Gracias!

Showing posts with label Scary Tales. Show all posts
Showing posts with label Scary Tales. Show all posts

Apr 11, 2012

Ya Allah... Ya Allah....

Assalammualaikum...

"Dan terkadang Allah menggetarkan bumi dengan goncangan yang dahsyat, menimbulkan rasa takut, kusyuk, rasa ingin kembali dan tunduk kepada Allah, serta meninggalkan kemaksiatan dan penyesalan atas kekeliruan manusia. Di kalangan Salaf, jika terjadi gempa bumi mereka berkata, 'Sesungguhnya Allah sedang menegur kalian.'" -Imam Ibnu Qayyim

Walaupun amaran Tsunami ditarik balik, namun amaran ALLAH TIDAK PERNAH DITARIK BALIK.

Ya Allah... Ya Allah... Lindungilah saudara seagamaku dari bala bencana... Ya Allah kasihanilah kami...

P.S. Pagi-pagi subuh tadi hubby kejut bagitahu ada gempa bumi di Acheh... Ya Allah, kami melihat berita BBC Live untuk mengetahui perkembangan dari sini... Kecut perut saya, berdebar-debar jantung ini... Teringat mimpi beberapa hari yang lepas, Tsunami  berlaku didepan mata saya... Sempat saya ceritakan pada hubby, tak tahu pula ia adalah amaran atau kebetulan dariNya... Sungguh dahsyat sehingga tak tahu nak lari kemana... Semoga Allah lindungi Malaysia Tanahairku... Saudara seagamaku... Kata orang mimpi buruk tak elok diceritakan... :'(


Mar 29, 2012

Hush... my Iman, please don't cry~

Assalammualaikum...

Hola Todos!

Tajuk kat atas tu tiada kaitan sangat pun dengan kehidupan kami di Peru ni, cuma saya ingin berkongsi pengalaman 'mistik' yang berlaku sepanjang kami membesarkan Iman... Sesiapa yang sudi baca boleh teruskan pembacaan, tapi bagi yang sebaliknya boleh terus tinggalkan jejak anda samada diruang komen atau di chat box ye! Insya'Allah, saya akan cuba kunjungi anda walaupun lambat seperti kura-kura..hikhikhik... Jangan marah haaa ;)

Sebenarnya dah lama saya nak buat entry tentang ni, tapi setelah memikirkan baik buruknya saya rasa eloklah saya kongsikan. Saya tak pasti kalau ada di antara kawan-kawan pernah mengalami perkara yang sama dengan apa yang pernah kami alami... 

Hujung bulan ni umur Iman genap 2 tahun 8 bulan...Masa Iman baru lahir, dia memang terkenal kat dalam wad sebagai baby yang paling kuat menangis... Sehingga masa nak keluar wad ada seorang nurse cakap, "Lepas ni sunyilah wad, Iman dah balik." Heheee ;):)

New Born 1/8/2009
Masa dalam pantang Iman juga sangatlah sensitif dengan segala benda... Pernah kena ruam yang agak teruk satu badan, muntah macam air paip keluar dari mulut lepas menyusu (sampai saya menangis dan mengigil panik!)-walaupun breastfeed dan dah be'burp'kan die... Kena bisul/blister terutama sekali di bahagian muka, kepala, dahi, bawah dagu sampai berulang-kali pergi klinik... Pernah masuk wad kerana cirit-birit yang teruk (masa tu doktor suspek rota virus)... Semua tu adalah cabaran bagi membesarkan dia... Tapi Alhamdullillah, sekarang dia membesar sepertimana kanak-kanak yang normal yang lain... Syukur pada Allah...

Blister di telinga 6.4.2010 (9 months) 
Selepas dipecahkan oleh Dato' Dr Dhillon
20.11.2009 (3-4 months) Blister on his head
26.2.2010 (6-7months) - Bisul di dahi lagi
3.5.2010 (9 months) - Warded at Columbia Hospital, Seremban
Tapi satu sahaja yang tidak hilang sehingga kini adalah, menangis di waktu malam... Saya dan hubby pun tak tahu dimana silapnya... Biasanya dia akan menangis setelah 1-3 jam selepas dia tidur... Waktu yang biasa dia menangis 11 malam hingga 1 pagi... 'Hot time' dia lah tu...hehehe :)

Pernah dulu semasa saya diakhir waktu berpantang, kami pulang ke rumah sendiri (sebab berpantang di rumah MIL)... Iman menangis mula dari pukul 11 malam tanpa henti... Nak tak nak kami terpaksa pulang ke rumah MIL tengah-tengah malam pukul 1 pagi, sepanjang perjalanan pandai pulak dia diam, sehingga kami terfikir nak berpatah balik ke rumah semula. Tapi bila sampai sahaja di trafic light berdekatan dengan makam atau tanah perkuburan Tuan Haji Said, Iman meraung macam kena dera... Masa tu kami memang dah tak tahu nak buat apa... Sampai sahaja rumah MIL terus menangis non-stop sehingga pukul 4.00 pagi... Nasib baik ada Makngah Azi yang tolong pujukkan... Barulah berhenti menangis... Umi & babah memang surrender... Mata mengantuk toksah nak cakap...

Perangai suka menangis tengah malam tu berterusan tetapi berkurangan sedikit demi sedikit... Macam-macam ikhtiar yang kami buat, sampai Uwan (MIL) dan nenek pun dah tak tahu nak buat apa...

Cakap apa sahaja doa, azan, ubat segala bagai tok nenek semua kami pernah buat.. Petua orang tua-tua pun buat juga, walaupun ada yang kami kurang setuju tapi demi menjaga hati orang-orang sekeliling kami ikutkan sahaja...

Surah Rukyah dan Minyak Wangi Kasturi Syifa'
Kami sanggup berhabis duit, hantar Iman ke Darul Syifa' dan jumpa dengan beberapa pengamal perubatan Islam yang lain, membeli VCD surah Rukyah dan minyak wangi kasturi Syifa' tetapi Iman masih juga menangis malam kalau tak kena caranya... Kami memang sangat berhati-hati kalau nak bawa Iman kemana-mana... tempat pun kena pilih-pilih, balik sebelum waktu-waktu tertentu...

Waktu maghrib memang kami akan elakkan keluar rumah... Sebab Iman sangat sensitif, tersilap sikit mesti melalak tengah malam...

Masa dulu saya bekerja, oleh sebab saya berulang-alik dari Seremban ke KL saya kena bangun seawal 5 pagi untuk bersiap-siap ke tempat kerja... Iman bukan seperti anak orang lain yang tidur sampai ke pagi selepas minum susu di waktu malam... Tapi dia akan terjaga setiap 2-4 jam sekali untuk menyusu (tak termasuk waktu menangis) dan ini berlarutan sehingga Iman berusia 1 tahun... Sekarang pun still bangun juga 2-3 kali waktu malam untuk minum susu sebab dia minum dengan kuantiti yang sikit tapi kerap...

Biasanya Iman akan menangis tanpa henti seolah-olah diteran suaranya sehingga kadang-kala tidak kedengaran suara walaupun mata dalam keadaan tertutup terpejam rapat (macam mimpi)... Waktu tu kami memang gelabah sangat nak memujuknya... Bila dah puas menangis biasanya dia akan tidur dalam keadaan teresak-esak disertai tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Dulu masa saya bekerja saya memang tak cukup tidur... Mengantuknya hanya Allah yang tahu... Sampai satu tahap saya merasa telinga saya berdengung seolah-olah macam nak pekak... Masa tu saya ingat saya kena barah otak ke apa...hehee ;)

Beberapa kali juga saya terkantoi tidur dalam pejabat dengan pengarah jabatan, rasa malu, sedih dan tertekan semua cukup... Ada juga yang memerli saya kata saya kuat tidur, pemalas dan sebagainya... Tapi kalau saya cerita siapa yang nak percaya kerana semua pun ada anak... Walaupun pengalaman dan ragam anak masing-masing tidak sama... :(

Kami pernah jumpa seorang ustaz ni, ustaz ni dulu pernah seguru dengan mufti Negeri Sembilan. Beliau pernah cakap adalah bahaya bagi kanak-kanak menangis waktu malam kerana boleh menyebabkan sawan dan demam panas... Bagi budak lelaki khususnya, if case come to worst boleh menyebabkan penyakit angin pasang atau istilah sainsnya 'Hernia'. Penyakit ni boleh membawa maut!

Alhamdullillah, Iman tak sampai seteruk itu... Ustaz itu juga ada beritahu ada sejenis jin yang suka menganggu kanak-kanak pada waktu-waktu tertentu... Yang paling bahaya adalah di waktu tengah malam... Saya masih ingat lagi, Jin ini dipanggil ummu's sibyan...

Ustaz itu juga ada memberitahu, kadangkala kanak-kanak yang menangis malam juga disebabkan oleh gangguan makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia. Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membinasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa.

Sekarang Iman masih lagi menangis malam, kadang-kala kami rasa sangat tertekan serta cepat marah sebab dah makin membesar still lagi menangis walaupun tak sekerap dulu... Kadang-kala saya terfikir adakah Iman kanak-kanak istimewa? Adakah dia boleh melihat apa yang kami tidak nampak dengan mata kasar?

Kerana ada satu peristiwa terjadi waktu dia mula belajar bercakap... Masa itu saya tinggal berdua sahaja dengan dia, hubby outstation selama seminggu di Putrajaya kerana dia salah seorang secretariat bagi Langkawi International Dialogue yang diadakan di PICC tahun lepas... Waktu malam, waktu sedang bersiap-siap nak tidur Iman menunjuk ke arah sudut siling sambil mulut cakap "Umi, cow! Cow!" Saya masa tu punyalah takut, meremang-remang bulu roma... Tapi sebab dah jauh malam saya terus buka siaran Astro Oasis... Sepanjang malam Tv dibiar terbuka... hehehe :)

Banyak lagi sebenarnya peristiwa demi peristiwa yang berlaku, sehingga ada juga yang cakap maybe Iman mempunyai kelebihan seperti dalam cerita '6th-senses'... Walau apapun saya berdoa semoga Iman membesar seperti kanak-kanak normal biasa... Sekiranya benar dia memiliki kelebihan tersebut, saya harap ia akan hilang mengikut peredaran waktu sehingga dia dewasa...

Setakat ini dulu, terima kasih pada yang sudi membaca coretan saya sehingga noktah yang terakhir... Muchas gracias... Layan gambar my Iman yang semakin membesar :) :)










Buenos noches Peru! Buenos Tardes Malasia! 


Chao!

P.S. This entry dedicated to our son, Muhammad Iman'ul Yaqin... All the effort and love that we put into raising you has more than paid off.  We want to let you know that we will always be there for you, every step of the way and in every walk of your life. We love you dearly. Bundle of loves... xoxoxo... I hope you will read this when you grown up and be a fine young man ;);):)


Jan 30, 2012

Gegaran Lagi!

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Pagi tadi lebih kurang pukul 12.11am, terjadi lagi gempa bumi... Sepanjang empat bulan kami di sini, ini adalah kali yang ke-3... Foxnews

I was on the bed with Iman, both Mr Hubby & Iman sedang lena dibuai mimpi indah, I was surfing the internet...

Katil dan segala benda dalam rumah bergegar & berlaga-laga... Tingkap berbunyi-bunyi... Suspen betul!

Gegaran yang kuat mengejutkan Mr Hubby, aku automatically melompat dan terus grab Iman... Sambil tu menjerit panggil Mr Hubby... Mr Hubby di bilik sebelah juga menjerit jugak memanggil aku...

Terus capai apa yang patut dan berlari menuju ke pintu kecemasan... Tapi, Alhamdullillah tak lama selepas itu keadaan kembali seperti biasa... Tak jadi keluar rumah, terus masuk ke bilik semula... Macam takde apa-apa pulak yang berlaku... Tapi, gegaran memang agak kuat juga berbanding sebelum ini...

Gempa kali ini, aku rasa berdebar-debar pulak... Rasa nervous ya amat! Mungkin sebab dah ada beberapa experience sebelum ini...

Ya, Allah... Lindungilah kami semua di sini!

Terima kasih pada yang mendoakan... Bukan niat untuk meminta simpati atau mencetuskan kontroversi, sekadar berkongsi pengalaman... Doa semua amat bermakna & berharga bagi kami :))




Muchas gracias!

Chao ~

Update:

Magnitude: 6.3

Depth: 39.2km

Distance: 280km SSE of Lima, Peru

Sources: USGS

P.S: Since ada yang bertanya :)

Nov 11, 2010

Kem Labu

Bosan betullah hari ini, aku ni hari-hari memang bosan je...lagi-lagi bila hari bekerja dan tak keluar. Apakata kita bercerita tentang pengalaman hantu lagi nak tak...kalau tak nak aku tetap akan cerita juga...

Ceritanya bermula begini, masa tu aku tingkatan 3 if tak silap. Masa sekolah dulu aku memang aktif dengan aktiviti kokurikulum di sekolah. Kalau boleh semua badan beruniform kat sekolah tu aku nak join. Tapi pada masa ni aku lebih aktif dengan Pergerakan Puteri Islam. Dipendekkan cerita, masa kejadian tu kami kena pergi berkhemah dekat Kem labu. Kem Labu ni memang famouslah time tu lagi-lagi dengan cerita horor dia. Kejadian yang aku tidak boleh lupakan ini berlaku semasa malam terakhir kami di sana.

Sudah menjadi kebiasaan malam yang terakhir setiap group perlu membuat persembahan masing-masing. Malam tersebut dipanggil sebagai Malam Kebudayaan. Disebabkan masa yang suntuk ditambah lagi dengan aktiviti yang padat sepanjang kami di sana, group kami tidak sempat membuat apa-apa persiapan untuk malam itu. Sebelum kami dipanggil masuk ke dewan, aku & group member membuat sedikit latihan persembahan yang akan kami lakonkan nanti.

Aku, Marlia dan Ida termasuk Ifa (anak saudara aku yang sulung) happened to be a group member. Sebenarnya aku yang adjust supaya kami menjadi satu group. Sebab kami memang berkawan rapat masa sekolah dulu. Back to the story, masa kami sedang sibuk bercerita watak yang dibahagikan, tiba-tiba aku, Ida & Ifa terdiam dan terpaku. Mata kami semua memandang ke arah yang sama mengikut pergerakkan sesuatu objek. Korang agak apa objek tu? Aku memang tidak mempercayai apa yang aku lihat tapi itulah dia kepala tanpa badan terbang betul-betul di atas kepala Marlia.  Dia terbang menuju ke arah pokok pinang yang terletak tidak jauh dari tempat kami. Aku masih ingat dengan jelas lagi bentuk kepala tersebut walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu. Kepala itu milik seorang perempuan tua, rambutnya putih panjang seperti kapas, kedutan diwajahnya begitu jelas kelihatan. Tapi tidak mempunyai badan. Dia terbang dengan perlahan-lahan tetapi apabila tiba dipokok pinang yang aku maksudkan tadi, dia terus berubah menjadi warna hitam dan serta-merta sepasang tangan keluar dan menangkap batang pinang tersebut sambil berdesup memanjat pokok pinang sebelum hilang dari penglihatan. Melihatkan kejadian itu, Marlia yang terpinga-pinga mengejutkan kami dengan berkata, "Wei, kenapa?" dan ketika itu juga kami yang terpukau menjerit serta lari lintang-pukang masuk ke dalam dewan diikuti Marlia yang tidak tahu menahu apa yang kami lihat.

Apabila masuk ke dalam dewan apalagi kecohlah semua menanyakan apa yang terjadi, tetapi kami semua hanya mendiamkan diri sehingga ustazah yang mengiringi perkemahan tersebut berjumpa dengan kami. Ustazah menasihatkan kami supaya tidak menceritakan apa yang kami nampak itu kepada peserta yang lain. Takut pula diorang nanti.

Selepas majlis selesai, kami bergerak menuju ke dalam pondok yang telah disediakan untuk tidur. Malam itu, sebelum tidur kami duduk berbual-bual sesama sendiri, tidak semena-mena radio yang dibawa salah seorang daripada kami berbunyi dengan sendiri. Siap tukar-tukar channel lagi. Kami terdiam kerana terkejut. Salah seorang dari kami yang agak berani telah mencampakkan radio tersebut ke lantai. Namun, ia tetap berbunyi, apalagi kami cepat-cepat membuka radio tersebut dan mengeluarkan baterinya. Barulah dia senyap. Mungkin dia mengarahkan agar kami segera tidur, apalagi tanpa membuang masa kami terus melelapkan mata sampai pagi. Yang menjadi tanda tanya aku, suis radio tersebut agak ketat, bagaimana ia boleh terpasang sendiri...?

Itulah peristiwa yang menyeramkan berlaku kepada kami di Kem Labu. Syukurlah tidak ada apa-apa yang terjadi kepada kami selepas itu. Tetapi aku tetap tidak dapat melupakan peristiwa tersebut sehingga hari ini. Kem Labu, tempat bermain lagi dikenang, inikan pula tempat ..........

Nov 10, 2010

Bunyi itu...


Masa aku mengandungkan Iman, waktu itu usia kandunganku menjangkau 7 bulan. Pada petangnya kami suami isteri telah menerima berita tentang kematian bapa sahabat baik suamiku. Jadi, pada malamnya suamiku mencadangkan agar kami bermalam di rumah emakku kerana jenazah akan dikebumikan pada tengah malam hari yang sama. Rumah emak terletak di kawasan yang boleh dikatakan kawasan kampung tetapi berada ditengah-tengah bandar. Sebelum tiba ke rumah emak biasanya akan melalui makam perkuburan orang islam, kristian dan juga gurkha. Rumah ibuku terletak betul-betul berhampiran dengan Kolej Tunku Kurshiah & Sekolah Agama Hj Mohd Said.Tentang gangguan yang datangnya dari makhluk halus ni sudah biasaku dengari kerana di situlah tempat aku dibesarkan. Namun, aku belum pernah lagi terjumpa, tetapi kalau bunyi-bunyian yang menakutkan memang biasa kudengar.

Pada malam tersebut seperti biasa aku akan masuk tidur awal maklumlah orang mengandung memang mudah letih dan penat. Suamiku pula sejak awal petang lagi telah pergi mengiringi jenazah ke kubur islam yang berdekatan. Lebih kurang pukul 12 ke 1 pagi, suamiku pulang ke rumah. Tetapi beliau tidak terus masuk ke rumah kerana ini petua orang dulu-dulu. Beliau duduk diluar seketika, kemudian setelah meludah ke kiri sambil berselawat barulah masuk ke dalam. Selepas mandi dan bersolat barulah beliau masuk tidur dan menegurku. Lebih kurang 1-2 jam kemudian dengan tidak semena-mena aku terdengar bunyi seperti orang menangis. Mendayu-dayu bunyinya. Aku segera tersedar dari tidur yang nyenyak untuk memastikan betulkah apa yang aku dengari. Bunyi iu semakin kuat pula jadinya. Bulu romaku serta-merta berdiri lagi-lagi bila aku teringat yang aku mengandung anak yang sulung. Oleh kerana aku sudah lama tidak mendengar bunyi tersebut aku menjadi takut dan terus membaca ayat-ayat Al-Quran yang boleh diingat pada waktu itu. Tetapi oleh kerana terlalu takut bacaanku menjadi lintang-pukang. Tanpa membuang masa aku mengejutkan suamiku. Apabila suamiku terjaga, beliau terus terdengar bunyian itu dan tanpa melengahkan waktu beliau terus membaca ayat kursi sebanyak 3 kali, serta-merta bunyi suara tersebut beransur-ansur hilang dan menjauh. 
Itulah pertama kali suamiku mendengar bunyi yang menakutkan itu. Selama ini hanya mendengar cerita dariku sahaja. Aku tidak tahu bunyi apakah itu, adakah ia bunyi sejenis haiwan atau sememangnya 'makhluk itu' yang mengekori suamiku pulang...