Assalammualaikum...
Hola!
Diam tak diam dah masuk hari ke 3 4 (pembetulan..hiks) Ramadhan dan kita semua berpuasa... Alhamdullillah... Semuanya baik-baik sahaja! :))
Banyak nak story tapi bila bulan puasa ni berblog pun jadi makin slow... BW pun sama... Saya mohon maaf dan saya hanya buat mana yang mampu & mengikut gerak jari sahaja... Nak habiskan dulu update entry tentang percutian kami ni... Lepas tu, insya'ALLAH back to normal kita story pasal masak-masak & makan-makan pulak ye! hehehe... Ops, puasalah! ;)) *w*
Saya ingat entry ni nak buat short je tapi tengoklah, kalau rajin tulis panjang-panjang... hahaha... :D Kalau rajin bacalah sampai habis tapi kalau tak rajin tengok gambar jelah kan... Tengok kat FB pun boleh jugak! Clicks sini >>>>>> Marya Yusof... Thank you darling! :))
Kali ni entry sedikit 'angker', misteri, adventure & bla bla bla... jeng...jeng...jeng... (Sound effect itu penting..hak..hak...hak ;))
Hari terakhir percutian kami, pada malam tu kami bermalam di hotel yang bernama Casa Andina... Sebab penat berjalan dan melalui aktiviti yang sememangnya mencabar... Our body need really good rest! So, we decided to overnight kat hotel yang best sikitlah... Highly recommended pada yang nak stay kat Nasca ni ye... Boleh check kat sini :))
Sebelum pergi melihat Nasca Lineas, hubby beria-ria mengajak tengok mumia yang terletak lebih kurang 30 km dari Nasca Ciudad (Nasca City)... Katanya sayang kalau tak pergi tengok sebab mumia tu tak macam ditempat-tempat lain display dalam cermin... Kat sini boleh tengok real mumia...
Tempat ni dipanggil Chauchilla Cemetery!
Berada nun jauh ke dalam lebih kurang 7km menempuh jalan tanpa tar yang berdebu... Memang suspen masa nak masuk ke dalam ni... Sepanjang jalan macam padang jarak padang terkukur!
Kami ingat dah sesat dah sebab memang takde kenderaan yang keluar masuk... Nasib baik ada rumah orang kat tepi tu tanya untuk confirm... Alhamdullillah, nasib baik betul! :)
Hanya ini je tempat untuk parking, toilet & kedai kecil...
Cuaca agak panas dan kering... Masa nak pergi tu dinasihatkan untuk memakai sunblock... Sebelum pergi tu terfikir juga sebab Iman sangat sensitif dengan tempat-tempat macam ni... Teringat pulak saya terlupa nak bawak Minyak Kasturi Syifa, tapi lepas bincang-bincang dengan hubby... Kami fikir macam ni jelah, tak perlu bergantung dengan sesuatu yang lain, ALLAH kan ada sentiasa... panjatkan doa & bergantung dengan dia sahajalah :))
Dengan izinNYA, Iman tido time sampai ke tempat tu... ALLAH Maha Melindungi... Syukur :))
Sebab nak sangat tengok mumia, babah dukung Iman yang tido nyenyak walaupun panas terik! :))
Rupa-rupanya ada juga beberapa orang pelawat yang datang...
Ada lebih kurang 12 pondok begini yang menempatkan mumia-mumia tersebut yang dipercayai berusia beribu tahun yang lampau...
Some of the mummies masih lagi dalam berkeadaan elok dan berpakaian seperti waktu dikebumikan... Selain tu terdapat juga pinggan, mangkuk, tembikar dan pakaian (textiles).
Dijumpai kira-kira pada tahun 1920an, mumia-mumia ni still preserved because of the dry climate & the funeral rites itself!
The skin and hair still intact!
Rambut panjang... Ada yang saya pandang seram... Ada juga yang saya pandang biasa-biasa je... Mereka ni dikebumikan di dalam lubang yang di kelilingi batu-bata lumpur...
Bahan-bahan yang dijumpai berdekatan dengan mumia dan juga pakaian yang membaluti tubuh mumia menunjukkan pada waktu itu betapa pentingnya budaya mereka terhadap kematian...
Rasanya ni mumia baby...
Selamba je dorang letak tulang ni kat tepi-tepi tebing tu... Boleh je nak sentuh tapi tak perlulah rasanya...ngeeeee...
Lagi gambar...
Pada waktu ini hati saya terdetik, walaupun hebat bagaimanapun seseorang itu semasa hayatnya... Akhirnya akan mati & menjadi tanah juga...
Looks at his scary grin...ngeee....
Tulang-tulang... Rahang...
Tulang tangan...
Cenderamata yang dijual... Kami tak beli apa pun...hiks...
Kami tidak lama di Chauchilla Cemetery, kerana ada satu lagi tempat yang lagi utama untuk dilawati... Iaitu Nasca Lineas (Nazca Lines)!
Untuk mengetahui lebih lanjut dan detail tentang Nazca Lines boleh rujuk di sini: Wikipedia
Sebenarnya untuk melihat Nazca Lines dengan lebih jelas, kami perlu menaiki kapal terbang yang disediakan khas untuk melihat one of the world mysteries ini... Tapi oleh kerana beberapa faktor kami hanya memilih untuk melihat dari tower yang disediakan... :))
Dari tower hanya boleh melihat beberapa bentuk sahaja itu pun pemandangannya sangat terhad... Tempat ini dinobatkan sebagai salah sebuah tempat bersejarah oleh UNESCO World Heritage Site!
Tree brunches!
Nazca Lines ini antara geoglyphs yang sangat terkenal di dunia, ada lebih dari 15,000 bentuk dijumpai... Dari bentuk haiwan, tumbuhan, manusia dan sehinggalah bentuk geometri... Garisan-garisan ini kekal beribu tahun yang lampau disebabkan faktor cuaca, tempat yang terasing, kering serta tidak berangin... Subhan'ALLAH...
Tujuan, sebab serta siapa yang melukis tidak diketahui sehingga hari ini... Adakah untuk pemujaan? Oleh siapa? Untuk apa? Masih menjadi tanda tanya...
Pandangan dari menara...
Bergambar kenangan di bawah menara... Saya hanya lepas naik separuh sahaja sebab saya memang gayat dengan ketinggian.. Ditambah lagi tengok metal tu begitu sahaja... Mulut pulak gatal bertanya adakah selalu berlaku gempa bumi di sini... Mereka cakap 2-3 times a week... Antara sebab saya tak confident nak naik...hehehee... Terasa pulak rugi & menyesal...
Hubby naik seorang...hehehe ;p
Selain menara bukit ini juga boleh melihat beberapa lines walaupun tak seberapa jelas...
Pandangan dari bukit...
Bawak pulak budak tecik ni...Lagilah mencabar..hehehe ;))
Lagi pandangan dari bukit...
Naik bukit confident sikit.. ahaks! ;p
Bergambar kenangan tanda kami pernah menjejakkan kaki ke sini... Alhamdullillah :))
Lukisan bawah ni adalah beberapa bentuk Nasca Lineas yang popular yang saya ambil dari Mr Google! :)
Kalau diizinkanNYA, kami ingin pergi lagi melihat tapi melalui kapal terbang yang disediakan tu pula...
Mula-mula tu ingat macam nak sambung percutian ni lagi sebab rasa macam tak puas tapi bila fikir budget & beberapa sebab lain kami pun tak jadi nak teruskan niat tu... Selepas melihat Nasca Line & melawat Chauchilla Cemetry terus kami balik ke rumah dan mengakhiri percutian kami ni...ermmm...
Perjalanan balik yang mengambil masa 7 jam... Tak termasuk berada di atas jalanraya menuju ke tempat-tempat di atas... Adalah dalam 10 jam... Huh, macam tak percaya!
Maybe next time kalau ada rezeki nak pergi melawat lagi... terutama ke Huacachina untuk melihat permandangan waktu siang puas-puas... insya'ALLAH :))
Sampai sini dulu, moga bermanfaat kepada kawan-kawan ye...
Adios!
50 comments:
Wahhh
cantiknya. Peluang melihat sendiri pemandangan dan perkara sebegitu
tentulah tidak datang berkali-kali. Sungguh cantik dan mengasyikkan.
Kak Azie pun pernah baca, ramai orang kita yg berada di luar negara
samada krn belajar atau kerja, pasti tak lepas peluang mencari masa
menjelajah tempat nenarik dan unik di merata ceruk... Kenangan mahal
tuuu...
Assalamu'alaikum Marya.
Waktu ini, tengahmalam di sana, kan? Kakcik sedang menanti masuknya waktu Subuh. Selepas solat, terus ke tempat kerja.
Selamat berpuasa buat Marya dan suami. :)
banyaknye mumia....kalau akak la..mesti seram tgk...
Subhanallah.. Mmg rezeki dpt sampai sana kan. X ramai boleh pergi lagi dgn bawa anak kecil. Tengokmdari blog Marya pun jadilah. :D tq for sharing!
salam Ramadan sis,
best tak puasa di sana? mesti sedih kan? hehe!
*scary le tengok mumia tu. tapi kita pon akan mati nanti....
Askm. Huhu part rambut pjg tu ada sedikit seram ;)
Mesti penat berjalan.. Tempat pun luas.
Kalau saya naik flight lglah takut ;)
takotnyer tgk mumia tuhh...eiii
salam Marya,
aduhla, kalu dana nih ntah sampai ke tak, lg2 lah ngn keadaa yg sgt panas n kering gitu... ngeri lak tgk mumia2 tu, siap ngn rambut yg memanjang gitu... mengerikan lak...
salam beautiful marya, erkkkkk..sib b baik tgk siang hari gambo mumia tuh, serammm gak lee..hihi, kalau kat malaysia jumpa tulang temulang cam ni mau demam seminggu, kat sana elok je orang datang tgk mumia kan, jauh berjalan luas pandangan..alhamdulillah..take care daling n baik baik berpuasa ya :)
seram ngan mumia
Salam Marya,
scary juga tgk mumia tu semua...kalau saya, tak tahu lah sanggup berhadapan camtu ke tak...hihihi..[penakut sangat diri ini] .....
nasca lines adalah sangat ohsem awakkk!!
seronok nyer!
Salam.. Hola Marya! Sangat menyeramkan mumia tu.. Ishh.. Nasib baik bulan puasa... Tak ler teringat sangat pun... :D
Salam Marya..
Zura tengok pic kat n3 nih dengan penuh kusyuk sekali.. walaupon cam seram jugak.. tapi hati tetap nak tengok..
tak sangka sgt tempat mumia tuh pondok2 cam tuh jek.. tapi menyimpan seribu bahan sejarah..
agak2 bape suhu kat sana yer.. nampak cam tak de 1 pokok pon.. padang pasir jek seluas mata memandang..
ini lah namanye.. jauh perjalanan luas pengalaman.. bestnyeeee~
nanti kongsikan lagi gambar2 dan citer2 menarik yer..:)
subhanallah... cantik viewnya. tgk jugak pics ni kat fb.
seram jugak tgk mumia tu.
Salam Ramadhan Marya
yg saya tahu tak ada agen pelancongan Malaysia yg buat pakej ke Peru ni...
Alhamdulillah dpt mama menikmati bumi orang. Lain tpt lain ceritakan? terimakasih Mar
erkk.. ngeri pulak tgk mummies tu..
Ada dua tiga Mumia tu menyeramkan lah dgn rambut yg memanjang mcm tu....Sesuatu yg pasti tidak dapat kamu lupakan sepanjang hayat kamu kan..bertuah kamu dapat melihat tinggalan sejarah mereka...
alamak bestnyer tengok sendiri ... pengalaman yang sangat2 berharga.. suatu hari nanti memang teringat2ler...
ps maria.. selamat berpuasa.. semoga semuanya selamat di sana...
seriau lah KA tegk mumia2 tu ..
mcm seram jgk la...mcm ne puasa kat sana tahun ni kak :)
baca sampai abis :)
thanx for sharing, Marya..
at least mamavogue tau tempat2 tu.
nak ke sana mmg jauh berangan ke bulan ler..hihi
Salam syg KakMar,
Yg hitam melingkar kat mumia tu rambut ke? Ada yg agak scary jugak melihatnya kan..tp pengalaman tu..
Cuaca pun mcm agak panas aje disitu.. Mana topi Iman?
wahhhhhh banyaknya...mumia. hehe. selamat bersahur & berbuka kak marya
ngerinya...kak marya...
tapi bes (^___^)
mak ai..mumia..hehehehe
Salam Ramadhan dr Epilog Syurga Cintaku :)
Selamat berpuasa buat Marya dan suami.
Xde transport ke nak ke Chauchilla Cemetry nie,jauh nak berjln tu.
Byk juga mumia kat situ.
Subhanallah, menakjubnya Nazca Lines.
salam marya...cantiknya Nazca Line tu,ada mumia lagikkkk...
wahhh, pengalaman yang paling hebat yang saya pernah baca... untungnya dapat lihat mumia secara dekat... entah apa agaknya kehidupan mereka beribu2 tahun sebelum ini ya..
wahh kak...mumia tu open air gtu je ke?hehehehe..sgt misteri okay..hihihi..
kalau ira sorang2 tak gi la kot..:P
psss: thanks kak...wig tu guna selendang sedia ada je..hikhik..
salam ramadhan dr malaysia :)
Salam,
best baca pengalaman mummy living abroad =)
Salam from UK
takut plak tgk mumia tu..
percutian yg sgt best.mumia tu semua sy teringin nak tgok secara live.hehe..
pengalaman yang amat menarik dan bermakna...seronoknya...
tgk mumia-mumia tu pun rasa ngeri jer...kalau tgk live agak-agak terpejam mata jawabnya
tgk gambar pun akak dah seram marya sbb akak mmg penakut.. he..he.. tp mmg sangat menarik dapat tgk mummy secara live macam tu.. Selamat berpuasa mrya..
seronoknya marya pegi tempat-tempat mcm tu..
mumia tu mmg scary laa..
kalau sy pon prefer naik kapal terbang utk tgk nasca lines tu..sbb gayat nk panjat menara hehe
Nasib baik Iman tidur kalau tak mesti dia banyak tanya apa benda hantu-hantu tu.. ngeri kakak tengok Marya
malu sendiri bila baca entri sepenuhnya.. tempat percutian rupanya nazca line and the mummy tu.. (",)
sebab nazca dan nazri kan lebih kurang... so ingatkan cerita pasal abg nazri and mummy iman.. (",)
mujurlah iman tidur, kalau tak, mau mengigau tgk mumia2 tu.. (",)
Salam marya!! salam rindu n salam ramadhan jugak buat marya kat sana, waaaaaaa..... kita tak leh pergi tepat2 mcm ni kalau balik rumah mesti teringat ingat gituuu :D dasar penakut hihihi... bestnyerrr dia punyer pemandangan mcm takde apa2 gituu mcm dlm muvi2 kan kan :D puasa ok tak kat sana? pestaim puasa kat perantauan kan marya? waktu sahur n buka kat sana lambat tak? kat sini sbb dekat ngan mesia lebih kurang ajerrr jdnyer dah biasa dahh sbb mmg selama2 duk puasa kat bangkok :D
salam Ramadhan sis...
bestnye berjalan. bak kata, jauh berjalan luas pengalaman. hehehe...
tp scary plak ina tgk mummy semua tu.
Salam org Peruu..cmana puasa sana, seronok? Marya, i nak minta tolong sikit la..........u tolong mintak nombor ekor kat mumia tu. Mana la tau ala ong ooo!! hahahahaha
oh marya ..how i wish i can visit those places...tak sangka peru ada byk tempat menarik sebegini, selama ni dgr nama peru sblh telinga jer....
Salam dear,
Wah, bercuti sakan. Seronoooooottttttnya,.
Mummy tak suka tengok 'mummy' tu..huhuhu, mummy penakut orangnya. Nasib bek bulan posa, kalo x, terus tak tengok wajah2 'mummy' yang tak cun tu. hehe
Terima kasih Marya kerana berkongsi pengalaman jalan-jalan di blog ni. memang bagus sangat sebab cerita2 ni jarang ada kat TV (tak pernah jumpa pun sebenarnya). kalau marya x cerita, tak tahu lah saya ni... salam ramadhan ya.
menarik la tengok mumia tu..kt sini mesti xkn dpt tengok..
rupanya kat sini mmg banyak mumia la...mesti disini banyak cerita2 mistik kan?
ehem..mama tak berani melihat mumia ni..hu2x..byk pengalaman marya ya..
Post a Comment