Gracias!

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Jul 14, 2012

Holiday Mood :)

Assalammualaikum...

Hola! Hola Todos!

SubhanALLAH, Alhamdullillah... 

Thank you so much to the wishes & doas for hubby... Seminggu tak update... Still holiday mood... tapi nak jugak update sebab terasa rindu dengan semua ;))

A short update for today... I'm promise (,")v 

Before very-very long & sleepy stories about our vacation...hiks;))  

A new experience that full of mysteries, adventures & surprises! No word can ever describe... its just exciting & amazing... SubhanALLAH! :))

Syukur Alhamdullillah, segala-segalanya adalah atas kehendakNYA, kita merancang tetapi DIA adalah perancang terbaik :) 

Antara tempat yang sempat kami kunjungi...







Serta Paracas, melihat keunikan Balletas Island dan Chauchilla Cemetery dimana kami melihat mumia yang berusia ratusan tahun secara direct atau lebih dekat! :))

Masya'ALLAH... teruja sangat nak cerita... Semoga ada yang sudi membaca dan insya'ALLAH saya akan cuba membalas kunjungan semampunya... 

Buena fin de semana! Have a great weekend everyone! :))

xoxoxoxo

May 26, 2012

Haruman Ramadhan...

Assalammualaikum...

Hola Peeps & Amigos!

Aaaahhhhh... Rasa sangat-sangat lega dapat meluruskan badan atas tilam... Mr Hubby takde dah keluar ada jemputan dinner, entah dari Embassy Egypt katanya...hikhikhik... ;)) Tak dapat nak pergi sebab official/berprotokol takde orang nak tolong tengokkan Iman, lagi pun Iman bukannya nak dengan orang yang dia tak kenal! Tak kisah pun sebenarnya.... Lagipun penat lepas balik dari Barrio Chino tadi... :):))

Sekarang ni sebulan sekali je turun ke sana, selain beli sayur & ikan tadi pergi memborong baju untuk musim sejuk ni.... gagagagaga.... Memang dah terasa sangat kesejukkannya... Paling sejuk setakat ni 18 Celsius (Macamlah sejuk sangat..hehehe... Kulit nipis! Tak tahan!) ;)))... Walaupun cuaca di sini tidaklah sampai dibawah  paras beku (bersalji), tapi bagi orang asia macam kita ni dah sojuk bonar dah rasanye... Paling minimum 8 darjah celsius!

Semalam masa balik dari kelas Spanish hujan turun renyai-renyai... Very very fine & thin! Tak basah pun baju... Rasa macam tak puas pulak! Rindu sangat-sangat! Rindu nak bau rumput, lumpur & jalan tar yang basah lepas hujan! Bauan yang.... Uuuurghhh... Unexplained :'(

Sekejap je dah masuk bulan Rejab... Salah satu dari empat bulan-bulan Haram! Lepas ni bulan Sya'aban, bauan dan haruman Ramadhan semakin terasa... Rindu lagi :(

Harapan biarlah tahun ini mendapat keberkatan yang lebih dari tahun-tahun lepas... Insya'ALLAH...

Pagi tadi kami bersarapan Roti John... Kegemaran hubby bila tiba Ramadhan... Masa kat Malaysia dulu, Roti John adalah hidangan wajib untuk hubby!

Teragak pulak nak makan... Jadi saya buatlah... Nanti Ramadhan, taklah ralat sangat! ;)


Roti John!


Kebetulan kuah ayam masak asam pedas kari masih ada buat cicah roti banquette! Kat sini banquette lebih lembut walaupun dah sejuk... Dulu, selalu beli kat Tesco, koreh (keras)! ;);))

Simple breakfast to start our day :)))

Sejak 2-3 menjak ni asyik dok terpikir-fikir nak buat kuih-muih traditional... Lama dah simpan skill... ecececeeeh!!! Konon ;p

Dulu masa masa sekolah menengah sampai lepas SPM selalu tolong angah berniaga kuih di bulan Ramadhan... yang paling terror buat kuih dalam adik-beradik adalah kak ngah, saya jadi observer je tak pernah try buat, tolong jual jek..hehehe... Sekarang ni baru terasa rugi... :(

Antara kuih yang saya suka!


Buah Melaka!

Nasib baik tepung pulut ado! :)) Lama dah tak rasa kuih ni... Nasib baik ada bawak gula kabung sikit aritu Jadilah buat rasa-rasa :))

Nantilah try buat kuih-muih yang lain... Harap-harap menjadilah! :)))

Nak jawab beberapa komen yang 'terberkenan' dengan gambar ala-ala lukisan K-Pop (Korea) tu... Milo ais Milo, Eye Nee, Pok Amai-amai & Tak Pe Je: Lukisan tu yang saya tengok bukan dari cat air ke apa... Bukan jugak cross stitch :)) Walaupun saya kurang berbakat dalam menjahit tapi saya pernah buat cross stitch dulu! Jangan tak caya! hehehehe... Saya pun tak tahu nak explain macamana tapi kalau tengok dari rupanya macam jahitan ala-ala jelujur gitu... benang-benangnya kelihatan melintang bila dilihat dekat-dekat! :)))

Antara gambar yang saya sempat snap!


Agak gelap sikit... Ya ampun...hikhikhik ;)




Gambar yang terakhir ni bukan dari benang but its from shell... Kulit-kulit siput... Cantik! Harga yang saya tanya kalau tak silap satu gambar tu dalam S/.300 hingga S/.500...

Last but not least... Sebagai pengisian jiwa, Firman Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa"


Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).
Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram. Marilah kita rebut kelebihan bulan-bulan Haram ni dengan berpuasa serta bertaubat kepadaNYA... 
P.S. Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga terdapat beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya. Dunia hari ini tanpa sempadan, hati-hati wahai sahabatku dalam menyampaikan sesuatu kerana kadang-kala tanpa kita sedari ditakuti kita mendustakan Rasullullah SAW (Nauzubillahminzalik..) :'(

May 23, 2012

Corat-coret: 81 Aniversario de San Isidro Part II

Assalammualaikum...

Hola!

Sambungan Part II ni... Nak update cepat-cepat sebab petang ni pukul 4.30 ada class Spanish, Iman pun dah tidur senang sikit nak buat kerja kalau tak dia nak berkepit je dok bawah tiak umi dia ni...hik3... ;))

Jom melawat booth-booth negara serata dunia yang ada semasa pameran tersebut... Saya ambil mana yang sempat je... 


Negara jiran kita; Indonesia! 


Thailand!


China!


Morroco atau Maghribi!

Kata Mr Hubby, wanita-wanita Morroco antara yang tercantik di dunia.. Tengok jelah awek yang jaga booth tu... memang cantik pun :)))


Mexico!


Dengan pakaian traditional mereka... Ala-ala gipsi! :)


Antara semua, siapa paling cantik??? hehehe ;p


Yang ni saya tak ingat negara mana tapi belah-belah Latin jugaklah :))


Palestin!

Peru mengikhtiraf negara Palestin tetapi yang jaga booth ni saya tanya they are non muslim...


Miniature Masjid Al Aksa!


Jepun!


Awek Jepun yang sedang buat origami ;))
Comelkan :))


Poland!


Republic Czech! Sebelahnya tu Russia... 


Columbia!


Costa Rica!


Cuba!


Salvador!


Venezuela!


Korea! 

Lukisan kat belakang tu bukan colour painted, tapi adalah sulaman dari benang! Memang sangat cantik & teliti! Awesome ;)))


Comelkan korean ni ;))


Lepas tu ada beberapa persembahan dari  negara-negara yang terlibat...


Rasanya ni persembahan dari Poland :)


Ni tak berapa nak ingat, tapi rasanya dari Columbia kot...hikhikhik ;))


Ok, yang ni for sure dari Argentina! Dorang ni menari tango! :))


From India :))


Awek sebelah Mr Hubby ni bersungguh-sungguh nak amik gambar dengan hubby... I jealous tau! hehehe ;p


And mamat ni from Poland... Tinggi sangat dia ni... Siap laga-laga pipi ko dengan aku...hik3... Serba salah... = ='


Tarian ni memang buat semua orang drop jaw & meleleh air liur! Untung betul orang lelaki...hehehe ;D :))


Lastly, bergambar dengan staf & juga wakil dari Gano Excel :))

Penat tapi seronok... Saya share sini semoga kita membuka mata sikit pada dunia luar ye...hehehe 

Ok time to go to castellano clase! 

Chau!

xoxoxo 

May 21, 2012

Corat-coret: 81 Anniversario de San Isidro Part 1

Assalammualaikum...

Hola Amigos!

Maaflah ye, saya tak sempat nak menjenguk sangat kawan-kawan... Harini baru free sikit... Terus nak buat entry tentang San Isidro's Day yang diadakan pada 17 & 18 Mei 2012 yang lepas... :))

Saya hanya pergi pada 18 Mei 2012 sahaja... Ada banyak gambar yang saya rasa menarik untuk dikongsikan tapi saya hanya ambil sikit je untuk ditepekkan dekat sini... Nanti kalau ada yang nak tengok selebihnya bolehlah check di FB saya ye... Just click 'like' pada button belah kanan belah atas tu :))
Terima kasih... :))

Ada lebih kurang 54 keping gambar yang saya upload ni, memang makan masa lama tapi rasa macam taknak miss... Sebab every pics have their own stories kan... So, mana yang dapat saya cerita kan ye...
Hopefully, adalah yang sudi baca :)))

So, here part 1... Mula dengan cerita hubby dok sibuk suruh wife dia yang dah lama tak pegang jarum & benang ni menjahit... Bukan jahit apa pun, jahit batu seremban untuk pameran tu nanti... 

Nilah hasilnya... Memang selekehlah kan... Takde bakat jahit-menjahit ni... Setakat jahit jelujur tu boleh ler...hahaha :D

Batu Seremban dalam tu saya isi kacang soya... ;)))
San Isidro Open it's door to the world!

Ni lah rupanya booth negara kita pada hari tersebut...  :))


So proud tengok, sangat cantik walaupun 'prop' yang digunakan simple :))


Pameran beberapa alat muzik tradisional...


Serta gambar beberapa tempat menarik di negara kita :))


Beberapa wakil serta Ambassadors bagi negara-negara yang menyertai... Tiga dari kiri adalah TYT Duta Malaysia Lima, Peru...  



Pertunjukan video negara kita... Ada yang sangat kagum melihat bagaimana negara kita yang terdiri dari berbilang kaum serta boleh hidup secara aman & harmoni...  


Saya seru pada semua, janganlah dirosakkan keharmonian yang sedia ada ini... 

Malaysia truly asia... Our country, our home :))


Ni anak Dato', dia jadi tokey teh tarik pada hari itu... Tehnya tentulah sodap dan sangat laku! :))


Iman bermain congkak... Macamlah pandai sangat... Geram tengok guli tu sebenarnya...hehehe :))


Beberapa tetamu yang cuba bermain congkak :)))

Seronok, cepat pandai dorang ni :))


Sempat lagi kami bergambar...hikhikhik... Ingat nak pakai semua sepasang tapi baju Iman dah tak muat nasib baik ada sepasang baju melayu ni yang dia still muat... Cepat meninggi dah anak bujang umi ni... ;)))


 Dua hari berturut-turut ni hubby pakai baju melayu... Dia cakap ramai yang nak bergambar degan dia... Perasan retis ler tu...kekekek ;p

Baju Melayu memang sangat unik kan... Smart macam pahlawan gitu...ahaks! :))


Banyak booth dari negara-negara yang lain, antaranya dari Indonesia, Jepun, Korea, France, Guatemala, Columbia, Poland & etc. Sempat amik gambar kat menara Eiffel ni, tak dapat pergi ambik gambar kat miniature pun jadi lah ye tak...hehehe :))


Budak tecik ni memang tak boleh tengok umi dia nak posing-posing sikit... Ni dia buat gaya Ben10.. hahaha  :D


Comelkan budak perempuan ni... Rambut dia tu yang mahal :))


Yang sebelahnya tu mak dia, from germany :))


Saudara seislam kita, yang sebelah kanan ni namanya Rosana, dia pernah tinggal di Malaysia selama 2 tahun 20 tahun yang lalu... Maybe, someday kita orang boleh sit & cit cat tentang Malaysia again...

Oh, dia sangat sukakan Malaysia ok! Katanya dia sangat rindu everythings about Malaysia... I promise to invite her & family to our home... Tapi tak tahu bila ntah...hik3 :))


Akhirnya, Iman kepenatan & memang dah tiba masanya untuk dia taking his nap! :):))

Oh, tempeyek kacang tanah tu Emb Indonesia yang bagi.. Sedap! Nanti bolehlah buat. ehehe :))


 Comel tak anak Peruana ni?? Comel kan... Rambut curly-curly tu...hiks... Tomei! 
Mohon rezeki dapat baby girl lepas ni... Doakan ye kengkawan :)))

 Akhir sekali untuk entry part 1 ni, saya sempat bergambar dengan bekas isteri Tun Musa Hitam... Kenal tak??? 

Ala, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia di bawah Tun Mahathir Mohamad... Datin Ines Maria Reyna, boleh baca di sini ye Wikipedia


Orangnya baik tak sombong, bercakap pun bahasa Melayu dengan saya :))

Ok then, chau... Tunggu next entry Part II key :)))