Dalam hidup ini kita mempunyai banyak pilihan...Kita boleh memilih apa sahaja yang kita fikirkan sesuai dalam hidup kita...Allah telah memberikan kita akal fikiran untuk kita membuat keputusan, segalanya terpulang pada diri kita sendiri...
Kita mencari rezeki untuk keluarga kita, tanpa kita sedar banyak perkara yang perlu kita ambil kira supaya rezeki yang kita perolehi itu sentiasa dalam keadaan yang diberkati Allah S.W.T...
Aku bukanlah bijak untuk berbicara tentang agama dan masih naif dengan hal-hal keagamaan tetapi, dengan ilmu yang aku perolehi aku suka untuk berkongsi agar boleh kita jadikan pengajaran...
Pernah tak kita melalui keadaan dimana kita memperolehi duit yang banyak tetapi tiba-tiba kereta kita rosak atau anak kita sakit atau kereta dilanggar oleh orang, rumah dimasuki pencuri & sebagainya... Mesti kita rasa sangat tertekan, betul tak? Ingatkan dengan lebihan wang yang ada boleh juga kita berjoli ataupun setidak-tidaknya untuk kita simpan...Inilah yang dikatakan sebagai kebocoran rezeki....
Bila keadaan sedemikian berlaku mulalah kita menyalahkan orang, seharusnya apa yang perlu kita lakukan adalah muhasabah diri kita sendiri..tanya pada diri kita apa yang telah kita lakukan sehingga kita ditimpa ujian sedemikian...Benar...kadang-kala Allah menguji hambaNya, tetapi setiap kejadian pasti ada sebab & hikmahnya yang kita tak tahu....
Melalui pembacaan aku, kebocoran rezeki boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor, salah-satu daripadanya adalah disebabkan oleh kecuaian diri kita sendiri yang tidak kita sedari...antaranya, terlupa untuk membayar zakat, rezeki yang sumbernya tidak berkat, mengabaikan ibu bapa dan sebagainya...
Sumber rezeki yang tidak berkat adalah satu sebab mengapa kita selalu kebocoran rezeki...disebabkan itu setiap bulan kita sentiasa merasai rezeki @ wang yang kita perolehi tidak cukup...Bila keadaan ini berlaku, kita perlu kembali kepangkal jalan...tanya diri kita sendiri...mungkin ada kesilapan yang kita lakukan yang tidak kita sedari...
Ingatlah, rezeki yang kita perolehi akan ditanya di akhirat nanti...Kita memberi anak-anak kita makan dan tidak sedar dari mana sumbernya...ia akan menjadi darah daging dan membentuk sahsiah mereka apabila besar kelak...Tidak hairanlah pada hari ini kita dihujani dengan masalah keruntuhan akhlak remaja...sebagai ibu bapa, kita perlu sedar kesannya dikemudian hari...
Jangan tutup mata hati kita dengan menafikan segala yang kita usahakan adalah betul & halal, semata-mata untuk memuaskan keinginan kita... Sebab, kebenaran kadang-kala memang pahit untuk ditelan...tetapi apabila segalanya berakhir kita juga yang merasai betapa manisnya kebenaran itu...
Aku menulis bukan kerana apa-apa sekadar untuk renungan kita bersama....
3 comments:
betoi.. betoi.. kena jaga semuatu...
nice entry.. =)
betul2... kalau rajin.. buat la solat dhuha... insyAllah rezeki berkat.. rezeki yang berkat ialah bila sikit kita rasa cukup, bila banyak pun kita rasa cukup.. :)
Post a Comment