Gracias!

Showing posts with label Dunia Biru. Show all posts
Showing posts with label Dunia Biru. Show all posts

Jun 29, 2012

Sedingin Gurun...

Assalammualaikum...

Hola hermanos y hermanas!

Salam Jumaat buat semua!  Syukur padaNYA kita masih lagi bernafas, dikurniakan anak-anak dan pasangan yang sihat, cukup dengan makan & pakai, masih lagi dikelilingi insan-insan yang ingat & sayang pada kita! Alhamdullillah... ;))

Sebelum ke class petang ni sempat dulu nak update apa yang sempat... hik3... Ramai yang tertanya-tanya tentang 'title' istimewa tu ye? hehehe... Istimewa sangat buat saya & hubby, sampai tersenyum lebar hingga ke telinga (^_____^)

Yang sebetulnya Iman belum nak dapat adik lagi! Not yet, sayang... Doakan buat kami ye! :))

Sebenarnya, segalanya belum nyata lagi... Masih terlalu awal untuk diheboh-hebohkan... Insya'ALLAH panjang umur akan saya coretkan di sini... Mohon doakan yang baik-baik ye! :)))

Wah, ada nada-nada main tarik-tarik tali disitu...hik3... Ya ampun! ;) *wink*wink*

Terasa nak mencoret sesuatu di sini hari ini, mungkin menyentuh hati dan tiada niat apa-apa sekadar berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman... Sebab bukan semua diberi peluang sebegini dan perasaan yang sebegini...

Ilmu yang tak seberapa & amal yang masih perlu diperbaiki sememangnya buat diri terasa kerdil... Kerdil sekerdilnya... Mungkin dulu kita begitu, tapi mungkin kini dah tak sama lagi... Pengalaman & pengajaran berbeza-beza bagi tiap orang... Membentuk serta mengacu mereka menjadi siapa mereka pada hari ini dan bukan kerana keturunan atau salah ibu mengandung... Wah, suspen bunyinye...hehee ;)))

Beginilah kami di bumi asing ini, banyak mengajar erti kesyukuran dan kematangan fikiran... Bertindak selaras dengan situasi dan keadaan... Segala-galanya tentulah tidak sama bila berada ditanahair sendiri... Contohnya hari ini, di sini Public Holiday bagi meraikan Saints Peter and Paul, siapa mereka dan untuk apa rasanya tiada faedah untuk diulas bagi kita yang bertuah di bawah agama yang syumul & diiktiraf di sisiNYA :))

Tidak seperti Malaya, masjid, surau atau tempat beriadah berada di mana-mana terpulang pada kita untuk menunaikan kewajipan yang satu itu di mana dan bila-bila sahaja... Bagi kami walaupun berada di negara kata kasarnya, kafir sudah semestinya tidak menjadi alasan buat kami untuk menidakkan kewajipan itu... Tapi bagaimana, dimana, dan bila???

Ceritanya bermula bila kita ada keinginan yang kuat untuk menunaikan tanggungjawab yang satu itu, bagi kami setiap kali keluar rumah perlu pastikan sudah masuk waktunya barulah keluar... Kalau tidak sekurang-kurangnya membawa sebotol air seorang satu bagi memudahkan melaksanakan tanggungjawab itu... Seterusnya bergantung kepada tempat yang dituju...

Kalau ke Supermarket, tempat persalinan baju atau fitting room menjadi sasaran... Kalau boleh dan diberi pilihan carilah bilik yang hujung sekali... Kalau di luar pula oleh sebab belum pernah keluar dari 'region' terus sahaja kami ke satu-satunya masjid yang ada... Pengalaman yang seronok walaupun kadang-kala sedikit terkejar-kejar kerana kelekaan hal duniawi... :( 

Pengalaman saya sebagai seorang muslimah yang naif dalam soal agama... Kadang-kala kesempatan yang ada menunaikan kewajian di rumahNYA belajar terlalu banyak perkara... Tindak-tanduk kite tentulah diperhatikan... Demi ALLAH, saya tidak merasa lebih dari mereka... Mereka mengajar saya banyak perkara walaupun bukan melalui kata-kata... Seperti biasa bahasa adalah jurang antara kami... 

Kalau tak Spanish, bahasa Arab yang menjadi pengantara... Bahasa yang kononya 'International' itu jarang kedengaran... Jadi bahasa tubuh serta isyarat bak ayam & itik adalah perkara normal :)))

Kita melihat mereka mendirikan kewajiban, pakaian mereka, tertib mereka serta cara mereka... Tidak mustahil begitu juga mereka melihat kita... Melihat cara kita, pakaian kita... Apakah yang membezakan mereka dengan kita? Siapa kita untuk melabel & menilai mereka? Tiada lebihnya kita, juga tiada kurangnya mereka kerana DIA lebih Mengetahui... Maha Menghukum... Maha Adil... Maha Sempurna.. Maha Bijaksana!

Terdetik dihati saya, kalaulah disaat itu nyawa kami dicabut... Terfikir nasib sendiri, dimana letaknya aku ini dipandanganMU Ya ALLAH, sungguh mereka tidak tahu, kurang ilmunya... bagaimana nasib aku yang 'tahu' serta mempunyai sedikit ilmu ini  :'(


Syukur, masih boleh merasai kurma yang fresh & enak! :))

1kg = Soles 12

Rezeki dari kawasan gurun yang sejuk :))


Fresa kegemaran Iman! Mahal sedikit dari musim panas tapi sangat merah & manis! :))

Terima kasih sudi membaca coretan hati yang panjang lebar & membosankan...hik3

Adios...

P.S. Dulu, kalau sebut gurun difikiran saya panas, gersang dan tandus tapi ALLAH hantar kami ke sini dan ia bukan seperti yang digambarkan... :)) 
P.S.S. Esok ulang tahun kelahiran Iman yang ke 3 mengikut kalendar Islam 10 Sya'aban 1433H... Buat Iman anak ummi & babah, doa ummi sentiasa menemanimu menuju syurga ALLAH... Moga berkat umur & rezekimu nak... Amin ~

Apr 23, 2012

As sweet as my Pudding!

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Harini baru berkesempatan nak update... Taklah sibuk mana pun, rasanya weekends, lebih molek kalau berehat-rehat and focus on familia ;):)

Berusaha menghabiskan novel K.Hanis Azla, Takdir Fitrah Terindah... Rasa sayang nak habiskan baca cepat-cepat... Pelikkan? Sebab, nanti dah tak boleh nak berangan jadi Nur Fitrah yang cantik serta penyabar...hiks...hehehe ;p

First 100 pages buat saya menangis tersedu-sedu... Serasa berada di tempat 'dia' - refer to heroin (berangan)... Adeh, saya ni memang mudah mengeluarkan airmata, nampak je macam keras hati tapi orang yang kenal dan rapat dengan saya tahu betapa 'tisu'nya hati saya...huhuhuuu...

Cakap benda sedih sikit mulalah nak cembeng, sebab tu kalau boleh saya cuba elakkan melihat, bercerita benda yang sedih-sedih, nanti saya nangis... Kalau saya nangis, Iman yang nampak pun akan nangis and pujuk-pujuk... "Dah, dah, jangan nangis... Sayang Umi, sayaaang umi..." Lagilah buat saya nangis... :'(

Eh, apa hal cite pasal nangis lak ni... hehehe ;)

Sebenarnya saya nak 'show-off' Triffle Pudding yang saya buat last week hehehe ;):) Terasa bangga nak tunjuk walaupun tahu diri ni Chef Amature jek...hahaha :p 

Resepinya tersangatlah mudah, sebab tu berani nak cuba... Resepinya saya ambil di rumah Aunt. Titli, suka tengok dia masak, kelakar pulak tu... Dan yang paling best  dia ada berkongsi cerita how's she came to become Islam... Masya'Allah... Seronok sangat! 

--------<-----<---,@

 Now, time to show-off, show-off... 

My Sweetie Yum Yum Triffle Puddings!


Nampak sedap kan?? Memang sedap pun! ;p


Abaikan yang comot-momot tu... hehehe... Toppingnye saya pakai hentam je letak blueberries... 

Ingat nak letak strawberry, takde pulak... Bukan musimnya... Kalau ada pun tersangatlah mahal!  :(

Blueberries ni pun 250g dah berbelas soles... Tapi sebab dah takde sangat, beli jelah apa yang ada, buah kiwi pun jadi lah...hik3... 


Kebetulan masa buat puding ni, agent rumah datang... Tetamu yang tak dijangka! Datang untuk menukar sofa yang dah lama, as a compliment... Takde apa nak dihidangkan, so I just served them with this pudding! They were so amazed! Seolah-olah macam tak caya saya yang buat sendiri...hehehe... Hidang jugak panqueques (pancake) with maple syrup! Ringkas & cepat! :)) 




Suka betul dorang makan... Rasa nak gelak pun ada, yelah tengok jelah rupa puding tu lekeh je...hehehe ;))


Oklah dear, thank you for reading!

"My dear bloggy friends, 

Even you don't look me right in the eye, 
Even you can't ever wipe my tears when I cry,
Even we can't share some tea and honey so sweet,
Or walk together down a path, or up the street...

But, we can still be good friends, because you see,
We met on the internet, you & me,
And when you have a cyber friend, it matters not,
How you look, what you wear, or what you've got...

I don't care where are you come from,
or if your size is perfect, plump or skin and bones,
You're there for me and I appreciate you,
You've been a pal through thick and thin...

You share my glad times,
And in my sad times, you made me grin,
So I write this for you, dear friend so fine,
To tell you, I'm so glad you're a pal of mine...

And here's a hug, though not with arms,
For that can't be,
But it's a hug, straight from my heart,
To you, from me"

Loves, xoxo

Marya Yusof

------<-----<----'@


P.S. Terima kasih atas doa serta kata-kata semangat... Terima kasih pada semua yang sudi membaca serta meninggalkan komen dan jejak... Buat saya terharu... Tengok... Dah nak nangis lagi... ;'))) May Allah protect all of you! Amin~

Mar 18, 2012

Puisi ke? : Ada Manusia...

Assalammualaikum....

Buenas!

Dalam dunia ni ada manusia,
Yang suka mencari dan mengintai saudaranya,
Melihat apa yang lebih apatah lagi kurangnya,
Sengaja mengorek-ngorek cela mereka...

Dalam dunia ini ada manusia,
Gemar melihat kejatuhan siapa-siapa,
Kerana dia ingin dipuja,
Walau diri entah apa-apa...

Dalam dunia ini ada manusia,
Suka membanding-bandingkan kehebatannya,
Menonjol-nonjolkan kelebihan yang ada,
Walaupun sebenarnya apa pun tiada...

Dalam dunia ini ada manusia,
Rasa dengki, cemburunya sangat ketara,
Sanggup berbuat apa sahaja,
Demi mencari redha manusia...

Dalam dunia ini ada manusia,
Kenapa tidak menerima sahaja,
Kurang lebih hanya sementara,
Tidak kekal selama-lamanya...

Ya Allah, peliharalah kami dari sifat dan manusia-manusia ini...
Amin Ya Rab ~

--------<----<---;@

P.S. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui... 
P.S.S. Cemburu, iri hati hanya memakan diri... Terima diri seadanya, syukur atas apa yang ada....
P.S.S.S. Bersihkan hati, jiwa tenang... Maafkan semua orang :)

Buenas Noche Peru! Sleep Tight, Sweet Dream... xoxo!




Mar 9, 2012

Mamá, Madre & Mummy!

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Salam Jumaat... Sekarang Malaysia semua sedang nyenyak dibuai mimpi indah, waktu ni saya baru je lepas lunch sambil berehat-rehat menonton Disney Junior with Iman... Taknak tidurkan dia banyak-banyak waktu siang sebab nanti malam dia tidur lewat...

Tersentuh hati saya bila membaca Harian Metro hari ini, tak sanggup saya nak paparkan cerita tersebut... Boleh baca sini... Kenapa seorang anak boleh bertindak sedemikian rupa? 

Saya seorang ibu, saya juga seorang anak... Kita tak tahu nasib kita nanti... Tika dan saat ini, saya rasa sangat rindu dengan mak saya... Rasa nak peluk, sujud & cium kakinya... Saya bukan anak yang sempurna tapi saya tak sanggup melihat seorang ibu diperlakukan begitu...

Marilah kita doakan yang baik-baik buat si anak... Semoga Allah bukakan hatinya untuk menjemput dan memberi kasih-sayang kepada ibunya kembali... Ya Allah, engkau kasihanilah dia... Jika tidak, alangkah ruginya dia walau apa jua alasan yang diberikan...

Ibu bapa umpama wali Allah, doa mereka setanding doa nabi pada umatnya... Kadang-kala kita lupa, apa yang kita perolehi hari ini bukan sahaja atas usaha diri sendiri, tapi dari doa mereka... Walau bagaimana buruk pun ibubapa kita, mereka yang melahir dan membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh... Mereka memberi perlindungan pada kita sehingga seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap ditubuh kita... 

Ingatlah, doa seorang ibu sangat hebat! Boleh jadi penawar juga racun yang berbisa... Saya ingin berkongsi dari pengalaman saya sendiri, kejadian yang berlaku dalam keluarga terdekat... Seorang ibu yang suka menyumpah-nyumpah anak... Pada suatu hari tidak tahu dimana silapnya, si ibu mengeluarkan kata-kata, "Pergi mampus!" pada anak, petang tersebut benar-benar anaknya pergi meninggalkan dunia ini kerana dilanggar lori... Kata-kata dari mulut seorang ibu amat dashyat kesannya... Ingatan buat diri saya sendiri juga...

Pernah suatu hari, sedang saya memasak Iman merengek-rengek nak makan buah epal... Saya kata nanti dulu umi sedang masak, tapi Iman sort of memberontak... Saya yang waktu itu agak marah berkata , "Tak baik Iman buat Umi macam tu, nanti Allah marah, bila Allah marah nanti badan Iman sakit," Selepas itu, sewaktu Iman ingin mengigit buah epal secara tak sengaja die tergigit lidahnya sendiri sehingga berdarah... Ya Allah, saya tak bermaksud ingin tubuhnya benar-benar sakit... Mungkin kebetulan sewaktu saya berkata-kata, pintu langit terbuka, kata-kata saya menjadi doa... Sekejap sahaja termakbul... Bisanya lidah seorang ibu! 

Hati-hatilah sahabat, kata-kata kita kadang-kala menjadi doa dan dimakbulkan Allah... Kerana itu kita disuruh cakap yang baik-baik sahaja...


Buku ini saya beli masa di Malaysia, seorang lelaki tua datang ketuk pintu rumah... Disebabkan kasihan saya membeli walaupun harganya mahal jika dibandingkan jika dibeli di kedai buku... Sangat bagus dibaca bagi melembutkan hati kita... 


Mak dan mak mertua sewaktu menghantar kami ke airport sebelum berangkat ke Peru... Miss both of them a lots! Semoga Allah panjangkan usia mereka & dikurniakan kesihatan yang baik... Ameen! Ada orang cakap rupa mak saya & mertua sama :)


Gambar semasa hari raya tahun lepas... Dari kiri abang saya no. 4 dan kakak saya no. 2...Tak tahu bile boleh beraya bersama lagi... :(  Buat abang-abang dan kakak saya, sayangi emak, kasihanilah dia & berikanlah apa yang mampu kerana dia tak mungkin hidup untuk seratus tahun lagi... Selagi dia masih ada, doanya sangat makbul! Doa seorang ibu! Tak perlu jumpa imam, ustaz, tok bomoh, tok pawang dan sebagainya... *Memang tak pergi punkan...hikhikhik... ;)

Mi familia- Sebahagian adik-beradik, ipar duai & anak-anak buah tersayang!

Gambar sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran emak yang ke-70 tahun lepas di Bagan Lalang... Tahun ni, bulan ni umur emak 71 tahun, Insya'Allah... Semoga mak sihat & ceria selalu :) Esok pulak, 10/3/2012 hari jadi Dedeq (Arif Shafiq) yang ke 5 kan...hikhikhik...Ucu lupalah umur Dedeq... Dedeq yang baju merah berseluar jeans tu... Dedeq lahir tak cukup bulan, semoga Dedeq jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin & makan banyak-banyak sikit! Ucu tak dapat nak bagi hadiah tapi nanti boleh mintak kat ayah ye...hehehe!
Loves xoxo! 

Esta bien, chao~

P.S. Raya tahun ni memang tak balik, kemungkinan tahun depan pun tak dapat balik time raya... Harap-harap adalah perubahan pada pekeliling tahun depan... Sekali balik lebih kurang RM9,000 seorang... Tak berbaloi... Sabarlah wahai hati :(



Feb 26, 2012

Inca Kola, Por Favor!

Assalammualaikum...

Hola cariño!

Alhamdullillah, I'm back! Thank you Allah! Iman pun dah semakin sihat walaupun masih ada sisa-sisa selsema, syukur padaMu Ya Allah... Beberapa hari ni juga kami tak pergi kemana-mana hanya berehat, berehat dan berehat sahaja di rumah... Sekarang ni Mr Hubby pulak  kurang sihat maybe sebab terlalu letih melayan kami dan harap-harap dia tidak dijangkiti virus yang sama... Semoga kesakitan yang Allah beri ini menjadi kafarah... Amin...

Saya juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Faris Nur Daniel... Allah Maha Penyayang, syurga buatnya pasti menanti... Saya tak tahu sekiranya saya di tempat mereka adakah saya mampu menerima segala takdir dariNya...

Buat teman-teman bloggers yang sangat saya kasihi; Kakcik Seroja, eeiyss, Nafiraa, Rumah Kuning, Gen2Merah, BrightEye, ShimaSalleh, Sang Ratoo, Mixed Family In Da House-Dini, Norhidana, Fiza, Hanis Azla, Nazayiena, arelan, AmirFX, Nida, ...cp, eye nee, Kak Radziah AR, msredcheesecake, Cikgu Ma, Apple Pearl, Ummi Iman, Lynn, Aisyah Jahirah, chemid, mama norlara, Kak Queenie, Kak azieazah, Puan Kutu, Ibu Hani, MeriamBebakar, anisalya & Fyzz: Muchas Gracias for doa :):) Kisses & Hugs xoxo...

Susumanis & mamavogue, thank you for the doa, tips & petua... Memang sangat power! :):) Mamavogue, kulit kayu manis atau cinnamon memang banyak di sini, mereka (Peruana) guna dalam masakan tapi paling digemari sebagai pewangi atau perasa tambahan dalam minuman... In spanish they called cinnamon = canela cara sebutan 'ka-ne-la'... 

Bila badan tak sihat selera makan pun mesti mati... Tekak rasa tak sedap, rasa payau je... Lagi-lagi bila dah telan pelbagai jenis 'dadah' yang doktor bagi... memang rasa tak best sangat! Tapi badan perlukan tenaga, my body screaming "I want sugar! Sugar! To sooth my tongue!"

So, Mr Hubby pun pergilah beli untuk isterinya nan seorang ni...hehehe...

Inca Cola
Elok je demam teragak nak minum minuman bersoda ni... Inca Kola!

Inca Kola also known as 'Golden Kola' maybe because of the yellowish-gold in colour... Refers to the Quecha Inca Kola are words for King & Queen...  Minuman ni menjadi kebanggaan rakyat Peru, macam menjadi national icon mereka lah... Remember Inca Civilization? Machu Picchu semua tu berkaitan dengan Tamadun Inca ni...  

Menurut apa yang saya tahu minuman ni hanya terdapat di parts of South America, North America and Europe... Tempat-tempat lain di dunia tak berapa nak famous sangat tapi boleh dijumpai di Latin American Specialty Shops worldwide... Rasanya di Malaysia pun tak pernah jumpa... 
Kalau ada jumpa, mesti cuba tau! Sedap! :):) The flavor has unusual sweet fruity flavor yang macam rasa bubblegum gitu :)

Esta bien, mi amigos!

Hasta luego, chao~

------<----<----,@

Jan 12, 2012

Sweet Fragrance of Lilies

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Como Estas?

Yo... Alhamdullillah, muy bien ;)

Dalam satu hadis Rasullullah ada bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri... Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kisah yang  mencungkil peribadi dan sebagainya sebagai pelaris buku serta medium pengantara yang lain....

Saya menjadi sangat takut kerana saya juga ada anak, keturunan yang perlu dipelihara... Semoga Allah melindungi kaum keluarga & keturunan kita semua... Semoga jati diri mereka terpelihara walau dimana pun mereka berada... Amin ~

Hidup diperantauan bukan semudah yang disangka... memang seronok melihat negeri orang, pelbagai keunikan & kelainan yang boleh kita pelajari... Keseronokan pun boleh bertukar menjadi kerinduan yang tidak bertepi kerana berjauhan dengan kaum keluarga dan sahabat handai...

Bila berada di kejauhan, kita berasa sangat teringin  untuk mendengar alunan lagu 'Negaraku'... Menghidu bau aroma satay, ayam percik dan char keaw tiau di Pasar Malam... Merasai keenakan buah durian, rambutan & manggis... Terasa sangat rindu T_T

Namun semua tu harus dibuang jauh-jauh, kerana hidup perlu diteruskan...


I love lilies a lot... The sweet scent make me smile all day long... I asked Gloria to buy these flowers... because it will be much cheaper...

I put on the counter top di dapur, bila memasak tu rasa seronok je sebab harumannya tu...

Membangkitkan lagi semangat nak memasak...hehehe


Harga semua bunga ni S./14 sahaja...

S./1 >< RM 1.10

Rasanya bunga di Lima ni lebih murah berbanding di Malaysia... Tapi kena beli di tempat-tempat tertentu baru boleh dapat murah, sama jugak di Malaysia rasanya :)

Matawang Peru lebih besar sedikit berbanding dengan Malaysia, walaupun secara peribadinya saya melihat negara kita tampak 5 tahun lebih maju dari mereka, ada juga yang mengatakan kita 10 tahun lebih maju.... ermmm....


One type of lilies, ermm... I guess~


Siap berlebih-lebih lagi, takde vase lain, terpaksalah guna apa yang ada... Nampaknye kena beli vase lain lepas ni ;);)

Dua hari lepas, I try satu resepi masakan ni... Namanya Cheesy Prawn... Sedap jugak rasanya bagi yang suka makanan bercheese... Mr Hubby & Gloria pun suka nampaknye...

I jumpa resepi ni masa blogwalking, tapi seriously tak ingat jumpa kat mana... Tapi sebab resepi tu sangat mudah so, teringin nak cuba... akhirnya berjaya jugak nak buat ;)

Cheesy Prawn

Bahan-bahannya:

1/2 kg udang (Kalau udang besar lagi bagus)
1 sudu teh lada hitam
Mozarella Cheese secukupnya
Parmesan Cheese secukupnya
Garam secukup rasa
Garlic salt secukup rasa


Cara Memasak:

Gaul udang dengan garam, lada hitam & garlic salt sehingga rata... Kemudian susun semua bahan yang digaul tadi seperti gambar di atas...  Taburkan Parmesan & Mozarella Cheese secukupnya... Boleh letak sayur kegemaran, I letak baby tomato sahaja ;) Masukkan ke dalam ketuhar pembakar selama 30 minit, adjust kepanasan mengikut kesesuaian...

Dan inilah hasilnya ~


Cheesy Prawn
Prawn = Langostino

Terima kasih kepada semua yang sudi membalas kunjungan dan membaca entry saya yang lepas serta meninggalkan komen... Saya sangat menghargai kamu semua, ada jugak komen yang membuatkan saya ketawa & senyum sorang-sorang... Sekurang-kurangnya terubat juga hati si perantau ni... Saya tak minta apa-apa, hanya berdoa semoga ukhuwah kita berpanjangan... insya'Allah...

Sebelum tu, saya nak meminta maaf tentang entry sebelum ni berkenaan WW: Gano Excel tu... It's not the only Malaysian company in Peru, but One of the Malaysian Company in Peru... ade 3 ke 4 buah lagi Malaysian Company di sini... Really sorry for the misinfo :( 

Sila cari nama anda sendiri ye... Kalau baca semua, boleh pening kepala & sesak nafas... hehee

~ Wan Nurul Hezrina: Wan, nanti ko try je semua resepi tu, kalau tak sedap jangan marah akak lak :) Insya'Allah, nanti kalau akak balik akak roger ko, ko kat putrajaya je kan? Takpe, hq LHDN dah tukar ke Cyber nnt bolehlah kita jumpa, gossip2 & makan sama-sama ye ;) Kat sini cili-cili yg ade mmg unik wan... rasa macam tak sanggup nak makan memula tu... Sesetengah country memang tak bagi bawa balik seeds dah undang-undang dorang macam tu... maybe dari segi hygenic kot, takut penyakit agaknye...tak tahulah ape rasionalnya..susumanis: Terima kasih sudi singgah, dear... Terima kasih juga sudi menjenguk entry yang lepas :):) Pokok olive mmg berlambak-lambak di Peru ni... especially di Lima ;) Nasi lemak tu sebahagian bahannya dibawa dari Malaysia... di sini ada yang tiada ;( Insya'Allah, kalau sudi boleh lah bercuti ke sini nnt ;)CikPuanRara: Terima kasih sebab sudi jugak baca walaupun dah tak sampai nafas...hehee... LuahFikiran: Betul tu Dato' cili di sini unik & gemuk2 ;) Kopi Gano tu banyak dijual di Malaysia, Gano Excel ni multilevel marketing company... Ibu pejabatnya di Jitra, Kedah... saya pun tak pernah cuba coffee ni lagi... sebab saya tak boleh minum kopi sebarangan, boleh pening kepala :) CikLilyPutih: Cili oren tu mmg cantik rupanya, rasanya pun sangat sedap ;) Betul, rupa shj merah menyala tp tak pedas langsung..serious ;) Maszmadi:Terima kasih sudi singgah, cili di sini mmg gemuk2 belaka ;) MamaEma: Terima kasih mama ema sudi singgah, mmg segar bugar ;) Nens Collection: Terima kasih Nens sudi singgah, mcm plastik? Tapi mmg cili real tau ;) ~@moi~~: Tq sudi singgah dear, mmg seronok tp lebih seronok tinggal di negara sendiri walau gah mana pun negara org ;)... semoga apa yang akak kongsikan bermanfaat buat semua ;) Nafira: Memang comel-comel, rasa sayang nak masak guna cili di sini, tapi rasanya tak sesuai kot buat hiasan...hehee...Tq singgah dear~ Faten Rosli: Yelah, banyak yang buncit2... Terima kasih singgah dear~ J.Syazwana: Betul tu dear, rasa macam sayang nak masak cili-cili ni ;) IbuHani: Betul tu IbuHani, nampak seperti buah-buahan ;) Terima kasih, sudi singgah ;) Fyzz: Insya'Allah fyzz, mana tau rezeki kan... boleh mai sini ;) Kalau tak makan pedas mmg tak puas rasanya kan...hehee... Coffee Gano tu mmg HQnye di Jitra, Kedah rasanye founder die pun orang sana jugak... mmg proud sgt kan ;) Mama aini: Betul tu mama aini, rasa sayang nak makan :) Terima kasih sudi singgah ;) IntanBerlian: Mehla dtg sini IntanBerlian, macam-macam akak boleh tunjukkan ;) Queenie: Salam kak, harap akak puas hati dengan entry ni... ;) nnt akak ceritalah pulak ttg cili yg akak maksudkan tu termasuk tetamu dari Sepanyol tu... Boleh tahan org Sepanyol tu mkn pedas ye... smp cili api pun mcm mkn nasi... tp org di sini tak tahan pedas kak... ade yg takut dgn pedas pun ade... cili-cili die pun tak pedas sangat... terima kasih kak...nanti senang-senang akak share pengalaman itu ye... panggil kakak jelah nampak muda sikit... xpekan ;) kamalia: Betullah Kamalia mmg xsodap! Kami bawak seguni cili kering dari Malaysia tau, di Chinatown pun ade jugak jual cume cilinya kecil2 sikit... pedas sangat... Jepun & Malaysia boleh dikatakan dekat juga so, nak post tu tak jadi masalah sangat rasanya.. cost mahal tak kalau post? LipisLady: Wsalam kak, terima kasih kak sudi singgah ;) Cili di sini tak pedas kak, dijamin tak kembang mulut...hehehe ;) NzA: Mmg comel pun ;) Di sini cili bangala (capsicum) pun banyak... Di Malaysia pun banyak juga cili yang comel2  kan...hehee terima kasih sudi singgah ;) Noor Fatin: Hai Fatin, mmg lain bentuk cilinya... saya cakap Spanish main belasah je...Insya'Allah tahun ni akan mula attend class tp tak tahu lagi bile...belajar sendri2 je dlu... terpaksa, sebab org di sini sgt kurang yg pandai cakap B.Inggeris... Bahasa penghantar mereka Spanish, we've got no choice dear! ;) misredcheesecake: Mestilah cili api melayu lagi best... meletops! Miss Senget: Sexy?? Yes, sexy but not really hot! hehehee Izan: Terima kasih dear... Klau nak rasa duduk Peru boleh lah jenguk blog ni hehehe ;)  Rina Avail aka CikBetty: Salam Cik Rina, Insya'Allah tak tinggal di negara orang pun tak ape asalkan dapat pergi bercuti lagi seronok ;) Saya dulu pun banyak yang tak tahu... dah duk merantau ni kenalah jugak ambil tahu... tak tahu banyak, sikit pun jadilah... ;) Mehlah, buka Avail di sini...mesti meletops! Amir FX: Dear, cili gronong tu akak pernah dengar, tapi tak pernah lihat rupanya... di Sarawak ada banyakkan? Nanti bolehlah story ;) Mama Qaisara aka nunu: Terima kasih dear... semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat untuk semua ;) Lynn: Betul tu Lynn.. too lovely to be eaten... hehee Seronok, tapi Malaysia tetap dihati ;) Juliet Ira: Yes dear, hb akak kerja di emb. Msia sini ;) Terima kasih sudi singgah dear ;) ;) Ardini Humaira: Tq dear sudi singgah, saya minta maaf kalau terguris hati... sekadar memberi peringatan pada diri sendiri juga... Takut bercerita & menyentuh cerita ttg org lain walaupun secebis... Kerana kita punyai keturunan yang tak tahu bagaimana ceritanya nnt... harap usah disebut dan dipanjangkan lagi.. kita kawan ok! blog-tips-kurus: Syabas to all Malaysian ;) Bulan Syurga Firdausi: Alhamdullillah ;) Terima kasih sudi singgah... nak mintak kerja di sini? Habiskan belajar dulu dik ;) khaifaiz: Minta maaf for the misinfo... terima kasih sudi singgah ;) Nizam: Hai, Nizam.. hb saya yang bekerja di sini... saya ikut je ;) Tq sudi singgah ;) Sue-Rya AQ: Insya'Allah, semoga product Malaysia terus di mata dunia ;) Tea: Pandai2 je kamu ni... tapi bagus jugak ye idea tu... hahaha~ sudipVSsenduk: Terima kasih, saya masak simple2 boleh lah... sudi-sudi datang lagi ye ;) ainnoraini: Terima kasih kak... sudi2 singgah lagi ;) Cadlynn: yes dear.. Malaysia Boleh! Orlando Ahmad: Yes, we should be proud! Ajak: Insya'Allah ajak...tq singgah ;)  Eye Nee: Terima kasih sudi baca, kak ;) little dolphin: At least kamu pernah juga try... nnt nak test jugaklah yg rs milo tu ;) Liza Razak: Akak tak pernah rasa maybe kena test juga nnt... kopi ni akak kureng sikit...takut sakit kepala :) Teenager Housemaid: Insya'Allah... semoga Malaysian terus maju... amin~ Ummi Iman: Betul tu, semoga Malaysian terus maju...kite tumpang bangga ;) ~


Dec 26, 2011

Bila Susah Hati...

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Bila susah hati selain dari solat & berdoa, apa yang korang buat?

Macam aku... makanlah jawabnye... hehehe ~

Peristiwa semalam buat kami betul-betul stress...adoyai, bengang tak abis-abis... Malas nak cerita panjang kalau nak tahu boleh baca di sini...

Menu hari ni...

Sotong & Udang Goreng Rempah
 Tak selera sangat nak makan sebenarnye...masak pun cincai-cincai je...

Raksam
 Raksam sebagai pembuka selera... masam-masam sikit...

Kobis Cina Goreng Santai~
Sayur sebagai pelengkap...

Allah masih mengurniakan nikmatNya kepada kami... Alhamdullillah... Syukur padaMu Ya Allah ~



Dec 25, 2011

Kena Rampok!

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Mood spoiled hari ni... Geram + Sedih + Happy + Bengang + Penat bercampur-baur... Mula-mula keluar rumah hari ni dengan happy... but, end of the day T_T

Lens & Flash Light untuk kamera DLSR Mr Hubby hilang... I pun tumpang sedih... Mr Hubby toksah cakaplah, frust menongeng-nongeng T_T

Bukan nak menuduh tapi sometimes we must believe our strong instinct.... Ceritanye begini, hari nikan cuti krismas... semalam memang satu hari dok kat rumah je... So, harini plan nak pergi jalan-jalanlah...bukan pergi mana pun... Sekitar Lima je... So, we've decided to go to Miraflores... Mr Hubby ketagih nak test camera kesayangan die tu, well, you know... newbies kan... excited lebih sikit...

Dah puas jalan-jalan sampai ke Larco Mar... kami pun patah balik pergi Kennedy Park, ntah macamana teragak pulak nak naik bas persiaran (tourism bus) yang ade dekat situ... Macam-macam pakej yang ade... Kami dah penat sebenarnye, tapi oleh sebab nak test dulu and kata orang, benda nak jadi...kami pun ambik pakej yang paling murah S./10 per pax...

Kami memang dilayan dengan baik sekali... Tapi adalah sorang mamat A ni (suspect) sangatlah baik nak tolong kami...siap angkat stroller (tram) Iman.... I tengok die tak presentable langsung... pakaian memang agak selekeh, tapi kami bersangka baik jelah sebab ingat die attendant bus ke apa... Die duduk memang dekat dengan kami di bahagian hadapan bas... Oh ye, bas ni double decker tapi tak berbumbung... Sepatutnya belakang tempat duduk kami ade couple tu tapi tak tahulah kenapa tetiba dorang tukar seat pulak... rasanye mamat A ni suruh sebab die macam sibuk nak duduk dekat dengan kami... Lepas tu ada sorang lagi mamat B ni duduk seat belakang tempat kami, gantikan couple tadi...

I dengan sibuk nak pegang Iman dan handbag lagi... Biasanye keluar tak bawak handbag...sigh*

Mr Hubby pulak sibuk dengan kamera die nak ambil gambar... Mula-mula tu, I nak adjust tempat duduk, letak handbag & backpack Iman dekat bawah kaki... Mr Hubby pun sama letak beg kamera kat bawah kaki jugak...tapi lepas tu I rasa tak sedap hati sebab I terasa macam ade orang sentak-sentak beg dari bawah.. Walaupun, tak berapa obvious.. Luckily I trust my instinct,  terus sangkutkan handbag kat bahu... I believe, time tulah dorang ni buat kerja... memang sangat cekap okek... Sorang mencuri & sorang lagi attract kite dengan benda lain...dem! 

Masa end of tour tu langsung tak nampak batang hidung dorang ni lagi....

Nikon 50-220mm
Sampai kat rumah, baru kami notice benda ni... Adoyai, nak buat macamanakan...dah takde rezeki... Tapi memang sangat sakit hati sebab diorang ni pandai distract our attention...

Mr Hubby yakin 100% yang lens & flash light tu ade dalam beg... Nasib baik galaxy tab tak kena kitai jugak...

Dekat sini galaxy tab ni kurang digunakan, senang cakap kureng fofular...

Maybe dorang tak expect benda tu handphone... mesti dorang ingat notebook or some other thing.... Kebetulan lens & flash light tu ade dalam bekas macam uncang... agaknya dorang ingat benda dalam tu duit...

Memang tactical betul modus operandi dorang ni...

Sebenarnye, dah banyak kali orang beritahu kami to be careful... Kadang-kala kite rasa kite dah sangat berhati-hati tapi kalau dasar orang JAHAT memang tak boleh nak buat apalah... memang kebocoran rezeki kamilahkan... nak doakan die yang tak elok pun tak guna jugak sebab dorang ni memang KAFIR LAKNATULLAH memang ke NERAKAlah jawabnye...

Next time, memang kena double triple hati-hati... trust nobody...

Cakap kat Mr Hubby, nanti beli lens barulah yang lagi canggih sikit... Kesian kat die, benda tu bukannya murah.... Feel sorry for him...

Apa-apa pun, semua ni pengajaran untuk kami... Ramai orang yang pandai berlakon di luar sana... so, korang pun kena hati-hati gak... 

Esta Bien!

Ciao ~


P/S: Nak buat solat hajatlah, bior panas buntut sape yang curi tu... Esok Mr Hubby nak pergi balik tempat bas tu, nak warning/alarm dorang pasal sindiket ni... mencacatkan holiday orang jerk... eeeiiii...geram!



Nov 21, 2011

Falafel pun ade kat Malaysia

Ni cite hari Ahad haritu...

Kitorang bersarapan ringkas je...

Falafel


Nilah falafel tu...korang pernah tengok tak?

Kalau kat Malaysia kite panggil vade, wade atau masalodeh... kuih ni ade banyak dijual dekat gerai-gerai orang India...tak perasan? Tak pelah...

Aku nak share resepinya yang aku google tak ingat dah dari mane...hehehe...

Vade/Wade/Masalodeh

Bahan-bahannya:

2 genggam kacang dal
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh bawang merah & bawang putih (dikisar-boleh juga dihiris halus)
Cili kering dipotong nipis (tak letak)
Garam secukup rasa

Cara memasaknya:

Rendam kacang dal semalaman. Kemudian kisar tanpa air tapi jangan terlalu hancur. Campur tepung, jintan manis, bawang serta garam dan gaul sehingga sebati. Panaskan minyak, goreng deep fried... Sedia untuk dihidangkan...sedap!

Tapi kenapa kuih vade tu berwarna hijau ye...padahal aku tak letak pewarna pun..rahsianya....


Tada~

Kacang dal dekat sini memang berwarna hijau...pelik?? Aku lagilah pelik....hehehe

Bile makan kuih ni teringat dekat mak... Mak memang suka kuih ni... Rindu pulak dengan mak   T_T

Mak, Mar dah pandai buat vadei tau!

Bonda yang kurindui...




Sep 15, 2011

Cedihnyeee...

Hari ni hari terakhir aku bertugas sebelum bercuti lama...rasa sedih sangat nak tinggalkan tempat dimana karier aku bermula... Tapi, Insya'Allah aku akan kembali bertugas walaupun untuk tempoh setahun...

Rasanye setakat ni dah mohon ampun & maaf pada semua...semalam dah banjir dah pun...orang suruh bagi ucapan aku bagi tangisan...macam orang nak pergi berperang pulak...heheheeee...

Itulah aku, walaupun nampak hati keras & kasar sebenarnya aku hati tisu...tersangatlah fragile...

Lepas ni aku nak rehat & tidur puas-puas sampai muntah...kalau ada duit nanti nak beli kamera DSLR nak ambik gambar banyak-banyak...dok sana nnt nak cari peluang untuk bisnes..heheheee....

Tak kisahlah orang nak kata ape...butakan mata & pekakkan telinga..yng penting kita enjoy (ala-ala gedik Nora Danish).

Doakan kami sekeluarga ye!!!

Jun 8, 2011

Arrrggghhh...Sakit gigi ke gusi....

Dah bertahun-tahun aku suffer sakit ni...GUSI GIGI BONGSU BENGKAK...memang tensi...sebabnya bile sakit mesti demam...sakit kepala toksah nak cakap...hanya orang yang pernah kena je tahu sebabnya...ia bukan disebabkan oleh gigi berlubang ye kawan-kawan....

Bila kita sakit gusi @ gusi ni @ whatsoever it's been called rasa nak sepak je bila orang cakap kuat-kuat, memekak...lepas tu time malam lah time die berdenyut-denyut...ooowwhhh...susah nak digambarkanlah...so, semalam sepatutnya aku ada taklimat kat Bangi tapi sebab dah sakit aku pun tak pergi..MC terus...

Aku dengan semangat wajanya berhasrat untuk mencabut terus gigi ni...selepas mendengar experience positive kawan-kawan yang dah cabut...dah tak kisah sakit ke tak yang penting bagi aku, biar sakit sekali terus, bukan berkali-kali...

Lepas hantar Iman pergi umah emak (pengasuh) dia...aku pun terus pecut pergi ke klinik gigi panel ofis aku...dahlah tempatnya aku tak tahu...walaupun dari kecik sampai besar aku tinggal kat Seremban nama jalan haram aku tak ingat...sebab aku bukan suka merayau-rayau cari jalan...

Dengan tercungap-cungap lepas naik tangga dengan ketiak yang dah basah, aku pun sampailah kat tempat yang dituju...sampai je, aku tengok jururawat @ kerani ke ape dok bertonggok dekat front desk..salah sorang tu aku kenal sangat, anak jiran yang tinggal sekampung dengan aku...tapi masing-masing buat muka 'deck' je...bukan nak menegur tapi buat muka macam taik...rasa macam aku pulak yang terhegeh-hegeh...masa tu takde orang langsung...lepas isi form datanglah sorang mangkuk chayanunalif ni...terus dpt special treatment masuk dalam dulu dari aku...hangin betul...agaknya regular customer yang gigi banyak dah buruk kot...

Lebih kurang 15 minit tu nama aku pun dipanggil...Aku cakap dekat doktor gusi gigi bongsu sakit...dia tanya kerap tak sakit...aku jawab setahun adalah dalam sekali dua kena itupun aku makan dengan berhati-hati...doktor tu cakap, kita tak boleh buat apa-apa macam ni just bagi medication je...kalau kerap sangat then kita cabut...aku bagitau cabut jelah...tak tahan nak tanggung sakit...die bagitau, nak cabut kena buat appointment...mula-mula cabut yang atas baru cabut yang bawah kalau nak...WTF...dah lah aku cuti hari ni dengan harapan nak hapuskan kesengsaraan ni sekaligus tapi die boleh bagi advice macam tu pulak...ok fine...aku pun keluar & mintak MC...

Tak lama tu anak jiran aku tu panggil aku, "Kak, nak MC ke? Berapa hari?". Aku jawab "Untuk hari ni je." Sambil tu aku pun tanyalah bila boleh buat appointment untuk cabut gigi...dia bagitau lepas abis ubat ni dalam 3 hari buat appoinment dah boleh cabut gigi tu...lepas tu die tambah, "Rasanya company akak tak cover cabut gigi bongsu ni"  What??! Aku pun jawab balik "Kawan akak baru je cabut gigi bongsu die dekat PUSRAWI aritu, ok je." Dia balas, "Kalau macam tu bawak surat.." mangkuk betul...ni sudah mendatangkan kemarahan..."Kalau scaling dekat sini berapa?" Dia jawab "Dalam RM 120." Aku rasa chayanunalif tadi buat baru RM30...aku pasang2 telinga..."Kalau cabut gigi bongsu berapa pulak?" saja-saja tanya...Dia jawab " RM 850" Mak ai...tu baru sebatang gigi...ni saja nak kenakan aku ke apa...atau tu memang harga yang sebenar? Patutlah doktor gigi kaya....

Bila pikir-pikir balik buat dekat klinik kesihatan jelah...free je pun...paling tak bayar RM 1...tapi aku gerun sebenarnya nak pergi KK ni...Balik ofis aku nak cofirmkan dengan HQ betul ke cabut gigi bongsu tak cover...setahu aku cabut gigi semua cover...asalkan acabut gigi...scaling, bleaching tu memanglah patut tak cover...takkan sebab gigi tu namanya bongsu tak cover....bukannya aku buat-buat sakit pun..dah memang sakit...

Tapi kawan aku cakap, nak cabut gigi bongsu ni memang susah sikit...kena operate sikit lepas tu bius & jahit..tak kisahlah janji die tak menyakitkan aku lagi lepas tu...

Balik terus jemput Iman...Aku selalu tanya Iman...Dah besar nanti nak jadi ape? Iman akan jawab "Jadi toktor gigiiiii...(doktor gigi)," Insya'Allah dah besar nanti umi doa Iman betul-betul jadi doktor gigi...tolong cabut & ubatkan gigi umi ni...pasang gigi palsu sekali k..heheheheheee


Dr. Muhammad Iman'ul Yaqin..

Susah betul nak suruh die buat gaya ni...

Hilang sikit sakit gusi Umi tengok keletah Iman..hehehee

Jun 3, 2011

Semalam yang Malang...

Semalam hari yang betul-betul menguji kesabaran...mana taknya, lewat pergi kerja sebab ada hal yang tak dapat nak dielakkan...So, kenalah tumpang Mr Hubby pergi kerja...nun kat KL tu...bukan tumpang sebenarnya, lebih kepada tolong hantarkan...heheheee...

Masa on the way nak ke ofis aku tu, masa tengah sedap pecut 120-130 km/j di lane kiri tu...tiba-tiba "POM!!!" bunyi benda meletup...macam bunyi tayar pecah...all of sudden...cermin depan kereta crack...retak seribu...nasib baik Mr Hubby tak panik (panik nak mampus sebenarnya)...cepat-cepat dia ubah lane masuk ke lane emergency...dan pasang hazard...bahaya sebenarnya..tapi no choice kan...

Exit yang terhampir adalah Serdang, so lepas bayar tol, terus pergi cari tempat yang boleh tukar cermin...nak call insurans Mr Hubby boleh pulak tak ingat guna insurans ape..ayo ayo...memang kelam kabut & serabai betul time tu...dah lah pakai baju batik nampak sangat kakitangan awam...huhuhuu....dengan ketiak basahnya sebab kena tunggu kedai spare part pulak bukak...hilang terus kejelitaanku...

Nilah rupa cermin yang pecah tu...
Retak seribu ko...
Kotor betul kereta Mr Hubby ni...mana taknya sebulan sekali basuh..hahahaha
Dah ready nak kasi ketuk & pecahkan
Selesai dipecahkan..berderai habis
Dah dibersihkan termasuk habuk-habuk yang sedia ada  habis divakum oleh apek kedai...Terima kasihlah En Apek...susah-susah je...
Mr Hubby yang susah hati sebab baby dia kena godek oleh apek kedai...hohoho
Akhirnya...
Pukul 1 lebih baru sume selesai...so, tak pergi kerja lah jawabnye...tak pasal-pasal EL...balik naik komuter dari UKM, Mr Hubby terus jugak pergi kerja sebab belah petang ada meeting dengan PM...macam orang besar jek...bukanlah, perut je besar...kui kui kui... Jangan Marah ye bang...I dah belikan Apple Cider Vinegar for you...Woha!

Balik tu naik train memang macam g!!$$%*&g sebabnya dahlah panas, air-cond train rosak pulak...ape lagi mandi waplah dalam tu...tapi sebab keletihan yang tahap cipan...terlelaplah juga seminit dua... yang menaikan lagi darah aku sampai kat Stesen Batang Benar, train kena berhenti sekejap, nak kata transit tak jugak...memang hangin lah satu badan...pukul 3 plus2 baru sampai rumah...balik terus salin baju & kononnya nak tidur tapi tidur-tidur ayam je...pukul 6 baru jemput Iman dari rumah pengasuh...kecian dia...

Apalah punya malang nasib kami...mesti ada hikmahnya...betul tak...??? Ke kami ni ada dosa kat sape2 yang menyebabkan  kami KEBOCORAN REZEKI...Kalau salah maafkan kami ye...halalkan ape-apa yang patut...kena muhasabah diri ni...huhuhuuuu...