Gracias!

Jul 18, 2012

Paracas Peninsula!

Assalammualaikum...

Hola todos!

Harini baru boleh update dengan tenang, Iman tak seberapa sihat tadi hantar dia ke Clinica El Golf lagi...      Selsema & demam sikit... malam tadi merengek-rengek sebab tak selesa agaknya... Tadi lepas makan ubat, terus suruh dia tidur biar die take a good rest... For myself tidur is natural medicine bila demam & selsema... Kelas pun saya terpaksa ponteng gaklah arini... Takpe I kan very fast learner! hak...hak..hak ;))

Terima kasih bagi yang sudi baca & komen past story: Las Islas Balletas! The Balletas Islands! tu ye... Muchas gracias ;))

Sebenarnya Balletas Islands dan Paracas Peninsula ni terletak di sebelah selatan Peru... Lebih kurang 280km dari capital city, Lima by following Panamericana (Pan American) Highway! Take around 3 and half hours if driving by car from Lima to Paracas, Ica... I will tell you later about our journey soon..insya'ALLAH:))

During the boat tour, at first Iman was a bit scared and when we're on boat he was hiding below my seat! Tengok memang kelakar...hehee.. But slowly, saya pujuk-pujuk dia lepas tu barulah dia berani sikit... Lagi-lagi selepas tengok macam-macam kan ;))

After boat tour, we're back on land for the next trip to visit the Paracas Peninsula... 


Sebelum tu, tengok dekat hotel kami ada orang bagi burung Pelicans ni makan... Lepas tu terus dia mengamit kami and shouting "Cino! Cino!" hak..hak..hak... Panggilan biasa bagi kami ni... Mereka ingat kitorang ni Cina tak pun Japon (Jepun) ;))


Hubby beria-ria ajak pergi dekat... Lepas tu terus dia buat aksi bagi burung tu makan... Baling ikan tinggi-tinggi... Lepas tu apalagi Pelicans tu berebut-rebutlah tangkap nak mamam :)


See, how big it is! Tinggi Imankan?.. Kenalah 10 soles, sedekah bagi buat beli makanan untuk burung tu...hehehee...

Settled everything, kami pun bertolak ke Paracas Peninsula by minivan... Nasib baik kami join trips ni dengan beberapa tourist yang lain instead of drive sendiri... Sebab jalan nak menuju ke sana sangat mencabar... Tiada jalan tar hanya jalan berpasir merah, tanah gurun kan :))

Untuk pengetahuan semua tempat ni telah diisytiharkan sebagai World Heritage National Site by UNESCO! Considered as strangest & richest ecosystems in the world! Hebatkan :))

Kami dibawa melawat tempat untuk melihat Flamingo tapi sebab jauh tak dapat nak share gambar kamera tak cukup canggih! hehee... We are not allowed to go near as it is prohibited to do so... 


 Lepas kejadian Tsunami 2007 yang lepas banyaklah artifact & tinggalan sejarah yang timbul! Cuaca di sini secara averagenya adalah 19 darjah celsius... Sangat kering, sebab boleh dikatakan sepanjang tahun memang jarang hujan... Desert climate yang preserve all those historical nature... Kuasa ALLAH!



Masa ni tengah dengar explanation from the tourist guide... Percaya tak if I'm saying matahari terpacak atas kepala tapi rasa sejuk sangat... Masya'ALLAH... Ni barulah betul Sedingin Gurun! heheee... Hubby gelakkan tajuk tu dulu... Sukatilahkan heheee...


Angin sangat kuat... Tengoklah Iman tu... Ni saja beraksi seolah-olah ditiup angin... hehee...


Iman dengan babah! :)


 Iman tulis-tulis! Sekali ajar terus tak henti-henti nak buat! :))


"Saya adalah burung Seagull, habitat saya adalah di tebing"

"Rakan yang melawat sila pastikan tidak meninggalkan laluan yang disediakan yang menyebabkan kerosakan geologi" Bukan saya yang kata tapi burung tu yang cakap...heheee ;))


 La Catedral! 

The rock formations along the Paracas coastline caused by the wind and erosion... Subhan'ALLAH! Pada asalnya bersambung tetapi sekarang hampir musnah after being washed away by the earthquake-generated Tsunami...

Sekelip mata, segala yang menjadi kebanggan musnah jika itu kehendakNYA... Catedral kalau mengikut maknanya bermaksud gereja besar... Mungkin sebab itu ia musnah... Sekadar pendapat saya (,")v  


Hubby & Iman bergambar depan board yang menunjukkan gambar La Catedral serta penerangan sebelum & selepas Tsunami... Tempat ni sangat tinggi dan menggerunkan 90 darjah ke bawah adalah laut! Tu yang dukung Iman sebab rasa ngeri... ngeeee....


Sebelum gempa August 2007- image google :)


Taik burung yang mahal!! hehee ;))


Diambil dari tebing tempat kami berdiri untuk melihat panorama yang indah ciptaan ALLAH ini... Tengok kat bawah tu ada orang...cinonet jerk... agak-agak berapa meter tingginye ni??


Air laut Humbolt current , tidak seperti di Malaya... airnya sejuk serta berombak kuat! :))


Saya memang gayat dengan ketinggian! Peluk Iman ketat-ketat... Bahaya tebing tu oooiii!


Love this pic! :))


Dikelilingi gurun yang kontang saujana mata memandang... ALLAH The ALMIGHTY! :)


Sea & desert comes together! Amazing! :))


Sebahagian muka bumi yang berubah akibat bencana...


Bye La Catedral! Don't know when we'll be met again!


Next, Roja Playa (Red Beach).... 


Dipanggil red beach because of the sandy beach along the coastline :))



Aktiviti menulis tetap diteruskan :))


Sempat rasa air tu... Memang sejuk....gagagaga... :))


From the dark-chocolaty to the red and yellow sandy desert! Masya'ALLAH... Tidakkah mengagumkan ;))

Terima kasih kerana sudi membaca, panjang lebar dan banyak kali juga stop dan sambung semula karangan ni... Insya'ALLAH dipanjangkan umur nanti saya sharekan pula pengalaman yang saya yakin semua tertunggu-tunggu... Huacachina! American Oasis! 

Hasta La Vista... Chau carino! :))

Jul 16, 2012

Las Islas Balletas!

Assalammualaikum...

Hola!

Alhamdullillah, sempat jugak nak update... Rasa macam sekejap sangat masa yang berlalu... Bermakna mood bercuti-cutian pun dah berakhir... Tak lama lagi nak sambut Ramadhan, terasa sayu pulak... :(

Seminggu hubby bercuti, jadi terpaksalah tinggalkan blogsphere seketika... Menjalani kehidupan di dunia realiti itu yang lebih baik ;))

Harini tuan rumah hantar orang untuk betulkan master bathroom kami selepas kejadian itu! hehehee ;)) Nak sebulan baru nak fixed everything! Tak kisahlah katanya nak tukar segala-galanya... Tiles, toilet bowl & bla bla bla.. Sukahatilah kami terima je ;))

Kisah tentang percutiaan kami tempoh hari... Percutian yang singkat tapi bagi saya adalah pengalaman yang sangat-sangat bermakna, penuh dengan kejutan & misteri... SubhanALLAH... Saya nak coret di sini sebagai rujukan pada masa akan datang... Untuk anak-anak & cucu-cucu baca nanti... Insya'ALLAH :))

Percutian yang separa terancang ni, bermula pada 9/7/2012 (Isnin)... Kami bertolak dengan menaiki kereta yang hubby sewa selama seminggu... Cerita tentang pengalaman perjalanan di bumi asing ini akan dikongsikan kemudian ye ;))

Dipendekkan cerita, kami tiba di Paracas pada lebih kurang 3.30 petang selepas menempoh 3-4 jam perjalanan dan terus check in hotel... Kami pilih hotel budget murah je... Sekadar untuk melepaskan penat & tidur semalaman sebelum aktiviti esok hari...


We stayed a night at Mar Azul Hotel... Bersih, selesa & yang penting tranquilo (tenang) ;))


View dari tingkat atas hotel... Bangunan di sini seperti baru dalam pembinaan... Tak seberapa tersusun tak pasti kenapa, samada masih baru dibuka atau dalam proses pembangunan semula selepas Tsunami (Earthquake) 2007 yang lalu...

Berhadapan lautan pasifik dan dikelilingi gurun yang berdebu... Cuaca adalah lebih kurang sekitar 20 C pada waktu siang dan 12 C pada malam hari...



Lelaki tu tourist guide kitorang... Fasih berbahasa Inggeris... Bukan senang nak jumpa orang yang pandai berbahasa Inggeris di Amerika Latin ni tau! heheee ;))


Ni bukan bangau! Tapi Pelican Birds... Banyak terdapat di South America ni :))

Pauh panjang, besar hampir setinggi Iman...


Pagi-pagi selepas sarapan kami bertolak menaiki boat untuk Island Tours... Las Islas Balletas...


Candleabra or Candleabrum (Tres Cruces/Trident)... 

Lines engraved on stones, ukiran pada batu yang tidak diketahui tujuan dan siapa pengukirnya... Dipercayai juga ada kaitan dengan Nazca Lines... Related to Pre-Inca Culture, which is possibly been drawn millennial years ago! 


Sememangnya mengkagumkan, kerana ia tidak pernah terpadam or been eroded by anything!  Masya'ALLAH...


Humbolt Penguins! The threatened species... Kami hanya melihat dari atas boat dan tidak dibenarkan turun ke darat supaya tidak menganggu habitat semulajadi haiwan-haiwan ni :))


Thousand species of birds around the Islas! Menakjubkan :))


Yang hitam tu adalah ribuan burung-burung yang singgah & bersarang... Macam kismis!


Tumpok-tumpok taik unta burung! hehehe... Baunya toksah cakap... Hampir 1 jam teroleng-oleng atas air dicampur dengan 'haruman' bird poops! Erkkk... uweeek... sememangnya meloyakan... terpaksa menahan nafas begitu lama...huk3...


Walaupun busuk tetapi siapa sangka tahi burung inilah yang pernah menyelamatkan ekonomi Peru suatu ketika dahulu... It is the world's best quality fertilizer in the world! :))

Tahi-tahi burung ini dikorek atau di'harvest' every 5 to 7 years, kena tunggu dia tinggi membukit baru boleh ambik... Just imagine, akan ada pekerja yang tinggal serta bermalam di pulau-pulau ni semata-mata nak collect tahi-tahi burung tu untuk di eksport ke England & France...

Aduh, satu jam pun kami dah tak larat nak duduk lama-lama kat situ inikan pula berbulan-bulan!! Memang tabahlah orang tu...huhuhuu...

Ciptaan ALLAH itu sememangnya tidak sia-sia :)


Tahi-tahi burung ni dipanggil "Guano"... Masa menaip ni pun masih teringat-ingat kebuuusyuuukannye tu...hik3... :)


Leon del mar!


Sea Lions ;))

Saya tak tahu pulak yang jantan ni banyak bini... 18 ke 20 ekor bini dia...adoyai! hehehe ;))


Thick white layer of bird dung! Dah tinggi menggunung dah ;))


Alhamdullillah, we are so lucky dapat tengok wild dolphins in live! Delfines (Spanish)!


Jarang-jarang boleh tengok ikan manja ni... Kalau nasib lagi baik boleh tengok wales...Tapi belum musimnya... Kata tourist guide tu, bulan October to November ada wales! Wah, syoknye! Macamlah nak pergi lagi..hak...hak..hak ;))



Secara keseluruhannya, kami sangat-sangat puas hati... Alhamdullillah... Banyak yang kami pelajari &  sedikit cerita untuk dikongsikan kepada yang sudi membaca...

Sesungguhnya semua ini milik ALLAH... Semoga bermanfaat dari coretan 1/4 perjalanan kami ini... Tunggu next entry tentang National Reserve Paracas where the ocean & desert comes together.. Insya'ALLAH :))

Chau carino!

xoxoxoxo

P.S. Want to see more amazing pictures click here >>>>>>> Marya Yusof

Jul 14, 2012

Holiday Mood :)

Assalammualaikum...

Hola! Hola Todos!

SubhanALLAH, Alhamdullillah... 

Thank you so much to the wishes & doas for hubby... Seminggu tak update... Still holiday mood... tapi nak jugak update sebab terasa rindu dengan semua ;))

A short update for today... I'm promise (,")v 

Before very-very long & sleepy stories about our vacation...hiks;))  

A new experience that full of mysteries, adventures & surprises! No word can ever describe... its just exciting & amazing... SubhanALLAH! :))

Syukur Alhamdullillah, segala-segalanya adalah atas kehendakNYA, kita merancang tetapi DIA adalah perancang terbaik :) 

Antara tempat yang sempat kami kunjungi...







Serta Paracas, melihat keunikan Balletas Island dan Chauchilla Cemetery dimana kami melihat mumia yang berusia ratusan tahun secara direct atau lebih dekat! :))

Masya'ALLAH... teruja sangat nak cerita... Semoga ada yang sudi membaca dan insya'ALLAH saya akan cuba membalas kunjungan semampunya... 

Buena fin de semana! Have a great weekend everyone! :))

xoxoxoxo

Jul 7, 2012

Happy Birthday Dear Hubby! :)

Assalammualaikum...

Alhamdullillah, harini 7/7/2012 birthday my dear hubby yang ke-xx... hehehe ;)) 

Dear Abang,

Happy Birthday to you! Feliz Cumpleanos! Aid Milad Said! Selamat Hari Lahir!

Semoga apa yang dicita-citakan tercapai! Semoga dipanjangkan serta diberkati umur untuk bersama-sama menjaga serta mendidik anak-anak kita nanti... Semoga dimurahkan serta diberkati rezeki untuk kita sama-sama nikmati & syukuri... Merasa cukup dengan yang sedikit serta merasa puas dengan yang banyak... ;)))

Bie takde special hadiah untuk abang cuma bie doa abang bahagia dengan life yang kita sama-sama pilih ini... Bak kata our little boo "Iman takde duit nak beli mainan! Nanti mintak kat babah ye!" hehehee... 
*wink*wink* ;))


Terima kasih kerana sama-sama menjaga baby boo Iman! Mungkin kita bukan yang terbaik tapi kita cube buat yang terbaik demi anak-anak... Merekalah harta kita di dunia ini serta pencen alam kubur kita nanti... insya'ALLAH...


For my handsome-est, smartest, funniest and best-est hubby in the world, no gift could ever compare to a prayer I made of thankfulness and happiness I made to ALLAH today. 

Barakallah...barakallah...barakallahufik~

Iman's 7 months ;)))

P.S. Terima kasih juga buat mertua yang melahirkan serta membesarkan hubby ;))
P.S.S Hubby bercuti seminggu...Yeay!!! :DD
P.S.S.S This is auto-published entry... if you're reading, means that I did it! :)

Jul 5, 2012

Masak Lomak Daging Salai Aguaymanto! ;)

Assalammualaikum...

Hola todos!

Ada ke yang tertarik dengan tajuk kat atas nun! hehee ;)) Inilah yang dipanggil penangan 'Masterchef'... Walaupun duk jauh di perantauan tapi masih mengikuti perkembangan terkini tanahair tau! hahaha ;D

Gimik je tu! hehee :))

Sebelum ni kan saya pernah terbaca beberapa orang blogger bercerita tentang sejenis buah hutan yang dipanggil buah letup-letup ... Dulu, masa saya bersekolah rendah  tempat saya belajar mengaji Al-Quran, saya selalu nampak pokok buah ni yang tumbuh meliar dekat semak-semak di tepi surau  tempat saya mengaji tu... Tapi tak tahu pulak yang buah ni sebenarnya boleh makan! :)))


Rupa-rupanya buah tersebut adalah sejenis beri yang banyak khasiatnya... Ia dikenali sebagai gooseberry atau in Peru they called it 'Aguaymanto'! Rasanye masam-masam manis seperti buah oren... baunya juga sangat wangi... Kaya dengan vitamin C... Dipercayai juga boleh merawat cancer, leukemia, malaria, asthma, hepatitis, dermatitis and rheumatism! :))))) Source: Wikipedia

Ada yang kata buah tersebut banyak di import ke Malaya dari Amerika Selatan dan dihidangkan di hotel-hotel terkemuka tanahair! Wah!!! :)))

Dulu masa saya bekerja (sekarangkan cuti panjang), selalu dok kat hotel-hotel  kalau outstation  so, saya memang ada perasan buah ni tapi just diletakkan  sebagai dekorasi atau food dressing... Tak sangka pulak boleh makan... Yelah takkan nak makan hiasan kot! Nanti orang kata kita 'jakun' lak...hakhakhak! ;)))

Image: Google

Gambar di atas ni contoh buah letup-letup yang saya maksudkan tu ;))

Di bawah ni gooseberry yang saya beli di Vivanda tempoh hari :))


Aguaymanto! Warnanya kuning & baunya harum bila dah matang :))


Boleh terus dimakan begitu sahaja... Memang sedap tapi bagi kita yang tak pernah jumpa buah tersebut terasa juga kejanggalannya tu...hikhikhik



Isinya yang serupa tomato ceri, menggunakan ke'bijaksana'an dan ke'pakar'an yang ada saya suka-suki mencampurkan buah tersebut dalam Masak Lomak  Daging Salai yang saya buat tadi... ngeeeeee....


Uiiiiissshhh... Memang sodap lah! Ahaks... Puji diri sendiri ;p  hehehe :))


 Bila mamam ada bunyi 'pops' dalam mulut & melting.... Sedapnyeee ;))

Nanti kalau ada dekat rumah kawan-kawan buah ni bolehlah cuba masukkan dalam masakan anda ye! Taruk dalam sambal belacan pun rasanye best jugak ni! hehehe... Insya'ALLAH... Pasti tak mengecewakan... :))

Apalagi checklah di semak berdekatan rumah atau di semak-semak kat kampung anda manatau ada buah ni... bolehlah dikormesialkan...hahaha :))

Semoga bermanfaat :))

Chau...

P.S. Tak sempat lagi nak drop and say hi dengan kengkawan lagi... Update curi-curi... Sedang merancang percutian ... Insya'ALLAH, mohon doakan yang baik-baik ye :))


Jul 2, 2012

Seafood Snacks ~

Assalammualaikum...

Hola todos!

Que tal? (How are you doing?)

Thank you for wishes & doas for my baby (dah bosar dah), 10 Sya'aban 1433H tempoh hari... Kalau ikut kalendar Masihi, birthday Iman yang ke tiga jatuh pada 1 Ogos 2012... Jangan lupa wish jugak ye! hehehee ;)) 

Dua tiga harini dok busy melayan Masterchef Celebriti... Tengok kat youtube... So far, baru sempat tengok episode 4! Best sangat! Rasa macam fenomena baru lak kat Malaysia sekarang ni ek! :)) 

Bila tengok-tengok rancangan tu terasa membuak-buak semangat nak memasak ni! hahahaa ;)) Berangan-angan kalau-kalau boleh jadi Masterchef! Ahaks! 

Kelakar bile tengok gelagat dorang tu tapi kalau saya kat tempat dorang rasanye tak boleh kot nak memasak... Mau terketaq-ketaq kat situ... Sebabnye, semua nak cepat, pantas, nak hias-hias bagai... Macam saya, tak reti nak masak ramai-ramai lepas tu kalau dalam keadaan pressure memang tak menjadi... kekok! Bab menghias lagilah tak reti, yang saya tahu dah masak terus ngap! hehehe... ;D

Cerita tentang makanan ni, nak share satu tempat kat sini... Yang bagi saya unik & sesuailah untuk kita ni kan :)

Restoran ni nak kata fastfood, ermmm... bolehlah kot! Tapi seafood-fastfood! Yang penting rasanya sangat-sangat sedap! :))

Restoran ni namanya Nitos! Terletak dalam Food Court Plaza Aventura, Callao... Bila berada di negara asing,  lagi-lagi majoriti penduduk bukan beragama Islam, mariscos = seafood menjadi pilihan kami kalau keluar berjimba-jimba! Ahaks ;))


Hubby ordered Set Chicarron de Calamar (Fried Squid) & I ordered Mixto Mariscos! (Mixed Seafood)... Nyum...nyum... Alamak, terasa-rasa kesedapan & keranggupannye tu... Dahlah puasa arini...hikhikhik ;))


Mixto!


Sauce nya biasalah dorang ni tak makan pedas & selalunye creamy-creamy! Lain kali, cakap dengan hubby kite bawak sos kite ek! Sos Life Malaya mari...hakhakhak! :D


This is truly our favorite! Mouthwatering ensaladas! Masam-masam sedap! Aduh, drooling! Cara penyediaan saya kira macam buat ceviche/cebiche jugak! :))

Restoran ni tak jual selain seafood tau! 


Macam biasa, Chica Morada adalah sinonim dengan Peru ni kan... Air jagung hitam! :)


Side dish, ubi kayu goreng! Terasa nak tergelak, sebab kalau kat Malaysia ubi kayu adalah makanan rugi time penjajahan Jepun dulu...rasanye orang kite memang tak pandang pun kan, hik3 tapi kat sini, tapioca dikomersialkan siap jadi snack lagi...hehehee... ;))

Saya tak boleh makan banyak-banyak ubi kayu ni, sebab nanti angin satu badanku...huk3...


Last but not least, kerepek pisang! Kepek pisang kat sini sodap tau! Ranggup & perfecto! Tak heavy so, saya kira macam snacklah kan...heheee... Rasa macam nak ajak hubby pergi mamam kat situ je lagi...hehee...

Rasa-rasa kat Malaysia ok jugakkan kalau ada restoran snacks macam ni! Lain dari yang lain but still not that weird! Kan...kan...? Ke dah ade? ngeeee...

Oklah I end here, take care... Nak masak untuk berbuka nanti... Loves you all! :))

Chau ~