Gracias!

Jan 26, 2011

Oh Jiranku...

Hari ni aku nak bercerita tentang jiran...dalam Islam kita disuruh agar berbaik-baik sesama jiran...Semua orang pun tahu apa makna jiran & siapakah jiran mereka...so, tak perlulah aku nak terangkan dekat sini...Kalau kita dapat jiran yang baik, hati pun senang & tenang tetapi kalau jiran yang 'kureeng' baiknya hati sesiapa pun akan sakit...betul tak?

Jiran yang Baik Termasuk Dalam Kebahagiaan
Dari Sa’d bin Abi Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada empat perkara yang termasuk (dalam) kebahagiaan :
(a). Isteri yang solehah,
(b). Tempat tinggal yang luas,
(c). Jiran yang baik; dan
(d). Kenderaan yang nyaman.

Dan empat perkara yang termasuk kesengsaraan :
(a). Jiran yang buruk,
(b). Isteri yang buruk (agama dan akhlaknya),
(c). Tempat tinggal yang sempit; dan
(d). Kenderaan yang buruk.” [Sahih, Ibnu Hibban dan Al-Khatib]

Aku bukanlah seorang yang sangat peramah tetapi bukan bererti aku seorang yang sombong..cuma kadang-kadang aku kurang suka berbual-bual kosong sebab banyak lagi kerja yang harus aku lakukan...Aku dan Mr Hubby memang biasa pulang lewat ke rumah, kerana masing-masing bekerja jauh...kalau pergi kerja pagi nampak bulan, balik ke rumah pun kadang-kadang nampak bulan...tapi bukan itu masalah pada kami...

Tiga tahun dulu Mr Hubby telah membeli sebuah rumah, tempat kami tinggal sekarang...rumah low cost yang dibeli semasa bujang kerana itu sahaja yang mampu waktu itu... Rumah ini dibeli untuk menggelakkan kami duduk menyewa dan terasa rugi kalau bayar tiap-tiap bulan tapi at the end tak menjadi milik sendiri...tambahan pula kami kan baru berkahwin, aku pula baru habis penggajian dan baru mula bekerja so, kedudukan kewangan belum lagi stabil...lagipun rumah ni nanti boleh dijadikan sebagai investment untuk jangka panjang..rancangnya begitulah...

Masalah timbul apabila tinggal dalam komuniti begini kerana mentaliti dan sikap mereka yang berlainan sikit...walaupun minoriti sahaja yang sebegini tetapi amat memberi kesan kepada kami sekeluarga...eh...jangan salah faham aku & Mr Hubby bukan memandang rendah mereka ini...semuanya ok just segelintir sahaja yang agak annoying sikit...

Part 1

Aku bukan bermaksud nak memperkecilkan mereka ini tetapi kalau aku tanya korang, sanggup tak bila balik sahaja ke rumah nampak banyak batu-batu berterabur depan rumah...nasib baik cermin rumah tak pecah tetapi yang malangnya, cermin kereta Mr Hubby pulak yang pecah...Mula-mula kami ingat mungkin disebabkan cuaca panas, sebab masa tu kereta tu diletakkan di luar kawasan rumah...kami pun tak mahu tuduh sesiapa sebab tidak ada bukti...Tapi bila kami bercuti satu hari tu, baru kami tahu yang budak-budak (anak-anak jiran) suka main depan rumah & baling batu ke arah kucing yang ada dalam compound rumah kami, kucing ni suka datang dan tidur dekat rumah kami sebab Mr Hubby rajin bagi makan...So budak-budak ni agaknya geram jadi, dibalingnya kucing tu supaya keluar dan dapat ditangkap...Mr Hubby yang berang sergahlah geng bebudak ni...budak-budak ni umur dalam lingkungan 3 hingga 12 tahun...kecil lagi kan? Kecil-kecil cili padi...ok, ini baru part 1...

Part 2

Rumah kami ni berhadapan dengan bukit yang banyak ditumbuhi lalang, walaupun taklah tinggi sangat tapi kalau dipanjat..'hongeh' jugak lah...bak kata orang N. Sembilan..nak dijadikan cerita, bukit ni pernah terbakar & merebak hampir 70% dari keseluruhan kawasan...time tu pula musim panas dan berangin, apalagi kenalah telefon bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut...nasib baik api yang marak tak menyambar kabel elektrik yang berdekatan kalau tak, tak tahulah apa yang akan jadi...setakat yang aku tahu dah 3 kali kejadian ni terjadi...Aku pun tertanya-tanya juga, siapalah yang punya angkara membakar sampah tengahari buta sampai terbakar macam ni...So, aku pun membusybodykan diri bertanya kat budak-budak yang ada kat situ, nak tanya kat mak bapak budak kot tersalah tanya orang marah pulak nanti...Nak tau apa salah seorang budak tu cakap? "Ni cik budak yang tak ade otak ni, main api bakar lalang tu!" Budak yang dimaksudkan tu terus lari dengan ditangannya memegang lighter...aku kenal sangat budak tu...mak & bapak die pun aku kenal...So, aku buat-buatlah tanya bapak die yang kebetulan ada dekat situ...die boleh jawab, "Entahlah, bebudak ni main-main dekat sini tadi." Aku tahu & yakin dia tahu siapa punya kerja sebenarnya...Susahlah macam ni..Korang fikirkanlah sendiri...

Part 3

Setiap hari kawan Mr Hubby yang menumpang kereta untuk bersama-sama ke tempat kerja akan meletakkan kereta di luar rumah kami...Mr Hubby dah bagi peringatan untuk meletakkan kereta dalam kawasan rumah tapi dia degil...petang tu tengok lampu signal dah tercabut...kami dah beri amaran, kawasan rumah kami ni tak macam kawasan lain...kesian kat dia...

Part 4

Kalau korang nak tengok bebudak main tengah-tengah malam sampai pukul 11 malam, bolehlah datang ke rumah aku...bukan budak bujang atau remaja ye...kanak-kanak lagi..tahukan berapa umur untuk dipanggil kanak-kanak?

Part 5

Yang paling aku bengang, bila kita penat-penat balik kerja tengok-tengok bunga atau daun-daun pokok yang kita tanam tercabut, patah-patah, hilang entah kemana...siapa punya kerja ye??

Part 6

Tu cerita tentang budak-budak yang belum mumaiyiz anak-anak jiran aku, macamana pula dengan mak dan bapak dorang ni...

Majoriti penghuni di kawasan rumah aku tu surirumah sepenuh masa...jadi aku antara wanita yang berkerjaya lah di situ...seperti yang aku pernah cakap, kalau pergi kerja pagi nampak bulan, balik ke rumah pun kadang-kadang nampak bulan...dah balik rumah mestilah penat so, sometime bila dah penat sangat aku tak larat nak masak...bila sampai awal ke rumah baru aku masak...pernah satu hari jiran sebelah rumah aku cakap dengan aku macam ni, "Semalam masak ye? Dengar macam masak semalam." Oooo ok, so, selama ni kau akan kiralah aku masak ke tak setiap hari...

Pernahlah seorang jiran aku ni bercakap " Penatkan bekerja, balik nak kena buat kerja rumah lagi..sebab tu akak tak nak kerja." Cakap seolah-olah menyindir ke apa sebab aku kelam kabut balik nak siapkan makan malam & etc...nak je aku jawab balik, "Kak, penat mak & abah saya berhabis duit  hantar belajar tinggi-tinggi lepas tu takkan nak duduk je ceruk dapur."

Lepas tu nanti hujung bulan bagi sms nak pinjam duit nak bayar duit kereta...Sorrylah kak, kalau takde duit nak bayar duit kereta baik akak pergi cari kerja...dah tau suami gaji cukup-cukup makan je usahalah sesuatu...Aku bukan tak nak tolong, padahal kenal tak sampai 2 tahun nak pinjam-pinjam duit...kalau takde duit sampai anak-anak tak makan tu lain cerita...ni wajib aku tolong...manusia-manusia...sungguh aku tak faham...

Pernahlah Mr Hubby bagi hint-hint pada bapak budak-budak yang ada tentang kenakalan anak-anak mereka, nak tahu apa yang dorang cakap..."Bila anak kau dah besar nanti kau tahulah." Mr Hubby very very frustrated dengan jawapan yang diberikan oleh bapak budak-budak ni...dahlah tak pernah  nak tegur anak-anak...siap cakap macam tu lagi...Geram tak?? Aku berdoa sesangat pada Allah semoga anak-anak aku nanti tak jadi macam tu...

Sekarang ni pun aku memang tak bagi sangat anak aku main dan bercampur dengan anak-anak jiran aku ni, aku takut nanti dia terpengaruh..tapi sampai bila nak halang dia daripada berkawankan? Kecian pulak dia nanti takde kawan...serba salah dibuatnya...

Walaupun macam tu, ramai jugak antara jiran-jiran aku ni yang baik hati...sikap busybody tu biasalah semua tempat pun ada...lagipun ada pro & con orang yang busybody ni...diorang ni good informer...benda-benda yang baik dan tak baik cepat sampai pada kita...

Kalau bab-bab kenduri dan keramaian memang tak jadi masalah sebab kat kawasan rumah aku ramai tukang masak...dan diorang ni suka menolong...kalau kenduri pun dorang akan datang memeriahkan suasana.

Mungkin entry ni tak disenangi oleh sesetengah orang...seolah-olah macam memburukkan jiran pulak..tapi itulah hakikatnya bila hidup berjiran...Aku kena terima begitu jugak kau orang...Perlu ke kita berpindah atau bersabar & just go with the flow?


Sebaik-baik Jiran
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]




5 comments:

Nora said...

marya, anak2 saya pun saya tak bagi main luar rumah... kalau anak2 jiran nak main dengan anak2 saya, kena masuk dalam rumah saya... tapi kalau masa tak sesuai... saya tak bukak pagar. biar orang kata sombong... asal tak bergaduh sesama jiran.. tak dapat pengaruh tak sihat... hmmmm susah gak nak cakap kannnn...

Unknown said...

Sabar jelh kak mar. Klu de rezeki cari tempt yg lebih selesa. Agak dorang dengki tgok laki bini keje. Tang duit tu plak, penah jd gak kat hubby org. Dh la masa tu kita br dpt baby, memula nk pinjam seribu alasan nk byr bil2 yg tertunggak. Org kata kt hb jgn bg belum tentu dia byr blik. Pehtu minta 500. Hb kasi, smpi ank kita nk masuk 2thn dia br byr 200 je. Tak lama pas pinjam nmpk dia beli 2bijik moto! Skuter ok!! skrg 3 ank dia keje tp satu sen dia lom byr lg yg belen. Hb lak jenis xsuka meminta!!!! Nk je kita sendiri yg pi mintak tp kang kita laki bini lak jd gaduh..

Matjoe said...

salam MY, u win kak ina cookies,

http://www.matjoe.com/2011/01/menang-besar-tempat-ke-6-hingga.html

please mail me your address faster, kak ina nak wat poslaju.

azizul_mmu99@yahoo.com

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ziarah,
Erm..stressful bila mendapat jiran mcm tu..
Anak2 pulak membesar dgn kawan2 yg nakal2..dikawal di rumah tapi bila kesekolah mereka akan bertemu juga..
sedikit sebanyak memnag akan terpengaruh

mamyharraz said...

salam kenal :)

bukan awk je berperasan begitu..sbb sy juga ada perasaan yg sama kt jiran kaw.rmh..

mmg kita kena byk bersabar.