Gracias!

Mar 9, 2012

Mamá, Madre & Mummy!

Assalammualaikum...

Hola mi amor!

Salam Jumaat... Sekarang Malaysia semua sedang nyenyak dibuai mimpi indah, waktu ni saya baru je lepas lunch sambil berehat-rehat menonton Disney Junior with Iman... Taknak tidurkan dia banyak-banyak waktu siang sebab nanti malam dia tidur lewat...

Tersentuh hati saya bila membaca Harian Metro hari ini, tak sanggup saya nak paparkan cerita tersebut... Boleh baca sini... Kenapa seorang anak boleh bertindak sedemikian rupa? 

Saya seorang ibu, saya juga seorang anak... Kita tak tahu nasib kita nanti... Tika dan saat ini, saya rasa sangat rindu dengan mak saya... Rasa nak peluk, sujud & cium kakinya... Saya bukan anak yang sempurna tapi saya tak sanggup melihat seorang ibu diperlakukan begitu...

Marilah kita doakan yang baik-baik buat si anak... Semoga Allah bukakan hatinya untuk menjemput dan memberi kasih-sayang kepada ibunya kembali... Ya Allah, engkau kasihanilah dia... Jika tidak, alangkah ruginya dia walau apa jua alasan yang diberikan...

Ibu bapa umpama wali Allah, doa mereka setanding doa nabi pada umatnya... Kadang-kala kita lupa, apa yang kita perolehi hari ini bukan sahaja atas usaha diri sendiri, tapi dari doa mereka... Walau bagaimana buruk pun ibubapa kita, mereka yang melahir dan membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh... Mereka memberi perlindungan pada kita sehingga seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap ditubuh kita... 

Ingatlah, doa seorang ibu sangat hebat! Boleh jadi penawar juga racun yang berbisa... Saya ingin berkongsi dari pengalaman saya sendiri, kejadian yang berlaku dalam keluarga terdekat... Seorang ibu yang suka menyumpah-nyumpah anak... Pada suatu hari tidak tahu dimana silapnya, si ibu mengeluarkan kata-kata, "Pergi mampus!" pada anak, petang tersebut benar-benar anaknya pergi meninggalkan dunia ini kerana dilanggar lori... Kata-kata dari mulut seorang ibu amat dashyat kesannya... Ingatan buat diri saya sendiri juga...

Pernah suatu hari, sedang saya memasak Iman merengek-rengek nak makan buah epal... Saya kata nanti dulu umi sedang masak, tapi Iman sort of memberontak... Saya yang waktu itu agak marah berkata , "Tak baik Iman buat Umi macam tu, nanti Allah marah, bila Allah marah nanti badan Iman sakit," Selepas itu, sewaktu Iman ingin mengigit buah epal secara tak sengaja die tergigit lidahnya sendiri sehingga berdarah... Ya Allah, saya tak bermaksud ingin tubuhnya benar-benar sakit... Mungkin kebetulan sewaktu saya berkata-kata, pintu langit terbuka, kata-kata saya menjadi doa... Sekejap sahaja termakbul... Bisanya lidah seorang ibu! 

Hati-hatilah sahabat, kata-kata kita kadang-kala menjadi doa dan dimakbulkan Allah... Kerana itu kita disuruh cakap yang baik-baik sahaja...


Buku ini saya beli masa di Malaysia, seorang lelaki tua datang ketuk pintu rumah... Disebabkan kasihan saya membeli walaupun harganya mahal jika dibandingkan jika dibeli di kedai buku... Sangat bagus dibaca bagi melembutkan hati kita... 


Mak dan mak mertua sewaktu menghantar kami ke airport sebelum berangkat ke Peru... Miss both of them a lots! Semoga Allah panjangkan usia mereka & dikurniakan kesihatan yang baik... Ameen! Ada orang cakap rupa mak saya & mertua sama :)


Gambar semasa hari raya tahun lepas... Dari kiri abang saya no. 4 dan kakak saya no. 2...Tak tahu bile boleh beraya bersama lagi... :(  Buat abang-abang dan kakak saya, sayangi emak, kasihanilah dia & berikanlah apa yang mampu kerana dia tak mungkin hidup untuk seratus tahun lagi... Selagi dia masih ada, doanya sangat makbul! Doa seorang ibu! Tak perlu jumpa imam, ustaz, tok bomoh, tok pawang dan sebagainya... *Memang tak pergi punkan...hikhikhik... ;)

Mi familia- Sebahagian adik-beradik, ipar duai & anak-anak buah tersayang!

Gambar sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran emak yang ke-70 tahun lepas di Bagan Lalang... Tahun ni, bulan ni umur emak 71 tahun, Insya'Allah... Semoga mak sihat & ceria selalu :) Esok pulak, 10/3/2012 hari jadi Dedeq (Arif Shafiq) yang ke 5 kan...hikhikhik...Ucu lupalah umur Dedeq... Dedeq yang baju merah berseluar jeans tu... Dedeq lahir tak cukup bulan, semoga Dedeq jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin & makan banyak-banyak sikit! Ucu tak dapat nak bagi hadiah tapi nanti boleh mintak kat ayah ye...hehehe!
Loves xoxo! 

Esta bien, chao~

P.S. Raya tahun ni memang tak balik, kemungkinan tahun depan pun tak dapat balik time raya... Harap-harap adalah perubahan pada pekeliling tahun depan... Sekali balik lebih kurang RM9,000 seorang... Tak berbaloi... Sabarlah wahai hati :(



Mar 8, 2012

Recipe & Alpaca Rugs!

Assalammualaikum...

Hola peeps & amigos!

Nak share recipe for Nasi Minyak, Fucuk Goreng Berkentang dan Daging Masak Hitam tu... Saya masak ikut apa yang ada, so resepinya pun ikut tekak & main campak-campak je... :):) Sidratul Muntaha, Puan Kutu & lain-lain: Happy cooking! ;):)


Nasi Minyak ( Hidangan untuk 2 orang)

Bahan-bahan:-

3  cawan beras Basmathi (Direndam dalam air lebih kurang 1 jam)
2 biji buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang*
1/2 cawan minyak sapi (saya guna QBB-halal ;) )
 1 cawan fresh milk (Boleh guna susu cair)
Daun pandan ( Saya tak letak sebab baru nak tumbuh...hehehe)
Bawang putih & bawang kecil yang dikisar (Lebih kurang 2 sudu besar)*
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
2 inci halia (Dihiris)*
Gajus, kismis & bawang goreng (Sebagai hiasan kalau suka)
* Kalau masa kat kampung dulu kalau kenduri ada yang letak pedal & hati ayam goreng yang dihiris nipis-nipis sebagai hiasan... Sedap! :)

Cara Memasak:

Panaskan minyak sapi QBB, kemudian tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau... Masukkan fresh milk tadi... Tos beras yang direndam kemudian masukkan bersama-sama bahan-bahan yang ditumis & kacau hingga rata... Masukkan juga daun pandan serta garam secukupnya... Masak nasi seperti biasa dengan air yang secukupnya... Bila dah hampir masak masukkan gajus serta kismis, jangan lupa titiskan pewarna kuning... Kacau rata, taburkan bawang goreng sebagai hiasan... Siap! :)

Fucuk Goreng Berkentang

Bahan-bahan:

Sebiji kentang (Dipotong panjang-panjang)
Sekeping tahu
Fucuk & suhun secukupnya
1 sudu udang kering ditumbuk
1 sudu besar bawang putih & kecil yang dikisar
1/2 biji carrot (Dipotong bulat)
Garam & serbuk perasa secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:

Goreng kentang sehingga empuk kemudian asingkan, begitu juga tauhu digoreng garing kemudian asingkan... Tumis bawang yang dikisar bersama-sama udang kering yang ditumbuk sehingga naik bau... Kemudian masukkan carrot yang dipotong bulat tadi, masak sehingga empuk...  Masukkan kentang dan tauhu yang digoreng tadi, masukkan sedikit air jika terlalu kering, diikuti dengan fucuk & suhun tadi... Akhir sekali, garam & serbuk perasa secukupnya... Siap untuk dihidangkan bersama nasi minyak... Actually, lauk ni untuk my Iman yang suka makan kentang & tak pedas :)


Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:

Daging batang pinang
1 biji bawang besar-dihiris nipis (Saya guna bawang Holand yang berwarna kuning tu)
3 sudu bawang putih & bawang merah  yang dikisar*
2 batang serai (Dikisar)*
2 inici halia (Dikisar)*
2 sudu cili kering yang dikisar*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
2 sudu kecil jintan manis ( Digoreng tanpa minyak kemudian dikisar)*
Kicap secukupnya ( Saya guna kicap kipas udang)
Minyak secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak:

Rebus daging dengan kicap sehingga empuk & lembut... Air rebusan jangan dibuang... Tumis semua bahan-bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan bawang yang dihiris, selepas itu masukkan air rebusan tadi, tambah kicap mengikut selera... Masukkan daging masak sehingga kering, letak garam & gula secukupnya... 

Mudah & senangkan :) Selamat mencuba!

Eima Caa, IbuHani : Story mory about Alpaca Rugs... haritu Marya ada pergi tengok dekat Larco Mar, saja survey-survey... Yang besar macam katil queen size (lebih kurang) harganya, 3800++ soles lebih kurang USD 1500 ++ ( RM4500++)... Belum tanya harga di Inca Market & Indio Market maybe boleh dapat lebih murah... Tapi, Marya plan nak beli bila kami dah boleh speak 'good' in Spanish & bawak orang tempatan for bargain ;) Insya'Allah 3 tahun lagi before balik for good... Sempatlah kalau  nak kumpul-kumpul tu kan...hik hik hik ;):)

Image: Google
Image: Google
Lebih kurang besar macam nilah sizenya tu... So soft & warmth, geram tau! Kalau tengok & rasa yang real lagi best :) Oh, Alpaca ni closely related dengan Llama... Llama ni banyak di kawasan padang rumput di tanah tinggi Andes di Central of Peru... Llama fur lebih lembut, ringan, strong, fine & warm dari sheep's wool... 

Image: Google
Image: Google

 Kalau pijak boleh tenggelamlah kaki tu...hehehee :):) Ada macam-macam bentuk, size & design...


FYI, Alpaca ni sejenis haiwan yang lembut, penyayang dan adorable, unless extremely provoked... No Alpaca is ever KILLED for its pelt... Kalau pupus pun sebab perubahan persekitaran Andes!  Pelts from these animals are harvested and used as to make rug & home accessories. Cara nak ambil bulunya sama lebih kurang macam nak ambil sheep's wool jugak... Boleh baca sini kalau tak caya... hehehe~

Marya just nak share, sebab Alpaca ni very rare kan... Why not, kalau ada satu... Berangan* ;):)

Esta bien, chao!

P.S. SPBA cancel kan... Tapi dapat kenaikan juga, ambil calculator siap-siap kira budget...hahaha! Alhamdullillah! Alhamdullillah! Tahniah pada semua penjawat awam :) Saya skim lain, dengarnya dapat bonus tapi proportinate... Alhamdullillah, better than nothing... Kena fikir juga kemampuan kerajaan, kalau adil semua pun happykan *wink*wink* ;):)
P.S.S. Hubby sayang, domestic allowance bie naik tak? Nak kumpul duit beli Alpaca Rugs ;p hehehe :)


Mar 7, 2012

WW: Seksualiti Merdeka... Euuwww! Yuck!!!

Venue : Kennedy's Park
Time : September 2011

Click gambar untuk tumbesaran!
Translation: Festival of sexual diversity and gender. Promotion with respect of trans, lesbians, gays, bisexuals & coexisting lifestyle (Pesta kepelbagaian seksual dan jantina. Promosi dengan hormat cara hidup trans, lesbian, homoseksual, biseksual & bersekedudukan) *Maksudnya lebih kurang beginilah

P.S. Saya ajak Mr Hubby pergi tengok, tapi dia tak mahu takut katanya nanti orang ingat kita pun sama... Saya pulak yang beria-ia nak tengok... Nak tengok je... Curious! Tapi tak pergi pun... Seperti yang saya kata sebelum ni, South America 'hebat' dengan benda-benda macam ni...

P.S.S. Semoga Allah lindungi kami dari malapetaka & bencana, maksiat bersepah-sepah & sangat-sangat melampau batas... Ya Allah, Ya Allah! Ya Allah!

P.S.S. Panduan & pedoman semoga negara kita dilindungi & diberkati olehNya... Say no tu Seksual Merdeka! 

P.S.S.S. Requested recipe next entrylah ye kengkawan, geli nak cerita kat sini... Loyo tokak!

Mar 6, 2012

Story Mory...

Assalammualaikum...

Hola!

Dear readers, ramai juga yang bertanya, how's life in Peru...? Am I happy living here? Living abroad generally... Actually, I don't know what to say... It's not so bad and not so good either... Biasanya saya akan jawab macam ni, seronok & rasa best sebab dapat melihat negeri dan budaya hidup orang tapi sedih sebab berjauhan dengan keluarga, sanak saudara & sahabat handai... That's the price we should pay! For a better living ;):)

Alhamdullillah, dalam kepayahan untuk menyesuaikan diri di dunia yang dikira asing setakat hari ini segala-galanya berjalan dengan lancar... Homesick just normal feeling kan... :)

Last Sunday, saya buat nasi minyak special for hubby & Iman... Selera makan kami dah semakin pulih... Seronok tengok Iman berselera makan... Maybe dia nak makan nasi yang berwarna-warni dan berperisa... Bertambah-tambah... Sama dengan Mr Hubby... :)


Nasi minyak berlaukkan daging masak hitam & fucuk goreng berkentang...

Daging Masak Hitam
Daging masak hitam ni sedap kalau guna daging batang pinang... Daging batang pinang adalah bahagian daging lembu yang paling lembut... Biasanya beef stik dibuat daripada daging ni... ... In spanish, daging batang pinang ni dipanggil solomillo cara sebutan 'solomiyo'... Harganya lebih mahal dari bahagian yang lain, biasanyalah...

Dulu masa di Malaysia, kalau nak makan nasi minyak kena tunggu kenduri kahwin... Memang jarang nak buat... Teringat dulu masa preggykan Iman saya sangat gemar makan nasi minyak orang kahwin... Jenuh jugaklah menunggu kenduri kahwin tiap-tiap minggu... hehee... Perasaan makan nasi minyak di perantauan ni lain benar, feeling tu kurang sikit sebab dulu kalau makan siap dengar bunyi kompang sambil-sambil boleh tengok pengantin...  Perasaan tu confirmlah tak samakan... Nanti esok-esok balik Malaysia, mesti teringat perasaan kat sini pula, that's what we call memory...  So, lets it be... lets it be... :)

Sebenarnya, hidup ditempat orang ni kita kena pandai bawa dan menyesuaikan diri... Kena enjoy every moment, setiap saat yang berlalu tidak akan kembali... Segalanya akan menjadi kenangan...

Kennedy's Park
Seperti melihat anak kita membesar depan mata, melihat perkembangan mereka hari demi hari... We have to slow down and enjoy each moment with them... While they still depend on you and listen most of your words... Our kids growing up so fast and I don't want to miss it :)

Ben 10
Kisses & hug hug... Bucuk bucuk masham Umi! 


Hari Sabtu lepas balik Spa, kami keluar jalan-jalan cuci mata bersama Kak Siti, hubby dia & Cik Sharmini... Jalan kaki sahaja, pergi Hiraoka, Inka Market dan Indio Mercado... 

Dengan cuaca di sini bolehlah berjalan kaki, kalau di Malaysia mahu pengsan semua orang kepanasan...hehehe... Dalam cuci-cuci mata tu sempat lagi merembat dua lukisan ni... It's look so real! 





Apple = Manzana


Pear = Pera

Lima ni memang shopping paradise! Particularly, untuk orang perempuan... *wink wink*  Untuk lelaki pun boleh tahan jugak... Lebih-lebih lagi office-ware, coat & blazer... Harga bergantung pada kualiti material yang digunakan... Mr Hubby pun dah beli 2-3 pasang jugaklah... Not bad :)

Inka Market & Indio Mercado ni banyak menjual barang-barang traditional Peru... Tempat tumpuan tourist! Kalau nak membeli kena pandai-pandai bargain, kebanyakan penjual pandai berbahasa Inggeris walaupun tidak seberapa fasih... 

Salida means exit



Peruvian rug ni kena beli satu hari nanti... Sebagai kenangan :)


Antara barang yang terkenal dan menjadi symbol bagi South America adalah Alpaca Rug... Peru salah satu tempat yang terkenal dengan Alpaca Rug ni... Alpaca ini juga dikenali sebagai Llama... Llama fur menghasilkan karpet/permaidani yang berkualiti tinggi... 

Freeze Magnet's Peru
Alpaca rugs offers soft, warmth, comfort & top quality... Must buy! Alang-alang dah sampai sini, insya'Allah nak kumpul duit berangan nak beli...hehehe :):)

Image: Google
 Macam nilah rupa Alpaca Rugs tu... Cantikkan! Geram je... Kalau rasa yang real, memang rasa nak baring-baring je atas tu :) Lembut sesangat!

Image: Google
Kena kumpul duit ni nak beli, kalau tak balik Malaysia nanti mesti termimpi-mimpi... ahaks!

Image: Google
 Macam nilah rupa haiwan Llama tu... Comel sangat! Proses nak ambil bulunya tu pun complicated untuk menjamin kualiti yang tinggi... Macam kambing + unta rupa Llama ni...

Image: Google
So adorable! 

Sebenarnya banyak lagi nak story tentang tempat shopping yang menarik di Lima ni... Insya'Allah next entry... Where everything is possible here!  Thank you for readings!

Chao ~


Mar 5, 2012

Reward Yourself!

Assalammualaikum...

Hola!

Just to share with you guys! Dulu masa saya bekerja saya suka memanjakan diri saya membeli barang-barang idaman, membuat apa yang saya suka as a reward selepas penat bekerja... It is not something somebody else can give me or do for me, it is a very special own reward I am giving to myself... Reward tu tak semestinya benda mahal, a bar of chocolate pun dah memadai :):) 

Among others, reward yang terbaik buat diri saya adalah pergi ke Spa, bahasa Melayunya Pusat Kecantikan... Sekurang-kurangnya 2 bulan sekali saya mesti pergi untuk body massage atau facial... Life masa di Malaysia dulu sangat 'hectic'... Jadi saya kena curi-curi masa untuk diri sendiri... 

Masa dulu, saya selalu pergi ke satu pusat kecantikan yang terletak di Seremban 2 berhadapan dengan Jaya Jusco, namanye Pheobes Aesthetics... Personally, environment & layanan yang diberikan memang 5 stars... Rasa rindu pulak nak pergi lagi, lagipun ada beberapa pakej lagi yang saya tak sempat nak habiskan... harap-harap masih valid lagi sehingga saya balik nanti...

Lepas baik dari demam haritu, badan rasa sengal-sengal, lagipun dah lama tak 'service' body ni... Saya memang sangat suka diurut, addicted! Mr Hubby pandai mengurut dan cari point-point yang sakit tapi dia selalu malas nak layan saya, menyampah! :p hehehe... So, maybe sebab dia kesiankan saya, dia benarkan saya pergi ke Spa yang terletak tak jauh dari rumah kami... Country Club Hotel Spa a.k.a Yaku Spa yang terletak di San Isidro...


Sebelum pergi tu saya rasa ragu-ragu juga adakah urutannya nanti setanding dengan yang pernah saya buat sebelum ini di Malaysia? Tapi saya cuba jugaklah... Saya pergi dengan Cik Sharmini & Kak Siti, mereka yang recommendkan tempat ni... Saya ambil pakej Deep Tissue Massage Treatment... Urutan untuk satu badan... Head to toe...

Memang best! Honestly, saya dah pernah pergi banyak tempat for massage and etc, for me this is the best place yang pernah saya pergi... Walaupun environmentnya tak sebest Pheobes Aesthetics tapi urutannya memang tip top, rasa nak meleleh air liur...hehehe... Pandai juga dorang ni mengurut... ;)

That is how I reward myself, but Mr Hubby lain pula... Dia lebih suka menghabiskan masa dengan bermain games, bermain bola, hang out with friends and you know, things what every man always do... Di sini, segala-galanya berbeza, main bola pun seminggu sekali, nak keluar dengan kawan-kawan pun nanti lain pulak tempat dorang bawak... Harapkan main games dengan Iman itu pun selalu bergaduh...hehehe... Secretly, I know how bored he is... Kesian, dahlah penat bekerja, stress yang kita tak tahu... 

I always remind him to give some time for himself, don't be too workaholic!  Get something for yourself ! Reward yourself! If not, you will end up like dead meat! I just want him to be happy... 

So, finally selepas pujuk-pujuk dia... Sememangnya dia memberi ganjaran pada dirinya sendiri...hahaha! USD 300 jam tangan jenama  Quartz Timex! 

Bukan harga dan jenama yang saya ingin banggakan tapi reward yang sangat berbaloi buat dirinya yang selalu memikirkan orang lain berbanding dirinya sendiri :) 

As long it's make you happy, sayang! :) 


Rasanya dah hampir 6 tahun dia tak pernah tukar jam, selain jam yang saya belikan sebagai hantaran dulu... 


Jam tangan G-Shock ni dulu dibeli masa kami belum berkahwin lagi... Jam ni bukan sahaja tahan lama tapi tahan lasak jugak... Walaupun sekarang ni warnanya sedikit pudar... Jam Casio tu saya belikan sebagai hantaran perkahwinan kami dulu, dah dua kali bertukar bateri tapi tetap ada sentimental value :) ... Itulah namanya alah membeli menang memakai! :) Sekarang ni abang dah ade 3 jam, bie ada satu je... Bila? hehehe... Nak jugak*

Mi amigos, did you reward yourself? 

Beri ganjaran pada diri sendiri semampunya, saya percaya kamu akan rasa lebih puas dan hidup lebih bermakna... 

Reward yourself and become happier person! :)







Mar 2, 2012

Car Honk Horn- Budaya mereka!

Assalammualaikum...

Hola peep & amigos!

Saja nak sebut 'peep' kat situ sebab konon-konon ramai silent readers...hahaha *perasan!

Car honking... sigh*

Di sini kami belajar lebih dari satu Peru's official language; Spanish & car honk!!! Seriously! Kalau berada di Lima ni, bunyi hon kereta dimana-mana... They horn to say bye, hi, stop, wt*, and bla bla bla....

Bas di Lima, Peru
Mula-mula sampai dulu kami rasa kelakar sangat, yelah sikit-sikit nak hon... Bunyi hon pun macam-macam... Tapi bila dah lama-lama kami rasa annoying pulak... Rasa geram... Macamlah dia sorang ada kereta and boleh hon sesuka-hati.... Pelik betul..


Hon kereta bagi mereka ni dah macam important part semasa memandu selain dari breaks, signal & etc. - seolah-olah part yang lain-lain tu memang tak pernah digunakan... Lepas tu bawak kereta kelam kabut semacam... Gelabah tak tahu apa yang dikejar, padahal taklah laju mana pun... Kalau sesiapa yang tak biasa memang akan rasa tak selamat... hehehe... 

Pengalaman naik teksi di Lima ni, kalau nampak bumper tu dah dekat baru nak break & slow down... Kita yang kat belakang ni memang rasa nak tercampak keluar... huhuhu...


Kami memang tak plan lagi nak beli kereta di sini sebab kalau tengok structure jalan memang boleh jahanam kereta... Rugi beli kereta baru kat sini, harga pun mahal... Selain dari naik teksi, kami suka berjalan kaki je kalau nak ke mana-mana... Pernah jalan berjalan kaki hampir 6 km pergi dan balik... Exercise! Boleh juga keluar peluh :)


Coming from accounting background, here I'm considering to invent car honk-auto honk- a honk that sounds every seconds regardless whether it is needed. I am quite sure this will make me rich...hahahaha!

Car horn pun boleh jadi isu...hehehe...

Oklah, chao!

P.S: Masih berkira-kira nak beli kereta atau tak, setakat ni rasa seperti tiada keperluan... Tak tahu pula nanti kalau tetiba berubah fikiran ;)


Mar 1, 2012

Mi Cocina

Assalammualaikum....

Hola amigos!

Mi cocina = My kitchen

Dua tiga hari ni sejak baik dari demam ni rasa macam tak ada mood... Rasa 'lemau' je... Perasaan bercampur-baur homesick sikit, malas sikit, boring sikit... Rasa macam semangat hilang je... Nak masak malas, nak keluar jalan-jalan malas, nak makan pun macam boring...boring...boring!!! Arghh!!! But at the end, life must go on... Maybe sebab kami super duper homesick! T_T

Ok stop! 


I have to find myself back... Diriku yang hilang...hahaha!

Semalam pergi Wong (Supermarket), pergi beli 'cocinar set' yang baru :):) 

cocinar = masak

Dah lama tak shopping accessories dapur... 


Saya dari dulu suka guna jenama Tefal... Di sini Tefal jadi T-fal... hehehe... tapi memang original ye ;)

Jenama Tefal ni memang mahal sikit tapi bak kata orang biar 'kalah membeli, tapi menang memakai' gitu :) Rasanya korang pun lagi pakar...kan...kan...hikhikhik... Investment! 


Siap beli dua lagi... Yang satu ni bukan jenama Tefal, jenama Tramontina... Kuali yang ni besar sikit... Saya rasa mudah nak masak dalam kuantiti yang banyaklah kononnya... Berangan nak buat party...hahahaha!

Dua-dua ni non- stick, saya memang suka beli non-stick pan/wok.... Senang nak masak dan yang paling penting senang nak basuh... Takdelah tumbuh urat-urat tangan tu... Kan tak 'tantek' nanti...hehehe


Bolehlah kan?


Hecho en Brasil = Made in Brazil 

Product Brazil rupanya... Trylah mana tau memang bagus product Brazil nikan... Adakah kualitinya setanding dengan harganya? Tak cuba tak tahu...hehehe...

Macam Tefal ni, saya dah tahu kualitinya bila dah bertahun-tahun guna tapi kuali yang saya beli sebelum ni macam ni pulak jadinya...


'Vontot' dia memanglah akan jadi hitamkan sebab saya memang malas nak menyental...hahaha...


Permukaan dalamnya jadi macam ni, masa saya guna buat roti jala haritu... Adakah kuali ini alah dengan roti jala... Sehingga tercabut segala 'kesaktian'nya itu... Adeh!


Boleh click pada gambar untuk membaca 'kesaktian'nya itu... Hecho en Francia = Made in France... Ini semua orang pun tahu :)


Lifetime limited warranty kononnya, tapi saya beli juga sebab saya suka :) Jenama lain saya tak pernah beli & takut nak beli... Pernah dengar cerita tak baik tentang non-stick pan ni... Lagi-lagi yang buatan China... Which is they said not healthy, cancer agent bla bla bla...

Harap dapat barang baru ni semangat nak memasak tu pulih sikitlah :D

Tapi still takde idea nak masak apa... Mr Hubby yang baru nak elok demam request nak makan masak lomak telur... Siap demand nak telur tu digoreng dulu lagi... Katanya macam mak dia biasa buat... Orang lelaki ni kalau tak sihat, manjanya bukan main lagi... Maybe dia rindu nak makan air tangan emaknya... Saya ikutkan jelah... Siapa tak sayang suamikan... ;)


Masak lomak telur dengan kacang panjang :)

Telur digoreng dulu... Psst... ni rahsia, pada siapa yang baca ni jadi rahsia kita ye... Saya tak pandai goreng telur mata kerbau yang terus dari kulit, kena masuk dalam bekas dulu...hehehe... Takut! takut terkena dekat tangan... Sakit wooo! Hahaha! Tahu korang nak gelak...


Buat macam ni dulu baru boleh masuk dalam kuali dan goreng... kekekek... ;):) 
Kalau tak akan jadilah aksi lompat-melompat di depan dapur... Lompat-lompat ayu manja-manja gitu....hak hak hak!

Memang dari dulu lagi tak reti nak goreng telur mata kerbau ni... 


Masak lomak cili api telur buat my hubby yang tersayang... Kata mak saya orang N9 masak lemak yang 'pure' tak letak bawang semua... Just letak cili api je... Tak tahulah... Orang nogori? Pendapat? hehehe...

Untuk Iman lak, umi buat spaghetti khas...


Guna jenama Ragu... Tapi mestilah Yakin tanpa was-was ;) :)


Perasmian kuali baru :)


Untuk Iman buah hati pengarang jantung Umi... Cariño! 


Ntah kenapa baik dari demam ni selera makan semua orang dalam rumah ni berubah... Iman pun makan ciput je... Tak tahu nak buat macamana... Masak makanan kegemaran die pun dia makan sikit je... Harap-harap keadaan pulih seperti sedia kala... 

Dah-dah, nak mandi... Sekian dari dapur Marya Yusof ~

Kisses & hugs, xoxo ;)