Gracias!

Jan 31, 2012

Iman, Mutiara Hati Kami... Mi Cariño!

Assalammualaikum...

Hola cariño!

Cariño = Sweety = Jantung Hati @ Kesayangan

Kepada semua rakan blogger yang mendoakan kami di sini, muchas gracias... terima kasih banyak-banyak saya ucapkan... Walaupun kita tak pernah bersua muka tapi terasa sangat kemesraan itu... Some people say, kalau 40 orang yang mendoakan, insya'Allah termakbul doa itu... Kalau tidak pun, manalah tahu dalam ramai-ramai ada seorang doanya sangat makbul pun kita tidak tahu :)))

Alhamdullillah, kami semua di sini selamat dan sihat... Masa kejadian, Iman tidur dengan nyenyaknya... memang dia tak sedar... Biasalah budak-budak, dia apapun tak paham lagi :)

Hari ini nak cerita tentang perkembangan Iman di sini... Supaya bila dia besar nanti dia boleh baca :) Insya'Allah... Seperti yang susumanis selalu sebut, apa yang kita tulis dalam blog kita ni biarlah sesuatu yang bermanfaat dan menjadi kenangan manis yang boleh dibaca oleh anak cucu cicit kita nanti :)

Iman anak yang manja, walaupun lelaki sebab dia seorang je anak Umi buat masa ini... Love you, my little baby :) ... Harini genap usia dia 2 tahun 5 bulan... Iman lahir 1.8.2009 cerita tentang kelahiran Iman di sini :)

Di sini, banyak perkara baru yang Iman belajar... Mulut pun dah semakin bising bercakap... Leter betul! Ikut siapalah ni?! :) hehehe... Iman dah boleh counting 1-10 in English, as well in Spanish :)

Pandai jugak mengajuk cakap orang... Hola, gracias, chao, buenos dias, buones tardes, buenos noche dah macam gula-gula kat mulut dia :)

Sekarang sedang 'Potty Train' dia... Alhamdullillah, seribu syukur padaMu ya Allah, Iman dah paham bila disuruh PU (kencing) dalam potty... Cuma, BO (air besar, yak) je belum lagi...

Mula-mula nak ajar dia memang memerlukan kesabaran, banyak kali juga dia terlepas... Dah selesai baru panggil Umi...alahai, anak! Every 15 minutes memang kena tanya dia nak PU ke tidak...

Potty Barney ni Iman yang pilih
Iman suka sangat tengok cerita cartoon Barney & Friends, Upin Ipin, Boboi Boy... Baru-baru ni suka tengok Ben10 pulak... In Spanish, Ben10 dipanggil Ben Diaz... Diaz = 10

Jam nak Ben10, towel nak Ben10... Sampai spenda pun nak Ben10 :)


Dah dia memang minat Ben10 so, bila beli 'ware-ware' Ben10 senang nak suruh dia pakai... Tak payah nak paksa-paksa... Sama jugak dengan Potty Barney tu, dia yang pilih so, dia pun suka nak PU kat situ...hikhikhik... Tips* Cara nak pujuk & ajar dia benda yang bukan kebiasaan :)

Sebelum potong rambut
Last week, kami bawak dia pergi potong rambut... Cepat sangat panjang rambutnya... Iman memang peng'geli' dan penakut sikit dengan mesin... Lagi-lagi yang berbunyi... :)

Jadi, kami bawak dia ke kedai gunting rambut khas untuk kanak-kanak... Di sini memang banyak kedai macam ni... Tak pernah lagi jumpa di Malaysia... Sebab kat Malaysia, bawak die pergi gunting dekat kedai mamak je... hikhikhik

Muka Iman yang geli~


Yang menariknya kedai ni ada TV dan seat berupa kereta untuk kanak-kanak duduk dengan selesa & sekaligus melekakan mereka :)


Saat bila Iman start cranky, it's babah job to keep him calm...hehee...dengan umi kang mengada-ngada :)


Final touch!

Sempat lagi main sementara tunggu babah bayar :)

Boleta = Bill


Semuanya S./38... Oklah kan, bukan selalu pun :))





After hair cut... encem tak??
Esta bien...

Nak mandi & solat maghrib...

Nanti kita borak-borak lagi ye :)

Chao!

Jan 30, 2012

Gegaran Lagi!

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Pagi tadi lebih kurang pukul 12.11am, terjadi lagi gempa bumi... Sepanjang empat bulan kami di sini, ini adalah kali yang ke-3... Foxnews

I was on the bed with Iman, both Mr Hubby & Iman sedang lena dibuai mimpi indah, I was surfing the internet...

Katil dan segala benda dalam rumah bergegar & berlaga-laga... Tingkap berbunyi-bunyi... Suspen betul!

Gegaran yang kuat mengejutkan Mr Hubby, aku automatically melompat dan terus grab Iman... Sambil tu menjerit panggil Mr Hubby... Mr Hubby di bilik sebelah juga menjerit jugak memanggil aku...

Terus capai apa yang patut dan berlari menuju ke pintu kecemasan... Tapi, Alhamdullillah tak lama selepas itu keadaan kembali seperti biasa... Tak jadi keluar rumah, terus masuk ke bilik semula... Macam takde apa-apa pulak yang berlaku... Tapi, gegaran memang agak kuat juga berbanding sebelum ini...

Gempa kali ini, aku rasa berdebar-debar pulak... Rasa nervous ya amat! Mungkin sebab dah ada beberapa experience sebelum ini...

Ya, Allah... Lindungilah kami semua di sini!

Terima kasih pada yang mendoakan... Bukan niat untuk meminta simpati atau mencetuskan kontroversi, sekadar berkongsi pengalaman... Doa semua amat bermakna & berharga bagi kami :))




Muchas gracias!

Chao ~

Update:

Magnitude: 6.3

Depth: 39.2km

Distance: 280km SSE of Lima, Peru

Sources: USGS

P.S: Since ada yang bertanya :)

Jan 29, 2012

Dear Saniyah ~

Assalammualaikum...

Dear my beloved friend Saniyah ~

This is special for you that I want you to know :)

First of all, thank you so much sebab ko mengambil berat pasal aku...ko buat aku terharu key :) Seperti yang ko cakap semua ini rahsia Allah yang kita tak tahu... Aku sekarang sedang belajar menerima hakikat & redha dengan segala yang diaturkan oleh Allah untuk aku... Tak bermaksud aku sudah putus asa, Allah know best! :)

Memang dulu aku sangat mengharapkannya... You know, how badly I want it... Macamana kita berangan-angan nak pergi induksi & KAP sama-sama... nak gossip-gossip benda yang bodoh-bodoh... nak tengok gelagat orang and then gelak sama-sama... sambil perasan cantik & ayu...konon-konon kita sangat glamer & hot... Melayan cerita Tamil 'Nenaan Kathal' again... kekekek ;):))

Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak sedih & kecewa, aku ni hanya manusia biasa, perasaan tu tetap ada... 

Dulu aku fikir pangkat, wang & kerjaya yang hebat adalah penentu kejayaan & kebahagiaan seseorang... Tapi sekarang lain, setiap hari aku muhasabah diri aku... aku tanya diri aku... apa yang aku inginkan dalam hidup ini... Benarkah itu yang aku inginkan? 

Bahagiakah aku kalau aku ada pangkat & duit ribu-ribu dalam bank, tapi berjauhan dengan suami & anak-anak? Ini aku tanya diri aku sendiri, sanggupkah aku??

Bila aku telek diri aku, rupanya dalam hidup ini lebih daripada semua tu... bila Nadzri & Iman tidur, aku pandang muka dorang... aku rasa aku tak sanggup... Biarlah aku berkorban asal kami dapat bersama... bak kata mak mertua aku, biarlah hidup susah makan colek sambal belacan sekali pun, aku sanggup... Insya'Allah, moga Allah bagi aku kekuatan dan kesabaran...

What happens is from our mutual understanding & agreement, kami sama-sama memilih jalan ini... Walau mula-mula dulu aku pun macam ragu-ragu, lagi-lagi melibatkan career aku... Ko tahukan macamana susahnya nak dapat apa yang kita dapat sekarang... Nadzri menyakinkan aku, dan dia tak pernah paksa atau suruh aku berhenti kerja... Dia menggalakkan aku lagi... Dia support aku, dia suruh aku balik juga kerja after 3 years nanti (boleh je nak sambung cuti), walau dia terpaksa tinggal sorang-sorang kat sini... sebab die taknak aku hilang kerjaya aku! Itu pun aku tak bersyukur lagi...

Aku yakin apa yang aku buat & dapat hari ini adalah perancangan dariNya... aku akan cuba buat yang terbaik, lagipun ini juga satu peluang bagi aku... Tak semua orang dapat peluang macam ni, betul tak? ;)

Thanks Sani, ko masih ingatkan aku... Bersedih & bergembira dengan aku... Aku rasa nak peluk-peluk ko :))Tunggu aku balik ye... Anyway, Tahniah! Felicidades! I know you deserve it! Nanti jangan lupa story kat aku apa yang jadi kat Jalan Duta*wink*wink*...

Shopping baju cantik-cantik tau! Beli handbag baru, kasut baru, tudung baru... Just remember, what people think of us is none of our business, no matter how you feel, get up, dress up & show up! Niat: Untuk orang selesa dengan kita dan kita pun rasa yakin :)))

Tak sabar nak tunggu 3 tahun lagi, aku akan kembali (chewah, ayat ;p)... Aku pun tak tahu mana penempatan aku nanti... Cyber Jayakah atau Jalan Duta? Moga yang terbaik juga untuk aku... back to basic, semua yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi :))

Saja aku tulis kat sini, biar semua orang tahu... how I appreciate our friendship :) Aku sayang ko! Miss u a lot :)

Bundle of loves...

xoxoxoxo...


P.S: Sani, aku dah baca balik yang aku tulis dulu-dulu tu... Yang perasan macam omputih latin tu... rasa nak muntah pulak...kekekekek... Ko kan tahu aku suke berangan... Nak delete lah... malu#




Jan 28, 2012

Allah Bersumpah Atas Buah Tin & Zaitun

Assalammualaikum...

Hola!

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ

By the fig and the olive
Demi buah Tin & Zaitun

Surah At-Tin dimana Allah bersumpah atas nama buah Tin & Zaitun...

Buah Zaitun = Olive (English) = Oliva (Spanish) = Aceituna (Spanish)

Buah Tin/Ara = Fig/Ficus (English) = Higo (Spanish)

Buah Tin & Zaitun antara buah yang disebut di dalam Al-Quran selain buah Kurma, Anggur, Pisang dan Delima... Aku sebenarnya sangat teringin nak makan buah Tin, buah Zaitun boleh dikatakan biasa makan... Pernah makan buah Tin yang kering yang selalu jemaah haji bawa balik daripada Mekah tapi tak pernah rasa yang fresh...
Syukur pada Allah, kerana Dia selalu memberi apa yang aku hajati...


Sepanjang kami di sini, sudah beberapa kali aku ternampak buah ini... Gerak hati aku kuat mengatakan bahawa buah ini adalah buah Tin... Tapi tak pernah nak beli sebab rasa ragu-ragu, sebab sebelum ni aku tak pernah tahu bagaimana rupanya yang segar...

Entah bagaimana, hari Khamis lepas kami pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumah... Ternampak buah ni, cuba bertanya dengan pekerja kedai tu nama buah tersebut...

"Disculpe, senorita! Como se llama, de Fruta?" Sambil tangan menunjuk buah tu... Dah pandai dah susun ayat sebab selalu  tengok TV sambil tengok subtitle selain berborak dengan Gloria...kekekek...

"Esta es Higos,"

Dia bagi aku rasa dan tanpa fikir panjang terus aku beli... 6 biji = S./4.40

Balik rumah, terus google Higos, Higos, Higos = Ficus/Fig  (Maklumatkan dihujung jari...hehehe)... Alhamdullillah, gerak hati aku tepat... Buah ini adalah buah Tin... Syukur, syukur...akhirnya aku berjaya juga merasa buah ni walaupun di bumi Peru!

Daripada muda (sekarang dah tua ke..kekekek) remaja, aku memang ada masalah untuk membuang air besar (BO) secara konsisten... Bila makan buah ni, Alhamdullillah perut aku merasa sangat lega :))) Nikmat tu :)))


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda:

"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."

Walaupun rasanya tak sesedap yang kering tapi aku bersyukur sangat-sangat... Hampir semua buah yang disebut dalam Al-Quran  sudah pernah aku rasa... Ya Allah, nikmatMu tak terhingga ~ :)

Pada semua yang sudi tinggalkan komen, muchas gracias mi amigos! Rasa macam kesian pulak korang kena baca cerita yang panjang lebar kat sini....hehehee...

Ada beberapa soalan yang dah pernah saya jawab sebelum ni, maybe ada yang tak sempat nak tahu... nanti saya terjah blog kengkawan, kita story-mory ek :)) Insya'Allah... Salam ukhuwah fillah ~

Chao!

P.S: Ejaan sebenar Chao bukan Ciao atau Chow in Spanish tapi CHAO means bye :)


Jan 26, 2012

Game Tag Versi 2012: Siaplah Siapa Yang Kena Tag

Assalammualaikum...

Hola Mi Amor!

Semalam, kena tag dengan Cikgu Ma ;)

Macam seronok pulak, lagi-lagi tang soalan 'maut' tukan...hehehee

Ok, di bawah ni syarat-syaratnya : -


About me-MaryaYusof:

Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan / Berkahwin juga dengan orang Negeri Sembilan / Suka pakai jeans / Suka makan bila bosan / Sangat gila dengan bunga-bungaan / Mudah sangat tertarik dengan colour pink / Suka berangan / Hobi: Reading, Travelling & Gardening / Memakai cermin mata since Form 3/ Bachelor in Accountancy from UiTM/

Soalan daripada CikguMa:

1. Macam mana kenal blog CM?
Tak ingat sebenarnya, hehehe...tapi rasanya masa blogwalking nampak macam unik nama ni tu yang terjah :)

2. Nama seseorang yang paling unik anda pernah dengar?
Ghani Banggau... He's one of my friends... Hi, Ghani! Kalau dia baca ni * ;p 

3. Teman blogger paling anda sayang a.k.a mesra?
Semua pun sayang & semua pun mesra.... Play safe...ahaks ;p

4. Tempat kerja/belajar sekarang?
Sekarang fulltime housewife & sedang bercuti tanpa gaji mengikut suami berkhidmat keluar negeri, saya bekerja di LHDNM (income tax)

5. Nama penuh anda?
Maryatie Binti Mohd Yusof...asal nama MaryaYusof tu boleh baca di sini ye! :)))

6. Nama seseorang yang sedang melekat dalam kepala anda sekarang?
Iman (nama anak, sebab masa sedang buat entry ni dia ada kat sebelah melompat-lompat tengok cerita boboi boy... sigh* nak kena babab!)

7. Kalau sudah kawen, bila tarikh perkahwinan anda? jika belum, bila agaknya?
Dah ada anak, mestilah dah kahwin *wink,wink* Tarikh perkahwinan 08.08.2008 bersamaan 7 Sya'ban 1429 Hijrah ;)

8. Perkara memalukan yang anda pernah lakukan/ lalui ?
Nyaris terjatuh atas pentas masa nak ambil hadiah masa di Uni dulu... dah pakai cantik-cantik, control ayu pakai kasut 2 inci nasib baik tak tergolek 'dog'...kekekek

9. 5 patah perkataan anda untuk CM?
"CM jangan nakal-nakal tau!" Boleh ke?hehehe~

10. 1 potong doa yang sering diamalkan.
Doa makan & doa tidur... Oleh sebab, makan lebih kerap daripada tidur... Doa makan yang sering diamalkan... hehehe... 

11. Dah like fanpage CM belum?
Sudah ;)))


Yang kena tag, you have to answer all this questions :)))

1. Nama penuh please...?
2. Tarikh lahir?
3. Cita-cita semasa kecil?
4. Favorite hero semasa kecil?
5. Minuman kegemaran?
6. Rancangan TV kegemaran?
7. Nama orang yang paling unik pernah jumpa?
8. Pendapat tentang orang Negeri Sembilan? Jujur tau :)
9. First impression tentang blog Marya Yusof? Kritikan membina dialu-alukan :))
10. First thing yang dibuat sebelum tidur malam?
11. Kalau jadi PM (Perdana Menteri) apa perkara pertama yang nak buat pada negara Malaysia?

* Berat sangat ke soalan-soalan ni? Rasanya tak kot...jawab je relax2 key ;)

Saya dengan besar hati menge 'tag' mereka-mereka ini...  the names that crossing my mind at this moment...enjoy! :)))

1. Fyzz
2. susumanis
3. IntanBerlian
4. MamaAzi
5. Mixed Family
6. PapaMifz
7. Lynn
8. Wan Nurul Hezrina
9. PapaPUSS
10. Shima
11. AmirFX

Happy tagging! :)
Chao!


Jan 23, 2012

Barrio Chino (China Town)

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Feliz Año Nuevo Chino!

Xin Nian Kuai Le!

Happy Chinese New Year!

Barrio Chino = China Town

Barrio Chino ni terletak di Calle Capón, en el Centro de Lima (in downtown Lima)...

Calle = Street (cara sebutan 'caye', double 'L' = 'Y')


Barrio Chino

Sekurang-kurangnya, kami akan pergi ke China Town 2 minggu sekali untuk beli sayur-sayuran 'Asia'... hehehe ;):)

I'm so impressed with this nation (Chinese), because everywhere they go, they can survive and sometimes they are conquering the economy! :)

Saya rasa tak keterlaluan kalau saya katakan satu hari nanti mereka ini akan menguasai ekonomi dunia... Tak mustahil... Satu sikap mereka yang boleh kita contohi, sikap rajin & berani...


Masa sekolah dulu, I've got a lot of Chinese friends... sejujurnya saya kata mereka ini taklah pandai sangat, tapi mereka ni sangat rajin... Kerja rumah jarang sekali tak siap... Nota mereka jarang sekali tak lengkap :)... Completo! Perfecto! Ini pendapat peribadi sahaja :)


Hari Sabtu lepas kami pergi ke Calle Capón, kebetulan nak Chinese New Year (CNY)... so crowded!

Muchas personas! = Many people!


Di sini sambutan CNY boleh tahan kemeriahannya... Ada pertunjukan lion dance & juga mercun ;)


'Lion man' yang tak seberapa profesional...hehehe


Adjust diri dulu baru pakai balik kepala lion...hahaha... Ops, tak baik gelakkan orang! ;p

Bila orang tengah ramai ni, mulalah berlaku tolak-menolak... masa macam ni memang ada yang cuba mengambil kesempatan...

Entah bagaimana beg kamera kami terbuka, kunci rumah kami hilang... Pelik macamana beg yang berzip rapat boleh terbuka dengan sendirinya?? Padahal beg tu berada rapat dengan Mr Hubby... Mereka ni memang sangat licik... Nasib baik kunci rumah sahaja yang hilang berbanding sebelum ni... Dimana kami pernah dirompak...

The biggest problem in Peru, without no doubt, thieves, for which the country has one of the worst reputation in South America...  Generally, they work in teams... They are very skillfull & tactical...

From my personal view, kebanyakan mereka ini hidup susah, pendudukan yang ramai serta peluang pekerjaan yang kurang mendorong mereka untuk mencuri (Yang utamanya mereka ini orang kafir & tiada agama)...



Mereka buat apa sahaja kerja walaupun dengan bayaran yang sangat murah... Tak hairanlah dengan kadar inflasi yang tinggi ramai yang menjadi pencuri, pencopet, perompak & sebagainya...

Galeria Comercial Barrio Chino


Di sinilah kami membeli sayuran 'asia'...

Verduras = Vegetables

Frutas = Fruits

Yang pakai tudung tulah 'Beautiful Marya'...hahaha...jangan pengsan ek ;p
Verduras
Verduras yang dibeli di Barrio Chino, bendi & kacang panjang tu baru pertama kali jumpa untuk sekian kalinye ;) ... Lain-lain sayur, kailan, peria, siew pak choy & leeks flower :)


Satu lagi sayur kangkung! Dah siap goreng dengan ikan masin... Ikan masin imported from Malaysia!

Ayam Masak Lemak Cili Jalapeño ;)
Saja nak buat korang terliur...heheheee... Cili api atau padi tak pernah lagi jumpa di sini, penggantinya Jalapeño Peppers... Sedaaap!

Peria goreng taucu...
Ayam Black Rose ;p

Sirap Laici
Sebahagian gambar makanan tu takde kena-mengena pun dengan entry...hahaha~

Hope you guys enjoy reading!  ;)

Amigos Para Siempre!

Friends Forever!

Chao!

P.S: All personal pictures... without watermark... :)

Jan 21, 2012

Carca Merba

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Lamakan tak cerita pasal makanan... asyik cerita pasal Peru je, lama-lama orang pun naik muak...hehehee

Dulu blog ni macam my 'black book'... tempat melepaskan rasa hati semua...hehehe...Yelah nak cerita kat orang macam tak baiklah pulakkan... Ceritalah kat blog, konon-konon takde orang baca...hahaha... Takpe yang penting tak sebut nama sesiapa pun...ngeh ngeh ngeh...


Prawn = Langostino

Back to makanan punya story, haritu sangat teringin nak makan nasi minyak... ala nasi minyak orang kahwin tu... Beras basmathi & minyak sapi Ghee are all from Malaysia :))

MY Nasi Minyak ;)
Lauknya ayam masak merah dengan sayur goreng kacang buncis dengan udang... Ayam masak merah tu memang favorite Mr Hubby, die & Gloria makan bertambah-tambah :)

Bila di tempat orang makanan macam ni menjadi sangat sedap :D

Oh, forgot to tell that I've finally found turmeric here :)

Turmeric = Palillo (cara sebutan paliyo, remember double 'L' become 'Y' ;))

Turmeric = Kunyit


Dah buat eksperimen pun... warna kuning yang cantik & baunya pun sedap :))

Hasil menggunakan palillo :)
Telur dadar berempah juga menggunakan palillo
Telur goreng berempah ni sangat sedap tau... Nanti rajin-rajin boleh try ye :)

Cara buatnya pun senang sangat... Sediakan telur mengikut kuantiti yang dikehendaki, masukkan sedikit serbuk ketumbar, bawang yang dikisar, serbuk jintan manis, sedikit kicap, serbuk palillo, daun bawang yang dihiris halus & garam secukup rasa... pukul telur sehingga rata & goreng seperti biasa :)

Suka tak makan asparagus??

Di sini banyak asparagus... Kami memang suka makan asparagus ni, lagi-lagi kalau buat goreng belacan, memang terangkat :)

Goreng dengan terung pun sedap ;)

Dengan carrot pun boleh :)
Resepi di sini ye :)

Haritu ada suruh Gloria belikan bunga...  Biasalah I kan hantu bunga...kekekek....

Vase baru :)
Gloria siap belikan vase baru lagi... Only cost S./10 ... sangat murahkan... ;)


Haritu ade survey di beberapa supermarket, semuanya S./15 ke atas... Sebab tu suruh Gloria yang beli dapatlah murah sikit... Dia janji nanti nak bawak I pergi florist yang jual bunga-bunga ni... Suka gile aku...Rasa nak lompat-lompat...hehehe

Flowers= Flores


Ada rosa, margarita, lirio... Ok, actually I suruh Gloria beli bunga daisy, but I don't know what it's been called in Spanish, so I google  (Gloria tak tahu bahasa Inggeris)... Masa tu tak teringat nak google & tunjuk gambar...

Yang keluar Daisy  = Margarita

So, dia pun beli bunga ni ~

Margarita
Bunga yang berwarna putih tu = Margarita

White = Blanco


Baunya super wangi!

Pernah bau bunga cina?? Lebih kurang macam tulah baunya...

Sekali pandang bunga ni macam bunga harum sundal malam :)

But in bigger size :))


Harga bunga ni semua tak sampai pun S./10... Ok anggap je matawang Peru sama seperti Malaysia :)

Oklah, rasanya sampai sini dulu entry carcamerba untuk hari ini...hehehe...

Pada yang tak suka bunga tu buat-buat suka je lah ye...

Xin Nian Kuai Le!

Happy Chinese New Year!

Dulu belajar mandarin, itu je yang ingat pun...hehehe

Hasta Luego Mi Amor!

Adios ~



P/S: Tunggu next entry tentang China Town, kami nyaris di rompak lagi! See ya!



Jan 19, 2012

Jom Melancong!

Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Nowadays, melancong ke luar negara sudah seperti menjadi satu status & kebanggaan setiap orang... Ditambah lagi dengan kemudahan tambang murah Air Asia... With the tagline 'Everyone Can Fly!' memang buat kita excited! Tidak menjadi kesalahan pun melancong ke luar negara bagi mereka yang mampu :))

Cuma, jangan sampai keghairahan tu memakan diri sendiri, sampai berhutang sana-sini semata-mata untuk melancong ke tempat idaman ;)

Especially, hutang credit card... Adoi, pengsan nak membayarnya! Ada jugak yang buat personal loan semata-mata nak pergi melancong ke luar negara... Alahai... Ini kes benar... Pssst... tak boleh cerita lebih-lebih... ngeee....

If you want to know, I never thought to live & migrate to other countries before...Tapi keinginan tu memang ada... Allah Maha Mendengar bisikan hati hambaNya... Dia membuka jalan itu :))

Mana tahu lepas ni rezeki kengkawan pulak, kalau tidak ke Peru mungkin ke tempat lain... Dunia ini kan luas :))

Kami baru sahaja sampai di Peru ni lebih kurang 4 bulan :) Tak semua tempat sempat kami pergi lagi... Setakat ni saya hanya sempat pergi ke Larco Mar, Parque del Amor & Parque el Olivar sahaja... Parque el Olivar tu terletak di depan rumah kami sahaja....hehehe...tiap-tiap hari pun boleh pergi...

Parque el Olivar

Parque el Olivar
Larco Mar

Parque del Amor
Parque del Amor

La Rosa Nautica terletak berhampiran dengan Larco Mar, pernah lihat dari jauh tapi belum pernah lagi sampai... Mungkin satu hari nanti, insya'Allah memang ada plan nak pergi ke sana... Ia sebenarnya adalah seafood restaurant yang terapung di atas laut  :)))

Mar = Sea/Ocean

Playa = Beach

Tempat-tempat lain seperti Machu Piccu, Titicaca & Huachachina, terletak sangat jauh dari bandar Lima... Kalau hendak ke sana, perlu menaiki kapal terbang :)) Tak tahu lagi bila akan pergi...

Ada yang bertanya berapa harga tiket flight dari Malaysia ke Peru... Sebenarnya saya pun tak berapa pasti, tapi kami ada survey tiket dari Lima, Peru ke Kuala Lumpur, Malaysia (cari yang tambang murah)-pergi & balik (kes berangan nak balik ;p) harganya lebih kurang USD2,700 ++ untuk economy class... lebih kurang RM8,100++ seorang... mengigil lutut sekejap...hahaha ~


Masa dalam flight ke Lima

Alhamdullillah, Iman tak meragam :)
Nasib baik Iman tak banyak ragam, perjalanan yang sangat jauh...


Penat, boring & bila terlalu lama dalam flight kulit pun jadi sangat kering...
Insya'Allah, kalau takde apa-apa halangan kami akan balik ke Malaysia tahun depan... Tak sabar rasanya :)))

Andes

Pemandangan banjaran Andes dari dalam kapal terbang...

Kami transit sebanyak 2 kali, mula-mula di Cape Town, South Africa & Buenos Aires, Argentina... Pergh... memang letih sangat, jetlag tak boleh nak cakap... waktu tidur pun jadi lintang-pukang :) Orang semua tidur, kami kelentung-kelentang belasah makan meggi tengah-tengah malam buta di bilik hotel... rasa kelakar bile diingat-ingatkan balik...hehee... pernah story dulu di sini...

Iman sempat berkenalan dengan awek ni di Aeropuerto Internacional Ministro Pistarini, Buenos Aires

Beza waktu antara Lima, Peru & Kuala Lumpur lewat 13 jam... Kalau Malaysia pukul 1.00 pagi 19/1/2012 kami di sini pukul 12 tghr 18/1/2012...

Oklah, masa tulis entry ni pukul 9.00 mlm maknanya di Malaysia sekarang pukul 10.00 pagi...

Buenos dias Malasia :)

Hasta luego!

Chao ~


P.S: Saya mintak maaf kalau ada kata-kata saya menguris hati sesiapa, I'm only human after all :) xoxo