Kita sambung balik cerita tentang seminar emas yang aku pergi haritu...masa blogwalking tadi aku sempatlah jenguk-jenguk blog Jutawanpelabur.com ni...adalah gambar semasa seminar tu berlangsung...janjilah asal ada gambar udah le kan...hehehee...
Cuba teka yang mana satu aku?? |
Yang dekat depan sebelah kanan tulah Encik Syukor Hashim, sebelah dia admin Pelaburjutawan.com, manakala yang besar pakai baju hijau tu adalah Encik Pokli....admin Pokli.com....masa ni dorang tengah bagi testimonial tentang perniagaan emas Public Gold...
Kenapa kita mesti melabur dengan emas?
Masa aku muda remaja dulu (sekarang pun muda cuma dah tak remaja je lagi..hehehee), aku memang tak suka pakai emas sebab bagi aku emas tu untuk orang tua-tua je...yelah macam makcik-makcik dekat kampung tu...main kutu beli emas...biasalah kan...aku tak pernah tahu tentang kelebihan menyimpan apalagi melabur dengan emas ni...sekarang baru nak menyesal...huhuhuuu...Tapi aku rasa belum terlambat lagi kerana walaupun harganya semakin meningkat dan ia akan terus meningkat dari semasa ke semasa...
Emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang...dan bukan untuk jangkamasa pendek...untuk jangkamasa pendek bukanlah pelaburan emas namanya tetapi dipanggil perniagaan emas...
Apa sebenarnya yang menarik tentang emas ni?
1. Emas adalah khazanah tuhan untuk selama-lamanya.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW bersabda: " Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham." Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
2. Tidak boleh dimusnahkan.
Walaupun emas tersebut dipotong, dikikis dan sebagainya ia tetap bernilai & nilainya terpelihara...tidak seperti wang fiat.
3. Emas tidak boleh dicipta & sukar diperolehi.
4. Price to weight ratio yang tinggi (walaupun kecil ia mewakili nilai yang besar).
5. Penyimpan nilai bagi jangka masa yang panjang.
Sebagai contoh: Zaman Rasullullah SAW 1400 tahun yang lalu, seekor kambing bersamaan 1 dinar emas. Tahun 2011 seekor kambing juga dibeli dengan harga 1 dinar emas. Sedinar sekarang lebih kurang RM 600++ = 4.25g. Ini bermakna inflasi untuk emas adalah 0%.
Ini bertentangan dengan wang fiat yang semakin menurun nilainya kerana inflasi.
6. Emas merupakan magnet kekayaan serta membantu mengelakkan kebocoran kewangan.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)". Ali 'Imran(3) Ayat 14
7. Kenaikan harga emas adalah sekitar 25% sehingga 30% setahun.
Maknanya kalau kita simpan atau melabur emas ni kita boleh untung 25% sehingga 30% setahun...cuba kita bayangkan pelaburan apa yang boleh beri kita pulangan selumayan ini...Rasanya ASB pun kalah...Ssshhhh....
So, lepas mengambil kira semua faktor-faktor yang disebutkan di atas aku memang berazam untuk memulakan pelaburan emas ini...Jom kita sama-sama melabur Ema$!!!
P/S: Aku bukan dealer atau ejen mana-mana pelaburan, tapi mana tahu ada rezeki lebih teringin juga nak jadi ejen Public Gold...berhati-hati dengan skim-skim pelaburan yang ada diluar sana kerana dah banyak yang kena rush dengan BNM...aku belajar dan buat sendiri je...Insya'Allah...
5 comments:
Salam Ziarah, Emm..emas memang pilihan terbaik..
Tak brani melabur2, (melainkan dengan bank2 yang beriktiraf) terlalu bnyk penipuan, auntie bersikap berhati2, auntie pandai beli emas di kedai emas sajer..he he he
emas...Aku berminat tapi modal belum mengizinkan...
ehrmmm memang suka emas...kalau nak melabur baiklah kat tempat yang betul..kalau nak kaya cepat alamat jadi kayap
salam knl marya
akak dah lama nk invest tp asyik btangguh aje...skrg hg dah mlambung kn huhuhu rugi
Salam.
Bagi saya, pelaburan emas ini adalah alternatif kepada pelaburan2 lain spt ASB, saham, rumah, tanah dan sebagainya. Pelaburan emas ini adalah yang paling rendah risikonya. Namun begitu, pelaburan emas sebenar adalah dengan membeli emas fizikal dlm bentuk jongkong dan dinar emas. Bukannya melabur dlm pelaburan emas kononnya, tetapi emas seketul pun kita tak dapat pegang..yang dijanjikan adalah masuk dividen setiap bulan. Pastikan apabila melabur/beli emas, emas yg anda dapat, bukannya dapat surat agreement yg entah apa2 entah.
Public Gold telah menyediakan peluang utk kita melabur dan memiliki emas fizikal. Hubungi saya utk membeli...Insyallah saya bantu.
Post a Comment