Gracias!

Apr 30, 2013

It has been a while... Extraño mucho ♥♥♥

Assalammualaikum wbt.

Hola buddies!

It's been awhile ever since last update... fuhhh... =='

Rindu semua... ♥♥♥

Dari awal bulan Iman demam selsema, berjangkit-jangkit... Cuaca yang tak menentu kadang-kala panas kadang-kala sejuk pulak... Entering winter yang tak bersalji di bumi Lima ni buatkan badan pun serba tak kena... Alhamdullillah, sekarang semua dah back to normal... :))

Kemudian sibuk pula dengan aktiviti di Embassy, mak 'labu' ni cepat lelah walaupun sekadar jadi pembantu... hehehe ;)) Alhamdullillah, dah masuk 6 bulan dah pun, mas o menos (plus minus) 25 weeks :))

Kami pun dah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada 28hb yang lepas...  Kali kedua saya mengundi secara pos! Yang pertama dulu sebab jadi pegawai mengundi... ;))

Di Peru ni tak ramai rakyat Malaysia, yang datang mengundi pun tak ramai... Apa-apa pun saya kagum dengan seorang saudara kita ni yang datang jauh dari Columbia (beliau bekerja di sana) semata-mata untuk membuang undi di sini... Katanya satu undinya adalah sangat mahal untuk tempoh 5 tahun ini... Masa depan negara lebih mahal dari tiket kapal terbang & penginapan yang perlu dibayar... Sayang negara perlulah ada tindakan dan bukan setakat omongan kosong dan mencipta pelbagai alasan, betul tak?  Apa jua parti yang diperjuangkan, moga Allah pelihara negara kita yang tercinta... Kita dari keturunan bangsa yang baik-baik, insya'Allah doa orang baik-baik pasti dimakbulkan Allah ;))

Sebenarnya tak tahu nak story apa, sebab dah lama cuti membebel jadi idea tu macam sangkut-sangkut sikit... Lagipun harini 30/4/2013, waiittt... you all dah isi E-Filing belum? Ok kalau belum dengarnya LHDNM dah melanjutkan lagi tempohnya sehingga 15hb... Jadi, cepat ye! Sama-sama kita tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia! Bagi yang Islam, selain layak mendapat pelepasan yang lain, kita bayar zakat, bukan sahaja dapat rebate tetapi dapat pahala juga.. insya'Allah :))

Ok kita nak pergi check up... Appointment dengan doctor pun terpaksa ditangguhkan gara-gara kesibukan Mr Hubby... hiks... 

Here I share some of my latest pictures... taken during San Isidro's Day (Open its door to the world) 25 & 26 of April 2013... sorry ya, saya ni tak fotogenik...layan jelah :p ;))

25 April 2013


It was Thursday, allegedly I chose to wear Batik! Oh, my..! Barely can't breathing well... =='

Iman terpaksa 'menderhaka' sebab takde baju yang sesuai, alamatnya dia pilih sendiri one set Cars! from head to toe..! Belasah jelah... hehehe :D


26 April 2013


We sold "Nasi Lemak" or Arroz con leche de coco! As an effort to introduce our foods to the local and to the world :):)


With Greeks...

Tahun ni tak larat nak jalan-jalan di booth participants... So, dok tempat sendiri & orang lain yang mai datang amik gambar... Ramai yang suka dengan baju yang saya pakai ni...hahaha... Rasa bersalah pula sebab ni bukan baju kebangsaan kita... Senyum jelah... :D


Peristiwa lucu, bila ada orang tua yang merenung saya & kata, "Bonito sol" maksudnya beautiful sun! #blushed#... maybe sebab aura mengandung... *wink* ;))

Ada juga yang tak percaya bila kata saya orang Islam sebab tu bertudung, persepsi mereka terhadap semua wanita Islam memakai pakaian berwarna hitam, berkelubung & memakai niqab burkha sahaja... tak sangka pakaian wanita Islam Malaysia berwarna-warni :))


Bolivians...


Poland (Polish)


With my sweet sister, Rayhana... ♥♥♥

Sekian, entry pembuka Mei... Semoga Mei memberi seribu makna buat semua... Take care...

Adios!

P.S. Mohon semua pembaca blog saya mendoakan kesihatan TYT Duta Besar Malaysia di Lima, Peru. Beliau sekarang berada di hospital kerana masalah kesihatan. Sesungguhnya Allah Maha Penyembuh... Ameen ya Rab...






Apr 3, 2013

Beza Hampir 360 Darjah! :)

Assalammualaikum wbt.

Hola mis amores!

Entry ni mungkin panjang berjela-jela mencecah lantai! Terlalu banyak yang nak diceritakan, faham-faham sahaja sebab jarang update..! :)

Malam tadi keluar dating dengan hubby minum hot choc! Sedap sikit tidur malam tadi :) Malam sebelum dan yang sebelum-sebelumnya asyik mintak minum Cappucino, akibatnya tak boleh tidur! Pregnant kali ni suka pulak minuman berkafein ni... dulu tak boleh nak minum selalu mau 'miong' kepala jadinya... Hubby pun pelik jugak sejak bila jadi peminat cappuccino ni? hikhik... ;))

Setakat harini, alhamdullillah takde 'craving' yang pelik-pelik! Cuma suka makan masakan tradisional negeri Sembilan! Hahaha :D Memang sah anak nogori ni :)

Masa awal mengandung dulu suka masak rendang & gulai lemak cili api! 2-3 kali seminggu masak yang sama... Mujurlah sekarang ni dah kembali ok! Semua pun makan... Cuma nak makan kat luar tu tak berapa nak selera... Sebab, tak kena tekak! Tak tahan nak makan Italian or Peruvian Cuisine setiap kali keluar! huhuhuu... Lagipun apa pilihan yang ada jika tak seafoods & veggie! Baik masak sendiri, larat tak larat gagahkan juga! :))

Sedar tak sedar, dah setahun 6 bulan dah kami di bumi asing ni! :) Alhamdullillah, syukur dengan apa yang ada... Banyak yang dipelajari dan apa yang dilalui banyak mencorak pemikiran kami pada hari ini... merubah diri kami, insya'Allah...

Kita belajar dari pengalaman, pengalaman setiap orang tidak sama... Cara seseorang itu mengadaptasi situasi juga tidak sama... Tetapi yang penting pengalaman itu sememangnya mematangkan fikiran serta mendewasakan kita... Setuju? Sila angkat keyboard! :)

DAGING HALAL (CARNE HALAL)

Tayang gambar dulu, bagi mudah untuk bercerita! hikhik ;)


Lamb Curry! 'Mbekkk...mmbeekkk...' ;)

Ada dalam setahun lebih tak 'mamam kamben'! Hubby memang tak makan kambing, pening katanya... Tapi yang ni dia makan pulak :) Alhamdullillah... Hampir 5-6 bulan kami tidak merasa makan daging! Tiada stok di masjid! Pendek cerita yang halal memang sukar di sini...

Kalau di UK, US, Australia, Jepun dan beberapa negara yang lain restoran halal boleh didapati... Jika pemiliknya bukan Pakistan, mungkin Palestin atau India (Muslim) atau juga orang Melayu kita... Tetapi tidak di Peru! Restoran Halal hampir tiada! Nada!

Semasa kami di Buenos Aires, Argentina dulu ada juga kedai Beriani Ayam yang halal... Di Peru ni, jika ada pun satu-dua kedai yang kami perlu buat tempahan awal seminggu-dua sebelum boleh menikmati hidangan ayam halal... Daging lembu atau kambing memang tidaklah... Setakat satu keluarga hanya ayam sahaja yang mereka boleh sembelihkan itupun bergantung pada tukang sembelih... :) Setakat harini kami hanya pernah makan Shawarma (Kebab) halal sahaja... :)

IKAN (PESCADO)


Asam pedas ikan tenggiri! Setelah sekian lama :))))

Laut di Peru adalah laut dalam yang sejuk & berombak kuat dipanggil Pacific Ocean... Makanya, ikan dan hidupan lautnya juga sedikit berbeza dengan negara kita...

Bila kenang kembali hanya beberapa jenis ikan sahaja yang sama dengan kita... Nama dah tentu tidak sama! Ini juga menyukarkan saya untuk mengenali jenis-jenis ikan yang ada... Hubby lagi lah, dia memang tak tahu dan tak dapat bezakan apa jenis ikan yang ada... Segalanya saya perlu buat keputusan sendiri... Mujur juga saya jenis mudah kenal & ingat nama-nama ikan! Statement puji diri sendiri :p hehehe :D

Ikan laut dalam biasanya besar-besar... Ikan yang betul-betul saya kenal di sini contohnya seperti Cabrilla (Kerapu), Bonito (Ikan Aya/Tongkol-ni saya & hubby memang tak makan), Tilapia, Atun (Ikan Tuna), Lenguado (Ikan Sisa Nabi atau Ikan sebelah)... Baru-baru ni baru saya perasan Ikan Tenggiri mereka panggil Sierra!


Mee Sup tengahari tadi! Spaghetti sup yang sebenarnya :) with homemade fishball! Baru jumpa ikan yang sesuai, baru berani nak bikin... ;))

Lain-lain ikan yang pernah kami cuba seperti Cojinova! Sedap juga... Buat laksa gunakan ikan ni seperti rasa ikan kembung! Ikan ni saya tak tahu apa namanya di negara kita... Rasanya tak pernah jumpa di Malaya :)

SAYUR-SAYURAN (LAS VERDURAS)

Rasa lucu bila mengenangkan pertama kali membeli-belah barangan basah di Lima ni... Kenangan yang tak dapat saya lupakan seumur hidup...

Masa mula-mula dulu saya agak tertekan bila melihat ikan dan sayuran yang ada! Segalanya berbeza hampir 360 darjah! Ya, saya tidak tipu! Perlahan-lahan saya belajar menerima yang kini saya bukan berada di negara sendiri yang segalanya tidak sama... Hampir menangis bila mengenangkan jika perlu makan brokoli, kobis, sayur bayam (la espinaca), kacang buncis, carrot & salad berulang-ulang setiap hari!

Sedap sekali-sekala tapi jika tiap hari tekak kita ni pun boleh jadi bosan... Boleh pula kami terlupa jalan untuk ke tempat jualan sayuran cina di Barrio Chino (China Town)! Menambahkan lagi tekanan saya... Nak masak pun boleh tertekan :p ;))

 Oh, di sana pelbagai sayuran kita ada dijual! Contohnya; Sayur Kangkung, Kacang Panjang, Siew Pak Choy, Sawi (Choi San), Kailan, Peria dan Bendi (Okra-mengikut musim)... Tauhu juga ada dijual! Sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan keinginan kalau nak makan sayur-sayuran kita :))


Hidangan 2 hari sudah... Saya suka masak rebus-rebus gini... Cicah pulak sambal gesek atau belacan! Pergghhh... ;)))

Di sini takde kerang, lain-lain seafood macam udang, sotong tu masih sama cuma ada juga sotong kurita yang belalainya yang panjang tu... Dulu jakun nak makan sekarang rasa sedap pulak! hehehe :D

Yang ni namanya apa ye?


Lala ke? Oh, saya tak tahu namanya tapi bolehlah buat lepas rasa teringin, buat masak serai! :)

Alhamdullillah, kami masih lagi dalam proses menyesuaikan diri walaupun hampir 2 tahun di bumi asing ni... Itu baru bab makan-makan belum lagi bab budaya, cara hidup dan lain-lain... Peel dorang ni pun lain macam sikit... hehehe... ;))

Yang penting 'life' saya sekarang memang berbeza hampir 360 darjah! Dulu, hampir setiap hari makan di luar  sekarang ini setiap hari kerjanya memasak! Kalau dulu, pakai baju kurung, kebaya, sekali sekala pakai suit pergi kerja... Sekarang ni pakai track suit dan falda buat kerja rumah... Pssst... tak pandai pakai kain batik! ;) Dulu anak hantar rumah pengasuh, sekarang ni anak dok bawah tiak almost 24 hours... Oh, Iman dah start school, more or less 18 hours kami bersama!

Syukur Alhamdullillah... Cerita dan catatan ini untuk diri sendiri, jika ada rasa tak kena anggap sahaja sebagai hiburan ok! :))

 Terima kasih sudi membaca! :)