Gracias!

Showing posts with label Peru. Show all posts
Showing posts with label Peru. Show all posts

Jul 25, 2012

Ramadhan Yang Penuh Makna! :))

Assalammualaikum...

Hola hermanos y hermanas!

Alhamdullillah, selesai sudah hari ke enam kami berpuasa... Bagi saya secara peribadinya Ramadhan kali ini saya lalui dengan penuh makna... Mungkin tidak semeriah tahun-tahun yang lalu tapi yang pastinya ada keistimewaannya yang tersendiri... :))

Kalau tahun-tahun yang sudah, saya bekerja... Seperti tahun lepas, dua-dua kena travel agak jauh juga ke tempat kerja... Hubby di Putrajaya, saya pula di Jalan Duta... Life memang hectic! Kadang-kala kami berbuka atas jalanraya sahaja... Saya dalam bas, hubby pulak dalam kereta... Bila sampai rumah barulah boleh berbuka dengan tenang & sempurna...

Now, puasa tahun ini sememangnya berubah 360 darjah! Kami tidak perlu tergesa-gesa lagi dan yang paling penting saya dapat menghidangkan juadah berbuka setiap hari! Hasil air tangan saya sendiri untuk hubby & Iman... Syukur Alhamdullillah! :))

Juadah kami simple-simple sahaja tiada apa pun yang istimewa... Nasi adalah menu wajib sebab darah Melayu masih mengalir dalam tubuh & sampai bila-bila pun takkan berubah...Insya'ALLAH... ;))

Pada asalnya nak tampal-tampal gambar makanan tapi lepas baca satu pesanan di blog Momma AA tak jadi pulak... Lepas tu teringat pulak pesan seorang ustaz masa menghadiri ceramah-ceramah agama dulu kalau kita berangan-angan nak berbuka makan apa & sebagainya pun makruh hukumnya... Makruh maknanya tidak berdosa tapi jika ditinggalkan mendapat pahala ;))

Semua orang ada pilihan tapi kalau nak lihat juadah berbuka kami di bumi Peru ni bolehlah check kat sini (sebab ada yang request) >>>>>>> Photobucket (My Kitchen)

Jangan leleh air liur ye, kesian kat saya... Kurang pahala puasa saya nanti..hiks... ;))

Selepas 2 tahun saya tidak dapat bersolat tarawikh tapi tahun ini kami dapat menunaikannya berjemaah... Ya ALLAH syukur nikmat yang tak terhingga... Kalau dulu, hubby pergi seorang ke surau sebab Iman masih baby lagi time tu kan...hehehe...

Di sini, kami juga berkesempatan tarawikh di masjid tapi dihujung minggu sahaja dan saya baru berpeluang pergi sekali... Pengalaman baru bila solat berjemaah dengan berimamkan Imam dari Mesir (Egypt)... Walaupun jemaah tak seramai seperti di Malaysia tapi suasananya tetap terasa meriah & syahdu :))) Di tambah-tambah lagi bila kedengaran laungan takbir "ALLAHUAKBAR" menandakan bertambah lagi seorang saudara baru dan bukan milik mana-mana parti politik! Ops! ;))

Walaupun tidak sama berpuasa di negara sendiri tetapi kami tetap merasai kemanisan Ramadhan itu... Manisnya lain-lain... Banyak perkara baru yang kami pelajari, makna hidup, survival yang tak dapat diperolehi dimana-mana...

Di sini kami mengerti hidup ini lebih daripada nak makan yang sedap-sedap... Lebih faham maksud, 'makan untuk hidup, dan bukan hidup untuk makan'. Lebih menghargai negara sendiri, lebih menghargai diri sendiri serta mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan disekeliling kami... Alhamdullillah... :))

Tipu kalau saya katakan kami tidak merindui tanahair... Kami boleh bertahan kalau tak dapat makan itu & ini, melihat itu & ini sebab segala-segalanya kini dihujung jari tapi kami amat merindui 'suasana'... Suasana bila berbuka berkumpul ramai-ramai lagi-lagi dengan mak & mak mertua... sigh*

Moga ALLAH kurniakan ketabahan itu :'(

Esta bien amigos! Life must go on... Jangan lupa solat, solat, solat yang wajib tu jangan ditinggalkan tiada erti kalau puasa tapi tinggal solat, tarawikh sebab ia ibadat sunat yang dituntut sepanjang bulan yang mulia ini (ALLAHU Akram), tadarus atau bacalah walau sepotong ayat Al-Quran supaya dikubur nanti kita tak sunyi, don't forget to pay zakat, sadaqah bila berpeluang jangan bakhil & risau tak cukup kerana sikap yang demikian tanda-tanda ALLAH tak mahu menerima 'duit' kita... Nauzubillah... Jangan lupa doa sewaktu hendak berbuka kerana saat itu antara waktu yang makbul doa... Insya'ALLAH... See you then...

Chao!

xoxoxoxoxo  







Jul 16, 2012

Las Islas Balletas!

Assalammualaikum...

Hola!

Alhamdullillah, sempat jugak nak update... Rasa macam sekejap sangat masa yang berlalu... Bermakna mood bercuti-cutian pun dah berakhir... Tak lama lagi nak sambut Ramadhan, terasa sayu pulak... :(

Seminggu hubby bercuti, jadi terpaksalah tinggalkan blogsphere seketika... Menjalani kehidupan di dunia realiti itu yang lebih baik ;))

Harini tuan rumah hantar orang untuk betulkan master bathroom kami selepas kejadian itu! hehehee ;)) Nak sebulan baru nak fixed everything! Tak kisahlah katanya nak tukar segala-galanya... Tiles, toilet bowl & bla bla bla.. Sukahatilah kami terima je ;))

Kisah tentang percutiaan kami tempoh hari... Percutian yang singkat tapi bagi saya adalah pengalaman yang sangat-sangat bermakna, penuh dengan kejutan & misteri... SubhanALLAH... Saya nak coret di sini sebagai rujukan pada masa akan datang... Untuk anak-anak & cucu-cucu baca nanti... Insya'ALLAH :))

Percutian yang separa terancang ni, bermula pada 9/7/2012 (Isnin)... Kami bertolak dengan menaiki kereta yang hubby sewa selama seminggu... Cerita tentang pengalaman perjalanan di bumi asing ini akan dikongsikan kemudian ye ;))

Dipendekkan cerita, kami tiba di Paracas pada lebih kurang 3.30 petang selepas menempoh 3-4 jam perjalanan dan terus check in hotel... Kami pilih hotel budget murah je... Sekadar untuk melepaskan penat & tidur semalaman sebelum aktiviti esok hari...


We stayed a night at Mar Azul Hotel... Bersih, selesa & yang penting tranquilo (tenang) ;))


View dari tingkat atas hotel... Bangunan di sini seperti baru dalam pembinaan... Tak seberapa tersusun tak pasti kenapa, samada masih baru dibuka atau dalam proses pembangunan semula selepas Tsunami (Earthquake) 2007 yang lalu...

Berhadapan lautan pasifik dan dikelilingi gurun yang berdebu... Cuaca adalah lebih kurang sekitar 20 C pada waktu siang dan 12 C pada malam hari...



Lelaki tu tourist guide kitorang... Fasih berbahasa Inggeris... Bukan senang nak jumpa orang yang pandai berbahasa Inggeris di Amerika Latin ni tau! heheee ;))


Ni bukan bangau! Tapi Pelican Birds... Banyak terdapat di South America ni :))

Pauh panjang, besar hampir setinggi Iman...


Pagi-pagi selepas sarapan kami bertolak menaiki boat untuk Island Tours... Las Islas Balletas...


Candleabra or Candleabrum (Tres Cruces/Trident)... 

Lines engraved on stones, ukiran pada batu yang tidak diketahui tujuan dan siapa pengukirnya... Dipercayai juga ada kaitan dengan Nazca Lines... Related to Pre-Inca Culture, which is possibly been drawn millennial years ago! 


Sememangnya mengkagumkan, kerana ia tidak pernah terpadam or been eroded by anything!  Masya'ALLAH...


Humbolt Penguins! The threatened species... Kami hanya melihat dari atas boat dan tidak dibenarkan turun ke darat supaya tidak menganggu habitat semulajadi haiwan-haiwan ni :))


Thousand species of birds around the Islas! Menakjubkan :))


Yang hitam tu adalah ribuan burung-burung yang singgah & bersarang... Macam kismis!


Tumpok-tumpok taik unta burung! hehehe... Baunya toksah cakap... Hampir 1 jam teroleng-oleng atas air dicampur dengan 'haruman' bird poops! Erkkk... uweeek... sememangnya meloyakan... terpaksa menahan nafas begitu lama...huk3...


Walaupun busuk tetapi siapa sangka tahi burung inilah yang pernah menyelamatkan ekonomi Peru suatu ketika dahulu... It is the world's best quality fertilizer in the world! :))

Tahi-tahi burung ini dikorek atau di'harvest' every 5 to 7 years, kena tunggu dia tinggi membukit baru boleh ambik... Just imagine, akan ada pekerja yang tinggal serta bermalam di pulau-pulau ni semata-mata nak collect tahi-tahi burung tu untuk di eksport ke England & France...

Aduh, satu jam pun kami dah tak larat nak duduk lama-lama kat situ inikan pula berbulan-bulan!! Memang tabahlah orang tu...huhuhuu...

Ciptaan ALLAH itu sememangnya tidak sia-sia :)


Tahi-tahi burung ni dipanggil "Guano"... Masa menaip ni pun masih teringat-ingat kebuuusyuuukannye tu...hik3... :)


Leon del mar!


Sea Lions ;))

Saya tak tahu pulak yang jantan ni banyak bini... 18 ke 20 ekor bini dia...adoyai! hehehe ;))


Thick white layer of bird dung! Dah tinggi menggunung dah ;))


Alhamdullillah, we are so lucky dapat tengok wild dolphins in live! Delfines (Spanish)!


Jarang-jarang boleh tengok ikan manja ni... Kalau nasib lagi baik boleh tengok wales...Tapi belum musimnya... Kata tourist guide tu, bulan October to November ada wales! Wah, syoknye! Macamlah nak pergi lagi..hak...hak..hak ;))



Secara keseluruhannya, kami sangat-sangat puas hati... Alhamdullillah... Banyak yang kami pelajari &  sedikit cerita untuk dikongsikan kepada yang sudi membaca...

Sesungguhnya semua ini milik ALLAH... Semoga bermanfaat dari coretan 1/4 perjalanan kami ini... Tunggu next entry tentang National Reserve Paracas where the ocean & desert comes together.. Insya'ALLAH :))

Chau carino!

xoxoxoxo

P.S. Want to see more amazing pictures click here >>>>>>> Marya Yusof

Jul 14, 2012

Holiday Mood :)

Assalammualaikum...

Hola! Hola Todos!

SubhanALLAH, Alhamdullillah... 

Thank you so much to the wishes & doas for hubby... Seminggu tak update... Still holiday mood... tapi nak jugak update sebab terasa rindu dengan semua ;))

A short update for today... I'm promise (,")v 

Before very-very long & sleepy stories about our vacation...hiks;))  

A new experience that full of mysteries, adventures & surprises! No word can ever describe... its just exciting & amazing... SubhanALLAH! :))

Syukur Alhamdullillah, segala-segalanya adalah atas kehendakNYA, kita merancang tetapi DIA adalah perancang terbaik :) 

Antara tempat yang sempat kami kunjungi...







Serta Paracas, melihat keunikan Balletas Island dan Chauchilla Cemetery dimana kami melihat mumia yang berusia ratusan tahun secara direct atau lebih dekat! :))

Masya'ALLAH... teruja sangat nak cerita... Semoga ada yang sudi membaca dan insya'ALLAH saya akan cuba membalas kunjungan semampunya... 

Buena fin de semana! Have a great weekend everyone! :))

xoxoxoxo

Jul 2, 2012

Seafood Snacks ~

Assalammualaikum...

Hola todos!

Que tal? (How are you doing?)

Thank you for wishes & doas for my baby (dah bosar dah), 10 Sya'aban 1433H tempoh hari... Kalau ikut kalendar Masihi, birthday Iman yang ke tiga jatuh pada 1 Ogos 2012... Jangan lupa wish jugak ye! hehehee ;)) 

Dua tiga harini dok busy melayan Masterchef Celebriti... Tengok kat youtube... So far, baru sempat tengok episode 4! Best sangat! Rasa macam fenomena baru lak kat Malaysia sekarang ni ek! :)) 

Bila tengok-tengok rancangan tu terasa membuak-buak semangat nak memasak ni! hahahaa ;)) Berangan-angan kalau-kalau boleh jadi Masterchef! Ahaks! 

Kelakar bile tengok gelagat dorang tu tapi kalau saya kat tempat dorang rasanye tak boleh kot nak memasak... Mau terketaq-ketaq kat situ... Sebabnye, semua nak cepat, pantas, nak hias-hias bagai... Macam saya, tak reti nak masak ramai-ramai lepas tu kalau dalam keadaan pressure memang tak menjadi... kekok! Bab menghias lagilah tak reti, yang saya tahu dah masak terus ngap! hehehe... ;D

Cerita tentang makanan ni, nak share satu tempat kat sini... Yang bagi saya unik & sesuailah untuk kita ni kan :)

Restoran ni nak kata fastfood, ermmm... bolehlah kot! Tapi seafood-fastfood! Yang penting rasanya sangat-sangat sedap! :))

Restoran ni namanya Nitos! Terletak dalam Food Court Plaza Aventura, Callao... Bila berada di negara asing,  lagi-lagi majoriti penduduk bukan beragama Islam, mariscos = seafood menjadi pilihan kami kalau keluar berjimba-jimba! Ahaks ;))


Hubby ordered Set Chicarron de Calamar (Fried Squid) & I ordered Mixto Mariscos! (Mixed Seafood)... Nyum...nyum... Alamak, terasa-rasa kesedapan & keranggupannye tu... Dahlah puasa arini...hikhikhik ;))


Mixto!


Sauce nya biasalah dorang ni tak makan pedas & selalunye creamy-creamy! Lain kali, cakap dengan hubby kite bawak sos kite ek! Sos Life Malaya mari...hakhakhak! :D


This is truly our favorite! Mouthwatering ensaladas! Masam-masam sedap! Aduh, drooling! Cara penyediaan saya kira macam buat ceviche/cebiche jugak! :))

Restoran ni tak jual selain seafood tau! 


Macam biasa, Chica Morada adalah sinonim dengan Peru ni kan... Air jagung hitam! :)


Side dish, ubi kayu goreng! Terasa nak tergelak, sebab kalau kat Malaysia ubi kayu adalah makanan rugi time penjajahan Jepun dulu...rasanye orang kite memang tak pandang pun kan, hik3 tapi kat sini, tapioca dikomersialkan siap jadi snack lagi...hehehee... ;))

Saya tak boleh makan banyak-banyak ubi kayu ni, sebab nanti angin satu badanku...huk3...


Last but not least, kerepek pisang! Kepek pisang kat sini sodap tau! Ranggup & perfecto! Tak heavy so, saya kira macam snacklah kan...heheee... Rasa macam nak ajak hubby pergi mamam kat situ je lagi...hehee...

Rasa-rasa kat Malaysia ok jugakkan kalau ada restoran snacks macam ni! Lain dari yang lain but still not that weird! Kan...kan...? Ke dah ade? ngeeee...

Oklah I end here, take care... Nak masak untuk berbuka nanti... Loves you all! :))

Chau ~




Jun 29, 2012

Sedingin Gurun...

Assalammualaikum...

Hola hermanos y hermanas!

Salam Jumaat buat semua!  Syukur padaNYA kita masih lagi bernafas, dikurniakan anak-anak dan pasangan yang sihat, cukup dengan makan & pakai, masih lagi dikelilingi insan-insan yang ingat & sayang pada kita! Alhamdullillah... ;))

Sebelum ke class petang ni sempat dulu nak update apa yang sempat... hik3... Ramai yang tertanya-tanya tentang 'title' istimewa tu ye? hehehe... Istimewa sangat buat saya & hubby, sampai tersenyum lebar hingga ke telinga (^_____^)

Yang sebetulnya Iman belum nak dapat adik lagi! Not yet, sayang... Doakan buat kami ye! :))

Sebenarnya, segalanya belum nyata lagi... Masih terlalu awal untuk diheboh-hebohkan... Insya'ALLAH panjang umur akan saya coretkan di sini... Mohon doakan yang baik-baik ye! :)))

Wah, ada nada-nada main tarik-tarik tali disitu...hik3... Ya ampun! ;) *wink*wink*

Terasa nak mencoret sesuatu di sini hari ini, mungkin menyentuh hati dan tiada niat apa-apa sekadar berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman... Sebab bukan semua diberi peluang sebegini dan perasaan yang sebegini...

Ilmu yang tak seberapa & amal yang masih perlu diperbaiki sememangnya buat diri terasa kerdil... Kerdil sekerdilnya... Mungkin dulu kita begitu, tapi mungkin kini dah tak sama lagi... Pengalaman & pengajaran berbeza-beza bagi tiap orang... Membentuk serta mengacu mereka menjadi siapa mereka pada hari ini dan bukan kerana keturunan atau salah ibu mengandung... Wah, suspen bunyinye...hehee ;)))

Beginilah kami di bumi asing ini, banyak mengajar erti kesyukuran dan kematangan fikiran... Bertindak selaras dengan situasi dan keadaan... Segala-galanya tentulah tidak sama bila berada ditanahair sendiri... Contohnya hari ini, di sini Public Holiday bagi meraikan Saints Peter and Paul, siapa mereka dan untuk apa rasanya tiada faedah untuk diulas bagi kita yang bertuah di bawah agama yang syumul & diiktiraf di sisiNYA :))

Tidak seperti Malaya, masjid, surau atau tempat beriadah berada di mana-mana terpulang pada kita untuk menunaikan kewajipan yang satu itu di mana dan bila-bila sahaja... Bagi kami walaupun berada di negara kata kasarnya, kafir sudah semestinya tidak menjadi alasan buat kami untuk menidakkan kewajipan itu... Tapi bagaimana, dimana, dan bila???

Ceritanya bermula bila kita ada keinginan yang kuat untuk menunaikan tanggungjawab yang satu itu, bagi kami setiap kali keluar rumah perlu pastikan sudah masuk waktunya barulah keluar... Kalau tidak sekurang-kurangnya membawa sebotol air seorang satu bagi memudahkan melaksanakan tanggungjawab itu... Seterusnya bergantung kepada tempat yang dituju...

Kalau ke Supermarket, tempat persalinan baju atau fitting room menjadi sasaran... Kalau boleh dan diberi pilihan carilah bilik yang hujung sekali... Kalau di luar pula oleh sebab belum pernah keluar dari 'region' terus sahaja kami ke satu-satunya masjid yang ada... Pengalaman yang seronok walaupun kadang-kala sedikit terkejar-kejar kerana kelekaan hal duniawi... :( 

Pengalaman saya sebagai seorang muslimah yang naif dalam soal agama... Kadang-kala kesempatan yang ada menunaikan kewajian di rumahNYA belajar terlalu banyak perkara... Tindak-tanduk kite tentulah diperhatikan... Demi ALLAH, saya tidak merasa lebih dari mereka... Mereka mengajar saya banyak perkara walaupun bukan melalui kata-kata... Seperti biasa bahasa adalah jurang antara kami... 

Kalau tak Spanish, bahasa Arab yang menjadi pengantara... Bahasa yang kononya 'International' itu jarang kedengaran... Jadi bahasa tubuh serta isyarat bak ayam & itik adalah perkara normal :)))

Kita melihat mereka mendirikan kewajiban, pakaian mereka, tertib mereka serta cara mereka... Tidak mustahil begitu juga mereka melihat kita... Melihat cara kita, pakaian kita... Apakah yang membezakan mereka dengan kita? Siapa kita untuk melabel & menilai mereka? Tiada lebihnya kita, juga tiada kurangnya mereka kerana DIA lebih Mengetahui... Maha Menghukum... Maha Adil... Maha Sempurna.. Maha Bijaksana!

Terdetik dihati saya, kalaulah disaat itu nyawa kami dicabut... Terfikir nasib sendiri, dimana letaknya aku ini dipandanganMU Ya ALLAH, sungguh mereka tidak tahu, kurang ilmunya... bagaimana nasib aku yang 'tahu' serta mempunyai sedikit ilmu ini  :'(


Syukur, masih boleh merasai kurma yang fresh & enak! :))

1kg = Soles 12

Rezeki dari kawasan gurun yang sejuk :))


Fresa kegemaran Iman! Mahal sedikit dari musim panas tapi sangat merah & manis! :))

Terima kasih sudi membaca coretan hati yang panjang lebar & membosankan...hik3

Adios...

P.S. Dulu, kalau sebut gurun difikiran saya panas, gersang dan tandus tapi ALLAH hantar kami ke sini dan ia bukan seperti yang digambarkan... :)) 
P.S.S. Esok ulang tahun kelahiran Iman yang ke 3 mengikut kalendar Islam 10 Sya'aban 1433H... Buat Iman anak ummi & babah, doa ummi sentiasa menemanimu menuju syurga ALLAH... Moga berkat umur & rezekimu nak... Amin ~

May 23, 2012

Corat-coret: 81 Aniversario de San Isidro Part II

Assalammualaikum...

Hola!

Sambungan Part II ni... Nak update cepat-cepat sebab petang ni pukul 4.30 ada class Spanish, Iman pun dah tidur senang sikit nak buat kerja kalau tak dia nak berkepit je dok bawah tiak umi dia ni...hik3... ;))

Jom melawat booth-booth negara serata dunia yang ada semasa pameran tersebut... Saya ambil mana yang sempat je... 


Negara jiran kita; Indonesia! 


Thailand!


China!


Morroco atau Maghribi!

Kata Mr Hubby, wanita-wanita Morroco antara yang tercantik di dunia.. Tengok jelah awek yang jaga booth tu... memang cantik pun :)))


Mexico!


Dengan pakaian traditional mereka... Ala-ala gipsi! :)


Antara semua, siapa paling cantik??? hehehe ;p


Yang ni saya tak ingat negara mana tapi belah-belah Latin jugaklah :))


Palestin!

Peru mengikhtiraf negara Palestin tetapi yang jaga booth ni saya tanya they are non muslim...


Miniature Masjid Al Aksa!


Jepun!


Awek Jepun yang sedang buat origami ;))
Comelkan :))


Poland!


Republic Czech! Sebelahnya tu Russia... 


Columbia!


Costa Rica!


Cuba!


Salvador!


Venezuela!


Korea! 

Lukisan kat belakang tu bukan colour painted, tapi adalah sulaman dari benang! Memang sangat cantik & teliti! Awesome ;)))


Comelkan korean ni ;))


Lepas tu ada beberapa persembahan dari  negara-negara yang terlibat...


Rasanya ni persembahan dari Poland :)


Ni tak berapa nak ingat, tapi rasanya dari Columbia kot...hikhikhik ;))


Ok, yang ni for sure dari Argentina! Dorang ni menari tango! :))


From India :))


Awek sebelah Mr Hubby ni bersungguh-sungguh nak amik gambar dengan hubby... I jealous tau! hehehe ;p


And mamat ni from Poland... Tinggi sangat dia ni... Siap laga-laga pipi ko dengan aku...hik3... Serba salah... = ='


Tarian ni memang buat semua orang drop jaw & meleleh air liur! Untung betul orang lelaki...hehehe ;D :))


Lastly, bergambar dengan staf & juga wakil dari Gano Excel :))

Penat tapi seronok... Saya share sini semoga kita membuka mata sikit pada dunia luar ye...hehehe 

Ok time to go to castellano clase! 

Chau!

xoxoxo