Gracias!

Feb 5, 2012

La momias...

Assalammualaikum...

Hola Mi Amor!

Sebelum tu, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Malidur Rasul pada semua umat Islam ...

".... Dan tidak kami utuskan Engkau (Muhammad S.A.W) melainkan membawa rahmat bagi semesta alam..." Al Anbia' - 107

Semoga kita dikalangan orang-orang yang mendapat syafaat dari baginda Rasullullah S.A.W kelak.... Amin~


La momias = The mummies = Mumia

I've got something to share with you, mi amigos!

Accidently, terjumpa gambar-gambar momias = mummies = mumia... The best part is, ada relation with the Peruvian history :))

Pameran mumia ini diadakan di California Siences Centre, Los Angeles kemudian berlangsung selama 3 tahun di seluruh US. Sebanyak 45 mumia dan 95 artifak sejarah yang dipamerkan berasal  daripada 15 buah muzium dari 7 buah negara, menurut Marc Corwin; CEO of American Exhibitions Inc.

Pameran yang diberi nama "Mummies of the World" ini adalah pameran penjelajahan mumia yang terbesar  yang pernah dikumpulkan.

Antara mumia yang dipamerkan adalah, bayi berumur sepuluh bulan yang berasal dari Peru berusia 6,420 tahun lampau, mumia 17th-century nobelman, mumia wanita Amerika Selatan yang bertatu di kedua-dua belah buah dada & muka, mumia seorang wanita yang dipercayai mengidap penyakit batuk kering, kanak-kanak yang dipercayai mempunyai masalah hati, dan seorang remaja yang menghidap tumor muka...

Jom layan gambar-gambar ni... Bagi yang penggeli, lemah semangat atau yang seangkatan dengannya, tak tengok pun tak ape... ;):)


Detmoldsky child: Mumia kanak-kanak Peru yang berumur 8-10 bulan, yang meninggal dunia kira-kira 6,500 tahun dahulu, kematian berkemungkinan dipercayai berpunca dari penyakit hati. Salah satu daripada Mumia yang tertua di dunia, malah mendahului mumia Firaun yang terkenal yang berusia lebih 3,000 tahun.

Antara mumia-mumia yang dipamerkan adalah mumia wanita Amerika Latin yang bertatu di kedua-dua belah payudara & di wajahnya.




Gambar dekat wanita Peru yang bertatu di muka...

Gambar di bawah pula, adalah mumia Peruvian yang mati dalam usia 30 tahun, 1,000 tahun yang lalu...

 


Mumia kanak-kanak Peruvian yang berumur 4-6 tahun, analisa pada rambutnya menunjukkan kehadiran nikotin.


Gambar di atas, adalah mumia wanita dewasa dari gurun Pre-Columbian Atacama (kini adalah wilayah Chile)


Keluarga Orlovits adalah sebahagian daripada mumia kurun ke-19 yang ditemui di Vac pada tahun 1994. Mereka ditemui di perkuburan bawah tanah semasa pembinaan semula gereja Dominican. Keadaan yang dingin, udara yang kering di bawah tanah dan minyak pohon pain menyebabkan mayat menjadi mumia serta terpelihara sehingga hari ini...


 Mumia wanita kurun ke-19, Veronica Orlovits bersama kepingan pakaian semasa dia ditanam.


Mumia Orlovitsa Johannese, yang mati pada usia 1 tahun bersama-sama salinan pakaian semasa dikebumikan, termasuk topi.


Mumia Michale Orlovitsa di Tomography Medical Center Cedars-Sinai, Los Angeles.



Mumia fetus manusia yang mati pada perkembangan minggu ke-30 kerana kerosakan tulang belakang yang jarang berlaku.

Beberapa lagi gambar mumia yang boleh dilihat di Trickfist.com...

P.S: 2-3 hari ni sangat sibuk, nanti kita borak-borak ye :)



31 comments:

Apple Pearl said...

salam akak..salam Maulidur Rasul...
ngee..bestnya akak dapt pergi tgokkan..jeleslaa..hikhikhik

Dkna Abza said...

salam maulidul rasul akak :)

btw gambar2 tu memang menyeramkan!

Fazleyatul Aini said...

salam maulidur rasul

mama aini said...

salam maulidur rasul juga dr mama buat marya & family..ehem mama antara org2 yg lemah semangat..masa pameran hantu kat muzium pun mama tak tenguk !!..hu2x..takut..

suzie rahman said...

selamat hari maulidur rasul

Cik Sibuk said...

salam kenal,

wahhh menariknya..
tapi kesian nengok mummy baby 1 tahun tu..

.:fyzz:. said...

salam marya...fyzz skang nih a bit bz..huhu..maklumlah nak exam dh..takut nih...wish me luck k..

seram la tgk foto2 mummy di bawah nih..dh la saya jenis penakut..:P

|| NaFiRaa || said...

salam maulidur rasul jugak buat Marya..

tak pernah plak tengok gambar2 mumia sebelom nih.. menyeramkan jugak..hehehehe

Puan Kutu said...

salam maulidur rasul juga..waa dasyat gak mumia nie, lg bertambah best klu dpt tgok depan mata betul2.hehe..

AmirFX said...

Salam.. Hola Marya! Best gak dapat tgk mumia nie.. Tapi macam seram semacam gak...

Dr Singa said...

rambut still intact melekat di kepala...
amazing...

MulutPayau said...

salam maulidur rasul dik...
Bestnya kalau dapat pergi...tapi mnggerunkan jugak...

Rozie said...

Menarik tapi ???? meyeramkan..

Cikgu Ma said...

ish..seram plak tengok mumia ni...
salam maulidurrasul kak..

akak, nnt datang la blog saya tinggalkan link...senang saya dtg jengah blog akak =)

Mama3Q said...

tengok guna sebelah mata jer..hehe

terpatrisinarabadi said...

ngerinyer...tapi tetap nak tgk jgk..hehehe

IntaNBerliaN said...

huhuu.. menakutkan la mumia2 ni..

susumanis said...

eeeee..takut la hehehe...wonders cam no benda ni x reput after ribuaan tahun kan..Allahuakabar...

Unknown said...

salam msulidur rasul kak marya... seram gambaq... heheh

Ibuhani said...

Selawat keatas Nabi Muhammad SAW jungjungan kita! Salam Maulidur Rasul pd Marya n keluarga!

kurus said...

salam maulidur rasul dear ...
huhuh terpegun akak tgk nie dikk
TQ sharing ! ... ;)

Fai Nardir said...

salam maulidur rasul kak... ngeri tengok2 munia2 ni. fai suke jalan2 sini,byk dapat info. hehe... thanks kak sbb sudi share ;)

ckLah @xiiinam said...

Salam Maulidur Rasul...
Entri sangat menarik...

Mine said...

wow very2 interesting...

Asmara said...

owh.. ngeri gak, tp paling menarik baby 1 tahun dgn baju tu. ;D

Noor Fatin said...

ngerinya!! huhu

Unknown said...

Ngeri lak tengok gambar2 mummia ni. But kudos for great pictures!

Kamalia said...

sian fetus tu ye..kerosakan tulang belakang?..ermmm.btw tengok gambar semua ni agak scary jugak ek..

harleena said...

menyeramkan tengok mumia tu.. tak termimpi2 ke?

mummyrinazone beauty said...

takotnya tgk..gambar budak2 seram plak

sudipVSsenduk said...

menakutkan..
saya tak akan ke pameran mcm ni.. takut!