Gracias!

Mar 18, 2013

Baby Blues~

Assalammualaikum wbt.

Hola mi amor!

Terpanggil untuk buat entry 'Baby Blues' ni! Dalam bahasa mudah orang kita panggil meroyan... Biasanya 'Baby Blues' ni rendah sikit dari depression selepas melahirkan atau dalam bahasa perubatan dipanggil Postpartum Depression... Para doktor dan yang ahli sila betulkan jika salah ye :)

Dulu, Lynn pernah buat satu entry tentang meroyan ni dan saya ada tinggalkan komen dalam entry tu... Tak sangka pulak mendapat perhatian & ada yang hantar email kepada saya untuk bertanya lebih lanjut... Itulah gatal sangat tangan bagi komen yang bukan-bukan... Oh ya, baru-baru saya ada terima email gara-gara komen yang saya tinggalkan disatu blog ni... dengan tak terduga juga traffic diblog saya meningkat! Ok, yang ni saya cerita lain kali... :))

So, harini saya nak share beberapa cerita yang ada kaitan dengan 'Baby Blues' ni... Cerita yang saya kongsikan ni adalah kisah benar yang berlaku disekitar saya, moga-moga menjadi pengajaran & panduan... Kebetulan saya juga akan melalui fasa tersebut tak lama lagi... Fasa melahirkan, insya'Allah :))

Baby Blues 1

Saya namakan rakan saya ni Che Nik (Bukan nama sebenar). Orangnya cantik, aktif dan ceria... Kami berkenalan semasa sama-sama mengikuti kursus yang dianjurkan pejabat. Kebetulan kami ditempatkan di bilik hotel yang sama. Perhubungan kami berterusan sehingga di luar kursus dan di pejabat. 

Sepanjang berkenalan dengan dia, saya tidak nampak pun ada perkara yang pelik tentang diri dia. Cuma saya lihat dia agak lurus dan kalut orangnya tetapi saya senang berkawan dengan dia. 

Pada suatu hari ketika saya keluar bersama dengan seorang rakan saya yang lain, kami terserempak dengan Che Nik yang pada ketika itu kelihatan sedikit kelam-kabut. Saya menegur Che Nik, tetapi dia buat tidak endah sahaja... Saya agak tersinggung juga ketika itu... Tetapi, lekas-lekas rakan saya menarik & menceritakan pada saya tentang keadaan Che Nik sebenar.

Rupa-rupanya Che Nik baru sahaja pulih, beliau mengalami depression selepas melahirkan... Melalui cerita yang disampaikan oleh rakan saya tu... Che Nik seorang yang baik, dia telah berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri tetapi hubungan mereka kurang mendapat restu keluarga kerana lelaki tersebut adalah anak kesayangan ibunya. Selepas melahirkan anak (yang keberapa saya tak pasti) dia terpaksa berpantang & menjaga anak-anak berseorangan. Suaminya dipaksa pulang oleh ibunya ke kampung (tidak pasti sebab apa). Keluarga Che Nik nun jauh di pantai timur. Tinggallah dia seorang diri melayani kerenah anak-anak. Tak termasuk anak yang baru lahir dengan keadaan diri yang masih berpantang dan belum kuat. Melalui cerita yang disampaikan, ibu mertuanya ingin mengahwinkan suaminya itu dengan orang lain.

Selepas kembali bekerja, Che Nik yang ceria ni tadi bertukar menjadi seorang yang murung & tidak terurus... Nasib baik rakan-rakan sepejabat memahami keadaan dia ketika itu. 

Sejak itu, perwatakan Che Nik ni jadi berubah... Satu habit yang selalu dilakukan adalah dia gemar membuka beg tas orang lain dan menyelongkar isi kandungannya... Gelagatnya tak ubah seperti orang tidak waras... Terasa sedih bila saya dengar ceritanya tu...

Sebelum berangkat ke Peru dulu, saya tak ingat bila kali terakhir saya berjumpa dengan dia tetapi yang saya ingat dia kelihatan sihat & ok... Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat diri Che Nik...

Baby Blues 2

Saya dah lama tak berjumpa dengan sahabat baik saya ni semenjak tamat belajar. Masa belajar dulu, dia seorang yang ceria & agak gila-gila juga orangnya... kami memang rapat & pernah tidur sebantal dan makan sepinggan bersama-sama.

Lepas tamat belajar dia terus berkahwin (dia berkahwin dalam usia muda) dan kami hanya berhubung melalui FB, itupun tidak semesra & seakrab dulu, yelah masing-masing dah ada life sendiri :)

Ada khabar angin yang mengatakan dia sakit... Pada mulanya saya tak pasti apakah penyakit dia. Tetapi melalui cerita dari orang yang rapat dengannya, saya dengar dia mengalami penyakit misteri selepas melahirkan anaknya yang sulung.

Semasa dalam pantang, dia akan menangis & meracau-racau setiap kali tibanya waktu Maghrib. Dia juga pernah mengaku yang bayi yang dilahirkan itu bukan anaknya.

Keluarganya begitu runsing & risau dan berusaha membawanya berubat ke sana ke mari... Penyebabnya tidak diketahui... 

Sekarang saya lihat dia kelihatan sihat dan gembira. Alhamdullillah dah selamat pun melahirkan anak yang ketiga (kalau tidak silap saya). Moga sahabat saya ni sihat & bahagia sentiasa hendaknya. :)

Baby Blues 3

Cerita yang terakhir ni berlaku dalam keluarga saya sendiri... Selepas melahirkan anak yang bongsu (doktor nasihatkan untuk ikat peranakan), ahli keluarga saya ni mengalami sendawa yang tak putus-putus. Badannya seperti berangin sahaja... Kepala pening & pandangan seperti berbalam-balam seolah-olah seperti ingin pitam. 

Bila buat pemeriksaan doktor tekanan darah & segalanya ok! Hampir berbulan-bulan juga dia menanggungnya... Puas juga pergi berurut dan berubat namun tak juga berkurangan. 

Alhamdullillah, sekarang dah pun sihat. Rupa-rupanya meroyan ni tidak semestinya seseorang itu kelihatan tidak waras tetapi banyak juga simptom-simptom lain... Yang ni saya tak pasti sebabnya jadi perlulah dirujuk pada yang arif... mungkin dari segi perubatan lain pula istilahnya :)

Dipendekkan cerita, sebab itu orang-orang tua dulu-dulu menasihatkan kita agar berpantang dengan betul. Walaupun kita anak-anak zaman moden, kadang-kala sukar untuk terima cara orang dulu-dulu tetapi ada baiknya juga kita dengar cakap tok nenek kita... Selagi tidak melanggar akidah dan tuntutan agama apa salahnya... 

Dalam pantang, kita kena makan makanan berkhasiat... Benar, tak semua petua dulu-dulu semuanya betul. Yang baik tak salah kita ikut... Jangan sombong sangat... Sebab ada cerita yang pernah saya dengar meroyan juga boleh menyebabkan kematian... wallahu'alam...

Dulu saya pun tak percaya, tapi bila lihat kejadian depan mata... sendiri kena fikir juga :)

Sokongan keluarga & orang yang rapat adalah penting, terutama sekali suami... 

Kata mak saya, "Badan kita orang perempuan ni nak pakai lama. Mungkin muda-muda tak rasa kesannya, bila dah tua nanti baru tahu azabnya." 

Bagi kawan-kawan yang dalam pantang tu, jaga diri baik-baik & berpantanglah elok-elok... Banyakkan berzikir ya! Ciudate!

P.S. Moga Allah beri kesihatan fizikal & mental yang baik sebaik melahirkan nanti... Ameen...



32 comments:

Unknown said...

Insya Allah.. Marya dan baby sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya ;-)

'Wanita itu pun terkena meroyan gak lepas bersalin, cuma saya yg blum ade kekuatan nak sambung cerita tu'..

Anum said...

moning
singgah pagi

Izwa Kamaruddin said...

okey saya sgt suka entry nie..walaupun saya berpantang seorg diri dari anak sulung terus ke anak ke-dua..berpantang berdua je dgn anak..tapi saya tetap juga ikut pantang yg betul..

berpilis, berstokin,ikat rambut tinggi, mandi air panas, berparam segala bagai walaupun terkial-kial..

bak kata mak akak..bdn kiter nak pakai lama...kan :)

Acik Erna said...

asslam marya..alhamdulillah bila beringat dan sentisa berdoa nanti marya akan terhindar dari perkara2yang tidak diinigini

Unknown said...

salam kak marya!
ooo..byk cabang jugak baby blues ni ye kak..yg paling tragis kes pertama tu..nauzubillah..jgn la kene kt diri nens, & juga ahli keluarga..aminn..

semoga Allah melindungi para2 wanita yg berjuang tuk lahirkan baby, bg la semangat & ketenangan hati..demi menjaga harta yg paling terindah..;)

yana-feehily said...

hmm..risau jgk ye. utk anak sulong ni mmg kena ada org yg berpengalaman jaga. sapa la nk jaga yana nnt. mak keje, mak mentua tak sihat..huhu..

atuk said...

Assalamualaikum Marya

Moga Allah pelihara keluarga Marya

norhidana said...

seronok baca ntry Marya kali nih, psl meroyan nih... selalu org pikir meroyan tu jd gile je kan...

tp kan dulu2 masa dana baru pas mencaesarkan diri hari ke 2 tu mmg tertekan, smpaikan masa kwn2 ngn makcik dtg melawat dana nngis2 meraung ckp nk balik... walaupun dpt duk blik 2nd class ada 4org 1 blik tp anak kena jaga sndiri, dhla anak pertama ngn perut skit berjht, blh lak dana dpt katil yg agak tinggi tiap kali nk turun naik mmg seksa... itu antara sbb jd camtu... nsb pastu ok... (sorry panjang lbr)

eLL said...

salam akak. brape bulan dah ni? take care ye...

emarieys said...

dapat pengajaran dari cerita Marya ni..betul tu cakap orang tua..kena pantang betul-betul..kesan tak nampak lagi searang..bila dah berusia baru terasa

Unknown said...

pernah juga lihat dgn mata sendiri walau pada mulanya kurang percaya ttg baby blues nih.. La ni dah beranak 2 pun cepat aje bdn shima ni lenguh ;p

Ibuhani said...

Pemakanan n penjagaan semasa dlm pantang pun penting supaya badan x mudah masuk angin. Smoga Marya n baby nanti sihat n sentiasa dilindungi Allah SWT. Kena kuat berpantang kalau bersalin musim sejuk nanti. Sentiasa masukkn lada hitam dlm mknn utk panaskn badan tau!

Unknown said...

salam Marya..
sedihkan baca cerita2 camnih..
tertekan sewaktu dalam pantang.. bahaya nye..

moga ade penawar untuk sakit cam nih..

Mila@Rimbun said...

Sama ler kata2 mak kita ni...

memang penting sgt ada sokongan orang sekeliling masa berpantang, terutama bila baby buat hal, tak tido malam etc...

Hanis Azla said...

Salam marya..

akak selalu dengar pasal meroyan tu.. tapi cuma sekadar tahu yang ianya boleh terkena selepas kita bersalin.. tak pernah pula dengar kisah seperti yang marya ceritakan.. rasa takut dan kasihan pada yang meroyan tu.. patutlah org2 tua mmg minta kita jaga betul2 time dalam pantang sebab teruk juga kesan meroyan tu nauzubillah.. semoga kita semua sentiasa dilindungi hendaknya..

Tasao Yumiko said...

Marya... Moga marya sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan dilindungi sentiasa.. Saya doakan agar segala urusan Marya dipermudahkan olehNya.. Amin..

Khairul Abdullah said...

Hallo Marya,

Semoga ALLAH SWT mempermudahkan semuanya untuk anda. Ameennn.

Kamsiah yusoff said...

salam
kalau sapa pun dlm keadaan Che Nik tu..bkn takat meroyan..boleh sakit jiwa dibuatnya...akak cukup pantang lelaki/suami yg takde pendirian mcm tu...

akak dari anak sulung...sampai anak bongsu...berpantang kat rumah sendiri..jaga anak sendiri...sbbnya akak tak selesa dok umah mertua atau mertua dtg dok umah akak...

Kamsiah yusoff said...

salam
kalau sapa pun dlm keadaan Che Nik tu..bkn takat meroyan..boleh sakit jiwa dibuatnya...akak cukup pantang lelaki/suami yg takde pendirian mcm tu...

akak dari anak sulung...sampai anak bongsu...berpantang kat rumah sendiri..jaga anak sendiri...sbbnya akak tak selesa dok umah mertua atau mertua dtg dok umah akak...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kesiannya kwn Marya tu...
leceh jugak ye kawin dgn Mummy Boy, ada ke patut nak dikawinkan ngan org lain.. maunya org tu tak meroyan.

Dr K said...

Salam Marya..

Stages nya:

Postpartum blues/baby blues ( yg ni selalunya few days up to 2 weeks lepas delivery)

Next, kalau merebak, ia jadi PostPartum Depression ( PPD). Yg mana simptom2 baby blues di stage ini makin teruk, dan PPD boleh last for months, even years kalau tak dirawat.

Last sekali, Post Partum Psychosis. Yg ini mmg org kita panggil 'gila', sebab ada psychosis. PP Psychosis jarang berlaku.

apa yg penting, sebab ini masalah psychiatry, support from husband, family..itu semua penting...dan kita sebagai org Islam, perlu tahu amalan2 utk mendiding diri kita.

Mat Som Sadona said...

Assalam Marya,

Kalau dikaji org yang meroyan ni Marya, terdiri daripada wanita yg pendiam...banyak termenung....
Suka mengenang kisah2 sedih masa silam, masa mengandung lagi banyak yg difikir, bimbang itu dan ini.
kalau ceria dan peramah spt Marya ni jarang-jarang berlaku (mintak dijauhkan ...)

Berkenaan tajuk entri saya..
Eh, tulislah entri yang sama,
kan idea berbeza-beza
Apa lagi ditulis oleh seorang isteri, kita nantikan entri versi wanita yang sangat bertuah ini

Yang saya tulis semalam atas persepsi saya sahaja

Puan Kutu said...

seronok baca ketiga2 kisah baby blues ni..at least kita amik iktibar n pengajaran kan..

perkataan meroyan tu sendiri menakutkan.minta dijauhkan n semiga kita semua dipermudahkan waktu dlm pantang nti.Ameen..:)

Ruse Sulaiman said...

Salam.. teringat masa akak bekerja dulu.. ada kakak tu baru habis pantang. Menangis sorang2, asyik tgk cermin. Dia kata lidah dia hitam. Akak tgk biasa je. Suami dia kerja d offshore. Adalah tolong dia apa yg patut. Sebab kesian tgk dia. Masa tu akak single lagi. Org kata dia meroyan. Apa pun bila ada yg berkeadaan mcm ni kita kena byk support dia dan tak boleh biar sorang2. Alhamdulillah akak tu ok lps di bantu.

The Unknown said...

Selalu dengar org dok sebut meroyan2... tak tahu plak sampai tahap meracau2 tu... huhu

dear anies said...

Assalamualaikum…
Apa khabar?
Sihat ke?
Harap2 sihat + bahagia selalu…

Fai Nardir said...

seram pulak fai baca cerita2 akak ni.. mudah2an tak jadi kat fai. inshaAllah... semoga kita semua sihat dan selamat melahirkan ye kak :)

Cho Zila said...

yang penting sokongan keluarga terdekatkan.. kalau tak sakit keluarga tak sokong memang terus sakit...

nOe suhaimi said...

sedih plak baca citer marya...stress pun boleh menyebabkan baby blues...harap2 marya n baby sihat walafiat k..

mama aini said...

ehem kesian kat mereka yg mengalaminya.. hu2x..

Myra Jay said...

Sedih baca kisah kat atas ni especially cik nik..
Apapun moga mereka kembali sihat.. risau dengar..

tu la kan orang tua selalu pesan, kena pantang betul2

nazayiena said...

Biasa dgr meroyan je,sebenarnya org sekeliling perlu membantu utk menyembuhkkannyakan.