Gracias!

Apr 24, 2011

Bos is always right?

Semenjak akhir-akhir ni aku kerap bermimpi marah dekat bos aku...rasa puas sangat...tapi kenapa boleh termimpi-mimpi pulak eh...mungkin banyak sangat perasaan terpendam kot...rasa tak puas hati...dalam mimpi tu aku maki-maki dia cakap yang aku takkan duduk lama dekat ofis ni lagi...aku nak tukar jabatan lain, lepas tu aku nak cuti tanpa gaji ikut laki aku...hahaha...Macam poyo pun ada jugak..aku pun tak pasti kenapa aku cakap macam tu dalam mimpi...Macam tak rasional pun ada jugak....

In private sector 'client or customer is always right' but when you're working in public/statutory body or whatever that close to government sector the quotes have to be changed as 'bos is always right'...And we have to accept the fact...even your bos is damn stupid because he can't even get  a simple job done on his own, never give you a guidance and expecting you to do all the works on your own, repetitively questioning your work unnecessarily, berlagak pandai padahal bodoh & sombong, cerita pasal benda yang bukan-bukan, pandai bermuka-muka, kedekut & etc.etc. And at the end of the day, he’ll take all the credits..tak ke macam hampeh....Tapi itulah realitinya...

Tapi yang paling aku tak suka bila bos yang pandai mengambil kesempatan and memanupulasi orang lain...Dan orang-orang ni pulak kategori yang kuat 'kipas' @ kaki bodek...meluat betul melihat kombinasi orang-orang macam ni...belakang kutuk-kutuk...depan peluk-peluk...macam haram kan? Itulah politik namanya...

Apr 11, 2011

Aman Tapi Sunyi

Semalam aku cuti sakit (MC), tak tahan rasanya badan...hari ni masuk kerja tengok ofis lengang...biasalah kerja macam kitorang ni memang selalu outstation...tapi ada jugak yang pergi berkursus...aman rasanya...takdelah dengar suara mengilai-ngilai ketawa...cakap kuat-kuat, cerita pasal politiklah, pasal telur tiruan, pergi bercuti, pasal bonus & macam-macamlah...kadang-kadang pening kepala dengar...ada masa terhibur juga...Bila dah semua takde rasa sunyilah jugak...

Tapi kalau aku diberi pilihan aku lebih suka kalau ada bilik sendiri...privacy sikit...takdelah macam sekarang ni satu bilik sumbat 9 orang...tak kira lelaki perempuan, partition pun takde...buat ape semua orang nampak...nampak tu tak kisahlah tapi ada yang suka menyibuk tu yang aku paling tak tahan...apa yang kita buat semua nak ambik tahu...

Agak-agak bilalah aku dapat keluar dari tempat ni ye...enjoy tapi tak happy...Ntahlah ye...sampai bila ye aku kena kerja di sini...di bilik ini...jawatan ini...company ni...??? Letih nak fikir...orang lain ada rasa macam ni tak? Korang macamana???



Apr 6, 2011

Kalau Bukan Rezeki

Lama rasanya tak update blog...bukannya ape, penat keluar pergi audit dan berkursus tak hilang lagi...Bulan Mac 2011 memang hectic...Mana taknya, awal bulan kena pergi Kota Bharu seminggu, selepas seminggu berkursus di Bangi pulak, a week after kena rush pergi audit Kota Kinabalu selama seminggu, tak hilang penat lagi, kena pulak pergi kursus dekat Port Dickson...balik-balik sebab dah janji nak celebrate birthday emak yang ke-70 buat dekat Bagan Lalang...memang fulllah kalendar bulan Mac....Tapi nak buat macamana dah tugas...nak tak nak kena jugaklah berkorban tinggalkan suami & anak...Last-last tekak jadi perit & kenalah batuk & selsema...

Kalau orang tanya tentang kerja aku sekarang, memang aku suka & enjoy walaupun ada yang kurang memuaskan hati aku (part ni aku malas nak cerita)...Tapi kalau dari segi benefits & security memang aku bersyukur sangat...sebab bukan senang nak dapat tempat kerja yang menawarkan itu semua di tempat lain. Semenjak aku kerja disinilah aku dapat merasa macam-macam benda...dapat pergi tengok negeri orang especially Sabah & Sarawak yang selama ini tak pernah terlintas di fikiran aku untuk pergi...Apalagi naik kapal terbang, selama ni aku ingat susahlah aku nak merasa naik kapal terbang, tapi disebabkan kerja aku sekarang naik kapal terbang pun dah macam turun-naik bas pulak...itulah namanya rezeki & tuah badan...Cuma nasib aku belum lagi berpeluang ke Luar Negara, pergi Thailand pun aku ingat macam tak pernah...pergi Indon lagi lah...heheheee...maybe one day...bermastautin di tempat orang mana tau...

Masa bulan September tahun lepas, kalau tak silap aku 29/9/2010, aku ada menghadiri temuduga dalaman untuk kenaikan pangkat. Semasa aku di Kota Kinabalu hari tu, keputusan dah pun diumumkan. Keputusan bagi peringkat pertama dah diumumkan bulan Januari hari tu, keputusan yang baru ni aku tak pasti adalah peringkat kedua atau memang yang terakhir...macam-macam versi yang aku dengar...

Pada asalnya, bila aku check nama aku bukan antara yang tersenarai, aku taklah merasa apa-apa pun sebab aku memang dah ready...kalau ada rezeki adalah...sebab aku tahu ramai lagi yang lebih berkelayakan dari aku, walaupun aku memiliki kriteria yang dikehendaki...tapi tipulah kalau aku katakan aku tidak sedih dan kecewa...tetapi Allahkan lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya...Allah Knows Best...

Cuma, bila aku balik ofis dan semua orang bertanya & menyebut-nyebut pasal kenaikan pangkat tu, terus aku rasa frust giler...Seolah-olah macam aku ni bodoh sangat pulak...Ada yang sibuk nasihatkan aku walaupun aku tak mintak...aku sebenarnya taklah rasa ralat sangat tapi sebab orang bertanya & bercerita terus rasa bengang...Seolah-olah macam harapan aku punah pulak...

Sorry, aku tak kisah sangatlah kalau tak dapat jawatan tu tapi aku just nak keluar dari comfort zone aku sekarang je...Aku nak kerja yang lebih mencabar & menguji, serta mengaplikasikan ilmu yang aku dapat masa di Uni. dulu...Gaji is one thing...memang tawaran gaji die yang tinggi tu jadi one of the reasons aku nak jawatan tu...siapa tak nak gaji mati RM7,000- RM 8,000...jangan nak tipu aku...kalau kita rasa layak kenapa tidak?

Bagaimanapun kalau Allah kata itu bukan kita punya...walau kita usaha sekeras manapun tetap tidak akan mampu untuk kita memilikinya...bak kata orang, kalau dah bukan rezeki kita, dah masuk dalam mulut pun boleh keluar balik...

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah. Al Baqarah:216)

Biarlah aku pujuk hati aku sendiri...Tak payah simpati k...


Mar 10, 2011

Suami Buat Kerja Rumah...??

Lama dah tak update blog...idea banyak tapi mood tak juga datang...sebab nak menulis kena ada idea + mood, kalau tak mesti tak jadi...

Nak cerita pasal suami yang buat kerja rumah, maksudnya kerja-kerja rumah yang biasa orang pompuan buatlah, contohnya...

Nak kena bagi contoh jugak ke?? Hehehee...Ok, sebagai contoh, memasak, membasuh, menyidai baju, menyapu, menyiram pokok bunga & etc.... Isunya di sini, salah ke? 

Pada aku, ni pendapat aku je...tak salah suami membantu kerja-kerja domestik ni sebab kebanyakan para isteri sekarang ramai yang bekerja...sama-sama mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga...tapi lainlah kalau suami mampu mengajikan seorang maid atau lebih...jadi tak menjadi satu kesalahan suami membuat kerja-kerja orang pompuan ni walaupun tak glamer...tapi dapat pahala...win-win situation...

Macam Mr Hubby, walaupun kadang-kadang buat aku geram sebab suka sepahkan rumah tapi dia juga seorang suami yang suka membantu aku buat kerja-kerja rumah...pagi-pagi kena sidai baju yang aku basuh...hantar anak ke rumah pengasuh...sekarang dah rajin melipat baju...kadang-kadang cuci toilet tapi kena suruhlah...Aku tak kisah asalkan dia ingin menolong walaupun kami sama-sama penat...

Mr Hubby anak bongsu dalam keluarga dia... Masa mula-mula kahwin dulu memang tak reti mengemas rumah & buat kerja-kerja dapur ni...yang dia tahu cuma menyapu & masak air...sekarang bila dah ada anak seorang, lipat kain pun dah pandai, sidai baju pun siap ada sistem..heheheee...kelakar betul...Cuma masak je dia tak berapa tahu, setakat masak nasi & goreng telur tu bolehlah...Apa-apa pun aku gembira hidup bersama dia...

Kadang-kadang aku malu juga bila orang nampak dia sidai baju, apa pulak kata orang nanti..tapi bila dia sidai baju nampak soo sexy!!! hehehehe....Lepas ni abang kena sidai bajulah ye setiap hari because you look hotz whenever you do it!




Suami 'bekerja' di rumah...
Gambar sekadar hiasan
Ini bukan suami mahupun anak saya ye~


Ni barulah Mr hubby & Iman
Sila abaikan ruang yang bersepah tu~

Feb 24, 2011

Rezeki yang Bocor

Dalam hidup ini kita mempunyai banyak pilihan...Kita boleh memilih apa sahaja yang kita fikirkan sesuai dalam hidup kita...Allah telah memberikan kita akal fikiran untuk kita membuat keputusan, segalanya terpulang pada diri kita sendiri...

Kita mencari rezeki untuk keluarga kita, tanpa kita sedar banyak perkara yang perlu kita ambil kira supaya rezeki yang kita perolehi itu sentiasa dalam keadaan yang diberkati Allah S.W.T...

Aku bukanlah bijak untuk berbicara tentang agama dan masih naif dengan hal-hal keagamaan tetapi, dengan ilmu yang aku perolehi aku suka untuk berkongsi agar boleh kita jadikan pengajaran...

Pernah tak kita melalui keadaan dimana kita memperolehi duit yang banyak  tetapi tiba-tiba kereta kita rosak atau anak kita sakit atau kereta dilanggar oleh orang, rumah dimasuki pencuri & sebagainya... Mesti kita rasa sangat tertekan, betul tak? Ingatkan dengan lebihan wang yang ada boleh juga kita berjoli ataupun setidak-tidaknya untuk kita simpan...Inilah yang dikatakan sebagai kebocoran rezeki....

Bila keadaan sedemikian berlaku mulalah kita menyalahkan orang, seharusnya apa yang perlu kita lakukan adalah muhasabah diri kita sendiri..tanya pada diri kita apa yang telah kita lakukan sehingga kita ditimpa ujian sedemikian...Benar...kadang-kala Allah menguji hambaNya, tetapi setiap kejadian pasti ada sebab & hikmahnya yang kita tak tahu....

Melalui pembacaan aku, kebocoran rezeki boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor, salah-satu daripadanya adalah disebabkan oleh kecuaian diri kita sendiri yang tidak kita sedari...antaranya, terlupa untuk membayar zakat, rezeki yang sumbernya tidak berkat, mengabaikan ibu bapa dan sebagainya...

Sumber rezeki yang tidak berkat adalah satu sebab mengapa kita selalu kebocoran rezeki...disebabkan itu setiap bulan kita sentiasa merasai rezeki @ wang yang kita perolehi tidak cukup...Bila keadaan ini berlaku, kita perlu kembali kepangkal jalan...tanya diri kita sendiri...mungkin ada kesilapan yang kita lakukan yang tidak kita sedari...

Ingatlah, rezeki yang kita perolehi akan ditanya di akhirat nanti...Kita memberi anak-anak kita makan dan tidak sedar dari mana sumbernya...ia akan menjadi darah daging dan membentuk sahsiah mereka apabila besar kelak...Tidak hairanlah pada hari ini kita dihujani dengan masalah keruntuhan akhlak remaja...sebagai ibu bapa, kita perlu sedar kesannya dikemudian hari...

Jangan tutup mata hati kita dengan menafikan segala yang kita usahakan adalah betul & halal, semata-mata untuk memuaskan keinginan kita... Sebab, kebenaran kadang-kala memang pahit untuk ditelan...tetapi apabila segalanya berakhir kita juga yang merasai betapa manisnya kebenaran itu...

Aku menulis bukan kerana apa-apa sekadar untuk renungan kita bersama.... 

Feb 23, 2011

When my momentum is going down...

Have anyone of u feeling bored, sick and hate of going to work?? That's what I feel right now...it's not about I'm hating my job..I'm just not enjoying doing it...

When I was in the meeting room, I lost my concentration...they're discusing about nothing that I interested...
My mind just spinning all around and got no heart to listen..Gosshhh.. most of the time I look so damn moron...

Like to quit and run away from nothing that's keep chasing me...If I'm not thinking of paying my car, feeding my son and paying all the outstanding debt...long time ago I'll should  be resigned & stay at home and doing my own business....but unfortunately my business not strong enough to cover all the expenses...

I love my job & what I'm doing now...My job is great...but there's something that makes my momentum going down...I know to be success, I shouldn't blame others...but I'm not strong enough to face the 'thing'...I got the problem with these 'people'...they make me sick all day...The hatred inside me just want to explode-anytime...but no one will listen and bother...

I'm so fed up with all the crap around me...There give me nothing...I feel so lonely & stupid...Even I know I'm not that stupid...I got my degree on time...not like certain people, they not even taking any degrees, all they have is just a diploma with the broken english...and always talking like evil...damn...!! They always got an extra attention just because people got personal interest on them...but what I have..I have nothing to be proud of (surely, I have)...They not looking at me at all...and sometime not even realize my existance...not even appreciate what I've done...

Do you know how it's feel of being isolated...??? It's really like being tortured...it's bleeding, deep inside...but who really want to care?

Am I too sensitive?? Yeah maybe...sometimes I just cannot accept people fooling me around & laughing like they got no heart...they never give me chance to defence myself and I'm not the one who will accept whatever they said about me...I also have my pride...my ego....

Whatever it is...I won't forget how they're treating me...After all, there's a lot lessons that I learned and one of them: Trust Nobody...

Feb 10, 2011

Contest Azam 2011

First time join contest, tup tup menang pulak...walaupun dapat tempat ke-5 tapi, tak kisahlah asalkan dapat hadiah...hadiahnya...Cookies dari Kak Ina KL berharga RM 25...Contest ni dianjurkan oleh Matjoe & the gang....memang mantop!

Terima Kasih Matjoe, K.Ina KL dan semua yang terlibat..Cookies tu selamat saya terima pada hari Selasa haritu...memang sedap...Iman & Mr Hubby pun suka...Oleh sebab hari Selasa tu kami tak ada dekat rumah sebab hantar Iman pergi klinik so, terpaksalah kitorang pergi collect dekat Pejabat Pos Laju Senawang...

Tak sempat sampai rumah..dalam kereta terus bukak bungkusan hadiah tu...
Apa-apa kena bagi Iman rasa dulu
Iman's First Bite...

Feb 6, 2011

Pandai Pinjam Kenalah Pandai Pulangkan...

Pernah tak terjadi pada korang dengan orang yang liat sangat nak pulangkan barang lepas pinjam...Tak kisahlah apa-apa barang sekali pun, dari sekecil-kecil barang sampailah barang yang besar-besar... Aku cukup geram dengan orang yang macam ni...sampai nak kena mintak baru nak pulangkan...kadang-kadang kita pula yang naik segan nak mintak balik, pahadal tu barang kita...dia pulak sedap-sedap buat macam harta sendiri...tak tahulah pulak kalau dia lupa atau saja buat-buat lupa...

Sebab tu aku susah sikit nak bagi pinjam barang aku pada orang...Biarlah orang nak kata aku kedekut or whatsoever...Yang penting kita lagi sayangkan barang kita tu berbanding dengan orang lain...sebabnya kita beli barang-barang tu bukannya dengan air liur...

Aku memang tak suka nak meminjam barang orang...kecuali kalau betul-betul dah terdesak...ni pun kalau boleh nak cepat-cepat pulangkan...takut rosak atau hilang...susah pulak nak kena ganti..baik beli sendiri...

Aku nak ingatkan pada diri aku sendiri dan jugak rakan-rakan yang lain...kadang-kadang kita tak sedar dengan habit kita yang suka meminjam tapi tak reti-reti nak pulangkan barang yang kita pinjam tu...Ingatlah yang barang tu bukan milik kita..macamana kalau tuan punya tak halalkan...dah kira mencuri dah tu...walaupun tuan punya barang tak tanya, tak bererti dia bagi barang tu kepada korang sebagai harta...Ingat, BERDOSA namanya tu...


Jan 26, 2011

Oh Jiranku...

Hari ni aku nak bercerita tentang jiran...dalam Islam kita disuruh agar berbaik-baik sesama jiran...Semua orang pun tahu apa makna jiran & siapakah jiran mereka...so, tak perlulah aku nak terangkan dekat sini...Kalau kita dapat jiran yang baik, hati pun senang & tenang tetapi kalau jiran yang 'kureeng' baiknya hati sesiapa pun akan sakit...betul tak?

Jiran yang Baik Termasuk Dalam Kebahagiaan
Dari Sa’d bin Abi Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada empat perkara yang termasuk (dalam) kebahagiaan :
(a). Isteri yang solehah,
(b). Tempat tinggal yang luas,
(c). Jiran yang baik; dan
(d). Kenderaan yang nyaman.

Dan empat perkara yang termasuk kesengsaraan :
(a). Jiran yang buruk,
(b). Isteri yang buruk (agama dan akhlaknya),
(c). Tempat tinggal yang sempit; dan
(d). Kenderaan yang buruk.” [Sahih, Ibnu Hibban dan Al-Khatib]

Aku bukanlah seorang yang sangat peramah tetapi bukan bererti aku seorang yang sombong..cuma kadang-kadang aku kurang suka berbual-bual kosong sebab banyak lagi kerja yang harus aku lakukan...Aku dan Mr Hubby memang biasa pulang lewat ke rumah, kerana masing-masing bekerja jauh...kalau pergi kerja pagi nampak bulan, balik ke rumah pun kadang-kadang nampak bulan...tapi bukan itu masalah pada kami...

Tiga tahun dulu Mr Hubby telah membeli sebuah rumah, tempat kami tinggal sekarang...rumah low cost yang dibeli semasa bujang kerana itu sahaja yang mampu waktu itu... Rumah ini dibeli untuk menggelakkan kami duduk menyewa dan terasa rugi kalau bayar tiap-tiap bulan tapi at the end tak menjadi milik sendiri...tambahan pula kami kan baru berkahwin, aku pula baru habis penggajian dan baru mula bekerja so, kedudukan kewangan belum lagi stabil...lagipun rumah ni nanti boleh dijadikan sebagai investment untuk jangka panjang..rancangnya begitulah...

Masalah timbul apabila tinggal dalam komuniti begini kerana mentaliti dan sikap mereka yang berlainan sikit...walaupun minoriti sahaja yang sebegini tetapi amat memberi kesan kepada kami sekeluarga...eh...jangan salah faham aku & Mr Hubby bukan memandang rendah mereka ini...semuanya ok just segelintir sahaja yang agak annoying sikit...

Part 1

Aku bukan bermaksud nak memperkecilkan mereka ini tetapi kalau aku tanya korang, sanggup tak bila balik sahaja ke rumah nampak banyak batu-batu berterabur depan rumah...nasib baik cermin rumah tak pecah tetapi yang malangnya, cermin kereta Mr Hubby pulak yang pecah...Mula-mula kami ingat mungkin disebabkan cuaca panas, sebab masa tu kereta tu diletakkan di luar kawasan rumah...kami pun tak mahu tuduh sesiapa sebab tidak ada bukti...Tapi bila kami bercuti satu hari tu, baru kami tahu yang budak-budak (anak-anak jiran) suka main depan rumah & baling batu ke arah kucing yang ada dalam compound rumah kami, kucing ni suka datang dan tidur dekat rumah kami sebab Mr Hubby rajin bagi makan...So budak-budak ni agaknya geram jadi, dibalingnya kucing tu supaya keluar dan dapat ditangkap...Mr Hubby yang berang sergahlah geng bebudak ni...budak-budak ni umur dalam lingkungan 3 hingga 12 tahun...kecil lagi kan? Kecil-kecil cili padi...ok, ini baru part 1...

Part 2

Rumah kami ni berhadapan dengan bukit yang banyak ditumbuhi lalang, walaupun taklah tinggi sangat tapi kalau dipanjat..'hongeh' jugak lah...bak kata orang N. Sembilan..nak dijadikan cerita, bukit ni pernah terbakar & merebak hampir 70% dari keseluruhan kawasan...time tu pula musim panas dan berangin, apalagi kenalah telefon bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut...nasib baik api yang marak tak menyambar kabel elektrik yang berdekatan kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi...setakat yang aku tahu dah 3 kali kejadian ni terjadi...Aku pun tertanya-tanya juga, siapalah yang punya angkara membakar sampah tengahari buta sampai terbakar macam ni...So, aku pun membusybodykan diri bertanya kat budak-budak yang ada kat situ, nak tanya kat mak bapak budak kot tersalah tanya orang marah pulak nanti...Nak tau apa salah seorang budak tu cakap? "Ni cik budak yang tak ade otak ni, main api bakar lalang tu!" Budak yang dimaksudkan tu terus lari dengan ditangannya memegang lighter...aku kenal sangat budak tu...mak & bapak die pun aku kenal...So, aku buat-buatlah tanya bapak die yang kebetulan ada dekat situ...die boleh jawab, "Entahlah, bebudak ni main-main dekat sini tadi." Aku tahu & yakin dia tahu siapa punya kerja sebenarnya...Susahlah macam ni..Korang fikirkanlah sendiri...

Part 3

Setiap hari kawan Mr Hubby yang menumpang kereta untuk bersama-sama ke tempat kerja akan meletakkan kereta di luar rumah kami...Mr Hubby dah bagi peringatan untuk meletakkan kereta dalam kawasan rumah tapi dia degil...petang tu tengok lampu signal dah tercabut...kami dah beri amaran, kawasan rumah kami ni tak macam kawasan lain...kesian kat dia...

Part 4

Kalau korang nak tengok bebudak main tengah-tengah malam sampai pukul 11 malam, bolehlah datang ke rumah aku...bukan budak bujang atau remaja ye...kanak-kanak lagi..tahukan berapa umur untuk dipanggil kanak-kanak?

Part 5

Yang paling aku bengang, bila kita penat-penat balik kerja tengok-tengok bunga atau daun-daun pokok yang kita tanam tercabut, patah-patah, hilang entah kemana...siapa punya kerja ye??

Part 6

Tu cerita tentang budak-budak yang belum mumaiyiz anak-anak jiran aku, macamana pula dengan mak dan bapak dorang ni...

Majoriti penghuni di kawasan rumah aku tu surirumah sepenuh masa...jadi aku antara wanita yang berkerjaya lah di situ...seperti yang aku pernah cakap, kalau pergi kerja pagi nampak bulan, balik ke rumah pun kadang-kadang nampak bulan...dah balik rumah mestilah penat so, sometime bila dah penat sangat aku tak larat nak masak...bila sampai awal ke rumah baru aku masak...pernah satu hari jiran sebelah rumah aku cakap dengan aku macam ni, "Semalam masak ye? Dengar macam masak semalam." Oooo ok, so, selama ni kau akan kiralah aku masak ke tak setiap hari...

Pernahlah seorang jiran aku ni bercakap " Penatkan bekerja, balik nak kena buat kerja rumah lagi..sebab tu akak tak nak kerja." Cakap seolah-olah menyindir ke apa sebab aku kelam kabut balik nak siapkan makan malam & etc...nak je aku jawab balik, "Kak, penat mak & abah saya berhabis duit  hantar belajar tinggi-tinggi lepas tu takkan nak duduk je ceruk dapur."

Lepas tu nanti hujung bulan bagi sms nak pinjam duit nak bayar duit kereta...Sorrylah kak, kalau takde duit nak bayar duit kereta baik akak pergi cari kerja...dah tau suami gaji cukup-cukup makan je usahalah sesuatu...Aku bukan tak nak tolong, padahal kenal tak sampai 2 tahun nak pinjam-pinjam duit...kalau takde duit sampai anak-anak tak makan tu lain cerita...ni wajib aku tolong...manusia-manusia...sungguh aku tak faham...

Pernahlah Mr Hubby bagi hint-hint pada bapak budak-budak yang ada tentang kenakalan anak-anak mereka, nak tahu apa yang dorang cakap..."Bila anak kau dah besar nanti kau tahulah." Mr Hubby very very frustrated dengan jawapan yang diberikan oleh bapak budak-budak ni...dahlah tak pernah  nak tegur anak-anak...siap cakap macam tu lagi...Geram tak?? Aku berdoa sesangat pada Allah semoga anak-anak aku nanti tak jadi macam tu...

Sekarang ni pun aku memang tak bagi sangat anak aku main dan bercampur dengan anak-anak jiran aku ni, aku takut nanti dia terpengaruh..tapi sampai bila nak halang dia daripada berkawankan? Kecian pulak dia nanti takde kawan...serba salah dibuatnya...

Walaupun macam tu, ramai jugak antara jiran-jiran aku ni yang baik hati...sikap busybody tu biasalah semua tempat pun ada...lagipun ada pro & con orang yang busybody ni...diorang ni good informer...benda-benda yang baik dan tak baik cepat sampai pada kita...

Kalau bab-bab kenduri dan keramaian memang tak jadi masalah sebab kat kawasan rumah aku ramai tukang masak...dan diorang ni suka menolong...kalau kenduri pun dorang akan datang memeriahkan suasana.

Mungkin entry ni tak disenangi oleh sesetengah orang...seolah-olah macam memburukkan jiran pulak..tapi itulah hakikatnya bila hidup berjiran...Aku kena terima begitu jugak kau orang...Perlu ke kita berpindah atau bersabar & just go with the flow?


Sebaik-baik Jiran
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]




Jan 24, 2011

Jom Baca Ini Puisi...

PUISI UNTUK ISTERIKU
Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran daripadaku..
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa,
Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain..

BALASAN PUISI SANG ISTERI BUAT SUAMI
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku relakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan,
kerana mereka juga sepertiku perlukan cahayamu dan..
akupun tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu..

AKAN TETAPIIIII...
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti..
Cuba lihat siapa dirimu..

MATAHARI atau LILIN?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!

Oh, 'please' lah abang...!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

(Sumber: Email )

P/S: Saja nak share...Harap-harap suami kita bukan macam ni...Sorry ye Mr Nadzri...Luv You la...Just For Fun..Esok kita main bowling eh??