Assalammualaikum...
Hola!
Surah At-Tin dimana Allah bersumpah atas nama buah Tin & Zaitun...
بسم الله الرحمن الرحيم
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ
By the fig and the olive
Demi buah Tin & Zaitun
Surah At-Tin dimana Allah bersumpah atas nama buah Tin & Zaitun...
Buah Zaitun = Olive (English) = Oliva (Spanish) = Aceituna (Spanish)
Buah Tin/Ara = Fig/Ficus (English) = Higo (Spanish)
Buah Tin & Zaitun antara buah yang disebut di dalam Al-Quran selain buah Kurma, Anggur, Pisang dan Delima... Aku sebenarnya sangat teringin nak makan buah Tin, buah Zaitun boleh dikatakan biasa makan... Pernah makan buah Tin yang kering yang selalu jemaah haji bawa balik daripada Mekah tapi tak pernah rasa yang fresh...
Syukur pada Allah, kerana Dia selalu memberi apa yang aku hajati...
Sepanjang kami di sini, sudah beberapa kali aku ternampak buah ini... Gerak hati aku kuat mengatakan bahawa buah ini adalah buah Tin... Tapi tak pernah nak beli sebab rasa ragu-ragu, sebab sebelum ni aku tak pernah tahu bagaimana rupanya yang segar...
Entah bagaimana, hari Khamis lepas kami pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumah... Ternampak buah ni, cuba bertanya dengan pekerja kedai tu nama buah tersebut...
"Disculpe, senorita! Como se llama, de Fruta?" Sambil tangan menunjuk buah tu... Dah pandai dah susun ayat sebab selalu tengok TV sambil tengok subtitle selain berborak dengan Gloria...kekekek...
"Esta es Higos,"
"Esta es Higos,"
Dia bagi aku rasa dan tanpa fikir panjang terus aku beli... 6 biji = S./4.40
Balik rumah, terus google Higos, Higos, Higos = Ficus/Fig (Maklumatkan dihujung jari...hehehe)... Alhamdullillah, gerak hati aku tepat... Buah ini adalah buah Tin... Syukur, syukur...akhirnya aku berjaya juga merasa buah ni walaupun di bumi Peru!
Daripada muda (sekarang dah tua ke..kekekek) remaja, aku memang ada masalah untuk membuang air besar (BO) secara konsisten... Bila makan buah ni, Alhamdullillah perut aku merasa sangat lega :))) Nikmat tu :)))
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda:
"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."
Walaupun rasanya tak sesedap yang kering tapi aku bersyukur sangat-sangat... Hampir semua buah yang disebut dalam Al-Quran sudah pernah aku rasa... Ya Allah, nikmatMu tak terhingga ~ :)
Pada semua yang sudi tinggalkan komen, muchas gracias mi amigos! Rasa macam kesian pulak korang kena baca cerita yang panjang lebar kat sini....hehehee...
Ada beberapa soalan yang dah pernah saya jawab sebelum ni, maybe ada yang tak sempat nak tahu... nanti saya terjah blog kengkawan, kita story-mory ek :)) Insya'Allah... Salam ukhuwah fillah ~
Chao!
P.S: Ejaan sebenar Chao bukan Ciao atau Chow in Spanish tapi CHAO means bye :)