Gracias!

Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Jul 5, 2012

Masak Lomak Daging Salai Aguaymanto! ;)

Assalammualaikum...

Hola todos!

Ada ke yang tertarik dengan tajuk kat atas nun! hehee ;)) Inilah yang dipanggil penangan 'Masterchef'... Walaupun duk jauh di perantauan tapi masih mengikuti perkembangan terkini tanahair tau! hahaha ;D

Gimik je tu! hehee :))

Sebelum ni kan saya pernah terbaca beberapa orang blogger bercerita tentang sejenis buah hutan yang dipanggil buah letup-letup ... Dulu, masa saya bersekolah rendah  tempat saya belajar mengaji Al-Quran, saya selalu nampak pokok buah ni yang tumbuh meliar dekat semak-semak di tepi surau  tempat saya mengaji tu... Tapi tak tahu pulak yang buah ni sebenarnya boleh makan! :)))


Rupa-rupanya buah tersebut adalah sejenis beri yang banyak khasiatnya... Ia dikenali sebagai gooseberry atau in Peru they called it 'Aguaymanto'! Rasanye masam-masam manis seperti buah oren... baunya juga sangat wangi... Kaya dengan vitamin C... Dipercayai juga boleh merawat cancer, leukemia, malaria, asthma, hepatitis, dermatitis and rheumatism! :))))) Source: Wikipedia

Ada yang kata buah tersebut banyak di import ke Malaya dari Amerika Selatan dan dihidangkan di hotel-hotel terkemuka tanahair! Wah!!! :)))

Dulu masa saya bekerja (sekarangkan cuti panjang), selalu dok kat hotel-hotel  kalau outstation  so, saya memang ada perasan buah ni tapi just diletakkan  sebagai dekorasi atau food dressing... Tak sangka pulak boleh makan... Yelah takkan nak makan hiasan kot! Nanti orang kata kita 'jakun' lak...hakhakhak! ;)))

Image: Google

Gambar di atas ni contoh buah letup-letup yang saya maksudkan tu ;))

Di bawah ni gooseberry yang saya beli di Vivanda tempoh hari :))


Aguaymanto! Warnanya kuning & baunya harum bila dah matang :))


Boleh terus dimakan begitu sahaja... Memang sedap tapi bagi kita yang tak pernah jumpa buah tersebut terasa juga kejanggalannya tu...hikhikhik



Isinya yang serupa tomato ceri, menggunakan ke'bijaksana'an dan ke'pakar'an yang ada saya suka-suki mencampurkan buah tersebut dalam Masak Lomak  Daging Salai yang saya buat tadi... ngeeeeee....


Uiiiiissshhh... Memang sodap lah! Ahaks... Puji diri sendiri ;p  hehehe :))


 Bila mamam ada bunyi 'pops' dalam mulut & melting.... Sedapnyeee ;))

Nanti kalau ada dekat rumah kawan-kawan buah ni bolehlah cuba masukkan dalam masakan anda ye! Taruk dalam sambal belacan pun rasanye best jugak ni! hehehe... Insya'ALLAH... Pasti tak mengecewakan... :))

Apalagi checklah di semak berdekatan rumah atau di semak-semak kat kampung anda manatau ada buah ni... bolehlah dikormesialkan...hahaha :))

Semoga bermanfaat :))

Chau...

P.S. Tak sempat lagi nak drop and say hi dengan kengkawan lagi... Update curi-curi... Sedang merancang percutian ... Insya'ALLAH, mohon doakan yang baik-baik ye :))