Gracias!

Jan 27, 2013

Doa buat teman...

Assalammualaikum wbt...

Memang lama tak update... Memang rindu... Menulis juga boleh menjadi satu terapi... Walaupun saya tak sempat untuk 'menyingah' ke rumah kawan-kawan(blogger) tapi ada juga yang saya masih ikuti perkembangan di FB...  Sesetengahnya saya tak sempat nak bertegur sapa jika tiada yang menarik hati & penting di mata saya... Hanya sekadar membaca sambil lalu, lagi-lagi dengan keadaan diri yang tidak sebegitu mengizinkan sekarang ni ;))

Saya sihat, hubby sihat, Iman juga Alhamdullillah sihat. Baby? Setakat hari ini, baik-baik sahaja, Alhamdullillah... :))

Semalam saya menerima perkhabaran duka dari seorang teman. Terasa mengigil lutut saya, tanpa ditahan-tahan airmata saya gugur seperti tali air yang deras mengalir... Tak malu untuk menangis tersedu-sedu depan hubby & Iman... Hubby yang sibuk melayan Iman terus terhenti untuk bertanya hal... Saya kata sahabat saya baru sahaja kehilangan suami tercinta pada 24hb Januari bersamaan dengan 12 Rabiu'awal 1434H yang lalu... 

Saya mengenali beliau hanya di alam maya, kami hanya berhubung melalui blog & juga FB... Kami tidak pernah berjumpa tetapi sangat berharap untuk bertemu di alam nyata... Insya'ALLAH, satu hari nanti... Saya senang memanggil beliau Mummy Mariam Bebakar (blog: D'Shire's Eden), beliau & arwah suaminya dikurniakan 2 orang puteri yang sangat comel, Che Che & Mei Mei serta seorang putera kecil yang 'cute' bernama Umar yang baru berusia lebih kurang 6 bulan...

Saya menangis kerana saya terkenangkan mummy & anak-anak yang masih kecil... Memang mudah untuk berkata sabar & bertabahlah, namun bak kata ibu saya, "Tak rasa, tak tahu..." Sememangnya ujian ini hanya untuk hambaNya yang terpilih, terpilih kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaNya... Allah know best!

Buat mummy, tiada kata yang dapat Marya ungkapkan bagi melegakan hati mummy hanya doa yang mampu Marya titipkan buat mummy sekeluarga agar terus kuat demi anak-anak... Jaga diri & kesihatan... La tahzan innallah ma'ana... Semoga Allahyarham suami mummy, Adam Thongcharen di bawah rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan yang beriman... Al-Fatihah~

Sehingga hari ini, saya mempunyai lebih dari 4 orang rakan yang kehilangan suami samada berpisah mati atau hidup dalam usia yang masih muda serta mempunyai anak-anak yang masih kecil... Perkara ini banyak menyedarkan saya bahawa apa yang kita miliki di dalam dunia ini bukanlah milik kita yang mutlak... Semuanya adalah milik Allah, dan Dia boleh ambil & beri bila-bila masa mengikut perkiraanNya...

 Seminggu dua ini juga saya menerima khabar duka (musibah) yang menimpa beberapa kenalan & sahabat di tanahair... Ada yang sakit, suami/isteri tidak sihat, keguguran, anak yang sakit, cedera kerana kemalangan dan sebagainya... 

Buat teman-teman saya ini, mungkin kita jarang bertegur sapa tetapi saya tetap mendoakan yang terbaik buat  semua... Moga Allah beri yang lebih baik nanti...  

Salam dari jauh buat teman semua...

Doakan juga buat kami di sini, semoga berjumpa nanti...

Nos vemos...

Jan 10, 2013

First check up! GULP!!!

Assalammualaikum wbt.

Hola a todos!

Fuhhh... lamakan? Ada yang ternanti-nanti cerita saya tak? :p ;) Alhamdullillah harini rasa ok sikit untuk berkongsi cerita! Ermm... banyak nak story tapi oleh sebab mood & keadaan diri yang tak mengizinkan saya terpaksa pendamkan segalanya dalam hati je...hehehe :))

Kami semua Alhamdullillah sihat-sihat belaka! :) Preggy kali ni memang berbeza dengan yang dulu... Agak ketara perbezaannya... Maybe kena buat satu entry tentang ni sebagai kenangan buat anak-anak baca... Supaya mereka lebih appreciate & memahami wanita-wanita disekeliling mereka nanti! Insya'ALLAH ;))

Harini saya rasa ok sikit, so bolehlah melepaskan dendam untuk update! Biasanya kalau bernasib 'baik' saya akan muntah 5 kali sehari tapi pernah juga tak muntah langsung dalam sehari tu! :) As for myself it's such a miracle! :)) Alhamdullillah, saya masih boleh memasak walaupun tak lalu tengok masakan sendiri! Makan hanya sekadar untuk mengalas perut! :)

Berat badan pun tak berubah kalau compare masa preggykan Iman dulu berat saya lebih 2kg dari sekarang... 1st trimester turun 500g je tapi lepas tu naik macam taknak turun-turun dah! hehehe :)) Setakat harini, 10 minggu 6 hari berat takde apa-apa perubahan! Tak naik & tak jugak turun! Alhamdullillah...Alhamdullillah... :))

TERIMA KASIH

Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, silent readers & kawan-kawan yang mendoakan saya di sini... Maaf saya tak sempat lagi nak membalas kunjungan apa ntah lagi beramah mesra dengan semua... Lately memang agak 'sombong' sikit, jarang buka blog & FB... Kalau buka pun tak boleh nak tenguk lama-lama sebab nanti mata berpinar-pinar! hikhik...

Saya juga akan cuba avoid untuk melihat gambar makanan, sebab pertamanya takut teringin (mana nak cekau makanan Malaya kat sini) dan ada gambar makanan yang akan membuatkan saya rasa loya nak tengok! hikhik... Rasa nak muntah... First trimester ni macam tulah kan... Asyiklah loya, asyiklah muntah! Bila fikir balik terasa cukuplah setakat ni nak preggy! Rasa macam cukuplah anak yang ada sekarang ni... Tapi esok lepas anak dah besar terasa pulak nak baby lagi... Lupa semua sakit dan jerih perih yang ditanggung tu! Betapa ALLAH Maha Agung! :)

Terima kasih juga atas ucapan tahniah dari semua... Bagi yang teringin nak baby lagi, belum ada rezeki lagi bersabarlah insya'ALLAH your turn will come! Saya sentiasa doakan :))

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Oh! Lupa pulak nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013! FELIZ AÑO NUEVO 2013! Lewat 10 hari, tapi masih dalam bulan Januari rasanya tak terlewat lagi :) :)

Seperti tahun lalu sambutan tahun baru di Lima, Peru ni memang meriah! Dentuman mercun tengah malam mengalahkan Chinese New Year di Malaysia...Begitu juga sambutan Krismas! Maklumlah perayaan terbesar mereka! Yang pelik & hairan, semua Supermarket terkemuka tutup sepanjang perayaan! Pelik! Sunyi sepi! Memang berbeza dengan negara kita! Itulah untungnya negara kita yang multiracial kan! Arggghhhh... rindunya dengan tanahair...hikhik ;))

EXPERIENCE FIRST CHECK UP

Macam biasa panjang membebel baru nak cerita tentang tajuk! hehehe... First check up memang 'mencabar'!  Walaupun dah setahun kami di sini, masalah bahasa adalah suatu yang pasti! Tahap bahasa Sepanyol kami bolehlah disama levelkan dengan budak sekolah rendah! hehehe... Boleh faham cuma sukar untuk membalas kembali! Belum kaya vocab lagi! Itu belum grammar & lain-lain! Memang hancus! hehehe... Kebanyakan doctor yang ada lebih selesa menggunakan bahasa mereka! Itu yang bagusnya mereka ni! Memartabatkan bahasa sendiri walaupun kadang-kala menyukarkan sesetengah orang terutamanya yang seperti kami ini...

Pada mulanya saya agak tertekan dan rasa kurang keyakinan untuk meneruskan niat mengandung & bersalin di sini... Terasa ingin kembali ke tanahair... Lebih selesa walaupun perlu melalui routine check up serta bersalin di hospital kerajaan... Bukan kerana teknologi mereka ini tidak canggih cuma oleh kerana masalah bahasa ini membuatkan saya berasa risau! Ya, kerisauan yang tidak munasabah! hehehe... Tapi Alhamdullillah, selepas melalui beberapa prosedur & layanan stafnya yang mesra, kurang sedikit tahap kerisauan itu! Ada juga antara pegawai perubatannya yang pandai dan fasih berbahasa Inggeris... Lega rasanya :))

Biasanya saya akan merekodkan atau sekurang-kurangnya menulis di kalendar hari pertama period terakhir saya tetapi boleh pulak kali ni saya terlupa! Last October 2012 saya memang agak busy, apatah lagi dengan Iman yang tak seberapa sihat... Jadi, saya terlupa untuk menulis di dalam diari... Oleh sebab itu, EDD saya tidak dapat ditentukan secara tepat tanpa melalui ujian imbasan (scan)...

Awal-awal lagi hubby dah booked doktor perempuan... Untuk rekod nama doktor yang akan bersama saya sepanjang tempoh kehamilan hingga melahirkan adalah: Dra.  OVIEDO SARMIENTO, EDDA NAIR.

 Pengalaman pertama kali check up sememangnya memeranjatkan saya! Kalau dulu saya hanya melakukan check up di Klinik Kesihatan dan biasanya nurse yang ada akan membuat pemeriksaan dipermukaan abdomen atau perut sahaja.... Terutamanya untuk memeriksa tinggi rahim dan kedudukan bayi! Tetapi di sini, first check up dah kena seluk! erkkkk...

Saya pun tak pasti kenapa... Adakah kerana saya terlupa tarikh last period saya atau sememangnya begitu prosedur di sini? huhuhuuu...  

Saya beritahu doktor tersebut, di Malaysia routine check up kita tak kena seluk lagi! Unless dah nak dekat bersalin... Doktor tersebut hanya tersenyum! Dan masa check up kali ke dua yang lepas saya tak kena seluk lagi dah! hehehehe... :D

Cerita diseluk tidak berakhir di situ, selepas bertemu dengan doktor saya diarahkan untuk membuat ujian imbasan (scan)- Ecografia... Teruja sebab nak tengok kedudukan baby & sebagainya! :))

Pegawai perubatan kalini adalah lelaki... Tapi dia sangat profesional dan yang penting fasih berbahasa Inggeris! Barulah terasa selesa & mudah! But... the scan has been performed thru my "V"! Again... errrkkkk... Terseksa rasanya... =='

Nevertheless, the result is awesome! I can see my baby clearly! Subhan'ALLAH :')

Kedua-dua prosedur ni saya ditemani oleh hubby & Iman... Thank you hubby, thank you also for abang Iman for being supportive! :))

Saya harap & berdoa agar segalanya dipermudahkan olehNYA... Ameen...

MERAIKAN TETAMU

Jumaat lepas, owner rumah kami datang melawat! Pertama kali bersua muka dengan tuan rumah sebab mereka tidak tinggal di sini... Mereka sekeluarga tinggal di Maryland, United State... Sepanjang kami tinggal di sini kami hanya berhubung dengannya melalui ejen rumah!

Adat orang Melayu, walau siapa pun tetamu kita mesti raikan walaupun hanya segelas air kosong! :)) Sebenarnya lebih kepada sunnah Rasullullah SAW dalam memuliakan tetamu... :))

Nasib mengandung kali ni saya boleh memasak walaupun saya tak tahan dengan bau bawang putih! Saya memang suka masak campur bawang putih banyak-banyak lagi-lagi bila menggoreng sayur! hehehe... Tapi sejak berbadan dua ni habis bawang putih menjadi makanan tong sampah! Poning & kombang tokak den bau! huhuuu...

Leka berbual tak sempat nak amik gambar tuan rumah sekeluarga, dia datang bersama isteri, ibunya, seorang anak perempuan serta anak lelaki kembar mereka! Sukalah Iman dapat kawan... Semenjak cuti summer ni Iman tak bersosial langsung! Tu yang suka sangat bila kawan datang rumah...

Identical twin! :))
  
Mereka ni ada darah Peru (Spaniard) dan Itali... Tu yang cantik & comel anak-anak dorang... Budak yang pakai baju biru tu ada darah Cina, Minang & Banjar! Comel jugak! hahahaa :D

Saya hanya mampu hidangkan Meggie Goreng & Teh O! Dorang ni memang suka makan-makan! Lagi-lagi makanan yang pelik-pelik... Puji takyah cakaplah, mat salleh ni memang mulut manis :))

Lepas tu hari Ahad, kami menerima tetamu lagi tapi kali ni tetamu yang agak special juga! Datang nun jauh dari Malaya! :))


Dari kanan sebelah hubby, Riyadh dan isterinya Kak Adibah bersama anak mereka Amin :))

Riyadh adalah Peruvian yang sekarang bekerja di Malaysia dan berkahwin dengan orang Malaysia Kak Adibah... Pulang ke Peru untuk berjumpa dengan keluarga Riyadh selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga... Nampaknya Mr Riyadh sekarang more to Malaysian than Peruano! :))

Baru 2 minggu berada di sini sudah merindui masakan Malaysia! Saya dan hubby sangat memahami tekak orang Melayu, sebab tu hari tersebut saya buat masakan istimewa buat mereka! Taklah sedap tapi oklah kan ;)) Saya hidangkan Nasi Beriani, Ayam Goreng Berempah, Kurma Telur & Sayur Campur sebagai hidangan... Kalini takde pics makanan sebab nanti saya tengok saya jadi loya! hikhikhik...


Disebelah saya, bro Hadi & Roxana, mereka ni tetamu wajib kami sebab mereka juga pernah tinggal di Malaysia dan saya pernah ceritakan dulu kalau masih ingat bagaimana mereka juga merindui untuk merasai  masakan orang Melayu! Lagipun kami dah anggap mereka seperti saudara sendiri :))

Harapan saya moga kami semua boleh berkumpul lagi seperti ini... Kalau boleh biarlah di Malaysia! :)

Panjang bualan antara saya & kak Adibah, yang bestnya we shared the same sentiment about the country, especially the culture, environment, life style & ect. Maknanya bukan saya seorang yang berperasaan begitu & begini selama ini...

Secara jujurnya saya ingin katakan buat warga Malaysia terutama sekali yang beragama Islam yang masih berpegang kepada agama & percaya akan wujudnya syurga & neraka! If you think of having vacation or holiday here, perhaps its will be one of the best place you can go but to be living here, personally its not a good idea unless you have a good business then... Just my personal view... I'm really sorry about that! 

 Ya, kami tak sabar nak pulang ke tanahair! Kalau boleh, kalau ada rezeki keluar negara lagi lepas ni... No more western country, please... Asia or Middle East will be considered, insya'ALLAH... My lovely hubby please take note! Por favor ;)))

Thank you for reading!

Jenguk-jenguk gambar adik Iman dulu :))


Nampak tak? Kepala, tangan dan kaki dah makin membesar! :') Waktu scan baby berusia 8 minggu 6 hari! Moga anak ummi sihat, terus membesar & selamatt... ameen... :))

EDD: 07/08/2013 (30 Ramadhan 1434H) Sehari sebelum jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2013 bersamaan 1 Syawal 1434H. Sehari sebelum Anniversary kami 08/08/2013. Lewat seminggu dari Hari Lahir abang Iman yang ke-4 pada 01/08/2013...

Ya ALLAH, lindungi anak kami ini... Ameen~