Assalammualaikum...
Hola Chica & Chico!
Actually, I've got a lot of stories to tell tapi tak tahu nak cerita yang mana satu, rasa macam tersumbat lak otak ni... Jammed macam tol Sg Besi every weekdays morning... hiks... Rasa rindu lak waktu kerja dulu... Kalau sampai tol Sg Besi after 7 am alamatnye memang terkejar-kejarlah nak punch card...huhuu...
Lepas ni ntah merasa lagi tak semua tu... Semuanya akan jadi kenangan kan... ;)
Hari Isnin lepas saya & hubby puasa lagi... Yes! Alhamdullillah, tinggal satu hari je lagi! Mintak-mintak selesailah hutang yang satu tu, tapi lepas ni ingat nak teruskan puasa sunat Isnin & Khamis... Insya'Allah, walaupun jauh dari negara sendiri bukan alasan not to be a better Muslim kan? ;);)))
Rasa seronok berpuasa ni, betullah antara nikmat berpuasa adalah kita jadi gembira bila time nak berbuka, walaupun masak simple-simple pun jadi sodap! hehehe :))
Menunya ~
Ayam goreng berempah, letak pulak atas daun pisang macam tukan... Lagilah bertambah selera...hahaha! :))
Jangan tak tahu, daun pisang tu Gloria (maid) yang belikan... Nak suruh dia beli daun kelapa pada asalnya tapi dia cakap tak jumpa, puas dia cari... Tak kisahlah, daun pisang pun banyak kegunaannya kan... :))
Banyak betul daun pisang yang dibeli, semuanya S./5,00... Tak tahu nak buat apa dah, simpan je dalam peti ais, nanti rajin-rajin (konon) boleh bungkus nasi lemak, buat lepat pisang ke, kukus ikan ke kan...hehee ;))
Terung masak sambal, walah! Nampak merah tu, dried chilies from Malaysia mestilah pedas! Saya tak berapa tahan sangat makan sambal macam ni, tapi kalau cili api makan mentah pun boleh...ngeeeee ;))
Tapi hubby suka sangat sambal! Hantu sambal! :D
Ok, cuba teka ni air apa???
Bukan Ribena atau grapes juice tau! Bagi yang baru mengenali blog saya, meh nak story... Ni adalah air jagung hitam atau dikenali sebagai Chicha Morada!
Rasanya macam Ribena sikit... Sedap diminum sejuk-sejuk... Ok, yang ni saya buat sendiri tau! Homemade Chicha Morada :))
Bahan-bahan untuk buat Chicha Morada drinks... Macam tulah rupanya jagung hitam atau maiz morada! Resepi nak buat Chicha Morada ni saya mintak dari Karol (staff embassy)... Pernah share di entry : Homemade Chicha Morada. Manatau nanti boleh tanam kat Malaysia & kita komersial kan...hahaha! :D Berangan, macamlah boleh hidup dengan climate di Malaysia! ;p
Sebenarnya, tak cukup bahan sebab kulit nenas tak ada! Rebus dengan kulit nenas ko! Tak pernah dibuat... selalu kulit nenas dibuang...hehehe ;)) Apa-apa pun rasanya tetap sedap! Masya'Allah, rezeki dari Allah tukan :))
Memang pelik-pelik makanan di sini, yang tak pernah terlintas difikiran kita pun ada...
Sebagai penutup, tengoklah gambar lempeng berkuahkan kari ikan ni... Aduh, makan pulak panas-panas!
Daun pisang ni memang very good untuk deco-deco kan, macam klasik gitu... Memberi effect menyelerakan... Subhanallah... :))
Esta bien, gracias por leer...
Hasta luego~
Chao mamito!
P.S. Sorry buat korang terliur...hikhik... Yang tak terliur tu, sorry jugak nanti cerita yang lain ye! Loves ya! :)))