak tattoo kat mane ek? ngeeeee ;p


 Pameran dan jualan lukisan... Memang cantik-cantik... Kemudianlah beli... Budget bulanan dah burst dah ni...hikhikhik ;)


Saja je... Nak jugak ambik gambar belatar-belakangkan bunga-bunga tu... Tantek! :)


Nilah hasil rembatan haritu, ada sebab saya beli kamera kecil & sling bag tu...  Selepas beberapa kejadian cubaan dan kecurian yang berlaku, saya ambil keputusan untuk memakai sling bag ni... Boleh baca di sini dan di sini... Lebih selamat rasanya, attach very close to body... Sesetengah tempat kami memang tak berani nak bawak kamera besar sebab bahaya... Especially, downtown Lima. At least, dengan adanya kamera ni bolehlah kami abadikan kenangan yang ada... 


Kamera compact ni dah lama, siap berselotape lagi...hikhikhik... Beli semata-mata untuk hari pertunangan kami tahun 2007, kami bertunang masa hari raya... 20/10/2007... Antara hasil pertama gaji saya... Masa tu harganya RM 600++, sekarang rasanya RM200-300 boleh dapat... Sayang kamera ni, sentimental value, bagi Iman jelah... hehehe...


Iman ambik gambar penutup botol air 'chong' dia...hehehe... Oklah, terima kasih kepada yang sudi membaca... Marya saaaaaayannnng korang! Muah! xoxo :)

Chao~