Gracias!

May 26, 2012

Haruman Ramadhan...

Assalammualaikum...

Hola Peeps & Amigos!

Aaaahhhhh... Rasa sangat-sangat lega dapat meluruskan badan atas tilam... Mr Hubby takde dah keluar ada jemputan dinner, entah dari Embassy Egypt katanya...hikhikhik... ;)) Tak dapat nak pergi sebab official/berprotokol takde orang nak tolong tengokkan Iman, lagi pun Iman bukannya nak dengan orang yang dia tak kenal! Tak kisah pun sebenarnya.... Lagipun penat lepas balik dari Barrio Chino tadi... :):))

Sekarang ni sebulan sekali je turun ke sana, selain beli sayur & ikan tadi pergi memborong baju untuk musim sejuk ni.... gagagagaga.... Memang dah terasa sangat kesejukkannya... Paling sejuk setakat ni 18 Celsius (Macamlah sejuk sangat..hehehe... Kulit nipis! Tak tahan!) ;)))... Walaupun cuaca di sini tidaklah sampai dibawah  paras beku (bersalji), tapi bagi orang asia macam kita ni dah sojuk bonar dah rasanye... Paling minimum 8 darjah celsius!

Semalam masa balik dari kelas Spanish hujan turun renyai-renyai... Very very fine & thin! Tak basah pun baju... Rasa macam tak puas pulak! Rindu sangat-sangat! Rindu nak bau rumput, lumpur & jalan tar yang basah lepas hujan! Bauan yang.... Uuuurghhh... Unexplained :'(

Sekejap je dah masuk bulan Rejab... Salah satu dari empat bulan-bulan Haram! Lepas ni bulan Sya'aban, bauan dan haruman Ramadhan semakin terasa... Rindu lagi :(

Harapan biarlah tahun ini mendapat keberkatan yang lebih dari tahun-tahun lepas... Insya'ALLAH...

Pagi tadi kami bersarapan Roti John... Kegemaran hubby bila tiba Ramadhan... Masa kat Malaysia dulu, Roti John adalah hidangan wajib untuk hubby!

Teragak pulak nak makan... Jadi saya buatlah... Nanti Ramadhan, taklah ralat sangat! ;)


Roti John!


Kebetulan kuah ayam masak asam pedas kari masih ada buat cicah roti banquette! Kat sini banquette lebih lembut walaupun dah sejuk... Dulu, selalu beli kat Tesco, koreh (keras)! ;);))

Simple breakfast to start our day :)))

Sejak 2-3 menjak ni asyik dok terpikir-fikir nak buat kuih-muih traditional... Lama dah simpan skill... ecececeeeh!!! Konon ;p

Dulu masa masa sekolah menengah sampai lepas SPM selalu tolong angah berniaga kuih di bulan Ramadhan... yang paling terror buat kuih dalam adik-beradik adalah kak ngah, saya jadi observer je tak pernah try buat, tolong jual jek..hehehe... Sekarang ni baru terasa rugi... :(

Antara kuih yang saya suka!


Buah Melaka!

Nasib baik tepung pulut ado! :)) Lama dah tak rasa kuih ni... Nasib baik ada bawak gula kabung sikit aritu Jadilah buat rasa-rasa :))

Nantilah try buat kuih-muih yang lain... Harap-harap menjadilah! :)))

Nak jawab beberapa komen yang 'terberkenan' dengan gambar ala-ala lukisan K-Pop (Korea) tu... Milo ais Milo, Eye Nee, Pok Amai-amai & Tak Pe Je: Lukisan tu yang saya tengok bukan dari cat air ke apa... Bukan jugak cross stitch :)) Walaupun saya kurang berbakat dalam menjahit tapi saya pernah buat cross stitch dulu! Jangan tak caya! hehehehe... Saya pun tak tahu nak explain macamana tapi kalau tengok dari rupanya macam jahitan ala-ala jelujur gitu... benang-benangnya kelihatan melintang bila dilihat dekat-dekat! :)))

Antara gambar yang saya sempat snap!


Agak gelap sikit... Ya ampun...hikhikhik ;)




Gambar yang terakhir ni bukan dari benang but its from shell... Kulit-kulit siput... Cantik! Harga yang saya tanya kalau tak silap satu gambar tu dalam S/.300 hingga S/.500...

Last but not least... Sebagai pengisian jiwa, Firman Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa"


Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).
Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram. Marilah kita rebut kelebihan bulan-bulan Haram ni dengan berpuasa serta bertaubat kepadaNYA... 
P.S. Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga terdapat beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya. Dunia hari ini tanpa sempadan, hati-hati wahai sahabatku dalam menyampaikan sesuatu kerana kadang-kala tanpa kita sedari ditakuti kita mendustakan Rasullullah SAW (Nauzubillahminzalik..) :'(

31 comments:

Pen Biru said...

puasa dan raya diperantauan lagi la ye..sedehnye..tapi tak semua org merasa kan?

Kamalia said...

kamalia datang lagi*sori,dah lama tak jengah sini.bz uols..hehe*
bestnya roti john itu,bagus jugak ye kat sana boleh beli roti kat kedai.kami klau nak buat roti john kena buat roti tu sendiri..ade kuih buah melako.sodap tu.,
min 8 C mmg sejuk.biasal kulit khatulistiwa mcm kita ni memang tak tahan sejuk deh.nnt ajak hubby transfer jepun ek.boleh rasa suhu bawah paras beku..gagagaga..

Anonymous said...

Assalamualaikum Marya,

Selamat menyambut bulan Rejab yang mulia ni. Tak lama lagi berpuasalah kita nampaknya yer.

Semoga sihat selalu dari kak ani di sini.

saniah said...

Thanks marya...bnyk info yg akak dpt...dh dkt ramadhan kan...tak sabar kan...moga kita diberkatiNya...:)

Anonymous said...

wahhh ada gula melaka lah...js puya peberet tu..kalau posa mesti tak miss..onde-onde kata org negeri ku...

.:fyzz:. said...

salam @holla marya...bestnya buah melaka..sya sngt suka..dn sgt senang nk buatkan...tp selalu mkn time buln posa..roti john peberet sufiya...:) bestnya marya wat..tgk sempoi n menyelerakan..
skang nih kt Kedah@Msia..asik2 hujan je dua tiga menjak nih..

Ruse Sulaiman said...

Insyaallah. Semoga beroleh keberkatan Marya

Mama3Q said...

18 darjah celcius tu kalau saya rasanya dah beku kot...huhu

atuk said...

Assalamualaikum Marya

bertuah hubby....diperantauan dapat merasa masakan tanah air...

AmirFX said...

Salam.. Hola Marya! Tak lama lagi nak puasa.. Uishh. Tak sabar jugak... hihi...

kurus said...

wahh meriahhnyee mayra roti john tuuu, akk x pernah cuba buat layie, tulah bila kira2 dahh dekat dah bulan ramadhan kan, tambah tolak lebih kurang 55 hari shja lagi, xlama dah

Sokkk akk pose, seronok bila dpt berpuasa nie dik, insyaallahhh, tapi agak sedihh sbb anak2 x ada, terasa sunyi je umah nie, rindu kan mereka, huhuhu mereka baru je ke rumah adik akk, huhuhu mcm manalahh nak lalui 5 hari lagi

Ibuhani said...

8drjh celsius....sejuklah tu! Aircond paling rendah 16 pun dh sejuk! Smoga kita diberi rezeki berpuasa sunat dr Rejab hingga ke Ramadhan.....insyaallah!

Jahirah said...

mesti rindu dengan malaysiakan.kat sana dpt pengalaman,blh share dapat la baca walaupun xpernah sampai sana...hehee

faraherda.razalan said...

Wow! Cuaca makin sejuk lak kat sane ye? Tapi keadaan sane kering atau lembab? Klu kering, seksa gak tu. Huhuhuhu...

Ouh, ctk betul hasil2 lukisan tu. Pandai main kaler dgn shadow walaupun gune benang. Mmg tabiklah!

Unknown said...

aduus sy plak terasa di perantauan..xpe kak sy rs lebih bermakna ramadhan akak sana..nnt dh sambut ramadhan sana..share2 menu2 berbuka akak tau..hehe

dan kemeriahan umat islam sambut puasa disana..;)

Bulan Syurga Firdausi said...

tak balik ke kak..?alhamdulillah same2 bdoa kite smpai ke ramadhan lg insyaAllah :)

IntaNBerliaN said...

alahaiii akka ni teror sungguh msk... selalu tunjuk gambo mkanan yg sedap2.. yg buat terliur.. dh la puasa.. kikikii

Tea said...

cepat sungguh masa berlalukan?
sekali sejak, selangkah menghilang..

begitulah bulan2 yang indah berlalu dalam putaran masa...


boleh bayangkan tentang bau yang dirindui... sebab bau itu tida baru terasa rindu.. balikk jom!

eLL said...

akak marya, best tak kalau berpuasa di Peru? Ramai ke muslimah and muslimat disana?

norhidana said...

rindu nyer pd ramadhan sbb masa tu lah semua amalan kite dpt pahala berganda2

Izan Ishak said...

salm singgah marya...

alahai... berkenan betul tgk roti john yg super cantik tu. mesti sedap kan. angah marya sama cam kak long izan, mmg terer buat kuih2 ni. dah nama pun kita anak last kan... dulu2 cam manja. tgk mak n kakak2 buat je. skrg ni baru terkial2 nak belajar... hikhik...

[leily.laily] said...

sy pun pose arini..
perrrrgh, lapar tgk roti john tu,
blk nnti nk kena singgah pasar malam jap,
cr mknn nk bukak pose.. huhuuh

suwara entertainment said...

thn ni x balik beraya di malaysia ke kak? mesti rindu dgn masakan dan suasana di malaysia kan..bersabarlah..insyaAllah, one day akak akan pulang juga ke tanahair ni..

salam rejab!

sal ya said...

insyaAllah... ada plan nak pose sunat tahun ni. dpt tak dapat buat tu insyaAllah...

Rtp Farra Arisha said...

yuhuu i too can't wait till Ramadhan to start fasting! btw roti john itu terlihat lezat dan rasanya juga pasti lain dari yang lain. :) hehehe

Unknown said...

Salam Marya..

Tengok pada entry, ingatkan dah ramadhan kat PERU..Hahahaha. takderlah, mummy gurau jer..

Seronok menanti ketibaan ramadhan. Insyaallah mummy berpuasa bersama daddy lagi tahun ni. Masih lagi dalm bercuti bersalin (bulan yg terakhir :)

Kuih gula melaka tu antara my peberet juga. Tapi hati2 ye marya kalo bagi Iman makan kuih tu, dikhuatiri tercekik pula..Nauzubillah..

Mummy suka tengok teko dan cup di belakang gula melaka tu.. Soooo english!!

Tak sabar nak tengok post 'orang Peru' di bulan Ramadhan :)

Unknown said...

tingin nak tngok lukisan tu secar real... shud b amazing kan... (^___^)

Eye_nee said...

Assalamualaikum sis..

Sori sis tak masuk rumah kamu beberapa hari ni...

Tq sbb bagi info pasal lukisan tu...kagum dgn kesabaran pembuatnya..bukan mudah..nak2 yg diperbuat dari kulit2 siput tu

|| NaFiRaa || said...

dh masuk musim sejuk yer?? mesti perut asik lapar jek kan~

tak tahan lah tengok kuih buah melaka tuh.. kalo terengganu panggil kuih tuh onde-onde.. hehehe

miloaiskurangmanis said...

cantik2 lukisannya...

beb- that roti - buat iols terliur aje...

fieda said...

marya ni terer masak la kan...menarik jer nmpk pic kue tu...dah la ber background kan teko yg ctk..