Gracias!

Showing posts with label Childhood Memories. Show all posts
Showing posts with label Childhood Memories. Show all posts

Jun 4, 2012

Vida...

Assalammualaikum...

Hola carino!

Tak sedar hampir empat hari dah saya tak update! Alhamdullillah, harini saya & hubby berpuasa, baru berpeluang nak puasa sunat di bulan Rejab ni, insya'ALLAH :))

Banyak nak story, sampai tak tahu nak dulukan yang mana satu...hik3... Akhirnya memang tak tahu nak story apa... hahaha :):)

Sejak akhir-akhir ni, kami suami isteri asyik bercerita tentang kisah-kisah yang lalu... Teringat & perasaan rindu adalah normal rasanya bagi perantau kan... :))) Rindu itu akan menjadi sangat manis bila dikenangkan dikemudian hari, betul tak? ;):))

Semalam, saya bertemu kembali dengan sahabat lama zaman belajar dulu, seronok bila dapat bertanya khabar  & tahu perkembangan rakan-rakan lama ni kan ...:)))

Muka masing-masing pun dah banyak berubah, not as cute as old days but more matured and elegant! :):)) Cara pemikiran pun tentulah tidak sama lagi... Now, everyone has their own life's perspective & different view on how to live a life :))

We've changed as time passed by... Kalau dulu semuanya innocent sahaja... Tak fikir apa pun... Tapi kini, hidup semakin mencabar dan terpulang pada diri kita bagaimana nak menghadapinya :))

Whatever happen life must go on... don't ever regret and never look back... Stop living in the past! Stop blaming others! Kita bertanggungjawab dengan kehidupan yang kita pilih pada hari ini... Rancang kehidupan kita untuk hari esok... Doa setiap hari semoga usia & rezeki kita diberkati... 

Kadang-kala sedih bila tengok rakan-rakan yang seolah-olah hilang tujuan dalam hidup... Nasihat buat diri sendiri juga, sebab kadang-kala jiwa kita sangat rapuh... Destinasi hidup kita hanya satu walau siapa pun kita di dunia ini, kemuncak hidup kita adalah 'Liang Lahat'... Jom, kita persiapkan diri kita ke arah itu! :)))


Gambar yang tiada kaitan pun dengan entry... My little jardin @ garden yang tak seberapa nak menjadi... Pokok kunyit yang makin menguning sebab bercampur-campur dengan pokok yang lain... Ada pokok pandan dan serai juga... Nampaknya kena asing-asingkan pokok-pokok ni bagi subur sikit, "Babah, seems like we have to buy new pot!" ngeh..ngeh... :))


Mana Ummi kat situlah juga dia :)) 

Trimkan pokok-pokok tu supaya tak semak sangat mata memandang :))


Iman dengan 'spenda pampers',dia yang panggil hehehe ;))


:)))


Gambar makanan adalah wajib di blog saya... Nasi impit & kuah kacang... Teringin sangat nak makan, lagi-lagi lepas teringat Datin Halimah sebut kuah kacang campur daging, terasa macam makan sate daging :))

Hobi baru: Masak, snap gambar & tepek kat blog! hehee 

Ada yang dah buat patty burger yang saya share tu?? Nanti bagitahulah ye hasilnya :))

Thank you for reading!

Chau mi amor! 




May 26, 2012

Haruman Ramadhan...

Assalammualaikum...

Hola Peeps & Amigos!

Aaaahhhhh... Rasa sangat-sangat lega dapat meluruskan badan atas tilam... Mr Hubby takde dah keluar ada jemputan dinner, entah dari Embassy Egypt katanya...hikhikhik... ;)) Tak dapat nak pergi sebab official/berprotokol takde orang nak tolong tengokkan Iman, lagi pun Iman bukannya nak dengan orang yang dia tak kenal! Tak kisah pun sebenarnya.... Lagipun penat lepas balik dari Barrio Chino tadi... :):))

Sekarang ni sebulan sekali je turun ke sana, selain beli sayur & ikan tadi pergi memborong baju untuk musim sejuk ni.... gagagagaga.... Memang dah terasa sangat kesejukkannya... Paling sejuk setakat ni 18 Celsius (Macamlah sejuk sangat..hehehe... Kulit nipis! Tak tahan!) ;)))... Walaupun cuaca di sini tidaklah sampai dibawah  paras beku (bersalji), tapi bagi orang asia macam kita ni dah sojuk bonar dah rasanye... Paling minimum 8 darjah celsius!

Semalam masa balik dari kelas Spanish hujan turun renyai-renyai... Very very fine & thin! Tak basah pun baju... Rasa macam tak puas pulak! Rindu sangat-sangat! Rindu nak bau rumput, lumpur & jalan tar yang basah lepas hujan! Bauan yang.... Uuuurghhh... Unexplained :'(

Sekejap je dah masuk bulan Rejab... Salah satu dari empat bulan-bulan Haram! Lepas ni bulan Sya'aban, bauan dan haruman Ramadhan semakin terasa... Rindu lagi :(

Harapan biarlah tahun ini mendapat keberkatan yang lebih dari tahun-tahun lepas... Insya'ALLAH...

Pagi tadi kami bersarapan Roti John... Kegemaran hubby bila tiba Ramadhan... Masa kat Malaysia dulu, Roti John adalah hidangan wajib untuk hubby!

Teragak pulak nak makan... Jadi saya buatlah... Nanti Ramadhan, taklah ralat sangat! ;)


Roti John!


Kebetulan kuah ayam masak asam pedas kari masih ada buat cicah roti banquette! Kat sini banquette lebih lembut walaupun dah sejuk... Dulu, selalu beli kat Tesco, koreh (keras)! ;);))

Simple breakfast to start our day :)))

Sejak 2-3 menjak ni asyik dok terpikir-fikir nak buat kuih-muih traditional... Lama dah simpan skill... ecececeeeh!!! Konon ;p

Dulu masa masa sekolah menengah sampai lepas SPM selalu tolong angah berniaga kuih di bulan Ramadhan... yang paling terror buat kuih dalam adik-beradik adalah kak ngah, saya jadi observer je tak pernah try buat, tolong jual jek..hehehe... Sekarang ni baru terasa rugi... :(

Antara kuih yang saya suka!


Buah Melaka!

Nasib baik tepung pulut ado! :)) Lama dah tak rasa kuih ni... Nasib baik ada bawak gula kabung sikit aritu Jadilah buat rasa-rasa :))

Nantilah try buat kuih-muih yang lain... Harap-harap menjadilah! :)))

Nak jawab beberapa komen yang 'terberkenan' dengan gambar ala-ala lukisan K-Pop (Korea) tu... Milo ais Milo, Eye Nee, Pok Amai-amai & Tak Pe Je: Lukisan tu yang saya tengok bukan dari cat air ke apa... Bukan jugak cross stitch :)) Walaupun saya kurang berbakat dalam menjahit tapi saya pernah buat cross stitch dulu! Jangan tak caya! hehehehe... Saya pun tak tahu nak explain macamana tapi kalau tengok dari rupanya macam jahitan ala-ala jelujur gitu... benang-benangnya kelihatan melintang bila dilihat dekat-dekat! :)))

Antara gambar yang saya sempat snap!


Agak gelap sikit... Ya ampun...hikhikhik ;)




Gambar yang terakhir ni bukan dari benang but its from shell... Kulit-kulit siput... Cantik! Harga yang saya tanya kalau tak silap satu gambar tu dalam S/.300 hingga S/.500...

Last but not least... Sebagai pengisian jiwa, Firman Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa"


Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).
Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram. Marilah kita rebut kelebihan bulan-bulan Haram ni dengan berpuasa serta bertaubat kepadaNYA... 
P.S. Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga terdapat beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya. Dunia hari ini tanpa sempadan, hati-hati wahai sahabatku dalam menyampaikan sesuatu kerana kadang-kala tanpa kita sedari ditakuti kita mendustakan Rasullullah SAW (Nauzubillahminzalik..) :'(

May 8, 2012

Exclusive: Tiramisu Recipe!

Assalammualaikum...

Hola Carino!

Que tal?

Mi, muy bien :)))

'Que tal?' cara bertanya khabar informal way... 
Mañana es mi clase de castellano! Risau ni nak kena hafal manatau kena soal lak sok...hehehe ;p 

So, today I just want to share on how to make one of Italiano famous cake! Tiramisu!!! (Sila jerit kuat-kuat ye)

 Tiramisu ni consider cake ke pudding ek? Hahaha...whatever...:)))

Actually, atas permintaan Mummy Mariam Bebakar & Nira... Mummy, I don't know you are expecting baby...    Congrates! Tentu Cheche & Meimei suka kan :)))

Resepinya mudah je, asal ade bahan-bahannya semua boleh jadi... Macam triffle pudding tu, senang je sebenarnya... Jika ada keinginan semua boleh jadi...Insya'Allah... Marya taklah pandai sangat... Semoga perkongsian yang tak seberapa ni menambahkan kasih sayang sesama kita... Dan yang paling penting hubby pun makin sayang kan... Kita share sama-sama pahala tu, Insya'ALLAH ;)))

Tapi sebelum tu Marya nak share satu ceritalah bab masak-memasak ni... Rasanya semua orang pernah dengar ayat ni, "Belajar tinggi-tinggi pun akhirnya ke dapur juga"... Dulu, saya sangat tak suka dengan kata-kata ni seolah-olah macam merendah-rendahkan kemampuan seorang wanita tu... But, at the end I have to admit that... how great the women is, ending mesti ke dapur juga... For me now, dapur is like my sacred place... I cook, I bake just for my loving one... LILLAHITA'ALA..

And it's just great to have that feeling... Allahhu'Akbar! Can't describe the feeling :))) Seronok sangat... Memasak pun satu ibadahkan :)

Dulu, masa belajar saya tak pernah nak ambil tahu langsung tentang masak-memasak ni... My mak pun tak pernah menggalakkan, I just can remember she used to told me that, "Tak payah belajar, nanti pandai sendiri." And sampai harini I masih ingat lagi kata-kata tu... And so true, wanita & memasak macam 'gifted'... Hadiah yang Allah bagi pada orang perempuan, cuma kena rebrush & polish sikit-sikit here & there... Betul tak?

Dulu, masa hubby & I berkawan, hikhikhik ;))) berdating, masa chating-chating dalam phone tu dia ada jugak bertanya, merisik-risik "Masak apa harini," Saya just jawab, "Ntahlah, mak yang masak..." kueng kueng kueng... Kan dah kantoi kat situ tak tolong mak kat dapur...huhuu...So, he had the view that I memang tak pandai & reti masak...kahkahkah... :D

Pernah nak tolong mak kat dapur, nanti my arwah sister (saya ada dua kakak, seorang meninggal sebab cancer) cakap, "Tak payah, ko pergi belajar nanti dah kahwin aku masak untuk ko," So sad bila mengenangkan kata-kata dia yang tak pernah kesampaian :( 

She left us too soon, ALLAH lagi sayang dia... May she rest in peace :'(

Innallillah, Al-Fatihah...

Lepas tu, pernah one of my bff tanya, "Ko pandai masak ape?" Tak tahu kenapa dia tanya saya macam tu sebab dia memang terror bab memasak ni...heheee... Maybe, she want to test me lah kot...hahaha... And I proudly said, "Aku pandai masak spaghetti." Kira macam dah terror sangatlah...hahaha :p Then she said, "Masak spaghetti nak buat apa." Aiikk...

Rupa-rupanya sekarang ni baru saya tahu, masak spaghetti tu rupanya resepi orang kejar masa & asal ado! Ingat yang paling canggih tadi... kehkehkeh... :D

Now, by hooked & crooked I have, no...no...no I must cook! Dulu masak juga tapi taklah se'passion' sekarang ni... hehehe :))

Lagi satu my mak & sister yang no.2, angah memang dari dulu terkenal sebab pandai memasak... Buktinya, my sister sekarang ni memang buat katering... taklah besar-besaran tapi adalah orang tempah kira orang suka & iktiraf pandai masaklah kan... :)))

 Mak dulu pun masa kuat, selalu juga orang panggil suruh masak itu ini & pernah juga masuk pertandingan memasak & menang...hehehe... Plus my MIL pun pernah juga buat katering, kira macam bonus for me! Bak kata my sister, "Rundown from generation to generation!" hehee...

Alamak, panjangnya mukadimah... Thank you for reading ;))) So, here the recipe yang tak seberapa ni...  


Bahan-bahannya:

32 Lady finger or sponge finger (Sebanyak yang perlu asal muat dalam bekas)
6 biji kuning telur (but in my case saya guna 3 biji sahaja-psssst... kolestrol!)
500g Mascarpone Cheese  (Boleh replace dengan Ricota Cheese/Turtura Cheese/Philadelphia Cheese/Creme Cheese pun boleh)
6 sudu caster sugar (Marya mesin je gula yang ada bagi halus & boleh tambah kalau nak manis lagi)
250g Whipping Cream (Saya guna Cream Cheese...hahaha...macamana tak gemuk ;p)
2 packet instant cafe/nescafe/milo bancuh dengan air panas
A few drop of vanilla essence

Almond Flakes
Cocoa powder (serbuk milo pun jadi..hehehe) 


Cara-cara membuatnya:

1. Susun biskut tadi dalam bekas yang bersesuaian... Shape is everything! :)
2. Tuangkan larutan milo tadi atas biskut tadi hingga menyerap & sapu rata.
3. Masukkan gula, telur & essence vanilla tadi dalam satu bekas & masak dengan menggunakan teknik double boiling... Stir frequently until creamy, for 25-30 minutes.
4. Campurkan dengan Mascarpone cheese tadi... 
5. Mixer atau mesin untuk menghasilkan tiramisu cream...
6. Kemudian, bila dah agak sejuk sapukan atas biskut tadi... Spread all over evenly.
7. Biarkan agak-agak beku, kemudian letak lapisan kedua biskut tadi.
8. Ulang langkah 2 .
9. And then, ulang langkah 5 dengan whipping cream atau cream cheese tadi. Add sugar kalau nak manis sikit.
10. Store in the fridge for at least 2 hours.
11. Taburkan almond flake, serbuk milo semasa nak menghidang...


Yang ni haritu punya...


Creamy... Tapi sangat sedap! Saya tak pandai nak deco-deco... hikhikhik! ;))

Selamat mencuba!

Adios~

P.S: Harini tidur puas betul tidur siang lepas balik dari meeting Perwakilan tadi, mata berat tak boleh nak tahan... Bangun seawal 5 pagi semata nak buat pengat pisang... Lama dah tak tidur siang...hehehe... ;))

Dec 16, 2011

Marya Yusof??

Assalammualaikum...

Salam 1 Malaysia...

Marya Yusof?? Nama macam artis lah...

Hahaha ~

Ok...ok...tau korang nak muntah...

Sebab tulah aku terpanggil nak buat entry ni, adoyai..!

Jomlah kite kenal-kenal... Sebelum tu, cerita tentang asal-usul name dulu...

Nama sebenar aku Maryatie Bt Mohd Yusof... Ejaannya memang exactly macam tupun..hehehee...

Aku sebenarnya tak pasti siapa yang bagi nama ni tapi, kalau ikut cerita... asal nama aku ni dari perkataan MARA... ala, Majlis Amanah Rakyat tulah... Sebab, arwah abah aku dulu pernah kerja sekejap kat situ... macamana boleh jadi MARYATIE tu aku tak pasti... nasib baik nama aku bukan MARATI... Kalau tak, haru jugak aku...hehee..

Family aku biasanya panggil aku Mar... Dik Mar (sebab aku anak bongsu)...

Hanya yang betul-betul rapat je panggil aku Mar...

Aku tak suka orang panggil aku Yati, Atie or whatsoever... rasa macam tak kena dengan jiwa je nama tu... lagipun kakak aku nama die Hayati, orang sume dah panggil die Yati... So, tak payahlah panggil aku nama tu buat confuse je... Tapi ade gak yang tak kenal dengan aku, panggil nama tu... Lantaklah...

Ade jugak yang panggil aku Mary.... Mery... ni masa belajar kat Uni dulu... Dorang ni susah sangat nak ingat nama aku... sesuka dorang je panggil aku Mery... Ingat aku biskut Mery agaknye... heheee....

Aku tak suke sebenarnya tapi nak buat macamana, dah orang nak panggil terima jelah...rasa kelakar pun ade gak... sebab sape yang dengar mesti bajet aku nak nama glamer... kononnye omputih sangatlah...hahaha... menyampah...!

Ade jugak yang panggil Mery Ke'ai... Ke'ai tu maksudnye comel dalam bahasa Mandarin... tang mane yang comel, aku pun tak tau... geli ketiak aku...kih kih kih...

Ramai jugak yang panggil aku Maria, tapi aku tukor jadi Marya sebab dah ejaan name aku macam tukan... Masa Diploma kat Uni  dulu memang semua kenal aku dengan nama nilah... Mery tu panggilan masa belajar Degree.. 

Asal nama Maria ni masa masuk Form 6 kat KGV... sekejap je amik Form 6 pastu cabut masuk U... ade ke bebudak ni cakap name aku macam orang Indo (Indonesia)...kureng asam betui! Tapi memang ala-ala pun kan.. kah kah kah ~

Pastu dorang panggil aku Maria, konon abis glamer sangatlah...heheee

Rasa selesa dengan nama Marya Yusof ni.... rasa mudah & komersial sikit...cheeewaah!

Kalau nak berkenal-kenalan formal atau informal aku akan perkenalkan diri dengan nama ni... Orang memang senang nak ingat...

So, itulah asalnye nama Marya Yusof ni...

Well... korangnye name macamana pulak??



P/S: Entry syok sendiri + boring...hehehe








Dec 9, 2011

Harum Sundal Malam

Assalammualaikum...

Hola Malasia!

Semalam telefon mak, rindu bile dengar suara mak... First things yang mak cakap, pasal bunga melur yang aku tanam dulu... Mula-mula aku niat bagi kat angah - transfer ownership... yelah, daripada terbiarkan... Tapi aku tak tahu pulak angah berbagi-bagi dengan mak... Mak dah tak berapa kuat nak tanam & jaga bunga-bunga ni... so, aku takdelah offer pada mak at first place... walaupun tahu mak mesti suka punya...

Tup tup mak cakap, "Mar, pokok bunga melur ko banyak keluar bunga... banyak sangat bunga Mar...," Rasa nak meleleh airmata aku ni bile mak cakap macam tu... Aku rasa mak rindu kat aku tapi tak tahu nak cakap macamana, biasalah mak... agaknye, bile tengok bunga tu seolah-olah pengganti aku... yelah akukan gile dengan bunga-bunga ni... 

Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau mak pergi kerja aku mesti pesan kat mak mintak tolong kutipkan bunga kemboja kuning (frangifani) yang gugur kat tengah jalan dapur rumah orang... mak biasa lalu kat situ bile nak balik ke rumah dan setiap kali mesti tak lupa bawak balik untuk aku... Aku suke je berangan selit bunga tu kat telinga...konon-konon ayu sangatlah...hahaha ~

Buruk dah gambar lama ni ~
Aku suke jugak cium-cium bunga-bunga ni sampai pernah arwah abah tegur... tak elok cium bunga tu sangat sebab manatahu ade penyegat atau semut dalam bunga masuk pulak dalam lubang hidung kang...hihihi...

Who can forget their childhood memory? So sweet, and still fresh in my head...

Bile tengok bunga-bunga yang blooming dekat sini sedikit sebanyak terubat jugak rindu pada bunga-bunga aku dulu...

Pokok bunga harum sundal malam

Dulu mak ade tanam bunga harum sundal malam tau... Nama saintifik atau nama lainnya aku tak pastilah pulak... Bunga ni mak tanam sebelum filem Pontianak Harum Sundal Malam tu ditayangkan lagi... the flower really exist... bunga ni bile siang die tak kembang & berbau but bile malam...bau die toksah nak cakap, sangat harum & sometimes...eerie...sebab tulah agaknye die dipanggil Harum Sundal Malam...
Tapi bagi orang yang dah tahu & biasa tak kisah dah.... Ramai yang mintak benih pada mak sampai naik merajuk pokok tu...

Guess what?!

Dekat Lima ni bersepah-sepah bunga ni ditanam... dekat compound apartment yang aku tinggal sekarang ni pun ade... I'm quite surprise... ingatkan bunga ni ade wujud di negara beriklim seperti di Malaysia je...heheheee...

Sempat snap masa on the way ke ofis Mr Hubby semalam

Dekat sini pokoknye lebih rimbun lagi... mungkin sebab cuaca kot... lepas tu siap ade buah pulak... Actually I'm not so sure adakah itu buah atau putiknye...

Berbuah

Di dalam kawasan rumah

 

Pokok menjalar ni nampak cantik pulak... Tu yang snap...

Oklah... Selamat berjumaat semua...

Ciao!