Assalammulaikum...
Hola todos!
Alhamdullillah, selesai sudah Live From Peru on MHI TV3 pada 2/8/2012 (waktu Malaysia) 1/8/2012 (Waktu Peru)... Terima kasih atas sokongan kawan-kawan yang tak henti-henti kepada saya... sangat terharu... *sobs*
Harini bukan nak cerita pengalaman saya tu, entry tu terpaksa saya tangguhkan dulu sebab ada yang lebih penting...hehehe.... ;))
Rasanya semua pun tahu 1/8/2012 haritu genap usia Iman 3 tahun... Tahun ni memang tak celebrate macam tahun-tahun lepas... Maybe nak buat masa sambutan hari raya nanti... Sekali dengan 'open house' insya'ALLAH...
Tapi babah ada buat 'surprise party' untuk Iman! :D
Babah belikan 'Blocks' & 'Bowling Set' ni! Tanpa pengetahuan Iman :))
Sebenarnya dia yang mintak permainan ni especially 'Blocks' tu... Mainan dia dah terlalu banyak sampai kami pun tak tahu nak bagi apa so, bawak dia ke Toys Store, biar dia sendiri yang pilih! ;))
Memang rambang mata masa kat Toys Store tu, semua benda dia nak usik tapi last-last dia request nak kan Blocks macam ni... So lepas negotiate dengan dia lebih kurang, kami pun balik rumah tanpa membelikan apa-apa pun...hiks... Kejam kan? heheee ;p
Babah beli senyap-senyap tup tup dah ade kat rumah a day before birthday dia tu....hehehee... :))
Time ni dok tertinjau-tinjaulah mainan tu...
Tapi kami cakap dengan dia, "This is not for you, ni untuk anak uncle Jorge!" Tak pasal-pasal uncle Jorge jadi mangsa... Apalagi... Mengamuklah dia...
*Uncle Jorge adalah 'housekeeper' apartment kami... *
Puas dia ikut saya ke sana ke mari nak mainan tu...hiks...
Siap menyondol-nyondol, peluk-peluk & pukul-pukul ummi dia ni... adeh...
Buat muka kesian konon-konon nak mintak simpatilah...hehehee ;))
Akhirnya, melalak jugak! Huwaaaa!
Kebetulan sama pulak mukanya dengan kartun "gumball" kat belakang tu...hak...hak...hak ;D
Huwaaaaaa! Pecah jugak tangisan...hehehe ;))
Babah cakap boleh bagi but in one condition kemas semua mainan yang sedia ada & buang mana yang dah rosak serta tak perlu...hehee :)))
Dengan linangan airmata, Iman kemas & siap-siap '5S'... hehee... ;)) Sedih tengok semua mainan yang dah rosak dibuang... Sayang rupanye dengan mainan tu semua, tapi bila suruh kemas selalu ngelat...hehehe...
Ok barulah boleh pegang & officially jadi milik Iman sepenuhnya :))
Checking...checking... Macam tak percaya pulak ye! ;))
Mainan idaman yang diterpa dulu ;))
Siap lompat-lompat lagi! Yes! Yes! ;))
Akhirnya...
Blocks ni memang baguskan untuk merangsang daya imaginasi anak-anak... Alhamdullillah...
Ummi & babah tersenyum puas bila tengok Iman happy! :))
Hidung still ade kesan hingus & airmata... hehehe... Itulah kisah Party Airmata Iman! Kami memang suka nyakat dia...hehee :))
Kemungkinan lepas raya nanti nak hantar Iman pergi school... Sekolah yang ada English medium... Sekarang Iman dah boleh sikit-sikit menguasai bahasa Spanish & English (ajuk-ajuk orang cakap)... Kami akan cuba kekalkan berbahasa Melayu & Inggeris dirumah sebab kalau di sekolah sah-sah bahasa Spanish akan menjadi bahasa pengantaraan... Hari Sabtu pula, kami bercadang nak hantar dia ke Masjid untuk belajar Bahasa Arab (Mengaji, Jawi and etc) insya'ALLAH... Moga berjalan lancar semuanya :))
"Ummi & babah tidak mahu anak-anak hilang kecintaan pada negara... Hilang jati diri sebagai seorang Muslim-Melayu... Biarlah orang kata kami kuno, konservatif atau apa sahaja kerana pandangan manusia tidak penting! Moga ALLAH rahmati :)"
P.S. Terima kasih buat Kak Anie (Kunang-kunang), Ummi Iman-Rose, Kak Susumanis (Di FB) & Doc sebab sudi berkongsi cerita Live From Peru MHI di blog kalian... Sangat-sangat terharu... Buat semua blogger lain juga Kak Azie Azah dan semua yang tak sebut di sini... Terima kasih atas sokongan! Moga ALLAH berikan yang lebih baik buat anda semua! Ameen :)
P.S.S. Waktu interview tu terawal dari jangkaan saya, bagi yang tak sempat tengok boleh check di tonton.com.my... Kebetulan Ummi Iman ada upload ke youtube (walaupun tak seberapa jelas tapi saya sangat-sangat terharu dengan usaha yang dilakukan olehnya, tak terbalas dek saya) >>>>>http://www.youtube.com/watch?v=MHJ_En5vP9E Terima kasih Rose :))



















