Gracias!

Jun 26, 2012

Definisi Kebahagiaan???

Assalammualaikum...

Hola Peeps & Amigos!

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa, lagi-lagi puasa sunat Syaaban ni... Yang wajib didahulukan ye ;)))

Just quick & short update... :)

Dalam duduk merenung diri, terdetik dihati dan fikiran untuk mengutarakan pertanyaan buat teman-teman & rakan-rakan... Apakah definisi hidup BAHAGIA buat anda (korang) ye?

Sekadar nak tahu... Sebab BAHAGIA itu sangat luas & subjektif bagi sesetengah orang... Jadi, saya teringin nak tahu apa yang tersurat & tersirat dalam fikiran anda (korang), BAHAGIA yang bagaimana yang dicari, apa yang membuatkan anda BAHAGIA, hidup yang bagaimana membuatkan anda BAHAGIA?

Kongsikan dengan saya, sebab saya teringin dan seronok nak baca! Tulis jangan tak tulis tau! Sekali-sekala teringin nak tahu pemikiran dan pendapat orang lain... ;)))

Mungkin kita berbeza pandangan tentang hidup tetapi kita tetap tinggal dalam planet & di bawah matahari & bulan yang sama... Whatever your life's perspective is, we still friend and always will be! :))


Gracias!


xoxoxoxoxo

P.S. DIA yang satu, ALLAH yang Esa! :))



42 comments:

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Marya.

Sebenarnya, kadangkala kita sendiri tak sedar bahawa kita sedang 'berbahagia' sehinggalah kita diuji...

azieazah said...

Bahagia? Subjektif sangat.

For me, bahagia bila kita redha dan ikhlas menerima apa yang ditakdirkan kepada hidup kita. Bersyukur.

Saya tak kaya, tapi tak miskin juga. Masoh cukup makan pakai. Tak cantik, tapi tetap selesa dgn diri sendiri.
Asal kita menerima seadanya, diri kita dan orang-orang di sekeliling kita, jangan bebankan fikiran. Bahagia ler tu.

fuad ansari said...

bahagia adalah bilamana kita berjaya memasuki syurga Allah swt.. ia ditakrifkan sebagai kebahagian yg sebenar kerana ia bersifat kekal abadi.. (",)

CaDLyNN said...

bahagia untuk lin skrg ni cukupla dgn syukur dgn ape yg ade disekeliling kite dan cube untuk menghargai semuanya semax mungkin :)

Unknown said...

akak bagi yg spesifik jer la yek.
bagi akak yg berhutang keliling pinggang ni alangkah bahagianya kalau bebas dari segala hutang piutang...hahaha

tapi kadang2 bahagia menambah hutang bila habis hutang yang lain...hikhikhik...

Mixed-family in da house.... said...

Salam Marya,

wahwahwah susah topik ni...hehehe

Biasanya, kita rasa bahagia bila kita takder masalah yg memeningkan kepala. Sebab kita lupa yg masalah itu sebenarnya 'alat' utk mendewasakan diri kita.

Dan kita juga sering lupa bahawa bahagia itu sendiri merupakan ujian Allah.....

Bagi saya, rasa puas/bahagia apabila dapat buat orang keliling kita happy, tapi itu sangat-sangat sukar sebenarnya....

Take care Marya...hugs for Iman....

Kakzakie Purvit said...

Setiap org punya definasi bahagia yg berbeza Marya..

Harapnya kita bahagia di dunia dan akhirat kelak.

Unknown said...

Salam Marya...

Bahagia bila kita gembira, di kelilingi teman dan sanak saudara, ada teman berduka, ada teman kala suka, tidak terbeban dengan sesuatu yang memberi tekanan besar pada diri.

Namun ada ketikanya walau kita punya masalah, tetap bahagia bila kita tidak sendiri, Allah sentiasa bersama kita. Rasanya itulah kebahagiaan yang kita cari....mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Tasao Yumiko said...

Salam marya..

bahagia bg saya adalah bebas dari fikiran yg membebankn.. bebanan n tanggungjawab yg x mampu dipikul adalah sesuatu yg sgt berat untuk mencapai kebahagiaan...
oleh itu, dlm keadaan apa skali pun saya slalu kena berfikiran positif n cekal.. menjalani kehidupan ini dgn ikhlas.. pegi kerja, layan suami n anak dan pegi study..
berbuat baik dgn org disekeliling.. insyaAllah kita akan dihargai dan rasa bahagia.. :)

moga marya juga rasa bahagia selalu.. :)

♥MAMASYAZA♥ said...

akak setuju ngan kata2 kakcik

Dr K said...

Bahagia bagi saya ialah:

- punyai keluarga yang harmoni, sihat, dan ada masa utk mereka, disamping punyai sumber material yg mencukupi(tak perlu mewah)utk kehidupan sementara di dunia ini. :)

Eye_nee said...

Assalamualaikum sis..
bahagia...pelbagai cara org mendefinasikannya....Bahagia apabila tidak hidup dlm kepura-puraan...Bahagia bila dapat membahagiakan insan2 yg kita sayangi..Bahagia bila mensyukuri nikmat hidup yg diberikan dan bahagia bila dapat tinggalkan komen disini sehingga seorg sahabat merasa bahagia bila membacanya....hehehe...

faraherda.razalan said...

Bahagia pd sy - suami dan anak.

Sy tolak utk hidup mewah sbb utk mewah, menuntut pengorbanan yg tinggi. Terutamanya, keluarga.

=D

Anum said...

bahagia itu indah

Rozie said...

bahagia... Masing2 ada definisi sendiri..
Pada sy cukuplah apa yg zie ada sekarang...
Ank2 yg sihat..
Suami yg penyanyang
cukup mkn minum dan pakai..
Pendek kta.. Selagi waktu mlm boleh tidur lena.. Itulah bahagia... Hehe
;-)

Unknown said...

bahagia pd saya amat luas,..sukar ditafsirkan dengan kata2...

mama aini said...

assalam marya..ehem macam2 definisi bahagia ni kan..kebahagian bagi mama bila kehadiran mama dlm hidup mereka,mereka menyedarinya & bila tenguk orang lain bahagia, mama pun tumpang bahagia juga !!!..hu2x..apa mama merapu ni.. ahaha..

susumanis said...

Beautiful marya..indeed..bahagia itu letaknya dihati sayang, kita boleh menipu sesiapa saja dengan gelak tawa dalam kemewahan melimpah ruah, party, shopping, dapat semua yang nak tapi jika hati x tenang dan kosong pasti bahagia itu hanya ilusi semata, bahagia itu kembarnya syukur dan redha dengan apa yang ada, menikmatinya dengan penuh gembira keran tahu itu kurniaan dia yang paling berharga...zikrullah ubat bahagia yang paling magis..insyaAllah

safurara said...

bahagia saya apabila melihat senyuman suami dan family.heaven rasa kak bila melihat mereka hepy.bia saya berserdehana.xkaya raya asalkan selalu senyum dan x de hutang keliling pinggang.

atuk said...

Assalamualaikum Marya

tidak semistinya kaya itu bahagia
tidak semistinya sihat itu bahagia
tidak semistinya cantik itu bahagia

alangkah bahagianya kalau telah dijaminkan ke Syurga

eLL said...

Bahagia kita cari, kita cipta, kita fikir dan kita yang acu.

Unknown said...

BAHAGIA BILA LAPANGNYE DADA..ANAK2 SIHAT..SUAMI YG BERTANGGUNGJAWAB DAN DIPIMPIN DGN KEIMANAN DLM DIRI..;)

Rozie said...

tq.. Itulh.. Kalau tidur pun tak lena memang tak bahagia dah lah.. Sebab hati dan minda terganggu.. Kan.

Cikgu Ma said...

kalau setakat ni, definisi bahagia buat saya bila org mampu hargai saya dan buat saya rasa sgt sempurna, walhal saya sebenarnya tak kelihatan di pandangan org...

Abil Fikri Ahmad said...

Salam marya,Pada saya, Kebahagian tercipta dari berbagai2 bentuk n kehendak masing2.Terpulang pada individu itu sendiri bagaimana nak mewarnai kebahagian dia..lain org lain corak bahagia dia..

Unknown said...

bahagia... msg2 ad apendapat tersendiri. as 4 me hidup yg sya lalui tika dan saat ini mmg sgt bahagia.. sukar nk diungkapkan dengan kata2.. diri setiap dari kita yg akan merasainya.. kalau kita rasa kita sdg berbahagia maka bahagialah kita tp kalau kita rasa x bahagia mungkin sdg x bahagialah.. walau apa pun bahagia itu letaknya pd diri kita sendiri.. kita perlu cari bahagia itu.. kebahagiaan yg bagaimana kita inginkan maka usahalah untuk mencapai kebahagiaan itu..

miloaiskurangmanis said...

bahagia bila dapat meluangkan masa dengan anak2...
bleh lupa segala masalah di dunia... walopon seketika

Fiza Rahman said...

Bahagia...

-Bila di kelilingi org yg tersayang.

-Bila terpilih utk menerima dugaan dariNYA. Itu bukti betapa kasihnya DIA pada hambanya.

|| NaFiRaa || said...

Salam Marya..
bagi zura BAHAGIA tu apabila kita dapat selesaikan masalah..
semua orang ade masalah.. setiap kali dapat selesaikan masalah.. setiap kali tuh lah rasa BAHAGIA sangat..

Hanis Azla said...

bahagia bagi akak tak terucap dengan kata2.. tak terlihat dengan pandangan mata.. tak ternilai dengan segala harta.. tak tertumpu pada sesuatu perkara.. cuma hati yang dapat merasainya.. sambil mulut tak berhenti2 menyebut.. Syukur ya Allah..

Mulan said...

bahagia = hati senang, jiwa tenang..

kurus said...

alhamdulillahh
walau diuji kita masih merasa kebahagiaan , kerana allah itu maha adil .. diberikan malam bila adanya waktu siang ;)

Ruse Sulaiman said...

Kalau di dunia ni.. berada di sekeliling org2 yg membahagiakan sudah cukup buat kita bahagia :)

en_me said...

Duit bukanlah segala2nye, tapi segala2nye nak pakai Duit.. bolee gituuu.. ehhhee, salam ziarah jeee

Sidratul Muntaha said...

bahagia datang bila niat kita betul,kita ikhlas dgn ape je dan pada sesiapa saje.
hohoh...
semoga kita semua berbahagia di dunia dan akhirat
insyaa Allah.

Bitt (doubleIS) said...

bg saya sebelum capai kebahagian tu pasti ada dugaannya...lagi besar dugaan di hadapi dengan hati yg tenang lagi bahagia diri di kemudian hari... sebab kalau tiada dugaan tak tahu nak describe bahagia tu mcm mana...hehehhee

Unknown said...

kak marya,
bahagia sukar nak huraikan bagaimana definasi yang terbaik... tapi kebagiaan bagi is, adalah dapat menunaikan perintah Allah dengan sempurna... kerana kebahagiaan hakiki di SANA kelak, kejar kebahagiaan di SANA, otomatiknya akan bahagia juga di dunia ni.. insyaALLAH (^___^)

mummyrinazone beauty said...

skangnie kebahagian terletak pd anak2..suami..keluarga..biar dowg hepi outomatik akupun hepi

Ibuhani said...

Bahagia dunia akhirat! Ketenangan jiwa yg paling penting. Utk dpt kn ketenangan jiwa ni bukan senang tp memadai dgn buat apa yg Allah suruh n jauhi apa yg dilarang......insyaallah! Jaga rukun yg Allah tetapkan!

Rina Rahamat said...

sy rs sy sgt bahagia sekarang..alhamdulillah :)

Unknown said...

Bahagia???

Hati kecil selalu berkata,
"Ya Allah, berikanlah aku, keluargaku dan seluruh muslimin & muslimat kebahagiaan di dunia dan akhirat"..

Selepas kematian kekanda tercinta bebaru ni, Mummy selalu mendoakan kebahagiaan buat mummy sekeluarga serta arwah (abang, ayah) kebahagiaan dunia dan akhirat..

Bahagia bermakna kita gembira di satu2 masa, dan kalau boleh, tiada satu saat pun kita tidak gembira. Ntah, lain orang, lain pendapat..

sal ya said...

bahagia? its about how you feel. ada org rasa bahagia tapi kalau tgk mcm tak bahagia pun. terlalu subjektif dan hanya kita je yang boleh tahu. even diduga sekalipun kita tetap rasa bahagia selagi kita reda dgn ketentuanNYA kan?