Assalammualaikum wbt.
Takziah buat Wan Nurul Hezrina sekeluarga... Semoga Wan sekeluarga tabah & kuat menerima dugaan ini...
~Al-Fatihah~
Wan adalah rakan saya semasa belajar dulu dan bertemu semula sejak aktif berblogging melalui Shima... Mendapat berita melalui Shima di FB... Selepas membaca blog Wan, saya mendapat tahu ayahnya koma dan dihantar ke hospital... Moga ALLAH permudahkan segala urusan dia & keluarganya... Ameen...
Kehilangan sememangnya memeritkan bagi yang pernah mengalaminya... Saya juga pernah melalui keperitan itu 6 tahun yang lepas dimana saya kehilangan arwah abah tercinta & kakak yang disayangi pada tahun yang sama... Beza hanya 9 bulan sahaja...
Tak terbayang bila kehilangan orang yang tersayang dalam tempoh tidak sampai setahun & melalui Hari Raya Aidilfitri dengan kehilangan insan-insan yang tersayang, 2 orang sekaligus! Hanya ALLAH sahaja yang tahu...
Kadang-kala kita rasa kita adalah manusia paling malang di dunia ini dengan ujian yang pelbagai... Tapi apalah sangat ujian itu jika dibandingkan dengan ujian yang dilalui oleh baginda Rasullullah SAW...
Beginilah tiap kali saya memujuk diri sendiri... Selain ALLAH & Rasul, suami, anak & keluarga adalah pengubat duka... Dalam segala ujian yang datang saya masih memiliki mereka untuk meneruskan kehidupan... Yang masih ada & sayangkan saya... insya'ALLAH...
La Tahzan, Innallaha Ma'ana... Don't be sad, ALLAH with us!
*Jauh disudut hati saya berharap akan ada yang ingatkan saya dan berkata yang sama apabila saat saya lemah & sedang diuji... Saat itu pasti tiba kerana hidup memang untuk diuji*
31 comments:
Semoga teman marya itu tabah....
kepadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali.
Marya
Surah Al-Baqarah ayat 286 ada doa yg boleh direnungi, dan diamalkan:
Doa dlm ayat itu bermaksud:
Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah, Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan YANG KAMI TAK SANGGUP MENGHADAPINYA sebagaimana orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kami dengan apa-apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah akan kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap orang-orang kafir
Di permulaan ayat ini Allah menjelaskan bahawa, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Semoga, sahabat Marya itu bersabar dgn ujian Allah, dan sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepadaNyalah kita semua akan dikembalikan.
Wasalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh
In Shaa Allah..bila Marya mengingati dan menghiburkan hati sahabat..Marya juga akan dapat yang sama
Saya confuse. Abah Wan sudah meninggal ke? Sy smpt baca tentang lelah die bile ayahnya warded dan dlm ms yg sama, adiknya pule deliver baby.
Aduhai!
takziah utk kwn Marya, wan nurul hezrina... semoga tabah...
kehilangan org tersyg mmg memeritkan, dana pernah kehilangan pakcik.... dia pergi tiba2... pengsan n meninggal, dlm beberapa thn lps dia meninggal dana mcm terasa2 dia msh ada kt umah atuk setiap kali dana jln umah atuk...
Al Fatihah untul arwah abah nurul n salam takziah utk nurul... a'aa betoi tu kak, mmg sangat perit apabila kita kehilangan org yg kita sayagkan...
*oo akak kwn nurul ke, baru tahu.. nasib ada blog kan, blh jumpa semula
Inalillah.. Takziah untuknya.. menghadapi kehilangan orang tersayang memang sangat menyedihkan.. semoga roh2 mereka tenang di sana.. semoga kita semua dapat meneruskan kehidupan kita sebaiknya sebelum kita juga mengikut mereka ke sana..
Innalillahiwainnaillahirojiun.
jangan sedihhh
Takziah, semoga beliau tabah..dah ketentuan..darinya kita dtg..kepadaNya kita kembali...
Salam Marya..
Ya Allah punyalah lama Kak Nida tak aktif berblogging kisah Wan Nurul Hezrina pun dah banyak ketinggalan.. beliau merupakan rakan blog akak dan dulu kami juga amat kerap berbalas komen dilaman blog. Moga beliau tabah menghadapi ujian dariNYA.
al fatihah,,semoga arwah bapa beliau ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman,amin
Takziah buat teman tersebut.
¡Hola! ¿Que hace usted en el país?
;)
;'(
al fatihah...
Al Fatihah kepada arwah...:(
moga meliau tabah...
Al-Fatihah..
salam takziah buat kawan Marya..
alfatihah...salam takziah buat teman marya..
alfatihah...
moga kita semua tergolong dalam umat yg sabar, tabah, redha & sentiasa bersuyukur atas dugaan & nikmat dari Yang Esa..
takziah... emm saya juga tak sanggup kehilangan lg, cukuplah telah kehilangan kakak, bapak dan ayah...
Salam takziah buat teman Marya, semoga beliau tabah menghadapi ujian dariNya. Al-fatihah untuk arwah bapanya yang telah pergi..
salam takziah
salam takziah buat wan...
al-Fatihah buat arwah ayahnya...
innalillah..semoga tabah hadapi ujian ini..al-fatihah..
kadang kan dikk
x tertanggung segala dugaan dari allah ini .. dtang2nya bertimpa2 ..
semoga wan tabah dan buat marya juga .. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya ...
kita cuma berdoa agar allah berikan kita terus kekuatan utk harungi segala dugaan darinya ini ... aminnn
innalillah..mmg sdih bila org yg kita syg pergi dahulu meninggalkan kita,tp hakikatnya org yg kita syg tu hanyalah pinjaman,semua hanyalah pinjaman...termasuk diri kita.semua hak Dia...
salam takziah dr js...moga tabah menghadapi ujian dariNya...
Takziah buat rakan marya..semuga tabah dgn ujian dr Allah..
memang pedih bila kehilangan..tapi kita terpaksa juga merelakannya.. hu2..
innalillah...
Takziah..
Salam takziah buat keluarga akak Nurul..
Moga roh arwah ayahnya tenang di sana
Post a Comment