Gracias!

Oct 29, 2012

Rusuhan Di Lima


Assalammualaikum wbt.

Hola Malasia!

Sumber: RTM Berita Dunia 27 Oktober 2012
Ada yang 'alert' & ada yang tak... hehehe... Tak penting pun... :p Apa-apa jua, buat kaum keluarga Alhamdullillah, kami masih dibawah lindungan ALLAH SWT... We are all safe & sound... :) :)

27 Oktober 2012, semasa semuanya di tanahair sibuk merayakan Aidiladha meraikan daging qurban, kami menjalani rutin harian seperti biasa... Oleh sebab kesihatan tidak mengizinkan terutama sekali Iman, kami hanya berjalan-jalan disekitar bandar sahaja... Lagipun hubby dah sewa kereta, jadinya kena jugalah keluar... 

Suasana seperti biasa, bandar Lima, traffic adalah 'hectic' macam tu juga... Seperti tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah pukul 5 petang... kedai yang biasa dibuka sehingga malam ditutup lebih awal dari biasa... Polis juga lebih ramai dari selalu... Kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah lebih awal... sebagai persediaan jika rusuhan merebak...

Tiap-tiap bulan sememangnya menjadi rutin kami untuk membeli keperluan rumahtangga di downtown... Kebetulan hari yang sama berlakunya rusuhan kami ke China Town seperti biasa... Beli pun laju-laju... Sebab tak sesuai nak bersesak-sesak ditengah-tengah orang ramai dengan keadaan Iman yang tak berapa sihat lagi... Kalau nak beli kat pasaraya biasa, sayuran 'cina' sangat mahal! Cekik darah! huhuuu... Ya, kami tak malu pun pergi ke pasar jual murah-murah... Janji bersih & segar :)  

Alhamdullillah, sihat & sakit itu datang dari ALLAH... Dia Maha Pemelihara & Pelindung :)

Bila kita melihat peristiwa begini terjadi di negara orang, apa reaksi kita yang menontonnya dari jauh? Yang menerima berita dan mendengar berita begini? Pastinya kita merasakan negara yang terlibat itu tidak selamat bukan?

Begitu jugalah negara kita bilamana orang luar mendengar & melihat berita yang tak baik tentang negara kita... Sekiranya ada berlaku rusuhan, demonstrasi, perhimpunan haram dan sebagainya di negara kita, secara tidak langsung IMEJ negara kita juga akan terjejas... Terjejas & tercemar di mata dunia... Tidak malukah kita?

Walaupun demonstrasi, perhimpunan diadakan disatu-satu kawasan sahaja tetapi yang tercemar dan tercalar imejnya adalah satu negara! Tentu sahaja orang luar akan kata negara kita keseluruhannya tidak selamat... :(

Di sini, di Lima kami tinggal dalam satu kawasan yang selamat (dengan izin ALLAH jua)... Policia berada dimana-mana... ramah-ramah belaka... Tapi tak semua tahu, ada kawasan di Lima ini yang polis pun hilang kuasa mereka... Hilang kuasa kerana kawasan tersebut dikuasi oleh mafia, gangster, kongsi gelap & sebagainya... Menakutkan, betul tak?

Ya, memang betul! Kami pernah mendengar cerita dari mulut orang tempatan sendiri... Kalau ada polis masuk dalam kawasan tersebut bersendirian untuk menangkap penjahat silap-silap dia yang mati kena bunuh dulu... Sebabnya, mafia, gangster atau apa sahaja panggilan buat mereka ni akan bekerjasama mengerjakan sang polis tadi... 

Ada juga tempat-tempat orang-orang seperti kami tidak dibenarkan pergi tanpa bersama-sama orang tempatan... Kalau nak pergi juga, kena berpakaian biasa-biasa tanpa berhias-hias dan tidak membawa barang-barang berharga bersama-sama... Pencuri, perompak, penyamun, penyeluk saku adalah dimana-mana... menunggu masa & ruang sahaja...

Sebab itu disini, saya tak pakai langsung barang kemas! Semuanya saya simpan sahaja... Lagipun orang di sini tak pakai emas, walaupun gold mining is one of their major activities...

Nak tahu bahaya atau tidak Lima ni, tengok sahaja pemandu teksinya, ada teksi yang di 'modified' diletak kalang besi sekeliling pemandu... Rasa lucu pun ada juga... ;)

Polis atau pak guard yang hanya mengawal shopping compleks atau hotel pun memakai baju kalis peluru... Betapa mereka ni berjaga-jaga... Perompak datang tembak & bunuh sahaja!

Demonstrasi atau strike boleh dikatakan setiap minggu ada...Ada sahaja hak asasi yang diperjuangkan... tapi negara mereka begitu juga... Nak komen banyak macamlah negara kita terlalu sempurna... haisshh... 

Bagi saya biarlah buruknya Malaysia, jam sana-sini... perpecahan/pertelingkahan kaum, unfair policies, existence of large of stupid people especially in the political sphere, pemandu teksi yang sombong, tipu meter, corruption, imbecilic media, tandas awam kotor & busuk, religious freak etc etc ect. 

Walau apa jua, Malaysia tetap dihati! Jika izinNya kami akan kembali juga ke tanah emas itu... Kerana negara itu, Dia lindungi dari lingkaran gunung berapi, Dia lindungi dari bencana alam yang besar-besar, di situlah saya dibesarkan dan mendapat pendidikan agama yang sempurna, rumah ALLAH dimana-mana, polis masih berkuasa dari penjenayah, tidak ada yang tiada di Malaysia... Salji pun dah ada...hiks :p

Yang tak suka tak apa, tiada siapa yang paksa... Persilakan tukar kerakyatan, lihat bagaimana diri diadili ditempat orang... Kita tak boleh nak ubah orang lain untuk ikut setuju sama dengan kita, kita juga tak boleh nak ubah dunia... Jika tak suka ramai lagi yang suka, menunggu peluang dan ruang sahaja... 

Politics is not everything and everything is not politics! Don't be sour puss all the time. Cherish the goodness of the country! Peace (,")v

Chau!

48 comments:

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum Marya...

Semoga Allah SWT terus melindungi Marya dan keluarga di sana.

Amin.

:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Ibuhani said...

As Salam Marya....baik2 jaga diri kt negara org. Avoid places yg slalu ada rusuhan mcm tu. Lebih2 lg kita yg bertudung2 ni mmg dia org tahulh kita ni org luar....smoga marya n family dlm perlindungan Allah SWT lalu.

mama aryan said...

malaysia terbaik..

Anum said...

semoga sentiasa di lindungi Allah S.W.T

Hudalatip said...

Jaga diri dan nasib baik takde apa2 yea..Buruk baik Malaysia tetap di hati yea tak?

Golden Rose said...

setuju sgt2...sha dulu stay kat india utk 3 bulan tapi malaysia tetap di hati...pi mai pi mai malaysia juga yg terbaik

Kayu Manis said...

salam marya..

semoga baik2 saja di sana..

Kakzakie Purvit said...

Marya dah melaluinya dapat membezakan antara negara sendiri dgn di Peru kan..

Moga Marya dan keluarga selamat di sana.

umiyumi said...

Salam Marya,
Semoga keluarga Marya dan rakyat Malaysia yg berada di sana terpelihara hendaknya.. Amin..

betul tu..bila duduk negara orang ni, walau aman cemana pun tak dpt dibandingkan dgn negara tumpah darahku :)

eLL said...

hati-hati jaga diri kak.

seram sejuk jugak bunyinya...

♥MAMASYAZA♥ said...

akak suka n3 marya ni. apapun yang berlaku, malaysia tetap yg terbaik, kalo tidak takkan la mat bangla, mat indon, mat burma nak dtg sini cari rezeki.

Dessert Queen said...

Alhamdulillah Darling...everything seems fine!

Take care ok..may Allah bless u and ur beautiful family!!

Hanis Azla said...

Salam marya.. Alhamdulillah marya dan keluarga selalu berada di dalam perlindungan Allah.. akak dengar juga pasal tu.. masa dengar tu terus teringatkan marya.. cepat2 hati ni berdoa agar marya dan keluarga selamat hendaknya.. mmg bila ada hal yang berlaku kat negara luar, org luar yg lebih terasa seramnya.. sedangkan org yang berada kat negara tersebut masih lagi boleh menjalankan xtvt seperti biasa.. walau apapun sentiasa berwaspada dan berjaga2 sangat perlu utk kita walau di mana pun kita berada kan.. termasuklah di tempat sendiri.. peringatan utk akak juga ni.. take care ya marya..

CaDLyNN said...

ouh..ade rusuhan ye kakmarya..
take care ye! :)

Qashmere said...

Semoga Akak dan keluarga selamat. Seronok baca cerita akak beraya di perantauan.

Take Care!

rostina76 said...

salam marya...kros setuju sgt2 dgn ur statement. bkn niat show off@berlagak tapi hakikat yg kena telan. bila kita berada jauh dr msia& merantau ke beberapa buah negara (yg membangun @mundur dr msia) maka we can have open minded to discuss rationally baik buruknya msia tercinta. kdg2 yg exaggerate melaungkan ketidakpuasan hati terhdp whatever yg ada @msia adalah org yg tidak pernah/malas mengambil tahu ttg kesusahan&kekurangan negara lain. walau kros berada @Brunei (so call negara yg kaya raya&cukup serba serbi) tetap kros rasa banyak yg msia ada berbanding brunei. baik@buruknya msia kita tetap kena berbangga menjadi anak malaysia. jgnla kita yg merosakkan keharmonian & kesenangan kita sendiri. bersyukur dgn nikmat ALLAH. jika ada keburukan/kesilapan byk cara berhemah yg kita boleh lakukan. VOTE FOR IT ;)

Tasao Yumiko said...

wow.. dasyatnya kat sana..

smoga marya sekeluarga selamat disana..
syukur kita dilahirkn sbg rakyat malaysia.. :)

syiela said...

salam

moga marya sekeluarga di lindungi olehNYA

Izwa Kamaruddin said...

semoga allah swt melindungi akak sekeluarga sentiasa!

Unknown said...

Assalam Marya,
memang otomatik je terpikir kat Marya sekeluarga masa tengok berita tu kat tv.
Alhamdulillah Marya dan keluarga tak ape2.. Semoga sentiasa di bawah lindungan Nya..

Unknown said...

semoga sentiasa dilindungi Allah..Amin.:)

Unknown said...

Syukur Marya dan keluarga selamat..
betol tuh.. walau macam mana best pon negara orang.. Malaysia tetap di hati..

moga iman cepat sembuh..
take care~

Unknown said...

Dimana bumi dipijak
Disitu langit dijunjung..
Kalau terdengar berita dari Peru terus hati ini terngat pada kakMar.
Doakan keselamatan dan kesejahteraan kakMar disana :)

Anonymous said...

semoga semuanyer ok ye !

SURIA AMANDA said...

menakutkan...hati2 yer..

Nai @ TPJ said...

Salam. Dirgahayu Malaysia Tercinta. Terharu baca post ni.. Sayang kamu ketat2.. Love, Nai.

Mixed-family in da house.... said...

salam Marya,

kadang-kadang tu marya ada sesetengah orang yg disponsor sambung belajar ke oversea, siap apply for PR di negara itu, semata-mata utk dapat kelebihan....patutkah sikap sebegini?

take care marya...hugs for iman

Dr Singa said...

awak take care ya....

Fai Nardir said...

fai doakan semoga akan sekeluarga sentiasa selamat kat sana (>___<)

Mulan said...

hujan emas di negeri orang....

malaysia tetap di hati...

take care tau..!!!

Salmi said...

Setuju dgn Marya, Malaysia tetap di hati..
Moga Maria sekeluarga & semua rakyat Malaysia di sana sentiasa selamat.

AmirFX said...

Salam.. Hola Marya! Bahaya gak sekarang nie... Kat Malaysia pun byk jugak kes2 jenayah berlaku... Semoga kita semua dijauhkan... InsyaAllah...

aizamia3 said...

Bersyukur Malaysia masih aman dan boleh berlenggang kangkung itik nak ke mana-mana..

moga kak Maya dan keluarga selamat dan sihat di sana insyaAllah.. ;)

norhidana said...

as salam Marya,

masa tgk kt brite psl rusuhan tuh, terus teringat kt Marya tau... terus ckp kt adik2 `akak ada kwn kt sana, mintak2 family dia ok je`... heheheh

dlm hati terus doa supaya family Marya dilindungi Allah...n dijauhkan dr apa2 masalah gini... kt mana2 pun ada kan rusuhan2 gini...
mcm lah kalu kt kl ni ada apa rusuhan, mak kt kg msti tepon kiteorg tanya mcmne... hehehe

maszull said...

assalamualaikum marya...semoga semuanya selamat di sana yer...:)

NEKCIK said...

Salam Marya...walau di mana jua kita berada..wlau di tanah air kita sekali pun ..hanya Allah Yang Maha Pelindung..beserah diri padaNya dan bnyakkn berdoa...insyaallah..

FnF Simple Life said...

Alhamdulillah Marya sekeluarga selamat. moga dilindungi dari segla mara bahaya

Khairul Abdullah said...

Salam Marya dan keluarga,

Sangat setuju dengan tulisan u. Kat Jerman ni pun setiap hari sabtu pasti ada demo2 dan tunjuk perasaan ni. Tapi takde ler sampai terbalik kereta polis dan rosak hartabenda awam.

Berjalanlan di mukabumi Allah ini dan lihat negara lain dan ambil iktibar, maka pasti kita akan bersyukur terhadap nikmat tinggal di bumi Malaysia.

azieazah said...

Sangat mahal pengalaman itu. Dan akan buat kita rasa lebih mensyukuri diri dan kehidupan akar umbi kita. kan?

sal ya said...

salam marya...

walaupun buruk negara kita, inilah tmpt kita dilahirkan dan dibesarkan kan?

Acik Erna said...

assalam marya..semoga Marya sekeluarga dilindungi dari semua mara bahaya

emarieys said...

Bangga menjadi Rakyat Malaysia kan.

Anonymous said...

hai marya...semoga marya sekeluarga dibawah lindunganNya..ameen

Mat Som Sadona said...

Assalamualaikum Marya
Entri Marya kali ini sangat menarik kerana penuh dgn input dan gaya bahasa bak editor majalah terkemuka.

Di Msia, kita mahukan suasana selamat dipertingkatkan. Buat masa ini:

1. Kita masih takut untuk melepaskan anak gadis kita keluar seorang diri.
2. Pintu pagar, dan pintu rumah sentiasa berkunci kerana perompak dan pencuri sentiasa mencari peluang.

Di Msia, memang benar tandas yg bersih cuma di R&R dan Hotel saja.

Puan Kutu said...

semoga marya dan keluarga sentiasa selamat disana.hujan emas dinegeri org,lebih baik dinegeri sendiri kan..

mummyrinazone beauty said...

kak mcm mana rusuhantuh?akk sefamily okkan?takut lak wan baca entrinie..tulah kalau negara luar banyak rusuhan dan bencana alam..semoga Allah melindungi akk sekeluarga

mama aini said...

banyak pengalaman berharga yg marya kutip berada jauh dinegara orang..semuga marya & keluarga dilindungi olh Allah selalu..amin..

Unknown said...

betapa bertuahnya jd rakyat Mlayasia..hmm..semoga sentiasa dilindungi olehnya dr sbarang ancaman dan bahaya..jd ngeri bile baca situasi kt sana..