Gracias!

Jul 28, 2012

Kembara di Bumi Asing 1!

Assalammualaikum...

Hola chicos & chicas!

Que tal?

Alhamdullillah, todo bien & insya'ALLAH harini puasa yang ke 9 di bulan Ramadhan di bumi Peru... ;))

Semalam hubby bercuti! Sebab harini 28 Julai 2012 adalah Dia del Peru @ Independencia del Peru (Peru Independence Day):)))

Macam biasa tak tahu nak masak apa harini... sigh* hehee... Nanti dah petang baru nak korek-korek ice box & godek-godek jadilah masakan ala-ala musang berjanggut! hahaha :D

Oh, ada yang bertanya kami bersahur & berbuka pukul berapa di sini! Walaupun sekarang adalah winter sonata , waktu berbuka & sahur lebih kurang sama sahaja seperti di tanahair... Bersahur dalam pukul 5 manakala berbuka pukul 6 petang! There's no Daylight Saving Time! :D

Tengok tajuk kat atas tu... Mungkin ada yang tertawakan saya... takpe..takpe...heheee... Just my personal view, Peru ni bagi saya is like bumi asing, masa mula-mula kami sampai dulu terasa seperti berada 'the other side of the world!' Teringat hubby selalu buat lawak, kalau kita korek-korek tanah kat Semenanjung tu terus tembus ke sini... LOL! Saya ni macam jakun tau... hak... hak... hak ;))

Agaknya macam tulah jugak mereka (Peruanos) memandang saya jakun jugak! Ops! :x

Sebenarnya lebih nak cerita tentang pengalaman sepanjang perjalanan semasa kami bercuti-cutian dulu... Boleh baca di sini:

Las Islas Balletas!
Paracas Peninsula!
Huacachina (Oasis of America)!
Nazca Line & The Mummy!

Dan tertarik dengan dua komen ni...


*Sila click untuk pembesaran...hehee ;))


Insya'ALLAH, manatau lepas ni AirAsia ada buat tambang-tambang murah ke sini! *berangan walaupun sangat mengharap* hahaha! *w* :D

Tapi memang betul, memang jarang-jarang kita dengar cerita tentang keindahan milik ALLAH di sebelah sini mungkin kerana terlalu jauh... Begitu juga mereka (Peruanos), berdasarkan pengalaman secoet kami selama tinggal di sini mereka juga kurang mengenali Malaysia... Tapi bagi yang tahu dimana letaknya Malaysia & Kuala Lumpur, mereka sangat-sangat mengagumi negara kita... Terasa kembang hidung bila dengar mereka memuji...hikhikhik ;))

Teringat semasa kami berada di Nazca sewaktu melihat keunikan Nazca Line, sempat saya berbual dengan *saya tak pasti apa kerjanya tapi rasanya dia penjaga atau peniaga di situ... Dia bertanya kami berasal dari mana (jarang-jarang yang pandai berbahasa Inggeris sebab tu boleh berbual mesra)... Yang paling penting dia mengenali Kuala Lumpur dan Malaysia :D

Seperti biasa soalan cepu emas akan ditanya pada saya "Is Malaysia a modern country?", seingat saya sudah beberapa kali soalan ini ditanya pada kami...hehee... Tetapi terasa seperti satu tanggungjawab pula bagi kami untuk explain dan menerangkan status tanahair sendiri walaupun di berada tepi jalanraya... ;))

Kekaguman mereka selepas kami menunjukkan gambar KLCC Twin Tower! "Caramba!" Kata mereka...Tercengang-cengang mereka mendengar cerita kami... Bila berada di negara asing, bercerita tentang tanahair sememangnya penuh perasaan bangga... Tak tahu mana datangnya semangat itu! :))

Dan soalan cepu emas yang lain yang tak dapat tidak saya elak mengenai hijab yang saya pakai! Kemana-mana saya pergi pasti ada yang akan bertanya, what I'm wearing on my head... Just imagine among the crowd, a lady with a funny head who makes other people think, "Que esta poniendo en su cabeza!" Ah, saya sudah lali! :))

Mereka akan kelihatan lagi terkejut sekiranya saya menerangkan bahawa saya adalah seorang 'musalman' (muslim)... Lagi-lagi terkejut kalau saya kata Malaysia is an Islamic Country! Harap-harap mereka tak takut dengan saya kerana terfikir saya membawa bom! hahaha... :D

Apa-apa pun kenangan, kejadian demi kejadian menambahkan lagi 'perasa' hidup kami di sini... Semoga setiap hari perjalanan hidup kami semakin 'kaya' walau tidak dengan harta benda tapi kaya dengan pengalaman... insya'ALLAH... :))

Terima kasih kerana sudi membaca, saya sekadar berkongsi rasa... Apa yang saya coretkan hanyalah pandangan peribadi saya yang tiada kena mengena dengan mana-mana organisasi... Yang baik kita jadikan iktibar & yang buruk adalah kerana kekhilafan saya sendiri... Forgive me & please doa for me :))

Panjang sangat sudah rasanya, nanti sambung lagi... Jangan lupa niat puasa untuk esok ye!

Chau carino...

Hasta luego!




33 comments:

ijayuji said...

Salam marya! waktunya lebih kurang kat sini tp sana pendek sikit kan waktunya :D hari ni sabtu mmg cuti2 lerr, kita pun serba serbi jadik pemalas ehehe... baju bertambun tambun belum gosok huh! kita pun tak tahu ler nk masak apa ntah nii malas betul ariniii rasa mcm nak tido jerrr, pdhal lg 2 jam lebih dah nak berbuka hihihi... soklan2 tu mmg soklan cepu emas :D

Khairul Abdullah said...

Saya jugak yang berpuasa panjang...sahur habis kul 3pagi berbuka kul 9.20malam

Unknown said...

Peru tak kenal m'sia,
M'sia tak kenal peru.
huhuhu...

Ruse Sulaiman said...

Askm Marya. Bila pergi ditempat yg tidak biasa dan org yg tidak biasa begitulah jadinya ;) tp seronok sebab sama2 teruja ;)

Unknown said...

kak Mar cayang jangan majuk tau... Ai pun belum makan dodol lagi. Xtahu mana nak cari hikhik... Xde dodol xpe... kalo lemang? agagagagag :Dv

Kamalia said...

salam marya..rindu nak baca kisah2 awak ni.lama sungguh xdatang sini ..xpe,lepas ni saya cuab duk khatamkan mana yang boleh ek..hehe

kat sini,imsak pukul 2.40, buka 6.54 petang..lemebk sayajadiya..memang tengah peak season sekarang ni, panas yang terhanagt sungguh.(dugaan..dugaa..hehe)

UmmiSyarni said...

Kira marya duta kecil msia kat peru la

azieazah said...

Salam
MARYA, kagum dgn semangat dan keberanian Marya sekeluarga. Memang
tinggal di rantau orang banyak dugaan. Semoga terus gagah dan teguh di
sana...

saniah said...

Wahh...dah hari ke9 ya..cpt masa bergerak di peru :-).....akak sini hari ke 7...tu pun dh ras terlalu cpt nk hbs ramadhan...Al Quran blum tengah pun lg...
Akak jeles dgn marya sbb dpt tgl di negara asing dan dpt timba pengalaman yg pelbagai...walau susah payah kan..
Namun akak lbh kpd rasa bangga dgn pasangan muda mcm u all...hadapi perubahan begini..kuat semangat btul..esp si kecik iman...i'm really very proud to know you...:-)
Jgn lupa sahur ok?...

blog-tips-kurus said...

sis,
u kaya pengalaman.. sangat bertuah.
take care.

*da buat baju raye? jangan nanges ye.. :-)

Unknown said...

Assalam Marya!..selamat berpuasa..wah jeles tau org dok Peru ni berbuka awal dari kita yang terkena musim panas berpuasa ni..4 jam jer masa utk mkn dan 20 jam lagi berpuasa. dugaan dan cabaran buat kami kat sini. apapun semoga Marya sekeluarga disana tabah dan sabar hadapai dugaan dok merantau. berjalanlah selagi ada peluang..:)

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Marya...

bila di bumi asing, kebanggaan terhadap tanahair memang menjulang rasanya, kan? :)

Nai @ TPJ said...

Salam. Ye la dear.. Jadi duta utk Malaysia masa duk tempat asing tu sudaaa 'wajib'.. Heheh. Dpt pahala tu.. Dan dlm masa yg sama jd duta utk org Islam.. Fardu Kifayah, kan? May Allah Bless you..

mama ju said...

salam sejahtera,
Seronok baca cerita Mar.
Agaknya diaorg ingat Msia ni mcmmana ya? Kak pun tau pasal Peru MACAM2 daripada Mar. Terimakasih.
Msia dgn Peru mana lebih hebat? hehe

mama ju said...

salam sejahtera,
Seronok baca cerita Mar.
Agaknya diaorg ingat Msia ni mcmmana ya? Kak pun tau pasal Peru MACAM2 daripada Mar. Terimakasih.
Msia dgn Peru mana lebih hebat? hehe

mama ju said...

salam sejahtera,
Seronok baca cerita Mar.
Agaknya diaorg ingat Msia ni mcmmana ya? Kak pun tau pasal Peru MACAM2 daripada Mar. Terimakasih.
Msia dgn Peru mana lebih hebat? hehe

Unknown said...

Orang yang tahu pasal Malaysia dia tahu tak siapa PM kita?

Kat tempat saya, kalau tanya pasal Malaysia mesti cakap "Mahathir good, Mahathir very good" walhal dah 2 successor dia dah sekarang ni. Hebat jugakla penangan Mahathir di hati rakyat Mesir.

-meeSUPERGIRL- said...

dear sis, seriously sangat2 sronok bace crite sis dekat "bumi asing" . senyum2 kambing jeee sy kat sini . trima kasih sbb buat sy trase braade dekat sane jugak . njoy sgt ! ingat , jgn bom tempat org ye ? hehe

Unknown said...

banyak pengalaman merantau negara orang kan....selamat berpuasa...disana tentu tak sama puasa di tanah air sendiri..

Anonymous said...

hola marya...

betul la sbm ni js pun tak tau pun ada tmpt menarik kt sini...hehe.

tentu menjadi satu pengalaman manis buat marya kan semasa berada di sini...^^

yusuflaili(Goku) said...

salam kenal;
selamat berpuasa dirantauan..wah seronok sekali sekala berada ditempat orang,,

sal ya said...

ok la kalau sama. ada tu saya baca 17 jam waktu berpuasanya. mmg kena sabar la kan.

susumanis said...

Alhamdulillah, jauh perjalanan luas pandangan kan beautiful marya, mmg seronok de semangat cintakan tanah tumpah darah, ya lah mana ada lagi negara kita kan , malaysia nan satu bumi bertuah, bumi yang dirahmat Allah swt dgn kedamaian,keindahan , kemakmuran dan juadah yg sodap sodap semuanyerrr, alhamdulillah, TC daling, maximakan amal lillahitaala ya, insyaAllah sama sama kita buat :-)

Rina Rahamat said...

seronok baca cerita marya ni..bangga juga ada yg kenal malaysia di sana..

Ibuhani said...

WAH! Mmg ibuhani tunggu airasia terbang ke PERU. Kita boleh jumpa n ibuhani leh tgk Machu Piccu n Huachina tu dll tmnpt yg marya gi tu.....slmt berpuasa!

dear anies said...

kalau la sy berpeluang duduk d bumi asing...best nyerrrr..sbb sy suka belajar benda baru.. agk2 kalu nk g brazil thn 2014 tgk world cup, bleh x sy sggh kt peru ni? hehehe

mama aini said...

ehem kembara dibumi asing..satu pengalaman yg indah buat marya & family.. beruntung marya..ehem bilalah airasia nak buat promosi kesana ek?..he2x..

IntaNBerliaN said...

hihii kelakarlah akak ni.. siap terpikir tkt dorg pk akka bwk bom lg.. hihi

tp betoi jugak kan... tmpat org asing, mana tau kan....

Hanis Azla said...

bila bercakap pasal negara kita pada org luar mmg semangatnya jd berkobar2.. itu tandanya kita berbangga dgn negara kita kan marya..

Puan Kutu said...

tak sgka waktu disana lebih kurang sama macam disini..

sy dpt bygkan bagaimana semangat dan bangganya marya bila bercerita pasal malaysia..:)

Dessert Queen said...

Salam Marya..nice to read your blog.

Peru always in my travel list gara-gara addicted to Prison Break and after you kuar kat MHI, I was so surprised..oo ramai jugak Muslim kat sana.All this while pun I didn't know much about Peru.

Salam perkenalan..will read more about you.

Take care and have a blessing Ramadhan ok!:)

precious moment said...

Salam.

Blog yang menarik.

Salam perkenalan dari Montreal, Canada. =)

Mama3Q said...

la , saya terlepas baca entru=y ni, ada muka saya rupanya kat dalam nih...hehehe...tq marya...