Hari ni hari terakhir aku bertugas sebelum bercuti lama...rasa sedih sangat nak tinggalkan tempat dimana karier aku bermula... Tapi, Insya'Allah aku akan kembali bertugas walaupun untuk tempoh setahun...
Rasanye setakat ni dah mohon ampun & maaf pada semua...semalam dah banjir dah pun...orang suruh bagi ucapan aku bagi tangisan...macam orang nak pergi berperang pulak...heheheeee...
Itulah aku, walaupun nampak hati keras & kasar sebenarnya aku hati tisu...tersangatlah fragile...
Lepas ni aku nak rehat & tidur puas-puas sampai muntah...kalau ada duit nanti nak beli kamera DSLR nak ambik gambar banyak-banyak...dok sana nnt nak cari peluang untuk bisnes..heheheee....
Tak kisahlah orang nak kata ape...butakan mata & pekakkan telinga..yng penting kita enjoy (ala-ala gedik Nora Danish).
Doakan kami sekeluarga ye!!!
1 comment:
bye kak mar!
Post a Comment