Assalammualaikum...
Hola hermanos y hermanas!
Salam Jumaat buat semua! Syukur padaNYA kita masih lagi bernafas, dikurniakan anak-anak dan pasangan yang sihat, cukup dengan makan & pakai, masih lagi dikelilingi insan-insan yang ingat & sayang pada kita! Alhamdullillah... ;))
Sebelum ke class petang ni sempat dulu nak update apa yang sempat... hik3... Ramai yang tertanya-tanya tentang 'title' istimewa tu ye? hehehe... Istimewa sangat buat saya & hubby, sampai tersenyum lebar hingga ke telinga (^_____^)
Yang sebetulnya Iman belum nak dapat adik lagi! Not yet, sayang... Doakan buat kami ye! :))
Sebenarnya, segalanya belum nyata lagi... Masih terlalu awal untuk diheboh-hebohkan... Insya'ALLAH panjang umur akan saya coretkan di sini... Mohon doakan yang baik-baik ye! :)))
Wah, ada nada-nada main tarik-tarik tali disitu...hik3... Ya ampun! ;) *wink*wink*
Terasa nak mencoret sesuatu di sini hari ini, mungkin menyentuh hati dan tiada niat apa-apa sekadar berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman... Sebab bukan semua diberi peluang sebegini dan perasaan yang sebegini...
Ilmu yang tak seberapa & amal yang masih perlu diperbaiki sememangnya buat diri terasa kerdil... Kerdil sekerdilnya... Mungkin dulu kita begitu, tapi mungkin kini dah tak sama lagi... Pengalaman & pengajaran berbeza-beza bagi tiap orang... Membentuk serta mengacu mereka menjadi siapa mereka pada hari ini dan bukan kerana keturunan atau salah ibu mengandung... Wah, suspen bunyinye...hehee ;)))
Beginilah kami di bumi asing ini, banyak mengajar erti kesyukuran dan kematangan fikiran... Bertindak selaras dengan situasi dan keadaan... Segala-galanya tentulah tidak sama bila berada ditanahair sendiri... Contohnya hari ini, di sini Public Holiday bagi meraikan Saints Peter and Paul, siapa mereka dan untuk apa rasanya tiada faedah untuk diulas bagi kita yang bertuah di bawah agama yang syumul & diiktiraf di sisiNYA :))
Tidak seperti Malaya, masjid, surau atau tempat beriadah berada di mana-mana terpulang pada kita untuk menunaikan kewajipan yang satu itu di mana dan bila-bila sahaja... Bagi kami walaupun berada di negara kata kasarnya, kafir sudah semestinya tidak menjadi alasan buat kami untuk menidakkan kewajipan itu... Tapi bagaimana, dimana, dan bila???
Ceritanya bermula bila kita ada keinginan yang kuat untuk menunaikan tanggungjawab yang satu itu, bagi kami setiap kali keluar rumah perlu pastikan sudah masuk waktunya barulah keluar... Kalau tidak sekurang-kurangnya membawa sebotol air seorang satu bagi memudahkan melaksanakan tanggungjawab itu... Seterusnya bergantung kepada tempat yang dituju...
Kalau ke Supermarket, tempat persalinan baju atau fitting room menjadi sasaran... Kalau boleh dan diberi pilihan carilah bilik yang hujung sekali... Kalau di luar pula oleh sebab belum pernah keluar dari 'region' terus sahaja kami ke satu-satunya masjid yang ada... Pengalaman yang seronok walaupun kadang-kala sedikit terkejar-kejar kerana kelekaan hal duniawi... :(
Pengalaman saya sebagai seorang muslimah yang naif dalam soal agama... Kadang-kala kesempatan yang ada menunaikan kewajian di rumahNYA belajar terlalu banyak perkara... Tindak-tanduk kite tentulah diperhatikan... Demi ALLAH, saya tidak merasa lebih dari mereka... Mereka mengajar saya banyak perkara walaupun bukan melalui kata-kata... Seperti biasa bahasa adalah jurang antara kami...
Kalau tak Spanish, bahasa Arab yang menjadi pengantara... Bahasa yang kononya 'International' itu jarang kedengaran... Jadi bahasa tubuh serta isyarat bak ayam & itik adalah perkara normal :)))
Kita melihat mereka mendirikan kewajiban, pakaian mereka, tertib mereka serta cara mereka... Tidak mustahil begitu juga mereka melihat kita... Melihat cara kita, pakaian kita... Apakah yang membezakan mereka dengan kita? Siapa kita untuk melabel & menilai mereka? Tiada lebihnya kita, juga tiada kurangnya mereka kerana DIA lebih Mengetahui... Maha Menghukum... Maha Adil... Maha Sempurna.. Maha Bijaksana!
Terdetik dihati saya, kalaulah disaat itu nyawa kami dicabut... Terfikir nasib sendiri, dimana letaknya aku ini dipandanganMU Ya ALLAH, sungguh mereka tidak tahu, kurang ilmunya... bagaimana nasib aku yang 'tahu' serta mempunyai sedikit ilmu ini :'(
Syukur, masih boleh merasai kurma yang fresh & enak! :))
1kg = Soles 12
Rezeki dari kawasan gurun yang sejuk :))
Fresa kegemaran Iman! Mahal sedikit dari musim panas tapi sangat merah & manis! :))
Terima kasih sudi membaca coretan hati yang panjang lebar & membosankan...hik3
Adios...
P.S. Dulu, kalau sebut gurun difikiran saya panas, gersang dan tandus tapi ALLAH hantar kami ke sini dan ia bukan seperti yang digambarkan... :))
P.S.S. Esok ulang tahun kelahiran Iman yang ke 3 mengikut kalendar Islam 10 Sya'aban 1433H... Buat Iman anak ummi & babah, doa ummi sentiasa menemanimu menuju syurga ALLAH... Moga berkat umur & rezekimu nak... Amin ~