Gracias!

Showing posts with label Llama. Show all posts
Showing posts with label Llama. Show all posts

May 2, 2012

Parque de Las Layendas!

Assalammualaikum...

Hola Peeps & Amigos!

Lama tak update! Busy bees kononnye... hahaha ;p... Janji nak story cerita tentang Zoo di Lima, Peru ni... Macam banyak pulak gambar yang nak dikongsikan... hikhikhik... Tak banyak beza pun zoo di sini dengan di Malaysia... 

Dulu adalah juga pergi ke Zoo Negara & Zoo Melaka, rasanya Zoo kita lebih tersusun sikitlah berbanding di sini... Saja nak bawa Iman jalan-jalan tengok animals... Bagi dia belajar sikit kan ;)))

Rasanya haiwan di sini lebih besar & ada sedikit kelainan dari haiwan yang terdapat di Malaysia... Saya share sedikit gambar-gambar yang sempat kami tangkap masuk dalam kamera masa hari kejadian... :))

Tiket-tiket
 Boleta!



Tengok penguin tu... Leka tengok orang tu pacak apa ntah... Jinak sangat! So lovely! :))

Iman jerit-jerit panggil "Penguin...Umi, penguin Umi! Babah, penguin babah!" hehehe
Sejak bile umi & babah jadi penguin pun tak tahu...hehehee ;)


Burung ni di Malaysia pun banyak kan...


 Kissing-kissing lagi...ahaks! Dengar-dengar  dorang panggil "kaka tua" eh, samalah macam kita...
Nama burung ni Kakak Tua kan... 

So, Iman pun nyanyi lagu 'Burung Kakak Tua'...hahaha ;p


Mariposa!


Mariposa = Butterfly


Tengok suasana zoo ni... Lima, Peru adalah kawasan bergurun... Zoonya tidak berbukit seperti Malaysia... Tanah rata je... Kawasan bergurun tetapi lembab & chill, paling panas pun 30c :)) 


Susah nak amik gambar babah... Umi rasa kelakar tengok babah pakai cap... Walau kat Malaysia cuaca lagi panas, tak pernah seumur hidup tengok hubby pakai cap! hua hua hua! :D


 Tengok garden ni... Cantik kan :)

Tengok in live lagi bonita


Ok, bear ni takde di Malaysia... 


Iman nyanyi lagi, "Rupert! Rupert! Rupert Bear!" :)) 


Jakunnye tengok bear!


Meh, teropong sikit! hehee


Hahaha! :D


Tortuga!


Giant tortoise! Rasanya di Malaysia pun ada khenn... ;)


One thing, haiwan di sini lebih besar, sihat & bersih... heheee ;)


Tengok-tengok anak kambing ni! So cute & adorable


Rasa nak amik dukung & peluk... Manja & jinak bile dipanggil...


 Alolooo... comel! Tapi bau tetap bau kambing okek! hehehe ;))

 Tortuga!

Iman sibuk lah "Cik Sham! Cik Sham!" Adeh... Baca di entry ni untuk tahu kisahnya...


Badak!


Badak ni pun suka kissing-kissing gak! hehehe... Bergurau senda sampai 'splash, splish, splush' air dalam tu!


Finally, dapat tengok live Llama!


Llama, alpaca... or whatsoever its been called! So cute!


Bau macam kambing gak! Maybe sebab diet yang sama..hehehe... Mamam rumput!


Saje nak jugak 'interframe'! She's mamam rumput, I mamam aiskrim! hahaha ;p

 Vulture!


Burung vulture atau hering ni banyak berterbangan di Lima ni tau...

Sebab kawasan Lima ni bergurun... Burung ni yang selalu makan bangkai tu...


Rupanya haiwan yang sejenis Llama ni ada berbagai-bagai jenis... Alpaca Suri, Llama ntah apa ntah lagi namanye...hikhikhik...

Bulunya boleh dibuat super soft & warm rug! Pernah story di sini & di sini dulu...


Kalau nak tengok lagi gambar boleh tengok di FB ye, tak larat nak upload bebanyak! huhuu


Sampai tertidur dak tecik ni! Kepenatan...
Cupon tak boleh tinggal...hehehe ;))


Tengok kereta ni... Macam tut..tut... di Indonesia kan...hehehe...
Macamana Jakarta macam tulah lebih kurang Lima ni... Crowded and 10 years back from KL, I guest! :))
Malam tu kami ada tetamu, orang Malaysia but living in Columbia...


Abang Sabri ni bekerja di Columbia hampir 6 tahun... Berkahwin dengan orang sana & dah ada seorang anak pun... :)) Saya hidang apa yang ada je...hikhikhik... Penat seharian berjalan... Hidang beehoon goreng kosong je ;))

Oklah, agak penat hari ni sebab class Spanish sudah bermula... My first castellano class! hehehe... Esok ada tetamu pulak, plan nak buat Tiramisu... ececeh, macam terror sangat masak! hahaha... 

Esta bien, chao!

Hasta luego!

xx



Mar 8, 2012

Recipe & Alpaca Rugs!

Assalammualaikum...

Hola peeps & amigos!

Nak share recipe for Nasi Minyak, Fucuk Goreng Berkentang dan Daging Masak Hitam tu... Saya masak ikut apa yang ada, so resepinya pun ikut tekak & main campak-campak je... :):) Sidratul Muntaha, Puan Kutu & lain-lain: Happy cooking! ;):)


Nasi Minyak ( Hidangan untuk 2 orang)

Bahan-bahan:-

3  cawan beras Basmathi (Direndam dalam air lebih kurang 1 jam)
2 biji buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang*
1/2 cawan minyak sapi (saya guna QBB-halal ;) )
 1 cawan fresh milk (Boleh guna susu cair)
Daun pandan ( Saya tak letak sebab baru nak tumbuh...hehehe)
Bawang putih & bawang kecil yang dikisar (Lebih kurang 2 sudu besar)*
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
2 inci halia (Dihiris)*
Gajus, kismis & bawang goreng (Sebagai hiasan kalau suka)
* Kalau masa kat kampung dulu kalau kenduri ada yang letak pedal & hati ayam goreng yang dihiris nipis-nipis sebagai hiasan... Sedap! :)

Cara Memasak:

Panaskan minyak sapi QBB, kemudian tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau... Masukkan fresh milk tadi... Tos beras yang direndam kemudian masukkan bersama-sama bahan-bahan yang ditumis & kacau hingga rata... Masukkan juga daun pandan serta garam secukupnya... Masak nasi seperti biasa dengan air yang secukupnya... Bila dah hampir masak masukkan gajus serta kismis, jangan lupa titiskan pewarna kuning... Kacau rata, taburkan bawang goreng sebagai hiasan... Siap! :)

Fucuk Goreng Berkentang

Bahan-bahan:

Sebiji kentang (Dipotong panjang-panjang)
Sekeping tahu
Fucuk & suhun secukupnya
1 sudu udang kering ditumbuk
1 sudu besar bawang putih & kecil yang dikisar
1/2 biji carrot (Dipotong bulat)
Garam & serbuk perasa secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:

Goreng kentang sehingga empuk kemudian asingkan, begitu juga tauhu digoreng garing kemudian asingkan... Tumis bawang yang dikisar bersama-sama udang kering yang ditumbuk sehingga naik bau... Kemudian masukkan carrot yang dipotong bulat tadi, masak sehingga empuk...  Masukkan kentang dan tauhu yang digoreng tadi, masukkan sedikit air jika terlalu kering, diikuti dengan fucuk & suhun tadi... Akhir sekali, garam & serbuk perasa secukupnya... Siap untuk dihidangkan bersama nasi minyak... Actually, lauk ni untuk my Iman yang suka makan kentang & tak pedas :)


Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:

Daging batang pinang
1 biji bawang besar-dihiris nipis (Saya guna bawang Holand yang berwarna kuning tu)
3 sudu bawang putih & bawang merah  yang dikisar*
2 batang serai (Dikisar)*
2 inici halia (Dikisar)*
2 sudu cili kering yang dikisar*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
2 sudu kecil jintan manis ( Digoreng tanpa minyak kemudian dikisar)*
Kicap secukupnya ( Saya guna kicap kipas udang)
Minyak secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak:

Rebus daging dengan kicap sehingga empuk & lembut... Air rebusan jangan dibuang... Tumis semua bahan-bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan bawang yang dihiris, selepas itu masukkan air rebusan tadi, tambah kicap mengikut selera... Masukkan daging masak sehingga kering, letak garam & gula secukupnya... 

Mudah & senangkan :) Selamat mencuba!

Eima Caa, IbuHani : Story mory about Alpaca Rugs... haritu Marya ada pergi tengok dekat Larco Mar, saja survey-survey... Yang besar macam katil queen size (lebih kurang) harganya, 3800++ soles lebih kurang USD 1500 ++ ( RM4500++)... Belum tanya harga di Inca Market & Indio Market maybe boleh dapat lebih murah... Tapi, Marya plan nak beli bila kami dah boleh speak 'good' in Spanish & bawak orang tempatan for bargain ;) Insya'Allah 3 tahun lagi before balik for good... Sempatlah kalau  nak kumpul-kumpul tu kan...hik hik hik ;):)

Image: Google
Image: Google
Lebih kurang besar macam nilah sizenya tu... So soft & warmth, geram tau! Kalau tengok & rasa yang real lagi best :) Oh, Alpaca ni closely related dengan Llama... Llama ni banyak di kawasan padang rumput di tanah tinggi Andes di Central of Peru... Llama fur lebih lembut, ringan, strong, fine & warm dari sheep's wool... 

Image: Google
Image: Google

 Kalau pijak boleh tenggelamlah kaki tu...hehehee :):) Ada macam-macam bentuk, size & design...


FYI, Alpaca ni sejenis haiwan yang lembut, penyayang dan adorable, unless extremely provoked... No Alpaca is ever KILLED for its pelt... Kalau pupus pun sebab perubahan persekitaran Andes!  Pelts from these animals are harvested and used as to make rug & home accessories. Cara nak ambil bulunya sama lebih kurang macam nak ambil sheep's wool jugak... Boleh baca sini kalau tak caya... hehehe~

Marya just nak share, sebab Alpaca ni very rare kan... Why not, kalau ada satu... Berangan* ;):)

Esta bien, chao!

P.S. SPBA cancel kan... Tapi dapat kenaikan juga, ambil calculator siap-siap kira budget...hahaha! Alhamdullillah! Alhamdullillah! Tahniah pada semua penjawat awam :) Saya skim lain, dengarnya dapat bonus tapi proportinate... Alhamdullillah, better than nothing... Kena fikir juga kemampuan kerajaan, kalau adil semua pun happykan *wink*wink* ;):)
P.S.S. Hubby sayang, domestic allowance bie naik tak? Nak kumpul duit beli Alpaca Rugs ;p hehehe :)


Mar 6, 2012

Story Mory...

Assalammualaikum...

Hola!

Dear readers, ramai juga yang bertanya, how's life in Peru...? Am I happy living here? Living abroad generally... Actually, I don't know what to say... It's not so bad and not so good either... Biasanya saya akan jawab macam ni, seronok & rasa best sebab dapat melihat negeri dan budaya hidup orang tapi sedih sebab berjauhan dengan keluarga, sanak saudara & sahabat handai... That's the price we should pay! For a better living ;):)

Alhamdullillah, dalam kepayahan untuk menyesuaikan diri di dunia yang dikira asing setakat hari ini segala-galanya berjalan dengan lancar... Homesick just normal feeling kan... :)

Last Sunday, saya buat nasi minyak special for hubby & Iman... Selera makan kami dah semakin pulih... Seronok tengok Iman berselera makan... Maybe dia nak makan nasi yang berwarna-warni dan berperisa... Bertambah-tambah... Sama dengan Mr Hubby... :)


Nasi minyak berlaukkan daging masak hitam & fucuk goreng berkentang...

Daging Masak Hitam
Daging masak hitam ni sedap kalau guna daging batang pinang... Daging batang pinang adalah bahagian daging lembu yang paling lembut... Biasanya beef stik dibuat daripada daging ni... ... In spanish, daging batang pinang ni dipanggil solomillo cara sebutan 'solomiyo'... Harganya lebih mahal dari bahagian yang lain, biasanyalah...

Dulu masa di Malaysia, kalau nak makan nasi minyak kena tunggu kenduri kahwin... Memang jarang nak buat... Teringat dulu masa preggykan Iman saya sangat gemar makan nasi minyak orang kahwin... Jenuh jugaklah menunggu kenduri kahwin tiap-tiap minggu... hehee... Perasaan makan nasi minyak di perantauan ni lain benar, feeling tu kurang sikit sebab dulu kalau makan siap dengar bunyi kompang sambil-sambil boleh tengok pengantin...  Perasaan tu confirmlah tak samakan... Nanti esok-esok balik Malaysia, mesti teringat perasaan kat sini pula, that's what we call memory...  So, lets it be... lets it be... :)

Sebenarnya, hidup ditempat orang ni kita kena pandai bawa dan menyesuaikan diri... Kena enjoy every moment, setiap saat yang berlalu tidak akan kembali... Segalanya akan menjadi kenangan...

Kennedy's Park
Seperti melihat anak kita membesar depan mata, melihat perkembangan mereka hari demi hari... We have to slow down and enjoy each moment with them... While they still depend on you and listen most of your words... Our kids growing up so fast and I don't want to miss it :)

Ben 10
Kisses & hug hug... Bucuk bucuk masham Umi! 


Hari Sabtu lepas balik Spa, kami keluar jalan-jalan cuci mata bersama Kak Siti, hubby dia & Cik Sharmini... Jalan kaki sahaja, pergi Hiraoka, Inka Market dan Indio Mercado... 

Dengan cuaca di sini bolehlah berjalan kaki, kalau di Malaysia mahu pengsan semua orang kepanasan...hehehe... Dalam cuci-cuci mata tu sempat lagi merembat dua lukisan ni... It's look so real! 





Apple = Manzana


Pear = Pera

Lima ni memang shopping paradise! Particularly, untuk orang perempuan... *wink wink*  Untuk lelaki pun boleh tahan jugak... Lebih-lebih lagi office-ware, coat & blazer... Harga bergantung pada kualiti material yang digunakan... Mr Hubby pun dah beli 2-3 pasang jugaklah... Not bad :)

Inka Market & Indio Mercado ni banyak menjual barang-barang traditional Peru... Tempat tumpuan tourist! Kalau nak membeli kena pandai-pandai bargain, kebanyakan penjual pandai berbahasa Inggeris walaupun tidak seberapa fasih... 

Salida means exit



Peruvian rug ni kena beli satu hari nanti... Sebagai kenangan :)


Antara barang yang terkenal dan menjadi symbol bagi South America adalah Alpaca Rug... Peru salah satu tempat yang terkenal dengan Alpaca Rug ni... Alpaca ini juga dikenali sebagai Llama... Llama fur menghasilkan karpet/permaidani yang berkualiti tinggi... 

Freeze Magnet's Peru
Alpaca rugs offers soft, warmth, comfort & top quality... Must buy! Alang-alang dah sampai sini, insya'Allah nak kumpul duit berangan nak beli...hehehe :):)

Image: Google
 Macam nilah rupa Alpaca Rugs tu... Cantikkan! Geram je... Kalau rasa yang real, memang rasa nak baring-baring je atas tu :) Lembut sesangat!

Image: Google
Kena kumpul duit ni nak beli, kalau tak balik Malaysia nanti mesti termimpi-mimpi... ahaks!

Image: Google
 Macam nilah rupa haiwan Llama tu... Comel sangat! Proses nak ambil bulunya tu pun complicated untuk menjamin kualiti yang tinggi... Macam kambing + unta rupa Llama ni...

Image: Google
So adorable! 

Sebenarnya banyak lagi nak story tentang tempat shopping yang menarik di Lima ni... Insya'Allah next entry... Where everything is possible here!  Thank you for readings!

Chao ~