Gracias!

Mar 10, 2011

Suami Buat Kerja Rumah...??

Lama dah tak update blog...idea banyak tapi mood tak juga datang...sebab nak menulis kena ada idea + mood, kalau tak mesti tak jadi...

Nak cerita pasal suami yang buat kerja rumah, maksudnya kerja-kerja rumah yang biasa orang pompuan buatlah, contohnya...

Nak kena bagi contoh jugak ke?? Hehehee...Ok, sebagai contoh, memasak, membasuh, menyidai baju, menyapu, menyiram pokok bunga & etc.... Isunya di sini, salah ke? 

Pada aku, ni pendapat aku je...tak salah suami membantu kerja-kerja domestik ni sebab kebanyakan para isteri sekarang ramai yang bekerja...sama-sama mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga...tapi lainlah kalau suami mampu mengajikan seorang maid atau lebih...jadi tak menjadi satu kesalahan suami membuat kerja-kerja orang pompuan ni walaupun tak glamer...tapi dapat pahala...win-win situation...

Macam Mr Hubby, walaupun kadang-kadang buat aku geram sebab suka sepahkan rumah tapi dia juga seorang suami yang suka membantu aku buat kerja-kerja rumah...pagi-pagi kena sidai baju yang aku basuh...hantar anak ke rumah pengasuh...sekarang dah rajin melipat baju...kadang-kadang cuci toilet tapi kena suruhlah...Aku tak kisah asalkan dia ingin menolong walaupun kami sama-sama penat...

Mr Hubby anak bongsu dalam keluarga dia... Masa mula-mula kahwin dulu memang tak reti mengemas rumah & buat kerja-kerja dapur ni...yang dia tahu cuma menyapu & masak air...sekarang bila dah ada anak seorang, lipat kain pun dah pandai, sidai baju pun siap ada sistem..heheheee...kelakar betul...Cuma masak je dia tak berapa tahu, setakat masak nasi & goreng telur tu bolehlah...Apa-apa pun aku gembira hidup bersama dia...

Kadang-kadang aku malu juga bila orang nampak dia sidai baju, apa pulak kata orang nanti..tapi bila dia sidai baju nampak soo sexy!!! hehehehe....Lepas ni abang kena sidai bajulah ye setiap hari because you look hotz whenever you do it!




Suami 'bekerja' di rumah...
Gambar sekadar hiasan
Ini bukan suami mahupun anak saya ye~


Ni barulah Mr hubby & Iman
Sila abaikan ruang yang bersepah tu~

3 comments:

Nur Syu'aidah said...

Hahaha. Suke entry ni. Pak Tan tido tu msti berdengkur kn? haha

Unknown said...

Aidah: Memang pun...berlumba-lumba dengan Iman...heheheee...time hujan ni tu yang syok sgt tdo tu...

Wafi said...

bagus2.. suami tolong isteri... :)