Gracias!

Showing posts with label Buah Tin. Show all posts
Showing posts with label Buah Tin. Show all posts

Apr 9, 2012

Our Good Good Friday!

Assalammualaikum...

Hola Hermanas y Hermanos!!!


Alhamdullillah, harini kami berpuasa... Kecuali si dak tecik Iman... Mr Hubby dengan baik hati menemani isterinya berpuasa... Baru nak qada' puasa...hiks... My other half puasa sunat Isnin... Insya'Allah :):))

One things yang best bila tinggal di negara orang ni, kita dapat mendidik nafsu... Mendidik nafsu terutama sekali nafsu makan... Kalau dulu cakap je nak makan apa... Segala-galanya mudah diperolehi, kadang-kala sampai terbazir-bazir (saya ler tu *w*)... 

Dulu, boleh dikatakan sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti nak makan fastfood... Tapi sekarang, pandang jelah... hehehe :))... Alhamdullillah, kami masih lagi bertahan... Moga kekal... Amin...

Lama tak update, blogwalking pun tunggang-langgang... huhuu... Kisah hari Jumaat lepas, mereka ni sibuk sambut 'Good Friday', tapi bagi kita yang Islam ni every Friday is a Good Friday... Penghulu segala hari :):) Not even Good but The Best Day of All Days! Betul tak??

Mr Hubby ajak pergi mezquita (masjid) untuk solat Jumaat... Saya memang tak pernah pergi solat Jumaat seumur hidup... Dan ini adalah kali pertama... Rasa seronok sebab boleh jumpa saudara seagama yang lain...:):)

Masjid ini terletak di Magdelana Del Mar




Suasana selepas selesai solat Jumaat... Masjid ni kecil sahaja, rupanya pun seperti rumah :)




Saudara seagama :)


Saya hanya tersenyum dan peluk-peluk sahaja dengan muslimah yang hadir, sebab seperti biasa masalah bahasa... Boleh cakap sikit-sikit je... Sangat kurang yang pandai berbahasa Inggeris ;)



Ada jual burger halal... Mr Hubby sempat beli 3 biji untuk dibawak balik...




Cuba teka buah apa ni??


Berebut-rebut dorang ni memetik dan mengambil buahnya... Terus ngap kat situ jugak... Dengan kulit-kulit sekali... Jakunnya saya tengok...hehee :):)


Pohonnya rendang sahaja ;)


Antara buah yang disebut di dalam Al-Quran... Allah bersumpah ke atasnya :)

Pernah saya ceritakan di sini dulu... :):)


Ada 2-3 pohon ditanam di sekitar masjid...


Yang ni pulak??? Rupanya seperti petai...
Adakah petai Peru??? hehee ;p

  
Saya ada bertanya dengan Senora ni, tapi tak ingat pulak apa namanya... Pelupa sungguh... sigh*



Alhamdullillah... Dapat juga makan burger yang halal... Oh, ya! Haritu saya ada try buat daging burger... 

Homemade Daging Burger
 Oleh sebab pengisar yang ada di rumah ni kurang tajam, dagingnya kurang hancur... Tapi, syukur menjadi jugak walaupun tak seberapa cantik ;)

Simpan sekurang-kurangnya 1 jam dalam freezer
 Tada~

Homemade Burger
Daging je homemade, roti beli je kat supermarket...hiks ;)

Time untuk mengoda my other half untuk beli pengisar daging...hehehe... Untuk dia jugak kan... ;p *Harap dia baca* w * :)))


Balik tu rezeki kami, salah seorang yang jaga masjid bagi kami buah tin ni... Buah ni namanya Tin atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Fig or Ficus.. In Spanish 'Higo'... :)))

Sejuk rasanya sebab disimpan dalam peti ais masjid...


Subhanallah, rasanya lagi sedap! Sangat sedap bila dimakan sejuk... Sukar nak gambarkan... My other half said, he's gonna miss this fruit when we back to Malaysia... Saya ingat yang hijau ni yang muda... hehehe... Sebab selalu tengok yang warna gelap, ungu kehitam-hitaman... Lebih sedap dari yang pernah saya rasa dulu di sini...

Petang tu kami sambung berjalan ke Circuito Magico Del Agua (Magical Water Circuit)... Untuk siapa yang sudi nak lihat gambar boleh tengok di FB saya by clicking on the right side of this page ya! Nanti saya update storynya!  Ok, chao!

P.S. Nanti saya blogwalking slow-slow key.. Jangan majuk lak ;)




Jan 28, 2012

Allah Bersumpah Atas Buah Tin & Zaitun

Assalammualaikum...

Hola!

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ

By the fig and the olive
Demi buah Tin & Zaitun

Surah At-Tin dimana Allah bersumpah atas nama buah Tin & Zaitun...

Buah Zaitun = Olive (English) = Oliva (Spanish) = Aceituna (Spanish)

Buah Tin/Ara = Fig/Ficus (English) = Higo (Spanish)

Buah Tin & Zaitun antara buah yang disebut di dalam Al-Quran selain buah Kurma, Anggur, Pisang dan Delima... Aku sebenarnya sangat teringin nak makan buah Tin, buah Zaitun boleh dikatakan biasa makan... Pernah makan buah Tin yang kering yang selalu jemaah haji bawa balik daripada Mekah tapi tak pernah rasa yang fresh...
Syukur pada Allah, kerana Dia selalu memberi apa yang aku hajati...


Sepanjang kami di sini, sudah beberapa kali aku ternampak buah ini... Gerak hati aku kuat mengatakan bahawa buah ini adalah buah Tin... Tapi tak pernah nak beli sebab rasa ragu-ragu, sebab sebelum ni aku tak pernah tahu bagaimana rupanya yang segar...

Entah bagaimana, hari Khamis lepas kami pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumah... Ternampak buah ni, cuba bertanya dengan pekerja kedai tu nama buah tersebut...

"Disculpe, senorita! Como se llama, de Fruta?" Sambil tangan menunjuk buah tu... Dah pandai dah susun ayat sebab selalu  tengok TV sambil tengok subtitle selain berborak dengan Gloria...kekekek...

"Esta es Higos,"

Dia bagi aku rasa dan tanpa fikir panjang terus aku beli... 6 biji = S./4.40

Balik rumah, terus google Higos, Higos, Higos = Ficus/Fig  (Maklumatkan dihujung jari...hehehe)... Alhamdullillah, gerak hati aku tepat... Buah ini adalah buah Tin... Syukur, syukur...akhirnya aku berjaya juga merasa buah ni walaupun di bumi Peru!

Daripada muda (sekarang dah tua ke..kekekek) remaja, aku memang ada masalah untuk membuang air besar (BO) secara konsisten... Bila makan buah ni, Alhamdullillah perut aku merasa sangat lega :))) Nikmat tu :)))


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda:

"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."

Walaupun rasanya tak sesedap yang kering tapi aku bersyukur sangat-sangat... Hampir semua buah yang disebut dalam Al-Quran  sudah pernah aku rasa... Ya Allah, nikmatMu tak terhingga ~ :)

Pada semua yang sudi tinggalkan komen, muchas gracias mi amigos! Rasa macam kesian pulak korang kena baca cerita yang panjang lebar kat sini....hehehee...

Ada beberapa soalan yang dah pernah saya jawab sebelum ni, maybe ada yang tak sempat nak tahu... nanti saya terjah blog kengkawan, kita story-mory ek :)) Insya'Allah... Salam ukhuwah fillah ~

Chao!

P.S: Ejaan sebenar Chao bukan Ciao atau Chow in Spanish tapi CHAO means bye :)