Gracias!

Aug 1, 2012

Live From Peru on MHI TV3! Insya'ALLAH :))


Assalammualaikum...

Hola 1Malasia!

Image: Mr Google!
Insya'ALLAH, saya akan ke udara secara 'live' di MHI TV3 untuk berkongsi cerita tentang Ramadhan kami di sini... 

Jangan lupa ye kengkawan... HARI KHAMIS antara pukul 7 hingga 8.30 pagi (waktu Malaysia)... Dengan izinNYA saya akan ditemuramah oleh host pada hari tersebut... Insya'ALLAH... Insya'ALLAH...

From Peru With Love...

Jazakallahukhair... :))

P.S. Kena buat 'homework' sikit sebelum boleh ke udara, minum air asam jawa banyak-banyak bagi suara sedap...hak...hak...hak... Ni pun dah ada rasa seram sejuk... "Wahai Tuhanku! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku... Ameen." :))) Jangan lupa! *wink*wink* :):)

Happy Birthday My Sweetie Pie Iman! :))

Assalammualaikum...

Hola todos!

Alhamdullillah, harini hari ke-13 kami berpuasa! Ya ALLAH rasa macam baru je semalam kita start puasakan... Raya pun dah nak dekat! Subhan'ALLAH :))

Harini juga adalah hari istimewa buat Iman... Harini 1.8.2012 genap 3 tahun Masihi Iman lahir ke dunia ni... Terasa macam mimpi yang saya sekarang ada anak & dah 3 tahun pulak tu...hehehe :))

"For my Iman,

Happy Birthday to you! Feliz Cumpleanos! Moga ALLAH berkati umur & rezekimu... Barakallah Barakallah... Barakallahufik... :))

Ummi takde hadiah untuk Iman, maybe babah akan bagi Iman 'something' nanti...hikhik... Ummi cuma ada doa yang akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Iman, insya'ALLAH... :))

Remember my sweetheart, I will getting older and silent and you will have something to remember on your third birthday! When the time I close my eyes just look down and pray for me and say, "She's so sweet when she's sleeping!" And please don't cry... *Tetiba rasa sebak* :')

I love you & always will be.. :))"


Tiga tahun botol air 'chong' tak tinggal! heheee :))

@-->----->-------


Story mory hari Sabtu lepas...


Buat pertama kalinya kami berbuka puasa di Masjid yang terletak di Magdalena Del Mar... Saya pernah ceritakan tentang masjid di sini dulu ;)



Lagi saya kongsikan beberapa keping gambar masjid untuk tatapan semua :))




Kami berada di masjid setengah jam awal sebelum waktu berbuka puasa :))


Oleh kerana Masjid ini kecil, khemah dipasang diluar untuk Iftar :))


Sempena Independencia del Peru ada parade untuk badan beruniform mereka... Jet, helikopter & pesawat kelihatan di udara membuat pertunjukan... Mereka menyambut Independent Day sampai dua hari! :))


Iman paling excited sekali! :D


Lepas solat maghrib barulah kami berbuka puasa dengan hidangan yang disediakan oleh masjid...
Mereka mengupah 2 orang tukang masak untuk masak semua hidangan...


Ada mee sup (Peruvian Style), roti, nasi, salad & daging (saya lupa pulak namanye)... Tapi sedap juga! :))


Lagi gambar sepanjang Iftar! :))


Tempat wanita...




Mereka semua adalah saudara seagama kita... Peruanos Musalmanes! :))


Selepas berbuka puasa... Azan Isyak berkumandang.. Terus bersiap-siap untuk solat berjemaah...



Hubby sempat ambil gambar jemaah lelaki sahaja ;))


Khutbah di antara solat tarawikh :))



 Imam dari Mesir, panggilan bagi beliau Pak Syeikh... Disebelah kanan tu translator! Ceramah disampaikan dalam bahasa Arab & Spanish!  :))

Alhamdullillah, kali ke dua berjemaah tarawikh di masjid, biasa kami buat di rumah sahaja... :))

Esta bien, nanti story lagi.. Adios!






Jul 28, 2012

Kembara di Bumi Asing 1!

Assalammualaikum...

Hola chicos & chicas!

Que tal?

Alhamdullillah, todo bien & insya'ALLAH harini puasa yang ke 9 di bulan Ramadhan di bumi Peru... ;))

Semalam hubby bercuti! Sebab harini 28 Julai 2012 adalah Dia del Peru @ Independencia del Peru (Peru Independence Day)! :)))

Macam biasa tak tahu nak masak apa harini... sigh* hehee... Nanti dah petang baru nak korek-korek ice box & godek-godek jadilah masakan ala-ala musang berjanggut! hahaha :D

Oh, ada yang bertanya kami bersahur & berbuka pukul berapa di sini! Walaupun sekarang adalah winter sonata , waktu berbuka & sahur lebih kurang sama sahaja seperti di tanahair... Bersahur dalam pukul 5 manakala berbuka pukul 6 petang! There's no Daylight Saving Time! :D

Tengok tajuk kat atas tu... Mungkin ada yang tertawakan saya... takpe..takpe...heheee... Just my personal view, Peru ni bagi saya is like bumi asing, masa mula-mula kami sampai dulu terasa seperti berada 'the other side of the world!' Teringat hubby selalu buat lawak, kalau kita korek-korek tanah kat Semenanjung tu terus tembus ke sini... LOL! Saya ni macam jakun tau... hak... hak... hak ;))

Agaknya macam tulah jugak mereka (Peruanos) memandang saya jakun jugak! Ops! :x

Sebenarnya lebih nak cerita tentang pengalaman sepanjang perjalanan semasa kami bercuti-cutian dulu... Boleh baca di sini:

Las Islas Balletas!
Paracas Peninsula!
Huacachina (Oasis of America)!
Nazca Line & The Mummy!

Dan tertarik dengan dua komen ni...


*Sila click untuk pembesaran...hehee ;))


Insya'ALLAH, manatau lepas ni AirAsia ada buat tambang-tambang murah ke sini! *berangan walaupun sangat mengharap* hahaha! *w* :D

Tapi memang betul, memang jarang-jarang kita dengar cerita tentang keindahan milik ALLAH di sebelah sini mungkin kerana terlalu jauh... Begitu juga mereka (Peruanos), berdasarkan pengalaman secoet kami selama tinggal di sini mereka juga kurang mengenali Malaysia... Tapi bagi yang tahu dimana letaknya Malaysia & Kuala Lumpur, mereka sangat-sangat mengagumi negara kita... Terasa kembang hidung bila dengar mereka memuji...hikhikhik ;))

Teringat semasa kami berada di Nazca sewaktu melihat keunikan Nazca Line, sempat saya berbual dengan *saya tak pasti apa kerjanya tapi rasanya dia penjaga atau peniaga di situ... Dia bertanya kami berasal dari mana (jarang-jarang yang pandai berbahasa Inggeris sebab tu boleh berbual mesra)... Yang paling penting dia mengenali Kuala Lumpur dan Malaysia :D

Seperti biasa soalan cepu emas akan ditanya pada saya "Is Malaysia a modern country?", seingat saya sudah beberapa kali soalan ini ditanya pada kami...hehee... Tetapi terasa seperti satu tanggungjawab pula bagi kami untuk explain dan menerangkan status tanahair sendiri walaupun di berada tepi jalanraya... ;))

Kekaguman mereka selepas kami menunjukkan gambar KLCC Twin Tower! "Caramba!" Kata mereka...Tercengang-cengang mereka mendengar cerita kami... Bila berada di negara asing, bercerita tentang tanahair sememangnya penuh perasaan bangga... Tak tahu mana datangnya semangat itu! :))

Dan soalan cepu emas yang lain yang tak dapat tidak saya elak mengenai hijab yang saya pakai! Kemana-mana saya pergi pasti ada yang akan bertanya, what I'm wearing on my head... Just imagine among the crowd, a lady with a funny head who makes other people think, "Que esta poniendo en su cabeza!" Ah, saya sudah lali! :))

Mereka akan kelihatan lagi terkejut sekiranya saya menerangkan bahawa saya adalah seorang 'musalman' (muslim)... Lagi-lagi terkejut kalau saya kata Malaysia is an Islamic Country! Harap-harap mereka tak takut dengan saya kerana terfikir saya membawa bom! hahaha... :D

Apa-apa pun kenangan, kejadian demi kejadian menambahkan lagi 'perasa' hidup kami di sini... Semoga setiap hari perjalanan hidup kami semakin 'kaya' walau tidak dengan harta benda tapi kaya dengan pengalaman... insya'ALLAH... :))

Terima kasih kerana sudi membaca, saya sekadar berkongsi rasa... Apa yang saya coretkan hanyalah pandangan peribadi saya yang tiada kena mengena dengan mana-mana organisasi... Yang baik kita jadikan iktibar & yang buruk adalah kerana kekhilafan saya sendiri... Forgive me & please doa for me :))

Panjang sangat sudah rasanya, nanti sambung lagi... Jangan lupa niat puasa untuk esok ye!

Chau carino...

Hasta luego!




Jul 25, 2012

Ramadhan Yang Penuh Makna! :))

Assalammualaikum...

Hola hermanos y hermanas!

Alhamdullillah, selesai sudah hari ke enam kami berpuasa... Bagi saya secara peribadinya Ramadhan kali ini saya lalui dengan penuh makna... Mungkin tidak semeriah tahun-tahun yang lalu tapi yang pastinya ada keistimewaannya yang tersendiri... :))

Kalau tahun-tahun yang sudah, saya bekerja... Seperti tahun lepas, dua-dua kena travel agak jauh juga ke tempat kerja... Hubby di Putrajaya, saya pula di Jalan Duta... Life memang hectic! Kadang-kala kami berbuka atas jalanraya sahaja... Saya dalam bas, hubby pulak dalam kereta... Bila sampai rumah barulah boleh berbuka dengan tenang & sempurna...

Now, puasa tahun ini sememangnya berubah 360 darjah! Kami tidak perlu tergesa-gesa lagi dan yang paling penting saya dapat menghidangkan juadah berbuka setiap hari! Hasil air tangan saya sendiri untuk hubby & Iman... Syukur Alhamdullillah! :))

Juadah kami simple-simple sahaja tiada apa pun yang istimewa... Nasi adalah menu wajib sebab darah Melayu masih mengalir dalam tubuh & sampai bila-bila pun takkan berubah...Insya'ALLAH... ;))

Pada asalnya nak tampal-tampal gambar makanan tapi lepas baca satu pesanan di blog Momma AA tak jadi pulak... Lepas tu teringat pulak pesan seorang ustaz masa menghadiri ceramah-ceramah agama dulu kalau kita berangan-angan nak berbuka makan apa & sebagainya pun makruh hukumnya... Makruh maknanya tidak berdosa tapi jika ditinggalkan mendapat pahala ;))

Semua orang ada pilihan tapi kalau nak lihat juadah berbuka kami di bumi Peru ni bolehlah check kat sini (sebab ada yang request) >>>>>>> Photobucket (My Kitchen)

Jangan leleh air liur ye, kesian kat saya... Kurang pahala puasa saya nanti..hiks... ;))

Selepas 2 tahun saya tidak dapat bersolat tarawikh tapi tahun ini kami dapat menunaikannya berjemaah... Ya ALLAH syukur nikmat yang tak terhingga... Kalau dulu, hubby pergi seorang ke surau sebab Iman masih baby lagi time tu kan...hehehe...

Di sini, kami juga berkesempatan tarawikh di masjid tapi dihujung minggu sahaja dan saya baru berpeluang pergi sekali... Pengalaman baru bila solat berjemaah dengan berimamkan Imam dari Mesir (Egypt)... Walaupun jemaah tak seramai seperti di Malaysia tapi suasananya tetap terasa meriah & syahdu :))) Di tambah-tambah lagi bila kedengaran laungan takbir "ALLAHUAKBAR" menandakan bertambah lagi seorang saudara baru dan bukan milik mana-mana parti politik! Ops! ;))

Walaupun tidak sama berpuasa di negara sendiri tetapi kami tetap merasai kemanisan Ramadhan itu... Manisnya lain-lain... Banyak perkara baru yang kami pelajari, makna hidup, survival yang tak dapat diperolehi dimana-mana...

Di sini kami mengerti hidup ini lebih daripada nak makan yang sedap-sedap... Lebih faham maksud, 'makan untuk hidup, dan bukan hidup untuk makan'. Lebih menghargai negara sendiri, lebih menghargai diri sendiri serta mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan disekeliling kami... Alhamdullillah... :))

Tipu kalau saya katakan kami tidak merindui tanahair... Kami boleh bertahan kalau tak dapat makan itu & ini, melihat itu & ini sebab segala-segalanya kini dihujung jari tapi kami amat merindui 'suasana'... Suasana bila berbuka berkumpul ramai-ramai lagi-lagi dengan mak & mak mertua... sigh*

Moga ALLAH kurniakan ketabahan itu :'(

Esta bien amigos! Life must go on... Jangan lupa solat, solat, solat yang wajib tu jangan ditinggalkan tiada erti kalau puasa tapi tinggal solat, tarawikh sebab ia ibadat sunat yang dituntut sepanjang bulan yang mulia ini (ALLAHU Akram), tadarus atau bacalah walau sepotong ayat Al-Quran supaya dikubur nanti kita tak sunyi, don't forget to pay zakat, sadaqah bila berpeluang jangan bakhil & risau tak cukup kerana sikap yang demikian tanda-tanda ALLAH tak mahu menerima 'duit' kita... Nauzubillah... Jangan lupa doa sewaktu hendak berbuka kerana saat itu antara waktu yang makbul doa... Insya'ALLAH... See you then...

Chao!

xoxoxoxoxo  







Jul 23, 2012

Nazca Line & The Mummy!

Assalammualaikum...

Hola!

Diam tak diam dah masuk hari ke 3 4 (pembetulan..hiks) Ramadhan dan kita semua berpuasa... Alhamdullillah... Semuanya baik-baik sahaja! :))

Banyak nak story tapi bila bulan puasa ni berblog pun jadi makin slow... BW pun sama... Saya mohon maaf dan saya hanya buat mana yang mampu & mengikut gerak jari sahaja... Nak habiskan dulu update entry tentang percutian kami ni... Lepas tu, insya'ALLAH back to normal kita story pasal masak-masak & makan-makan pulak ye! hehehe... Ops, puasalah! ;)) *w*

Saya ingat entry ni nak buat short je tapi tengoklah, kalau rajin tulis panjang-panjang... hahaha... :D Kalau rajin bacalah sampai habis tapi kalau tak rajin tengok gambar jelah kan... Tengok kat FB pun boleh jugak! Clicks sini >>>>>> Marya Yusof...  Thank you darling! :))

Kali ni entry sedikit 'angker', misteri, adventure & bla bla bla... jeng...jeng...jeng... (Sound effect itu penting..hak..hak...hak ;))

Hari terakhir percutian kami, pada malam tu kami bermalam di hotel yang bernama Casa Andina... Sebab penat berjalan dan melalui aktiviti yang sememangnya mencabar... Our body need really good rest! So, we decided to overnight kat hotel yang best sikitlah... Highly recommended pada yang nak stay kat Nasca ni ye... Boleh check kat sini :))

Sebelum pergi melihat Nasca Lineas, hubby beria-ria mengajak tengok mumia yang terletak lebih kurang 30 km dari Nasca Ciudad (Nasca City)... Katanya sayang kalau tak pergi tengok sebab mumia tu tak macam ditempat-tempat lain display dalam cermin... Kat sini boleh tengok real mumia...

Tempat ni dipanggil Chauchilla Cemetery! 



Berada nun jauh ke dalam lebih kurang 7km menempuh jalan tanpa tar yang berdebu... Memang suspen masa nak masuk ke dalam ni... Sepanjang jalan macam padang jarak padang terkukur!

Kami ingat dah sesat dah sebab memang takde kenderaan yang keluar masuk... Nasib baik ada rumah orang kat tepi tu tanya untuk confirm... Alhamdullillah, nasib baik betul! :)


Hanya ini je tempat untuk parking, toilet & kedai kecil...


Cuaca agak panas dan kering... Masa nak pergi tu dinasihatkan untuk memakai sunblock... Sebelum pergi tu terfikir juga sebab Iman sangat sensitif dengan tempat-tempat macam ni... Teringat pulak saya terlupa nak bawak Minyak Kasturi Syifa, tapi lepas bincang-bincang dengan hubby... Kami fikir macam ni jelah, tak perlu bergantung dengan sesuatu yang lain, ALLAH kan ada sentiasa... panjatkan doa & bergantung dengan dia sahajalah :))

Dengan izinNYA, Iman tido time sampai ke tempat tu... ALLAH Maha Melindungi... Syukur :))


Sebab nak sangat tengok mumia, babah dukung Iman yang tido nyenyak walaupun panas terik! :))


Rupa-rupanya ada juga beberapa orang pelawat yang datang... 


Ada lebih kurang 12 pondok begini yang menempatkan mumia-mumia tersebut yang dipercayai berusia beribu tahun yang lampau... 


Some of the mummies masih lagi dalam berkeadaan elok dan berpakaian seperti waktu dikebumikan... Selain tu terdapat juga pinggan, mangkuk, tembikar dan pakaian (textiles).

Dijumpai kira-kira pada tahun 1920an, mumia-mumia ni still preserved because of the dry climate & the funeral rites itself! 

  
The skin and hair still intact!


Rambut panjang... Ada yang saya pandang seram... Ada juga yang saya pandang biasa-biasa je... Mereka ni dikebumikan di dalam lubang yang di kelilingi batu-bata lumpur... 


Bahan-bahan yang dijumpai berdekatan dengan mumia dan juga pakaian yang membaluti tubuh mumia menunjukkan pada waktu itu betapa pentingnya budaya mereka terhadap kematian...


Rasanya ni mumia baby...


 Selamba je dorang letak tulang ni kat tepi-tepi tebing tu... Boleh je nak sentuh tapi tak perlulah rasanya...ngeeeee...


Lagi gambar...


Pada waktu ini hati saya terdetik, walaupun hebat bagaimanapun seseorang itu semasa hayatnya... Akhirnya akan mati & menjadi tanah juga... 


Looks at his scary grin...ngeee....


Tulang-tulang... Rahang... 


Tulang tangan...


Cenderamata yang dijual... Kami tak beli apa pun...hiks...


Kami tidak lama di Chauchilla Cemetery, kerana ada satu lagi tempat yang lagi utama untuk dilawati... Iaitu Nasca Lineas (Nazca Lines)! 

Untuk mengetahui lebih lanjut dan detail tentang Nazca Lines boleh rujuk di sini: Wikipedia


Sebenarnya untuk melihat Nazca Lines dengan lebih jelas, kami perlu menaiki kapal terbang yang disediakan khas untuk melihat one of the world mysteries ini... Tapi oleh kerana beberapa faktor kami hanya memilih untuk melihat dari tower yang disediakan... :))


Dari tower hanya boleh melihat beberapa bentuk sahaja itu pun pemandangannya sangat terhad... Tempat ini dinobatkan sebagai salah sebuah tempat bersejarah oleh UNESCO World Heritage Site!


Tree brunches! 

Nazca Lines ini antara geoglyphs yang sangat terkenal di dunia, ada lebih dari 15,000 bentuk dijumpai... Dari bentuk haiwan, tumbuhan, manusia dan sehinggalah bentuk geometri... Garisan-garisan ini kekal beribu tahun yang lampau disebabkan faktor cuaca, tempat yang terasing, kering serta tidak berangin... Subhan'ALLAH... 

Tujuan, sebab serta siapa yang melukis tidak diketahui sehingga hari ini... Adakah untuk pemujaan? Oleh siapa? Untuk apa? Masih menjadi tanda tanya... 


 Pandangan dari menara...


Bergambar kenangan di bawah menara... Saya hanya lepas naik separuh sahaja sebab saya memang gayat dengan ketinggian.. Ditambah lagi tengok metal tu begitu sahaja... Mulut pulak gatal bertanya adakah selalu berlaku gempa bumi di sini... Mereka cakap 2-3 times a week... Antara sebab saya tak confident nak naik...hehehee... Terasa pulak rugi & menyesal...

Hubby naik seorang...hehehe ;p


Selain menara bukit ini juga boleh melihat beberapa lines walaupun tak seberapa jelas...


 Pandangan dari bukit... 


Bawak pulak budak tecik ni...Lagilah mencabar..hehehe ;))

Lagi pandangan dari bukit...


Naik bukit confident sikit.. ahaks! ;p


Bergambar kenangan tanda kami pernah menjejakkan kaki ke sini... Alhamdullillah :))

Lukisan bawah ni adalah beberapa bentuk Nasca Lineas yang popular yang saya ambil dari Mr Google! :)
Kalau diizinkanNYA, kami ingin pergi lagi melihat tapi melalui kapal terbang yang disediakan tu pula... 


Mula-mula tu ingat macam nak sambung percutian ni lagi sebab rasa macam tak puas tapi bila fikir budget & beberapa sebab lain kami pun tak jadi nak teruskan niat tu... Selepas melihat Nasca Line & melawat Chauchilla Cemetry terus kami balik ke rumah dan mengakhiri percutian kami ni...ermmm... 

Perjalanan balik yang mengambil masa 7 jam... Tak termasuk berada di atas jalanraya menuju ke tempat-tempat di atas... Adalah dalam 10 jam... Huh, macam tak percaya! 

Maybe next time kalau ada rezeki nak pergi melawat lagi... terutama ke Huacachina untuk melihat permandangan waktu siang puas-puas... insya'ALLAH :))

Sampai sini dulu, moga bermanfaat kepada kawan-kawan ye... 

Adios!