Gracias!

Showing posts with label Familia. Show all posts
Showing posts with label Familia. Show all posts

Aug 8, 2012

My Sweet August! ;)

Assalammualaikum...

Hola todos!

August always bring smile to my face, happiness in my heart and  joy in my life... Thank ALLAH for all I have...     

Today is our 4th Anniversary! 08.08.2008 to 08.08.2012 ;))

"Te Amo!

Happy Anniversary! Feliz Anniversario!

Gracias a Dios que hemos sobrepasado todo obstaculo y todo se lo debemos a El por tiempo compartido... Te quiero mucho! xoxoxoxo..."

Gedik nak mengenang kembali Ogos yang telah lama berlalu...hiks ;))


Selesai diijabkabulkan di Masjid Sikamat Seremban, Negeri Sembilan... Suka dengan gambar ni... Rasa macam, "Eh, cantiknye aku!" Bedak bertepek-tepek kat muka tutup segala cela memang lah nampak mulus je...ye tak? hak...hak..hak... ;p


Malam berinai... Baju songket memang cantik kan... Tapi sekarang ramai yang taknak pakai dah... ermmm... :))


9.8.2008
Rumah saya tema purple... Sebenarnya saya nak color pink tapi hubby tak mau... Itu yang jadi color purplish pink or soft purple! Hish..  bila tengok gambar ni rasa gatal nak sanding lagi pulak...hehehee ;p :)


Reception di rumah pengantin lelaki pada 10.8.2008... 

Ni color hijau lumut atau hijau pucuk pisang? Ntahlah ==' 


Pernah tunjuk gambar-gambar persandingan kami ni dengan local Peruvian... Terkejut mereka dengan kemeriahan majlis perkahwinan orang Melayu dengan pelbagai persalinan... Tentulah mereka kagumkan :) 

Dulu, masa Iman baru pandai bercakap bila nampak je semua gambar ni terus dia bersuara, "Ummi" Sambil tunjuk-tunjuk gambar saya, "Babah" Sambil tunjuk gambar hubby... Lepas dah lama termenung, "Pak pak pong, panten..panten!" hak...hak..hak... :D

Unexpectedly, dia cakap pulak "Iman...? Iman...?" Tanya mana Iman, sambil tunjuk-tunjuk diri sendiri...hahaha...huk alah... belum proses lagi time ni nak oooii....hehehee ;p

After 11 months, 3 weeks and 3 days... Iman turn up into our life! Our precious moment ever! Alhamdullillah...

~1.8.2009~


Baby yang juara menangis dalam wad! hehehe... Montel...montel...bam bam... Masa mula-mula boleh pulak terfikir... "Eh, anak aku ke ni" Cepetnye mata...hehehe ;)

~2/8/2010~

Percutian ke Langkawi sehari selepas hari lahir Iman yang pertama dan untuk celebrate anniversary kami yang ke 2 :))


Lepas berkahwin kami tak sempat nak honeymoon sebab macam-macam hal... Seminggu selepas kami kahwin saya kena duduk exam untuk confirm, hubby pulak dipanggil untuk interview kenaikan pangkat... Rezeki selepas kahwin! :)) 

Kira macam honeymoon tapi lebih bermakna sebab angkut kedua-dua bonda yang tersayang :))


Angkut nenek & uwan naik boat-Island Hoping! Jangan tak caya! hehehe ;))


Iman first experience naik flight! Tambang murah Air Asia lah katakan :))

Dalam bulan Ogos, 2011 juga hubby dapat surat diarahkan untuk bertugas di Lima, Peru...

1/8/2012 (Waktu Peru) manakala 2/8/2012 (Waktu Malaysia), saya berpeluang on air secara 'live' di MHI, TV3... Kebetulan jatuh pada Hari Jadi Iman yang ke 3 tahun... Syukur Ya ALLAH kerana rezeki yang tak putus-putus dari MU...

 Credit: Doc 

Moga Ogos-ogos yang mendatang akan lebih manis & bermakna buat kami... insya'ALLAH... Ameen...

"Kita melihat pelangi di atas kepala orang lain, tetapi tidak di atas kepala sendiri... Hidup ini tidak selalunya mendatar, adakalanya mendaki, kadang-kala jatuh... Letakkan dunia ditangan, bukan dihati... Sebagai alat, bukan matlamat... Belajar erti syukur serta sabar... Hasilnya nanti sangat-sangat manis"

Oh, mi dulce Agosto...

Gracias por leer... Chau :))

May 12, 2012

Feliz! Feliz!


Assalammualaikum...

Hola!

Ok, esok dia de la madre, kira lewat sehari dari Malaysia... Selamat Hari Ibu pada semua ibu serta bakal-bakal ibu... Jom kita sama-sama rebut pahala menjadi seorang wanita & ibu yang bakal melahirkan para soleh dan solehah sebagai pencen kubur nanti... Insya'ALLAH... Amin...

Harini kitorang pergi ambik 'flu shot'! Sebagai persediaan masuk musim sejuk ni... Walaupun bukan compulsory tapi sebagai usaha untuk pencegahan...

Sepatutnya sekarang ni dah masuk winter tapi mungkin disebabkan cuaca dunia dah semakin berubah (kesan el nino), summer tahun ni menjadi panjang dari biasa... Untuk catatan, Lima tidak bersalji serta tidak mempunyai hujan... Kalau ada pun sangat sangat nipis! 


Current Weather Conditions in Lima, Peru (Conditions updated 12/5/12 at 22:00 hours)

Current Temperature in Lima, Peru
19.2 °C
Currently:
19.2 °C
Today Hi:
24.8 °C
(at 13:09 hours)
Today Low:
18.3 °C
(at 1:20 hours)
Humidity:
91 %
Barometer:
1011 hPa
(Rising)
Dew Point:
17.7 °C
Rain Today:
0.00 mm
Lima Live Sky Cam
Wind Chill:
-0.34 °C
Cloud Base:
206 m
Wind Speed:
0.0 km/h
Direction:
S
South
Wind Gust:
0.0 km/h
Beaufort:
Calm
Forecast
(Next hours)
Index:
Comfortable

Rumah-rumah di sini juga tidak mempunyai heater seperti di negara 4 musim... Kalau ada pun, sekadar yang portable sahaja... Tak dapat nak bayangkan musim sejuk yang boleh mencapai 12 darjah celsius... Dahlah kulit nipis...huhuu... 



Cantiknya anak umi duduk terkangkang ye! hehehe :))) Selepas dicucuk, Alhamdullillah Iman tak nangis pun... Dapat pulak upah candy dari doktor! ;))


Orang yang takut kena cucuk, tetap steady sebab katanya jarum halus je, boleh tersenyum masa kena inject...hehehe ;p


Bergambar adalah mesti! hehehe :)) Hubby sangat sporting, tak kisah kalau saya nak ambil gambar faham sangat perangai wife nye ni... hehee ;)


ROE Laboratorio Clinico!

Untuk catatan Flu Shot : Soles/. 231,00 (Para tres)



Balik dah tengahari perut pun dah lapor... Mana lagi terus pergi santap :))

  
Pagi tak sarapan tu yang lapar, mamam cheesecake as starter... Ayo! 


Saya order Fresa Milkshake! And hubby, his favorite, SURTIDO! Minuman ni sangat terkenal di sini, mix fruits juice! Very rich & juicy! Slurp! :)))


Arroz con mariscos... Ni hubby punye... Licin ko! Lapor bebenor! hehehe ;))
Tambah lagi nak masuk musim sejuk ni kan...hikhikhik...


Saya punya plain pasta je... Sin carne & sin pollo! Sejak akhir-akhir ni suka benar makan yang creamy-creamy ni..hiks...


Orang kat sini tak pakai sudu ye makan... Pakai GARPU eventho' makan nasi ye...hehehe :)) Dulu kami pun tak pandai, sekarang ok je... :)

Lepas tu, babah dah promise dengan Iman oleh sebab tak nangis beli toy untuk dia... 

Yeay, Iman dapat toy baru! :)))

Berpusing-pusing rambang mata pilih toy! hikhikhik...


Balik rumah semuanya terbongkang...hehehe...  Malam, ada pulak tetamu drop by! Ejen rumah datang just nak wish "Feliz dia de la madre!" and giving me a gift! So sweet :)))


Muy dulce! Muy feliz :):))))

Peru's baby shirt, short & 3/4 sleeve!


Muchas gracias Senora Columbus! 

Eventhough, I know you won't read this but it's really make me happy :)) Muy feliz! Mi gusta! :)

Walaupun saya tahu ada ustaz yang menyatakan menyambut hari ibu adalah haram tapi ramai juga ustaz yang menyatakan menyambut hari ibu adalah harus hukumnya... 

Perasaan sebagai seorang ibu tentulah sangat gembira bila diraikan begini, raikan dengan cara kita, ambil kesempatan yang ada... Petik kata-kata seorang Professor:

Dr. 'Abdul Fattah' Ashoor, professor of Qur'an Exegisis at Al-Azhar University, concludes:

"Holding celebrations in honoring others and commemorating anniversaries are neither feasts nor Islamic. But one may seize any chance to express gratitude to those who deserve it. This is how we should consider the Mother's Day. The mother has a special place in the Islamic culture, and all other civilized cultures. So, it is something good to do anything to please her and show gratefulness to her. So dedicating a day to showing good feelings towards parents, especially the mother, is by no means blameworthy as it does not contradict the Islamic teachings, nor can it be merely considered a form of joining the Western vogue of making celebrations. Conversely, it is a kind of devotion to ALLAH's order that we should be dutiful to our parents."

Wallahualam...

Adios!

Loves ya~

xxxxx

P.S. Kadang-kala kita terlalu taksub dengan pemimpin, penceramah, ustaz & ustazah sehingga kita lupa mereka juga manusia biasa sama seperti kita, tidak maksum... ambil ilmu yang disampaikan, nilai serta amalkan bukan sekadar mendengar tapi kosong umpama pohon yang tidak berbuah... Mohon pada ALLAH moga kita istiqamah berbuat baik, bertemu & berjumpa dengan orang yang baik-baik sahaja... May ALLAH grant you goodness! :) 

May 11, 2012

Feliz Compleanos & Feliz Dia de la Madre!

Assalammulaikum...

Hola!

Hari ni nak update laju-laju...hahaha ;p... Semalam, birthday abang saya yang  no. 6... Saya no. 7 (bongsu)... Dah wish dah pun birthday dia kat FB...hehehe... :)) Beza umur kitorang 10 tahun...hikhikhik... Memamg jauh jarak umur tu... Dulu, dorang (adik-beradik) ni suka cakap & sakat-sakat saya kata saya anak sesat atau anak punggut... huhuuu... Tak kisahlah boleh je buat ujian DNA..hehee... :D

Tapi kalau dikalangan kawan-kawan, selalu dorang ingat saya anak sulung... Tak tahu kenapa, maybe sebab saya nampak independent kot...uwek! :p 

Kesempatan ini juga saya nak wish pada semua ibu-ibu diseluruh dunia, 

Happy Mother's Day! Feliz Dia de la Madre! :)))

Rindu dengan mak! :'(

Di sini sambutan hari ibu boleh tahan meriahnya... Tak salah rasanya nak celebrate hari ibu ni, benda baik kan... Macam kita celebrate Labour Day, National Day... Lagipun, pada yang 'perasan' busy (termasuk saya dulu) dengan tugas seharian masa macam nilah kita gunakan untuk menyambut hari istimewa buat insan yang melahirkan dan membesarkan kita... Selain sambutan hari lahir mereka kan... (,")v

Selain dari tu, biasanya harga sewa hotel, restaurant, hadiah seperti perfume, flower, chocolate, SPA treatment and etc lebih murah sebab ada special discount on that day...hehehe *w*


Sambutan Hari Ibu & birthday mak last year... :)))

Tengok tangan dak tecik yang tak reti diam tu, dah selamat dah kena celup kek tu...hehehe ;))


Semua muka selebet! hehehe... Kita-kita je... Apa ada hal... Ok, tudung tu takde dijual di mana-mana ye! hahaha! :D

Abang saya yang birthday boy tu nombor dua dari belah kiri... Dia memang nampak muda... Menyampah! ;p


Just us! :))) 


Bagan Lalang in memory...

Do we still have time to be together & have fun again????

Miss each of you a lot...Insya'ALLAH, we'll meet again... ermmm... next year, where? Redang? Terengganu? Langkawi? Cameroon? KK? Dalam Malaysia sudah...hehehe... Susah, susah buat BBQ depan umah jelah...heheee...

Loves,

xoxoxo


P.S. Balik nanti sila bentang karpet merah, tuan puteri nak balik...hahaha ;p
P.S.S. Harapan setinggi gunung untuk balik next year... Doakan...

Mar 9, 2012

Mamá, Madre & Mummy!

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Salam Jumaat... Sekarang Malaysia semua sedang nyenyak dibuai mimpi indah, waktu ni saya baru je lepas lunch sambil berehat-rehat menonton Disney Junior with Iman... Taknak tidurkan dia banyak-banyak waktu siang sebab nanti malam dia tidur lewat...

Tersentuh hati saya bila membaca Harian Metro hari ini, tak sanggup saya nak paparkan cerita tersebut... Boleh baca sini... Kenapa seorang anak boleh bertindak sedemikian rupa? 

Saya seorang ibu, saya juga seorang anak... Kita tak tahu nasib kita nanti... Tika dan saat ini, saya rasa sangat rindu dengan mak saya... Rasa nak peluk, sujud & cium kakinya... Saya bukan anak yang sempurna tapi saya tak sanggup melihat seorang ibu diperlakukan begitu...

Marilah kita doakan yang baik-baik buat si anak... Semoga Allah bukakan hatinya untuk menjemput dan memberi kasih-sayang kepada ibunya kembali... Ya Allah, engkau kasihanilah dia... Jika tidak, alangkah ruginya dia walau apa jua alasan yang diberikan...

Ibu bapa umpama wali Allah, doa mereka setanding doa nabi pada umatnya... Kadang-kala kita lupa, apa yang kita perolehi hari ini bukan sahaja atas usaha diri sendiri, tapi dari doa mereka... Walau bagaimana buruk pun ibubapa kita, mereka yang melahir dan membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh... Mereka memberi perlindungan pada kita sehingga seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap ditubuh kita... 

Ingatlah, doa seorang ibu sangat hebat! Boleh jadi penawar juga racun yang berbisa... Saya ingin berkongsi dari pengalaman saya sendiri, kejadian yang berlaku dalam keluarga terdekat... Seorang ibu yang suka menyumpah-nyumpah anak... Pada suatu hari tidak tahu dimana silapnya, si ibu mengeluarkan kata-kata, "Pergi mampus!" pada anak, petang tersebut benar-benar anaknya pergi meninggalkan dunia ini kerana dilanggar lori... Kata-kata dari mulut seorang ibu amat dashyat kesannya... Ingatan buat diri saya sendiri juga...

Pernah suatu hari, sedang saya memasak Iman merengek-rengek nak makan buah epal... Saya kata nanti dulu umi sedang masak, tapi Iman sort of memberontak... Saya yang waktu itu agak marah berkata , "Tak baik Iman buat Umi macam tu, nanti Allah marah, bila Allah marah nanti badan Iman sakit," Selepas itu, sewaktu Iman ingin mengigit buah epal secara tak sengaja die tergigit lidahnya sendiri sehingga berdarah... Ya Allah, saya tak bermaksud ingin tubuhnya benar-benar sakit... Mungkin kebetulan sewaktu saya berkata-kata, pintu langit terbuka, kata-kata saya menjadi doa... Sekejap sahaja termakbul... Bisanya lidah seorang ibu! 

Hati-hatilah sahabat, kata-kata kita kadang-kala menjadi doa dan dimakbulkan Allah... Kerana itu kita disuruh cakap yang baik-baik sahaja...


Buku ini saya beli masa di Malaysia, seorang lelaki tua datang ketuk pintu rumah... Disebabkan kasihan saya membeli walaupun harganya mahal jika dibandingkan jika dibeli di kedai buku... Sangat bagus dibaca bagi melembutkan hati kita... 


Mak dan mak mertua sewaktu menghantar kami ke airport sebelum berangkat ke Peru... Miss both of them a lots! Semoga Allah panjangkan usia mereka & dikurniakan kesihatan yang baik... Ameen! Ada orang cakap rupa mak saya & mertua sama :)


Gambar semasa hari raya tahun lepas... Dari kiri abang saya no. 4 dan kakak saya no. 2...Tak tahu bile boleh beraya bersama lagi... :(  Buat abang-abang dan kakak saya, sayangi emak, kasihanilah dia & berikanlah apa yang mampu kerana dia tak mungkin hidup untuk seratus tahun lagi... Selagi dia masih ada, doanya sangat makbul! Doa seorang ibu! Tak perlu jumpa imam, ustaz, tok bomoh, tok pawang dan sebagainya... *Memang tak pergi punkan...hikhikhik... ;)

Mi familia- Sebahagian adik-beradik, ipar duai & anak-anak buah tersayang!

Gambar sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran emak yang ke-70 tahun lepas di Bagan Lalang... Tahun ni, bulan ni umur emak 71 tahun, Insya'Allah... Semoga mak sihat & ceria selalu :) Esok pulak, 10/3/2012 hari jadi Dedeq (Arif Shafiq) yang ke 5 kan...hikhikhik...Ucu lupalah umur Dedeq... Dedeq yang baju merah berseluar jeans tu... Dedeq lahir tak cukup bulan, semoga Dedeq jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin & makan banyak-banyak sikit! Ucu tak dapat nak bagi hadiah tapi nanti boleh mintak kat ayah ye...hehehe!
Loves xoxo! 

Esta bien, chao~

P.S. Raya tahun ni memang tak balik, kemungkinan tahun depan pun tak dapat balik time raya... Harap-harap adalah perubahan pada pekeliling tahun depan... Sekali balik lebih kurang RM9,000 seorang... Tak berbaloi... Sabarlah wahai hati :(