Gracias!

Mar 29, 2012

Hush... my Iman, please don't cry~

Assalammualaikum...

Hola Todos!

Tajuk kat atas tu tiada kaitan sangat pun dengan kehidupan kami di Peru ni, cuma saya ingin berkongsi pengalaman 'mistik' yang berlaku sepanjang kami membesarkan Iman... Sesiapa yang sudi baca boleh teruskan pembacaan, tapi bagi yang sebaliknya boleh terus tinggalkan jejak anda samada diruang komen atau di chat box ye! Insya'Allah, saya akan cuba kunjungi anda walaupun lambat seperti kura-kura..hikhikhik... Jangan marah haaa ;)

Sebenarnya dah lama saya nak buat entry tentang ni, tapi setelah memikirkan baik buruknya saya rasa eloklah saya kongsikan. Saya tak pasti kalau ada di antara kawan-kawan pernah mengalami perkara yang sama dengan apa yang pernah kami alami... 

Hujung bulan ni umur Iman genap 2 tahun 8 bulan...Masa Iman baru lahir, dia memang terkenal kat dalam wad sebagai baby yang paling kuat menangis... Sehingga masa nak keluar wad ada seorang nurse cakap, "Lepas ni sunyilah wad, Iman dah balik." Heheee ;):)

New Born 1/8/2009
Masa dalam pantang Iman juga sangatlah sensitif dengan segala benda... Pernah kena ruam yang agak teruk satu badan, muntah macam air paip keluar dari mulut lepas menyusu (sampai saya menangis dan mengigil panik!)-walaupun breastfeed dan dah be'burp'kan die... Kena bisul/blister terutama sekali di bahagian muka, kepala, dahi, bawah dagu sampai berulang-kali pergi klinik... Pernah masuk wad kerana cirit-birit yang teruk (masa tu doktor suspek rota virus)... Semua tu adalah cabaran bagi membesarkan dia... Tapi Alhamdullillah, sekarang dia membesar sepertimana kanak-kanak yang normal yang lain... Syukur pada Allah...

Blister di telinga 6.4.2010 (9 months) 
Selepas dipecahkan oleh Dato' Dr Dhillon
20.11.2009 (3-4 months) Blister on his head
26.2.2010 (6-7months) - Bisul di dahi lagi
3.5.2010 (9 months) - Warded at Columbia Hospital, Seremban
Tapi satu sahaja yang tidak hilang sehingga kini adalah, menangis di waktu malam... Saya dan hubby pun tak tahu dimana silapnya... Biasanya dia akan menangis setelah 1-3 jam selepas dia tidur... Waktu yang biasa dia menangis 11 malam hingga 1 pagi... 'Hot time' dia lah tu...hehehe :)

Pernah dulu semasa saya diakhir waktu berpantang, kami pulang ke rumah sendiri (sebab berpantang di rumah MIL)... Iman menangis mula dari pukul 11 malam tanpa henti... Nak tak nak kami terpaksa pulang ke rumah MIL tengah-tengah malam pukul 1 pagi, sepanjang perjalanan pandai pulak dia diam, sehingga kami terfikir nak berpatah balik ke rumah semula. Tapi bila sampai sahaja di trafic light berdekatan dengan makam atau tanah perkuburan Tuan Haji Said, Iman meraung macam kena dera... Masa tu kami memang dah tak tahu nak buat apa... Sampai sahaja rumah MIL terus menangis non-stop sehingga pukul 4.00 pagi... Nasib baik ada Makngah Azi yang tolong pujukkan... Barulah berhenti menangis... Umi & babah memang surrender... Mata mengantuk toksah nak cakap...

Perangai suka menangis tengah malam tu berterusan tetapi berkurangan sedikit demi sedikit... Macam-macam ikhtiar yang kami buat, sampai Uwan (MIL) dan nenek pun dah tak tahu nak buat apa...

Cakap apa sahaja doa, azan, ubat segala bagai tok nenek semua kami pernah buat.. Petua orang tua-tua pun buat juga, walaupun ada yang kami kurang setuju tapi demi menjaga hati orang-orang sekeliling kami ikutkan sahaja...

Surah Rukyah dan Minyak Wangi Kasturi Syifa'
Kami sanggup berhabis duit, hantar Iman ke Darul Syifa' dan jumpa dengan beberapa pengamal perubatan Islam yang lain, membeli VCD surah Rukyah dan minyak wangi kasturi Syifa' tetapi Iman masih juga menangis malam kalau tak kena caranya... Kami memang sangat berhati-hati kalau nak bawa Iman kemana-mana... tempat pun kena pilih-pilih, balik sebelum waktu-waktu tertentu...

Waktu maghrib memang kami akan elakkan keluar rumah... Sebab Iman sangat sensitif, tersilap sikit mesti melalak tengah malam...

Masa dulu saya bekerja, oleh sebab saya berulang-alik dari Seremban ke KL saya kena bangun seawal 5 pagi untuk bersiap-siap ke tempat kerja... Iman bukan seperti anak orang lain yang tidur sampai ke pagi selepas minum susu di waktu malam... Tapi dia akan terjaga setiap 2-4 jam sekali untuk menyusu (tak termasuk waktu menangis) dan ini berlarutan sehingga Iman berusia 1 tahun... Sekarang pun still bangun juga 2-3 kali waktu malam untuk minum susu sebab dia minum dengan kuantiti yang sikit tapi kerap...

Biasanya Iman akan menangis tanpa henti seolah-olah diteran suaranya sehingga kadang-kala tidak kedengaran suara walaupun mata dalam keadaan tertutup terpejam rapat (macam mimpi)... Waktu tu kami memang gelabah sangat nak memujuknya... Bila dah puas menangis biasanya dia akan tidur dalam keadaan teresak-esak disertai tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Dulu masa saya bekerja saya memang tak cukup tidur... Mengantuknya hanya Allah yang tahu... Sampai satu tahap saya merasa telinga saya berdengung seolah-olah macam nak pekak... Masa tu saya ingat saya kena barah otak ke apa...hehee ;)

Beberapa kali juga saya terkantoi tidur dalam pejabat dengan pengarah jabatan, rasa malu, sedih dan tertekan semua cukup... Ada juga yang memerli saya kata saya kuat tidur, pemalas dan sebagainya... Tapi kalau saya cerita siapa yang nak percaya kerana semua pun ada anak... Walaupun pengalaman dan ragam anak masing-masing tidak sama... :(

Kami pernah jumpa seorang ustaz ni, ustaz ni dulu pernah seguru dengan mufti Negeri Sembilan. Beliau pernah cakap adalah bahaya bagi kanak-kanak menangis waktu malam kerana boleh menyebabkan sawan dan demam panas... Bagi budak lelaki khususnya, if case come to worst boleh menyebabkan penyakit angin pasang atau istilah sainsnya 'Hernia'. Penyakit ni boleh membawa maut!

Alhamdullillah, Iman tak sampai seteruk itu... Ustaz itu juga ada beritahu ada sejenis jin yang suka menganggu kanak-kanak pada waktu-waktu tertentu... Yang paling bahaya adalah di waktu tengah malam... Saya masih ingat lagi, Jin ini dipanggil ummu's sibyan...

Ustaz itu juga ada memberitahu, kadangkala kanak-kanak yang menangis malam juga disebabkan oleh gangguan makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia. Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membinasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa.

Sekarang Iman masih lagi menangis malam, kadang-kala kami rasa sangat tertekan serta cepat marah sebab dah makin membesar still lagi menangis walaupun tak sekerap dulu... Kadang-kala saya terfikir adakah Iman kanak-kanak istimewa? Adakah dia boleh melihat apa yang kami tidak nampak dengan mata kasar?

Kerana ada satu peristiwa terjadi waktu dia mula belajar bercakap... Masa itu saya tinggal berdua sahaja dengan dia, hubby outstation selama seminggu di Putrajaya kerana dia salah seorang secretariat bagi Langkawi International Dialogue yang diadakan di PICC tahun lepas... Waktu malam, waktu sedang bersiap-siap nak tidur Iman menunjuk ke arah sudut siling sambil mulut cakap "Umi, cow! Cow!" Saya masa tu punyalah takut, meremang-remang bulu roma... Tapi sebab dah jauh malam saya terus buka siaran Astro Oasis... Sepanjang malam Tv dibiar terbuka... hehehe :)

Banyak lagi sebenarnya peristiwa demi peristiwa yang berlaku, sehingga ada juga yang cakap maybe Iman mempunyai kelebihan seperti dalam cerita '6th-senses'... Walau apapun saya berdoa semoga Iman membesar seperti kanak-kanak normal biasa... Sekiranya benar dia memiliki kelebihan tersebut, saya harap ia akan hilang mengikut peredaran waktu sehingga dia dewasa...

Setakat ini dulu, terima kasih pada yang sudi membaca coretan saya sehingga noktah yang terakhir... Muchas gracias... Layan gambar my Iman yang semakin membesar :) :)










Buenos noches Peru! Buenos Tardes Malasia! 


Chao!

P.S. This entry dedicated to our son, Muhammad Iman'ul Yaqin... All the effort and love that we put into raising you has more than paid off.  We want to let you know that we will always be there for you, every step of the way and in every walk of your life. We love you dearly. Bundle of loves... xoxoxo... I hope you will read this when you grown up and be a fine young man ;);):)


35 comments:

ijayuji said...

Salam marya, insyaAllah dgn doa drpd marya sendirik n semua org moga kurang menangis hari demi hari, akak takde pulak pengalaman mcm ni, ank akak yg sulong tu mmg suke nangis jugak masa kecik2, menangis mmg tahap mcm kena sebat2 gitu>>tak pernah sebat dia pun ehehe.. imejin kan ajerr, tp makin dia membesar hilang tabiat suke nangis2 dia tuu, apa pun doa n tawakal ajer ya, semoga dipermudahkan jalan buat iman utk meniti hari2 nya insyaALlah! tp kan yg citer dia tunjuk syiling tu ada terjadi kat ank sedara akak dulu2, bila dia tunuk2 syiling ckp ada benda kat atas tu masing2 meremang bulu roma, tp buat2 pekak ajerr lah kan ehehehe...

skuterlady.blogspot.my said...

anak sulung saya dulu pon selalu gak dia kena 'ganggu' malam2 camtu..lebih2 lagi time abah dia keje malam and kebetulan lak selalu terjadi masa mak dia nih tengah'cuti'... memang kerap jadi dulu... bile dia dah besar sikit...dia mula cakap perkara2 yg leh buat bulu roma mak dia nih meremang tka hengat... leh baca kat sini :

http://skuterlady.blogspot.com/2012/03/mata-telus-boleh-nampak-hantu.html

sama gak memang tak leh nak tido lerr jawabnya...

kata orang tua, tu mungkin sebab keturunan mak / bapa de bela saka dulu... budak2 kan memang senang nampak semua tu...sebab tu lerr diorang kerap kena 'ganggu'...

mama aini said...

assalam marya..kesian mama dengar cerita tentang iman ni..harap marya sabar dgn dugaan ini..macam2 yg diandaikan..ehem berjumpa ustaz adalah perkara terbaik yg marya lakukan..mama harap bila iman besar masalah ini akan hilang..memang marya seorg yg tabah !!..mama doakan semuga iman akan pulih dari penyakit menangis ini..bukan semua org mampu menghadapi masalah ini..adik mama masa kecil2 pun pernah alaminya...bila dah besar dia kecil & rendah dr adik beradik yg lain..sbb kuat menangis kot?...he2x..

Izwa Kamaruddin said...

hurmm..saya tak tahu nak komen ape tapi saya membaca nyer sehingga habis...

Unknown said...

Marya Sayang,
actually itu la yg mamavogue tgh lalui skang ni. x sure psl gangguan tu tp psl hakim kuat nanges. especially waktu maghrib antara kul 7-8 mlm. dia bkn sekadar nanges tp mengamuk..
tgh mlm ade jugak, antara kul 1-3pg tu la. cuma xdela tiap2 ari. Syukur sgtt2. mujur dia masih menyusu badan, sbb kdg2 saye bg dia diam. kdg2 xmenjd pun..
terpakse gak bangun tgh mlm pujuk2 dia :)

Unknown said...

ohh.. Iman sgt cumell mase kecik2 :) senyum dia tu dah bole ilangkan sakit kepala x cukup tido tau :)

IntaNBerliaN said...

saya baca sampai ke noktah yg terakhir... tp sungguh lama yer sampai iman menangis setiap mlm.. yela, skrg dah besarkan... maybe betoi kata akak.. iman mungkin ada kelebihan dpt tgk apa yg kita xdp tgk... akak ada tanya tak knapa dia nangis mlm2.. kot2 lah dia ada cerita.. nak tahu gak..hihii

|| NaFiRaa || said...

Salam Marya~
seram gak baca pengalaman marya nih.. My anis kadang2 meracau gak.. tapi time dia tak sihat.. tu pon mama dia cuak dah.. huhuhu.. moga anak kita dilindungin setiap masa..amin~

Puan Kutu said...

kesian iman...semoga benda nie hilang bila iman besar.mmg perlu ketabahan yg tinggi utk hadapi anak menangis waktu malam.sy mmg jenis rimas dengar budak menangis..tak smp hati dan kesian..tp iman istimewa..

semoga marya dan suami tabah.bykkan doa kerana hanya pada Allah kita meminta pertolongan..:)

Unknown said...

salam marya... saya juga pernah alami situasi begini.. tp bukan anak saya.. anak kakak dan juga skrg ank kakak ipar saya. bila anak2 berkeadaan begini mmg semua org dlm rumah tu kena berpntang.. balik ke rumah atau keluar rumah x boleh sesuka hati.. tersilap sikit pasti ada yg x kena.. sebenarnya inilah ujian Allah dlm membesarkan anak2.. menguji kita sbg ibubapa.. bersabar dlm menghadapi segala kesukaran.. yakinilah setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan yg Allah nak beri pada kita..

Ruse Sulaiman said...

samalah dengan iman saya ni.. mungkin keistimewaan tersendiri boleh merasa dan melihat benda ghaib. hrp semakin membesar hilanglah benda tu. tp xdelah menangis tiap2 mlm. cuma kalau kena kacau mmg menangis tak berhenti. kalau saya baca ayat2 lg kuat meraungnya. cuma standby minyak 30 juzuk al-quran yg dibeli di darussyifa'. alhamdulillah bila sapu berhenti nangis dan terus tidur. jarang sgtlah kena tapi sentiasa berhati-hati juga.. kalau tempat yg pelik2 sikit ayah dia selalu bacakan ayat2 al-quran dulu dan hembus kat ubun2 dia. fobia kalau kena kita yg kelam kabut.

Unknown said...

Kak marya, afta is read thru ur story, aish.. tengat kat siMERAH Humaira, sekarang dah nak masuk 4 bulan dah... mang lebih kurang sama pulak kesnyer... mang da fisrt thing masa dia di bawa keluar dari labour roon berjumpa dengan babah dia untuk di azan dan iqamatkan di telinga, adalah tangisan kuat.. hehe

bukan sekadar mula2 tu je... berlarutan kat dalam wad sebelum dapat discharge... n paling tragis bila dia kena tahan sebab jaundice, is bermalam sekali kat wad, n xleh masuk letak bawah lampu biru tu langsung... kuatnye dia meraung sampai naik gelabah is, stat masuk petang sampai pukui 3 pagi, meraung... kuat... berpanjangan... is pun tertekan sebab ganggu baby lain, is nangis kat incik hubby on dat time. mintak kuaq dah jumpa hubby yang tidur dalam keta kat luaq wad tunggu puan is.

nurse xlayan sangat sebab banyak baby depa kena jaga... huhu
mang bawak balik umahpun, malam mang dia akan nangis... jaga kerap n xtido macam baby kengkawan is yang len... wisau of coz...
eh macam taip entri pulak.. adei... tapi tu la...

kesimpulannya, lebih kurang la cerita kak marya dengan is ni.. huhu

Kakcik Seroja said...

Kakcik membaca sampai habis tapi kakcik tak tahu nak kata apa...

Semoga Iman tetap membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupannya.

aReLaN said...

walaupon tak kwen lagi & belum ada anak,seyesly kesian bila tengok budak2 nangis & kita tak tau camne nak bagi dia berenti,tak tau pe punca kan.hmmmmm

faraherda.razalan said...

Teruja sy membacanya. Seram ada. Seriau ada. Risau ada. Tapi at the end tgk muke Iman yg comeltu, terus hilang seme mslh. Hahahah...

Mmg mencabar betul awak membesarkan dia kan? Terbayang keletihan mcm ne....Aydin kerap juga kerap sakit. Kejap demam. Kejap lelah. Kejap alergik apa ntah, tumbuh mcm cacar air tp kat sekitar kaki je. Campak ms kecik. Dan paling serius pnh kami ngadap, stomach cramp. Mmg mencabar. Tp tak secabar yg awak alami. Klu sy pun, sure stress to the max. Org tak fhm mslh kite tp tlglah consider kan?

Ibu Yusuf Maryam said...

Ibu YUsuf baca dari mula hingga habis.. :D Semoga Iman tak nangis2 lagi ye lepas ni.

Anum said...

Anum nak cakap apa ek...
ermmmmmmmmm

miloaiskurangmanis said...

iols baca sampai habis
terkelu jejari - tak reti nak komen camne....

Fiza Rahman said...

Habis pon baca ☺☺

Dugaan membesarkan anak. Masing² di uji dgn dugaan yg berlainan. Iman anak yg istimewa ☺☺

Fai Nardir said...

fai dlu masa kecik pn menangis jer, sampai umur 3 bln... org cakap kena sawan nangis.. bila baca kisah akak ni, fai sendiri simpati kak. mungkin jgk die ade kebolehan untk tgk benda2 tu.. kte sama2 doa smoga iman membesar sperti kanak2 normal biasa ;)

Zehan Ilyana said...

dulu ada anak kepada sepupu pun kena macam ni...


iman is so cute and cheerful..:DDD

Noor Fatin said...

assalamualaikum kak..

jangan pernah berhenti berdoa pada Allah, semoga diberi petunjuk kenapa jadi mcm tu.. jangan pernah berhenti mengaji, baca ayat kursi dan macam2 surah sebelum tido.. insyallah..

jgn bawak keluar anak time tgh maghrib sbb tu la waktu yg paling snang nak kena apa2. sbb budak2 lagi kan. benda2 suka kacau..

tu la, kita kena selalu mengaji, solat jgn tingal.. dan selalu la berubat.. insyallah moga xda apa2 yg berlaku..

kdg2 kita xnampak semua tu..wuwuwu.

ada jiran saya, anak dia tiap2 malam nangis, kalau menangis tu pnya la lama dan sampai nak keras tu, aishh. takot dengar. tapi tu la, salah mak ayah dia, asal pukul 7.30 malam, mst keluar, lepas azan, xsmpat kot nak solat, mst keluar, bawak anak yg masih umur beberapa bulan.. dia ada jgk mintak petua jiran2 yg lain, mcm2 la petua tapi bukan la petua mcm mengaji ke tapi petua, pasang itu ini la dalam rumah, letak itu ini la dalam rumah, bagi mandi celah kangkang suami la. dan kdg2 tak tercapai dek akal bila ingat balik. huk huk

banyak bacaan yasin. insyaallah. Allah akan bantu kita kak..

ini smeua ujian..

semoga akak dan suami tabah menghadapi semua ini :)

Unknown said...

Kesian juga dengan keadaan Iman,Semoga Iman membesar dengan keadaan normal dan baik.
Sebagai ibu, mummy faham perasaan Marya::: Diri boleh jadi stress bila badan tak cukup rehat.
Iman sebaya Meimei :)

Unknown said...

Poor little iman..
AQil pon sama gak kakMar. Tp ada masa2 la. Pon nanges lps 2-3jam dah tido. Skrg kurang la jgk.. Penah smpi mak dia ni hangin kan... hish dah besar pon nak nanges lagi ke time bangun tido! huhuhuhhu Tp dia camtu tak la dlm waktu yg sama. Biasanye klu dia tido ptg. Lagi2 bila bangun nanges2 cari ayah dulu tau! pangge2 ayah.. Mak depan mata dia wat donno je ;p..
Kita anggap je itu ragam mereka nk membesar. Yg penting kita tak perlu takut...
Err.. tp klu takut gak shima pon bukak tv je smpi terlelap ;p hahahaha
sayang iman :)

Asmara said...

Salam Marya, agak seram jugak. mudah2an akan hilang bila makin membesar nanti. InsyaAllah.. moga Iman terus sihat membesar dgn sempurna. Amin..

CintaZulaikha said...

hummm, ada betolnya jugak kata ustaz tu kan. kita nih tak tau punca, hanya Allah YG TAHU. mudah-mudahan iman membesar menjadi anak yg soleh, mungkin itu ada kelebihan dia, dan mungkin juga dgn kelebihan tu, dia boleh membantu org lain pula selepas ini, mungkin...:)

CintaZulaikha said...

saya juga baca hingga akhir...

Ezad Skytech said...

budak2 kecik biasanya mmg nampak benda2 ni..mungkin tu sebabnya budak2 kecik ni menangis...kita pun tak tahu apa puncanya kan..hanya Allah je yg tahu...

Mat Som Sadona said...

Marya, pengalaman Marya ini sangat-sangatlah mencabar, biasanya budak menangis ni paling lama pun seminggu, (ini bagi pengalaman sayalah), anak saya berhenti menangis setelah saya beri air zafran (Rujuk Google).

Tapi apabila tgok Marya dah hantar Darul Syifa pun tak baik-baik, saya rasa ia sangat luar biasa.

Saya doakan Iman akan baik dengan kesabaran ibu bapanya. Iman ni manja dan cute.

susumanis said...

salam beautiful marya..lamanyerr x singgah sini..hehe.. baca sampai habis, my son pun g2 masa umo 1 to 2 years, n up mmg dia ada hernia n we all bawa jumpa sorang tukang urut kat raub, atok tu urutkan iman ( my son pun mohd nabil iman) dia pancut kencing kat atok tuh..adussss, we all berulang urut 3 kali, alhamdulillah da ok, so touch baca yr posting kt bawah utk iman..sure he will feel touched oso baca bila besar nanti, lucky him to have u both as his loving parents, ok dear, take care, love u ..bye

Ibuhani said...

As Salam Marya....smoga Iman menjd anak yg baik n solleh. Anak2 mmg ujian bg kita. Sabar dlm membesarkn Iman....smoga Marya n suami dipermudhkn dlm membesarkan Iman.

radziah AR said...

Ustaz sekolah akak berkata, kanak2 boleh melihat sesuatu yg kita tidak nampak, biasanya bila umur berinjak ke 4 tahun, hilanglah keadaan ini.

orang tua2 kata, kalau kanak2 selalu menangis, bijak besar nanti... moga iman membesar dengan bijak.

wallahuwaklam

sal ya said...

kalau anak saya, siangnya dia tak tidur dan malamnya dia bergelak ketawa sakan mesti time tidur tu dia bangun menangis macam kena sampuk. puas jugak nak sedarkan dia walaupun kadang2 dia bukak mata. dana da satu insiden yg saya ingt smp sekarang bila melalui terowong karak waktu matahari btl2 atas kepala. dlm terowong tu husben kata dia ternampak mcm ada perempuan rambut putih celah tiang dalam terowong tu. elok2 je lepas husben cakap macam tu, alya pandang belakang dan cakap "Hantu!" terkedu jugak sebab tak ada org pun mentioned hantu. dan lepas tu husben kata rasa berat je kereta ni. huhuhu...

ct rahani said...

best baca citer sis marya nih.. ader sikit persamaan yg bab menangis malam ngan anak kedua sy.. dalam pantang la paling mencabar.. menangis je sepanjang malam.. macam2 jugak sy usahakan.. bawak ke darul syifa pun penah.. apa je petua yg org bagi sy pun buat.. Alhamdulillah bila dia hampir berusia 6 bulan dah kurang dah menangisnya tuh.. hingga sekarang dah x de lg.. tido pun nyenyak jer..

terpatrisinarabadi said...

cepat masa berlalu...itu antara dugaan dlm membesarkan anak2..
dah besar iman.. :)