Assalammualaikum...
Hola 1Malasia!
Como estas?
Alhamdullillah, todo muy bien :)
31 Ogos 1957 adalah detik bersejarah bagi negara kita, Malaysia yang dicintai... Syukur negara kita masih lagi dalam keadaan aman, damai serta harmoni... Betapa saya bangga menjadi anak Malaysia... :) :)))
Meh, saya nak kenalkan rakan baru saya di Peru ni... Yang menariknya mereka ini pernah sampai di negara kita... Gambar semasa mereka beraya ke rumah kami semasa 'open house' hari raya ke -2 haritu :)
Jom kenal-kenal & dengar apa kata mereka tentang negara kita :))
First, wanita yang memegang album tu! Preoccupied tengok album kahwin kami...hehehe :)) Saya tak ingat nama penuh dia tapi panggil Natty je...Dia baru sahaja memeluk agama Islam tahun lepas... Subhan'ALLAH... Pergi Malaysia kerana bercuti, berjumpa dengan tunangnya orang Syria, kalau tak silap abang tunangnya berkahwin dengan wanita Malaysia- should be a Malay-Muslim! :)
Saya berkenalan dengan dia sewaktu majlis iftar di masjid... Dia menegur saya dan berhajat untuk menjual tudung yang dibeli dari Malaysia... Berseri-seri muka dia bila disebut saya orang Malaysia... :)))
Dia kata & bertanya (Conversation dalam Bahasa Inggeris tapi saya translate ke dalam bahasa Melayu ye..hehee):
1. Betul ke KLIA adalah airport terbaik di dunia? Sebabnya, masa mula-mula sampai tu dia tersesat... Lepas tu boleh pulak terlupa nak ambil luggage... kuang...kuang...Salah kita ke? hehehe ;p ;)))
2. Gila membeli-belah tudung @ hijab dengan harga yang murah-murah... Saya beli satu tudung dari dia sebagai tanda terima kasih serta dorongan :)
3. Sepanjang di Malaysia dia hanya tahu minta nasi goreng je sebab tak tahan pedas! Dia sebut 'Nasi Goring'.. comel je dengar :)
4. Semasa di Malaysia berat badan bertambah sebab halal foods are everywhere! :))
5. Kagum dengan pembangunan di Malaysia, sempat melihat Petronas Twin Tower dan beberapa bangunan lain di Kuala Lumpur-Damansara...
6. Kagum dengan kecantikan dan keindahan Pulau Pangkor, tak sempat ke Pulau Tioman... Alangkah, sayangnya kalau tak pasti dia kagum dengan pulau yang pernah disenarai calonkan sebagai antara pulau tercatik di dunia & seven wonders tu...
7. Tapi dia tidak puashati dengan pemandu teksi yang kurang peramah... hahaha! ;D
Yang ni pula adalah keluarga yang pernah menetap di Malaysia 15 tahun yang lepas... Kecuali yang wanita yang hujung sebelah kanan sekali... Dia tak pernah sampai di Malaysia lagi tapi bila saya kata Malaysia sambut Eid Mubarak sebulan terus teruja and ajak ke Malaysia! hehehe... Ok, nama dia Guiliana... :)
Sis Roxana dan suaminya bro Hadi datang bersama-sama anak perempuan & anak lelaki mereka... Mereka pernah tinggal di Malaysia selama lebih kurang 3-4 tahun 15 tahun yang lalu kerana bro Hadi sambung belajar di UIA... Saya pun tak berapa ingat berapa tahun to be exact... Kita dengar apa kata mereka pula ye:
1. Tinggal di Malaysia bagi bro Hadi adalah antara kenangan yang terbaik dalam hidup dia. :)))
2. Masyarakat Malaysia terutama yang Melayu-Islam adalah sangat friendly & warm... Pernah berjiran dengan orang Melayu & setiap hari jiran mereka ni akan hantar lauk-pauk selama sebulan sepanjang bulan puasa! Wow! Siapalah jiran mereka tu kan... nak jugak kenal...hehee :)
3. Bagi mereka adat dan budaya masyarakat Melayu Malaysia mengalahkan masyarakat Arab dalam melayani tetamu... Seperti ajaran Rasullullah SAW agar kita memuliakan tetamu... Masya'ALLAH... I'm so touched :')
4. Mula-mula mereka agak 'suffer' dengan makanan di Malaysia yang pedas-pedas belaka... tapi kini mereka sangat rindu nak rasa masakan Malaysia terutama sekali masakan orang Melayu... Roxana sangat suka makan nasi lemak, Bro Hadi pula beria-ria menyebut rendang, lemang & teh tarik... Malangnya saya tak jumpa pulak beras pulut kat sini kalau tak boleh juga saya bereksperimen buat lemang...hehehe :))
Kata mereka "The more spicy you eat, the more addicted you become!" Woha! :)
5. Kata Bro Hadi, tiada undang-undang atau perlembagaan di dunia dimana orang Melayu yang lahir terus beragama Islam... Kecuali Malaysia! Satu perkara yang patut dibanggakan & kita sebagai umat Islam Malaysia patut pelihara & junjung perlembagaan ini :)
6. Bercadang & merancang untuk menetap secara terus di Malaysia atau ke Indonesia...benar-benar jatuh cinta dengan Malaysia. Kerana mudah nak solat, makanan halal pun senang diperolehi, masyarakat yang penyayang :))
Yang pakai kopiah merah-putih adalah Imam Masjid dipanggil Syeikh antara tetamu kami hari tersebut... Bro Hadi berada di sebelah kanan Syeikh Ahmed dari Egypt... Oh, Syeikh Ahmed kenal Malaysia dan menyebut MAHATHIR!
Kusyuk bercerita sampai Mr Hubby duduk bersila atas lantai...kekekekek... ;))
"Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri". But that doesn't make us any less patriotic. Malaysia is not perfect, but this imperfectness that gives Malaysia the colors, vibes and strains that makes this country 'tanah tumpah darahku'... When you live abroad, you realize that being an ex-pat has always been an eye opener and to better appreciate things that we have back home. Its also makes you appreciate or depreciate (?)
But I must unequivocally state here that I love my country. I can't decide where I would die, as its ALLAH's decision but I pray that it would be in Malaysia. Most of my family & friends are there, my favourite mamak shop is there, my hairdresser who charges me only RM10 is there, no other country has Sudirman, P.Ramlee, Alleycats, pontianak, toyol, pochong and orang minyak...ngeee... No other country has keropok lekor, tempoyak, cencaluk and teh tarik kaw! No other country has Maggie Goreng Mamak & Nasi Lemak! The most important masjid & warm muslim's people are everywhere... The most that I missed! :')
I will do what I can to make my country better! Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Malaysia tetap dihati- Malay's proverb, what it basically means is although the grass may seem greener in other countries, our country is always better...
Psssssstt... I have been to many, many airports. As much as KLIA 'sucks', it is still way better than most airports in the world. There's good & bad people around the globe - so has Malaysia... Peace! (,")v
Happy 55th National's Day! Merdeka!!! xoxoxoxoxo :))
Jiwai Erti Kemerdekaan dan Bukan Sekadar Kibarkan Jalur Gemilang!
*Please share if you like this post... Thank you*
59 comments:
ok la kan x sunyi
Salam Marya,
Subhanallah, suka dengar pengalaman orang masuk Islam ni.....
Pengalaman tinggal di Peru (dan lain-lain negara) sebetulnya amat bernilai kan Marya, sebab memberi peluang untuk lebih mengenali budaya orang dan mencintai tanah air kita...
Terima kasih juga pada Marya sebab sudi berkongsi dengan kami di Malaysia....
Keep writing dear....
imam masjid pun datang kan alhamdulillah seronok akak kat sana kan...
salam beautiful marya, terharunya baca N# ni, yesss me loves Malaysia very much too, x duk obersea pun me still sayang Malaysia ketat ketat, tanah tumpah darahku, tak de galang gantinya except maybe mekah or madinah lah ya, hehe..kalau g memana dulu, touch down KLIA boleh mengalir airmata, i missed my country very much x kira batapa cantik negara org lain, malaysia bumi bertuah, jarang kita dilanda bencana besar, syukur alhamdulillah, ohhh am really cried dear...jom sebut sama sama dengan penuh semangat MALAYSIA MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! :))
seronoknya bila boleh sesama sambut raya di negara orang pulak tu, pengalaman yang sangat2 berharga kan..
Best lah dah ada kawan baru :-)
Seronok baca bila ada orang puji negara kita.
Salam beautiful marya, td da komen, tp rasa x thru, komen dgn semangat merdeka siap nangis baca marya's entry, i love my country Malaysia very much..Merdeka, Merdeka, Merdeka :))
terasa besar kepala2 saya kak marya baca komen deorg ttg malaysia..tumpang bangga skali..hehe..
saya share!
salam kak, meriah juga raya di sana ye, terasa bagai bagai beraya di bumi mesia aje !
selamat hari raya marya..
love to hear that they have quiet a good impression of malaysia.. hehe..
Salam Sweetie,
Happy National Day untuk Marya & Family,.
Betullah tu, kita seharusnya menghargai Tanah Tumpah Darah kita yang tercinta ni. Sayang sekiranya rakyat Malaysia sendiri mula tak tahu menghargainya dan berpecah..
Teringat Cheche & Meimei balik umah nyanyi lagu negaraku setiap hari..
"Tanah Tumpahnya dalaku.,
Lakyat hidop,...Maju" lalalala
Ya Allah tumpang bangga nih!!kembang badan setaman sebab bangga :)
WoOHaa!
Pemandu teksi memang begitu. Muka ketat je hahaha...
Proud to be Malaysian..
Shima share post kak Mar ni kat FB ye
XOXO :)
Salam sejahtera Mar
Seronok baca cerita mereka.
Kiranya Mar ni Glamour, femes kat sana, ramai org kenal!
Salam hri merdeka. Esok di adakan di bukit Jalil. Tak jauh dr rumah tu.
Wahh bersemangat....mcm tu la yg kita nk..bkn setakat pacak bendera kat bumbung kereta je hehee
Marya...selain dr terpegun dgr cerita2 your freinds...akak pun terpegun tgk furnitures kat rmh marya...nmpk classic sgt ya...kayu nya cantik...hemm pandai marya mnghias...;-)
Selamat beraya ...
Ahhhhhh bangga nya terasa menjadi Warga Malaysia kan sis...dgr kata2 pujian dari mereka tu...Meriah juga sambutan Hari raya kamu disana yer..
seronok jugak dpt kwn2 yg peramah n mesra mcm tu...xleh sunyi bila tiba haRI raya.....
KALAU ORG LUAR BOLEH SAYG MSIA, KITA SEPATUTNYA BERLEBIH LAGI...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Salam puan ..
Saya pernah bertugas di Malaysia My Second Home, Kementerian Pelancongan Malaysia .. Bila ada pelancong memohon pas MM2H pasti saya bertanya kenapa Malaysia ? Banyak alasan yang diberikan dan mmg saya rasa bangga..
Tapi yang membuatkan saya hilang rasa bangga adalah disebabkan oleh .. hurmm .. 'mereka-mereka' yang merosakkan nama negara !
bangga jd anak malaysia... slmt hari merdeka marya.,..
wah.. besnyer kak marya~
teruja is baca~(^___^)
xde la sunyi kan sambut raya...dpt plak kwn baru yg sporting...best2 ..
assalamualaikum marya...bangga kan jadi anak Malaysia bila berada di negara orang....betul peribahasa kita tu hujan emas di negara orang lebih baik di negara sendiri...
Wah! dah ada kawan baru la.. sure happykan.
Proud to be Malaysian :)
Salam Marya..amboi..ramainya kawan2 awak kat sana..meriah betul..seronok sangat baca tentang dorang..ye lah..kadang2 diorang pun tak sempat kenal Islam sebenarnya..so melalui awak..dorang akan lebih mengenali..besar pahalanya..
Tumpang bangga sebab yg dorang puji melambung tu negara kita..hehehe bye dear..
Marya,
I've been travel a lot, seeing many parts of the world..and live in some of them. Just like you said (and cant agree more)...how imperfect Malaysia is...its still my country..the land of my father and my great-great grandfather. Happy 55th Birthday Malaysia. I love you.
walaupon jauh dari malaysia tapi dkna tengok pic nie meriah akak..selamat hari raya :)
Salam Marya..
nampak meriah jugak majlis rumah terbuka Marya neh.. sekurang2nye terubat jugak lah rindu pada suasana raya kat malaysiakan..
suka dengar komen2 dari dorang tentang Malaysia.. Alhamdulillah, banyak yang baik dari tak baik.. hehehe.
moga nama Malaysia terus dikenali dunia dengan citer yang baik2..:)
salam myra.... rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri....
sy seronok baca kat sini byk pengalaman yang berharga dpt dikongsi.....
rasa macam nak menitik plak air mata bila baca komen mereka tentang malaysia.rasa sgt bangga n syukur jadi org malaysia.hehe
selamat hari merdeka malaysia!
salal akak mareya.... wahh, saya pun tumpang bangga as a Malaysian bila orang luar puji2 kita kan... sejuk rasanya.. rasa nak tersenyum simpul selalu.. ehehe.. kita patut hargai berada di bumi malaysia..
Suke dengar bila Natty sebut 'Nasi Goring'.. ehehehehe... comel nyeeee...
seronoknya dapat kenal ramai orang... macam2 cerita kan...
selamat menyambut hari merdeka untuk Malaysia Tanahair
assalam marya..sekurang2nya teman2 disana dpt mengubat rindu marya pada keluarga & teman2 dimalaysia..meriah open house marya aritu..
kagum bila ada org luar hargai malaysia .. insyaallah selagi kita membangun berlandaskan islam dan berpegang kepada iman dan taqwa bangsa lain akan tetap hormati kita sebagai negara islam
nak mengekalkan keharmonian bukan mudah , nak2 malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama .. doa2 , segala harapan kita utk terus aman damai di bumi malaysia kekal sampai bila2...
mereka semua tuu are warm welcome to malaysia again dan akk sure apa yg intipatikan oleh mayra dan family akan menambahkan lagi kepercayaan mereka akan keunikan malaysia .. ;)
happy merdeka day dear .. ;))
tacing kak baca komen2 kawan2 akak yg penah datang malaysia..
salam merdeka kak Marya dan keluarga :)
Salam ziarah..selamat hari raya dan selamat menyabut hari merdeka..
Askm Marya,
Kalau saya kekok nak layan tetamu2 baru ;) alhamdulillah sekurang2nya tak rasa sunyi. Bila berada ditempat org byk perbandingan yg boleh dibuat. Yg paling menarik Malaysia mmg byk kedai makan halal ;) mcm kata hadi tu. Tempat solat pun merata ada. Pergi mana2 pasti makanan tu yg penting hihi. Pergi Dubai takde cili... mmg rasa rindu dgn cili masa tu. Cuba bygkan mkn burger dgn sos tomato je.. alahai hilang selera.
Apa pun mmg bangga jd rakyat Malaysia. Terasa sempurna di sini :)
Salam kemerdekaan... Baik je iman duk diam2 kat situ ;)
happy merdeka day kakmarya :)
Pendapat yang sangat jujur tuuu..
selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 which to our new generation MERDEKA means NOTHING or it means something else. should buat solat hajat kan sebab kebetulan merdeka jatuh khamis mlm jumaat. i love my country la tk kira apa pun jdk. proud to be a malaysian.
Itulah dia pandangan perantau.....sygilh negara sendiri. Smoga MERDEKA juga diterapkan dlm jiwa kita supaya tdk lg terkongkong dgn budaya penjajah. Slmt menyambut KEMERDEKAAN pd Marya n semua.
Itulah dia pandangan perantau.....sygilh negara sendiri. Smoga MERDEKA juga diterapkan dlm jiwa kita supaya tdk lg terkongkong dgn budaya penjajah. Slmt menyambut KEMERDEKAAN pd Marya n semua.
selamat malam warga Peru... adioss..
seronok plak baca entry ni...selamat hari raya :)
Wah.. Meriah.. =) Eh.. Selamat Hari Raya..
Salam aidil fitri & salam merdeka Marya...woooo diorang heran ye kita sambut raya sebulan!
pengalaman menarik tu tertarik dgn ayat halal food everywhere
mmg betul la kan.
salam kenal2 sis terima kasih JENGAH ke blog yang merapu tu hehehehe
masya allah. rupanya Malaysia disayangi ramai. dorang pun tahu kita sambut raya sebulan, banyak open house. itu tandanya kita sangat2 merdeka.
semoga kita sama2 sayang kan negara kita ini... inilah tempat yang paling baik di dunia ini.. kot idak takkanler sekarangni punyalah ramai orang luar.... semua dah tak nak balik negara sendiri.. mesti ada sesuatu yang istimewa di sini...
salam uols...
best banget baca entry uols...
selamat hari raya
dan salam merdeka....
saya rasa kan, malaysia la negara paling best dan paling bebas nak buat apa saja (yg baik baik laa)...so kalau ada org yg cuba busukkan nama negara kita, mmg saya sakit hati...
tapi teringin jugak nak ke peru sana..heheh~
Salam maryaaaaaa!!!! sambil nyanyi lagu nasyid dtg sini :D tp pegang balang kuih raya ehehe.... Salam lebaran buat marya n keluarga di peru, moga lebaran kali ni menjadi kenagan yg terindahhhh utk di bawa balik ke mesia nanti insyaAllah! Bestnya tgk gmbr2 kat atas nii, tgk iman belajar kat masjid tu :)) budak2 mmg genius
Marya sihat? kita batuk2 pulak lah skrg ni, mood pun malas memanjang ntah bila nak rajin kita pun tak tahu :D Terima kasih sudi beraya kat rumah kita :-)) Salam merdeka juga!
Salam maryaaaaaa!!!! sambil nyanyi lagu nasyid dtg sini :D tp pegang balang kuih raya ehehe.... Salam lebaran buat marya n keluarga di peru, moga lebaran kali ni menjadi kenagan yg terindahhhh utk di bawa balik ke mesia nanti insyaAllah! Bestnya tgk gmbr2 kat atas nii, tgk iman belajar kat masjid tu :)) budak2 mmg genius
Marya sihat? kita batuk2 pulak lah skrg ni, mood pun malas memanjang ntah bila nak rajin kita pun tak tahu :D Terima kasih sudi beraya kat rumah kita :-)) Salam merdeka juga!
Selamat Menyambut Hari Merdeka.. dan Selamat Hari Raya..
Salam perkenalan dari Mummy Akmar from Ipoh, Malaysia..Ehehks..
Nanti visit dan follow blog saya yea
Take care!
Salam Marya
mungkin pemandu teksi tu tak tau nak berbahasa asing kot, tu sebab dia tak peramah...so far akak menggunakan service teksi di sekitar lembah kelang ni dan airport pun semua pemandunya ramah..alhamdulillah...mungkin sebahagian kecik jer kot kan...dan terkena kat depa ni...sian...kalau akak la jadi pemandu2 teksi tersebut akan akak layan deme berceloteh tentang negara yang amat bertuah ni...rasa nak tukar profession la pulak...jadi duta kecik.....hiiihaaaa
seronok n tumpang bangga, bangga bile org luar kenal malaysia n puji2 malaysia.... betapa bertuahnya kite jd rakyat malaysia....
mmg dorg xtahan pedas kan kak.. hihii blm rs sambal belacan lg.. :-)
seronoklah kak baca entri ko nie..bukan apa mmg apapun malaysia terbaik..tapikan dorg tak plak sebut kat malaysia keta mahai..hehe..
Post a Comment