Assalammualaikum wbt.
Hola mi amor!
Terpanggil untuk buat entry 'Baby Blues' ni! Dalam bahasa mudah orang kita panggil meroyan... Biasanya 'Baby Blues' ni rendah sikit dari depression selepas melahirkan atau dalam bahasa perubatan dipanggil Postpartum Depression... Para doktor dan yang ahli sila betulkan jika salah ye :)
Dulu, Lynn pernah buat satu entry tentang meroyan ni dan saya ada tinggalkan komen dalam entry tu... Tak sangka pulak mendapat perhatian & ada yang hantar email kepada saya untuk bertanya lebih lanjut... Itulah gatal sangat tangan bagi komen yang bukan-bukan... Oh ya, baru-baru saya ada terima email gara-gara komen yang saya tinggalkan disatu blog ni... dengan tak terduga juga traffic diblog saya meningkat! Ok, yang ni saya cerita lain kali... :))
So, harini saya nak share beberapa cerita yang ada kaitan dengan 'Baby Blues' ni... Cerita yang saya kongsikan ni adalah kisah benar yang berlaku disekitar saya, moga-moga menjadi pengajaran & panduan... Kebetulan saya juga akan melalui fasa tersebut tak lama lagi... Fasa melahirkan, insya'Allah :))
Baby Blues 1
Saya namakan rakan saya ni Che Nik (Bukan nama sebenar). Orangnya cantik, aktif dan ceria... Kami berkenalan semasa sama-sama mengikuti kursus yang dianjurkan pejabat. Kebetulan kami ditempatkan di bilik hotel yang sama. Perhubungan kami berterusan sehingga di luar kursus dan di pejabat.
Sepanjang berkenalan dengan dia, saya tidak nampak pun ada perkara yang pelik tentang diri dia. Cuma saya lihat dia agak lurus dan kalut orangnya tetapi saya senang berkawan dengan dia.
Pada suatu hari ketika saya keluar bersama dengan seorang rakan saya yang lain, kami terserempak dengan Che Nik yang pada ketika itu kelihatan sedikit kelam-kabut. Saya menegur Che Nik, tetapi dia buat tidak endah sahaja... Saya agak tersinggung juga ketika itu... Tetapi, lekas-lekas rakan saya menarik & menceritakan pada saya tentang keadaan Che Nik sebenar.
Rupa-rupanya Che Nik baru sahaja pulih, beliau mengalami depression selepas melahirkan... Melalui cerita yang disampaikan oleh rakan saya tu... Che Nik seorang yang baik, dia telah berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri tetapi hubungan mereka kurang mendapat restu keluarga kerana lelaki tersebut adalah anak kesayangan ibunya. Selepas melahirkan anak (yang keberapa saya tak pasti) dia terpaksa berpantang & menjaga anak-anak berseorangan. Suaminya dipaksa pulang oleh ibunya ke kampung (tidak pasti sebab apa). Keluarga Che Nik nun jauh di pantai timur. Tinggallah dia seorang diri melayani kerenah anak-anak. Tak termasuk anak yang baru lahir dengan keadaan diri yang masih berpantang dan belum kuat. Melalui cerita yang disampaikan, ibu mertuanya ingin mengahwinkan suaminya itu dengan orang lain.
Selepas kembali bekerja, Che Nik yang ceria ni tadi bertukar menjadi seorang yang murung & tidak terurus... Nasib baik rakan-rakan sepejabat memahami keadaan dia ketika itu.
Sejak itu, perwatakan Che Nik ni jadi berubah... Satu habit yang selalu dilakukan adalah dia gemar membuka beg tas orang lain dan menyelongkar isi kandungannya... Gelagatnya tak ubah seperti orang tidak waras... Terasa sedih bila saya dengar ceritanya tu...
Sebelum berangkat ke Peru dulu, saya tak ingat bila kali terakhir saya berjumpa dengan dia tetapi yang saya ingat dia kelihatan sihat & ok... Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat diri Che Nik...
Baby Blues 2
Saya dah lama tak berjumpa dengan sahabat baik saya ni semenjak tamat belajar. Masa belajar dulu, dia seorang yang ceria & agak gila-gila juga orangnya... kami memang rapat & pernah tidur sebantal dan makan sepinggan bersama-sama.
Lepas tamat belajar dia terus berkahwin (dia berkahwin dalam usia muda) dan kami hanya berhubung melalui FB, itupun tidak semesra & seakrab dulu, yelah masing-masing dah ada life sendiri :)
Ada khabar angin yang mengatakan dia sakit... Pada mulanya saya tak pasti apakah penyakit dia. Tetapi melalui cerita dari orang yang rapat dengannya, saya dengar dia mengalami penyakit misteri selepas melahirkan anaknya yang sulung.
Semasa dalam pantang, dia akan menangis & meracau-racau setiap kali tibanya waktu Maghrib. Dia juga pernah mengaku yang bayi yang dilahirkan itu bukan anaknya.
Keluarganya begitu runsing & risau dan berusaha membawanya berubat ke sana ke mari... Penyebabnya tidak diketahui...
Sekarang saya lihat dia kelihatan sihat dan gembira. Alhamdullillah dah selamat pun melahirkan anak yang ketiga (kalau tidak silap saya). Moga sahabat saya ni sihat & bahagia sentiasa hendaknya. :)
Baby Blues 3
Cerita yang terakhir ni berlaku dalam keluarga saya sendiri... Selepas melahirkan anak yang bongsu (doktor nasihatkan untuk ikat peranakan), ahli keluarga saya ni mengalami sendawa yang tak putus-putus. Badannya seperti berangin sahaja... Kepala pening & pandangan seperti berbalam-balam seolah-olah seperti ingin pitam.
Bila buat pemeriksaan doktor tekanan darah & segalanya ok! Hampir berbulan-bulan juga dia menanggungnya... Puas juga pergi berurut dan berubat namun tak juga berkurangan.
Alhamdullillah, sekarang dah pun sihat. Rupa-rupanya meroyan ni tidak semestinya seseorang itu kelihatan tidak waras tetapi banyak juga simptom-simptom lain... Yang ni saya tak pasti sebabnya jadi perlulah dirujuk pada yang arif... mungkin dari segi perubatan lain pula istilahnya :)
Dipendekkan cerita, sebab itu orang-orang tua dulu-dulu menasihatkan kita agar berpantang dengan betul. Walaupun kita anak-anak zaman moden, kadang-kala sukar untuk terima cara orang dulu-dulu tetapi ada baiknya juga kita dengar cakap tok nenek kita... Selagi tidak melanggar akidah dan tuntutan agama apa salahnya...
Dalam pantang, kita kena makan makanan berkhasiat... Benar, tak semua petua dulu-dulu semuanya betul. Yang baik tak salah kita ikut... Jangan sombong sangat... Sebab ada cerita yang pernah saya dengar meroyan juga boleh menyebabkan kematian... wallahu'alam...
Dulu saya pun tak percaya, tapi bila lihat kejadian depan mata... sendiri kena fikir juga :)
Sokongan keluarga & orang yang rapat adalah penting, terutama sekali suami...
Kata mak saya, "Badan kita orang perempuan ni nak pakai lama. Mungkin muda-muda tak rasa kesannya, bila dah tua nanti baru tahu azabnya."
Bagi kawan-kawan yang dalam pantang tu, jaga diri baik-baik & berpantanglah elok-elok... Banyakkan berzikir ya! Ciudate!
P.S. Moga Allah beri kesihatan fizikal & mental yang baik sebaik melahirkan nanti... Ameen...









