Gracias!

Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Apr 23, 2012

As sweet as my Pudding!

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Harini baru berkesempatan nak update... Taklah sibuk mana pun, rasanya weekends, lebih molek kalau berehat-rehat and focus on familia ;):)

Berusaha menghabiskan novel K.Hanis Azla, Takdir Fitrah Terindah... Rasa sayang nak habiskan baca cepat-cepat... Pelikkan? Sebab, nanti dah tak boleh nak berangan jadi Nur Fitrah yang cantik serta penyabar...hiks...hehehe ;p

First 100 pages buat saya menangis tersedu-sedu... Serasa berada di tempat 'dia' - refer to heroin (berangan)... Adeh, saya ni memang mudah mengeluarkan airmata, nampak je macam keras hati tapi orang yang kenal dan rapat dengan saya tahu betapa 'tisu'nya hati saya...huhuhuuu...

Cakap benda sedih sikit mulalah nak cembeng, sebab tu kalau boleh saya cuba elakkan melihat, bercerita benda yang sedih-sedih, nanti saya nangis... Kalau saya nangis, Iman yang nampak pun akan nangis and pujuk-pujuk... "Dah, dah, jangan nangis... Sayang Umi, sayaaang umi..." Lagilah buat saya nangis... :'(

Eh, apa hal cite pasal nangis lak ni... hehehe ;)

Sebenarnya saya nak 'show-off' Triffle Pudding yang saya buat last week hehehe ;):) Terasa bangga nak tunjuk walaupun tahu diri ni Chef Amature jek...hahaha :p 

Resepinya tersangatlah mudah, sebab tu berani nak cuba... Resepinya saya ambil di rumah Aunt. Titli, suka tengok dia masak, kelakar pulak tu... Dan yang paling best  dia ada berkongsi cerita how's she came to become Islam... Masya'Allah... Seronok sangat! 

--------<-----<---,@

 Now, time to show-off, show-off... 

My Sweetie Yum Yum Triffle Puddings!


Nampak sedap kan?? Memang sedap pun! ;p


Abaikan yang comot-momot tu... hehehe... Toppingnye saya pakai hentam je letak blueberries... 

Ingat nak letak strawberry, takde pulak... Bukan musimnya... Kalau ada pun tersangatlah mahal!  :(

Blueberries ni pun 250g dah berbelas soles... Tapi sebab dah takde sangat, beli jelah apa yang ada, buah kiwi pun jadi lah...hik3... 


Kebetulan masa buat puding ni, agent rumah datang... Tetamu yang tak dijangka! Datang untuk menukar sofa yang dah lama, as a compliment... Takde apa nak dihidangkan, so I just served them with this pudding! They were so amazed! Seolah-olah macam tak caya saya yang buat sendiri...hehehe... Hidang jugak panqueques (pancake) with maple syrup! Ringkas & cepat! :)) 




Suka betul dorang makan... Rasa nak gelak pun ada, yelah tengok jelah rupa puding tu lekeh je...hehehe ;))


Oklah dear, thank you for reading!

"My dear bloggy friends, 

Even you don't look me right in the eye, 
Even you can't ever wipe my tears when I cry,
Even we can't share some tea and honey so sweet,
Or walk together down a path, or up the street...

But, we can still be good friends, because you see,
We met on the internet, you & me,
And when you have a cyber friend, it matters not,
How you look, what you wear, or what you've got...

I don't care where are you come from,
or if your size is perfect, plump or skin and bones,
You're there for me and I appreciate you,
You've been a pal through thick and thin...

You share my glad times,
And in my sad times, you made me grin,
So I write this for you, dear friend so fine,
To tell you, I'm so glad you're a pal of mine...

And here's a hug, though not with arms,
For that can't be,
But it's a hug, straight from my heart,
To you, from me"

Loves, xoxo

Marya Yusof

------<-----<----'@


P.S. Terima kasih atas doa serta kata-kata semangat... Terima kasih pada semua yang sudi membaca serta meninggalkan komen dan jejak... Buat saya terharu... Tengok... Dah nak nangis lagi... ;'))) May Allah protect all of you! Amin~

Mar 18, 2012

Puisi ke? : Ada Manusia...

Assalammualaikum....

Buenas!

Dalam dunia ni ada manusia,
Yang suka mencari dan mengintai saudaranya,
Melihat apa yang lebih apatah lagi kurangnya,
Sengaja mengorek-ngorek cela mereka...

Dalam dunia ini ada manusia,
Gemar melihat kejatuhan siapa-siapa,
Kerana dia ingin dipuja,
Walau diri entah apa-apa...

Dalam dunia ini ada manusia,
Suka membanding-bandingkan kehebatannya,
Menonjol-nonjolkan kelebihan yang ada,
Walaupun sebenarnya apa pun tiada...

Dalam dunia ini ada manusia,
Rasa dengki, cemburunya sangat ketara,
Sanggup berbuat apa sahaja,
Demi mencari redha manusia...

Dalam dunia ini ada manusia,
Kenapa tidak menerima sahaja,
Kurang lebih hanya sementara,
Tidak kekal selama-lamanya...

Ya Allah, peliharalah kami dari sifat dan manusia-manusia ini...
Amin Ya Rab ~

--------<----<---;@

P.S. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui... 
P.S.S. Cemburu, iri hati hanya memakan diri... Terima diri seadanya, syukur atas apa yang ada....
P.S.S.S. Bersihkan hati, jiwa tenang... Maafkan semua orang :)

Buenas Noche Peru! Sleep Tight, Sweet Dream... xoxo!