Pernah tak terjadi pada korang dengan orang yang liat sangat nak pulangkan barang lepas pinjam...Tak kisahlah apa-apa barang sekali pun, dari sekecil-kecil barang sampailah barang yang besar-besar... Aku cukup geram dengan orang yang macam ni...sampai nak kena mintak baru nak pulangkan...kadang-kadang kita pula yang naik segan nak mintak balik, pahadal tu barang kita...dia pulak sedap-sedap buat macam harta sendiri...tak tahulah pulak kalau dia lupa atau saja buat-buat lupa...
Sebab tu aku susah sikit nak bagi pinjam barang aku pada orang...Biarlah orang nak kata aku kedekut or whatsoever...Yang penting kita lagi sayangkan barang kita tu berbanding dengan orang lain...sebabnya kita beli barang-barang tu bukannya dengan air liur...
Aku memang tak suka nak meminjam barang orang...kecuali kalau betul-betul dah terdesak...ni pun kalau boleh nak cepat-cepat pulangkan...takut rosak atau hilang...susah pulak nak kena ganti..baik beli sendiri...
Aku nak ingatkan pada diri aku sendiri dan jugak rakan-rakan yang lain...kadang-kadang kita tak sedar dengan habit kita yang suka meminjam tapi tak reti-reti nak pulangkan barang yang kita pinjam tu...Ingatlah yang barang tu bukan milik kita..macamana kalau tuan punya tak halalkan...dah kira mencuri dah tu...walaupun tuan punya barang tak tanya, tak bererti dia bagi barang tu kepada korang sebagai harta...Ingat, BERDOSA namanya tu...
No comments:
Post a Comment